Archive for November, 2010

Six Setengah Month Check Up

Posted by chika under Nur Medina

Appointment dengan paediatrician selalu buat saya yang terlebih-lebih gembira. Be it paediatrician, midwives, GP doctor or even registered nurse sekalipon, saya mesti excited. Suka nak bawa anak pergi check up. Saya rasa, semua mummy pon macam tu. Betul? Excited nak tahu kemajuan anak. Nak tahu kesihatan anak. Is she doing fine et cetera.

Semalam, appointment Medina dengan paediatrician dia at 4pm seperti biasalah. Kalau dulu saya buat antenatal checkup masa pregnant pon, mesti dalam waktu-waktu tu. Supaya husband available. And then saya boleh bawa lari suami ke rumah selepas itu. Kalau tidak, sampai meleret-leretlah kerja dia.

Semasa menunggu, bermain-main dengan Medina.

Dan seperti kebiasaannya juga, mesti nak main teka-teka dengan husband. Siapa teka berat dengan panjang Medina paling hampir. HAHA.

Uuuuuu Daddy, tingginya saya!

OK.

Untuk rekod. Medina sekarang ini mencapai berat sekitar 7.15 kg. Tidak banyak bertambah dari bulan lalu. Tapi itu perkara biasa, menurut pengetahuan saya. Bayi pada usia-usia ini memang dah tak gain berat laju-laju dah. Dan Medina adalah sepanjang 67cm. Average and doing good. Head circumference dia mencapai percentage 75% which is doctor claim, sangat above average. Medina nampak lebih fit nowadays. Tidak semontok dulu dan alhamdulillah, tidak terlalu slim.

Medina sangat lasak. Macam bayi-bayi lain seusia dia lah. Tak reti diam. Sentiasa ada benda yang dia aim. Makin besar, makin bossy. Makin cengeng dan asyik nak berdukung. Dia boleh melalak teruk-teruk kalau dia rasa saya sedang nak bangun menjauhi dia. Padahal saya nak pergi on kipas. Hek eleh Medina!

She’s a happy baby. Mudah senyum. Senyummmmmm saja kerja dia. Bangun tidur, senyum. Terpandang saja muka saya, senyum. Nampak benda best boleh sumbat masuk mulut, senyum.

Yo Gabba Gabba masih menjadi kegilaannya. Kira kalau tengah tunjuk perasaan pon, boleh terpaku kejap tengok DJ Lance. Her favorite thing now is my gipsi scarf. Dia suka anting-anting hujung scarf tu. Kalau saya pakai scarf tu, dialah yang paling bahagia. Her favorite toy is my laptop. Kalau tak bagi dia boleh menangis merah padam muka. Akhirnya saya tumpas dan terpaksa bagi dia guna laptop. Memang selambayaya dia meniarap atas keyboard. Memang ngeri tapi apa nak buat. Asalkan dia bahagia.

Kebolehan lain ; Dah boleh duduk without support. Cuma belum pandai duduk sendiri. Doctor kata, dah nampak ready dan ada tanda-tanda nak merangkak anytime soon. Sangat berminat usap-usap muka orang. Sebenarnya baby buat macam tu as part of her learning process. Dia belajar nak imitate kita. Wording yang keluar dari mulut dia dah bberbunyi macam-macam. Huyeay! Oh. She loves everything in the dressing table. She likes to see me siap-siap in front of the mirror. And then dia akan perhati sambil senyum-senyum tengok saya mekap ke apa.  Husband cakap ; Habis. Medina dah nak jadi macam you. HAHA my junior is on the way, everyone! Seronoknya. There you are, babygirl.

Our bossy little princess.

.

Gembira dikurniakan bayi cantik ini (maaf puji anak sendiri) Tapi kan dah cakap, memuji anak sendiri memang kerja emak. HAHA

Mott Park

Posted by chika under Nur Medina

Husband bekerja from Monday to Saturday last week. Ahad sahaja hari cuti untuk libur-libur family. Tidak melibur ke mana sangat pon. Walaupon mulanya saya mencadangkan supaya kami ke Brisbane City menikmati keindahan yang ada yang tak berapa kami ketahui. Sebenarnya kami jarang turun city. Kalau ditanya apa ada dekat Brisbane, I can only remember Story Bridge, Man made beach, Southbank Parkland, Myer, Queenstreet Mall, dan underground carpark cekik darah. Dia cekik darah, tapi yang tercekiknya ialah wang saku HAHAHAHA.

We are about to say goodbye to Brisbane soon. Really soon lah jugak. Nice living in you, Brisbane. Tapi takdir menentukan segalanya ececeh.

Maka, pada hari Ahad yang lalu, kami telah ke Mott Park. HAHAHAHA Hajat berjalan-jalan di city kena hold lagi. Suami tak banyak cuti lately. Dia tak mahu berjalan jauh-jauh atau banyak-banyak sangat. Sebab itulah suami membawa kami ke sebuah taman riadah yang terletak 4 minutes drive from home. HAHAHA. Walaupon tidak jauh perjalanan, tapi pemandangan tetap luas. Medina had so much fun. Dia dapat bergulingan di atas rumput.

Itu saja cerita dia. Tepuk tangan.

Six Setengah Bulan.

Posted by chika under Nur Medina

28 November 2010, Sunday.
@ Mott Park.
Late Spring 2010

//

Wardrobe

. Tea party t-shirt
. Headband from Lovely Lace
. Ballerina socks
. Harem pants

Perfume Rack

Posted by chika under Advertorial

IKLAN INI BERBAYAR.
MELEKAT 48 JAM.
(Entry terbaru, scroll down please)

.

Salah satu kegilaan saya ialah perfume. Sebab saya suka berbau wangi dan suka benda-benda wangi. Salah satu sebab kenapa saya suka suami saya dulu-dulu adalah kerana dia lelaki wangi. Di mana lelaki tak wangi (atau tak tahu nak wangi-wangi) adalah menjengkelkan. Bukan susah pon untuk menjadi wangi. Lepas mandi, pakailah bedak ( Bukan bedak sejuk. Tak berani nak imagine orang pakai bedak sejuk pergi candle light dinner) Atau kalau tak suka bedak sebab rasa macam berhabuk atau rimas, pakailah deodorant. Lelaki kalau tak tahu pakai deodorant, memang boring lah. Tapi yang paling berkesan mestilah dengan menyemburkan perfume.

Perfume kegemaran saya.

Sebenarnya kalau suruh saya sebut satu perfume paling saya suka, saya akan berasa sangat tertekan. Sebab banyak sangat yang saya suka sampai tak ada yang boleh disebutkan sebagai perfume PALING DISUKAI. Kalau disuruh bagi 50 senarai perfume kegemaran, yang itu saya sangat senang hati menjawapnya.

Miracle from Lancome telah begitu lama membesar bersama saya. Iaitu sejak saya di bangku sekolah menengah lagi. Sebenarnya masa di bangku sekolah, saya hanya menggunakan perfume dari Bodyshop atau dari drug store sahaja yang harganya mampu dibeli oleh budak sekolah. Eh salah tu. Sebenarnya bukan dibeli sendiri, tapi emak belikan sebab masa sekolah dulu memang selalu sengkek. Duit yang ada memang cukup-cukup untuk membeli alat tulis comel-comel dan belanja makan di kantin secara sakan. Memang kuat makan. Maka pada zaman tersebut, Miracle merupakan satu-satunya perfume branded yang saya ada. Itupon sebab emak belikan secara tetiba. Hingga kini, masih menggilainya kerana baunya yang luarbiasa mempesona. Tak pernah jemu.

Omnia pula manjadi lambang cinta kami eceh. Suami sangat sukakan keharuman Omnia. Eh kalau nak cerita satu per satu memang excitedlah saya. Tapi tak apalah. Sebab cerita sahaja tak ada gunanya. Apa kata, kita penuhkan rak kita dengan wangian-wangian kegemaran?

Tell me what’s yours!

Mine are Babydoll, Miracle, Hypnotic Poison, J’ador, Envy Me, Omnia, Island Kiss, and many more. Kebanyakkannya memang tak terhabis pakai. Atau kalau dah nak habis, sengaja hold dia lama-lama sebab sayang nak singkirkan botol dia dari dressing table. Kadang-kadang, kegembiraan mengumpul perfume bukanlah sebab nak wangi semata-mata, tapi kerana juga sukakan melihat susunan botol-botol perfume dalam koleksi peribadi. Betul?

Sebab itulah PERFUME RACK perlu kamu lawati! Sebab dekat sana, terdapat beraneka koleksi perfume yang ditawarkan untuk kamu hiasi atas rak kamu sendiri. In my personal case, tengok perfume bersusun memang menyeronokkan.

OK I tell you one secret.

Sebenarnya, JANGAN beli perfume dari counter sebab mahal. Seriously, man! You can always get your perfumes at discounted prices in anytime. I recommend PERFUME RACK.

.

100% ORIGINAL PERFUME!!!
THIS PERFUME IS NOT A REPLICA/ORI-REJECT/IMITATION PERFUME.
ALL PERFUME COMES WITH BOX
YOUR SATISFACTION IS OUR GUARANTEE!
FREE SHIPPPING WITH POS LAJU!!

.

Nampak tidak? Pertama, dijamin original. Bukan tiruan yang berbau pelik-pelik sikit tu. Disertakan sekali dengan kotak (kalau beli perfume pastu tak dapat kotak memang rasa tidak gembira walaupon kotak akhirnya nak buang. Tetap nak kotak juga. We want kotak! We want kotak! ) Dan paling best kalau buat online shopping, mestilah nak dengar tentang FREE SHIPPING. Macam pernah saya katakan dulu, antara benda paling menyampahkan bila membuat online shopping adalah apabila dikenakan charge shipping yang tinggi. Yang akhirnya boleh mengubah online shopping anda menjadi online shipping T_______T Sangat sedih.

Penjual sangat mudah untuk dihubungi. InsyaAllah pertanyaan serta urusan jual beli anda juga menjadi mudah. Kamu juga boleh tanya secara personal kalau-kalau perfume yang kamu hajati tiada dalam senarai jualan. Mungkin kamu terpengaruh dengan Bvlgary Omnia yang saya katakan sebagai lambang cinta itu tadi T______T Kalau tiada dalam senarai jualan, bolehlah membuat request :)

Hurry hurry. Pergi PERFUME RACK sekarang. Penuhkan rak kamu dengan wangi-wangian.

Bila Mummy Pula Sakit?

Posted by chika under Nur Medina

Bila anak tak sehat, kita ibu jadi sakit jiwa tak tenteram perasaan. Sampai tak ada mood nak buat apa-apa. Sampaikan kalau disuruh buat wishlist, dari nombor satu sampai nombor terakhir pon tulis ; NAK ANAK KEMBALI SEHAT.

Bila kita sendiri tak sehat?

Semalam saya OK. Memang OK sebenarnya sehari suntuk bermain dengan Medina melakukan aktiviti indoor. Menjelang malam selepas Maghrib, kami ke Westfield Carindale untuk mencukupkan syarat hidup pada minggu ini iaitu latenight shopping on Thursday night. Aktiviti mesti. Kalau tak buat rasa macam makan nasik tak bubuh kicap. Ha kau. Betapa besarnya pengaruh kicap sampai balik Brisbane pon bawak kicap berbotol T_____T Siapa suruh product Malaysia sedap sangat. Kipas Udang, tiada tandingan.

Eh, kicap keluar sekarang!

Semasa sedang giat merambang mata pilih baju baby, tetiba perasaan berasa kurang enak. Ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem endokrin (heh kau ni main sebut je tau) OK OK gurau je. Rasa tak sedap badan. Kaki macam menggigil dan sengal sendi secara tiba-tiba. Tekak pon sakit bukan kepalang. Mood terus hilang. Terus pergi bayar dan membawa kaki mencari jalan keluar dari mall (Ceh konon. Padahal memang dah pukul 9 malam, kedai dah melabuhkan tirai semuanya).

Dalam kereta, rasa tak sabar nak henyak badan atas katil. Medina pon dah tidur atas pangkuan ibunya sungguh syok eh macam tilam VONO. Saya pula rasa lain macam sangat sangat. Rasa yang susah untuk diungkapkan OK tak apalah takyah ungkap.

Masuk rumah, naik ke bilik laju-laju dan terus …

Oh gelapnya dunia.

Saya pejam mata, dan shut down kepala lutut badan otak sendi semua dah shut down. Eh scarynya. Memang scary. Saya rasa macam sedar tak sedar. Saya tahu saya ini HOT. Eh tak boleh terimalah ayat tu. Please lah. Maksud saya, badan saya rasa sangat panas. Sendi-sendi kaki dan tangan terutama pangkal peha tu rasa sangat sakit berdenyut-denyut. Semua bunyi rasa sangat jauh. Dalam kata lain, lebih mudahlah kalau saya cakapkan sahaja bahawa saya dah tak berapa nak sedar. Saya cuma mahu tidur dan rest in peace. Err. Maksud dia, berehat dengan aman. Bukan mati maksud dia. Engkau ni pon. Cabai kang.

Selepas itu …

Entah. Saya tidur dalam kesakitan. Apa yang sakit sangat tak tahulah. Disebabkan saya antara sedar tak sedar, saya merasakan seperti saya sedang meracau. Mungkin sebab badan panas sangat. Secara tak semena-mena juga telah menangis sedih macam rasa terbiar ke apatah.Husband datang bagi ubat dan bawa air segelas. Minum. Selepas itu demand perhatian.

Hari ini, bagaimana pula?

Hari ini hari mamai. Semuanya macam slow motion. Sendi-sendi semua sakit. Mood tak berapa nak baik tapi baik hati. Sehingga saat dan ketika inipon, saya berasa tidak sehat dan memerlukan perhatian serta rawatan rapi. Bukan kena masuk ICU maksud dia. Maksudnya … Eh sudahlah tu, aku tak bermaksud apa-apa.

Disebabkan tadi dah claim diri baik hati, sekarang nak bagi anda tonton video Medina pada hari kejadian demam. Video ini dirakamkan sebaik sahaja Medina mendapat dose pertama antibiotic nya. Sekelip mata berubah. Terus jadi sehat bila dibagi main malam itu.

Alhamdulillah. Perasaan saya semasa merakamkan video ini sukar digambarkan. Sangat gembira. Sangat lega tengok anak kembali senyum dan bertenaga.

Kepala pusing. Kalau entry ini pon macam berpusing dan memusingkan kamu, harap fahamlah kenapa.

// sebenarnya ubat semua penyakit ialah perhatian, kasih sayang dan ayat-ayat manis. Medina pon tahu. Kalau anak sakit, bagitahulah anak yang kamu sayang dia sangat-sangat. Meskipon dia cuma bayi 6 bulan yang tak faham apa benda kamu sedang cakap. Sekarang mummy tak sehat. I demand for some remedies, please.

Menghadapi Anak Demam Merupakan Ujian.

Posted by chika under Nur Medina

Dah pulang ke rumah 6 hari. Tapi hati tersangkut dekat Kuala Lumpur lagi. Hari-hari rasa macam tak ada hati. Sampai nak buat apa pon tak ada hati. Memang sah, hati saya tersangkut dekat Kuala Lumpur. Kalau ada siapa-siapa rajin, tolong ship hantar sini.

Bagasi yang di depan pintu, masih di depan pintu. Nampak sangat macam memang tak ada hati nak terima kenyataan yang sekarang kami sudah pulang ke rumah. Kena hadap house chores yang makin dibuat makin banyak. Tak percaya, kau tengok ni. Kalau hari ini kita buat laundry, maka hari ini akan bertambah kain untuk dilipat. HAHA memanglah tak kelakar. Bukan merungut. Cuma biasalah. Orang tengah tak ada hati memang macam ni.

Dapur belum sekali pon diasapkan. Hari-hari bantai makan roti yang tak sesedap Gardenia (Gardenia memang the best tak ada siapa boleh pecut dia. Oh bangga. Heh tak payah banggalah bukan keluarga kau punya kilang roti pon) Hari-hari minum milo panas campur susu segar sejuk. Apakes pulak nei minum milo panas campur susu sejuk? Habis, rasa dia panas ke sejuk? Ishk apa nei janganlah tanya, pergi buat sendiri tengok. Ternyata sedap. Sikit lagi nak sama sedap dengan milo percuma yang lori milo bagi di sekolah-sekolah itu. Ya Allah. Milo tu memang sedap ah macam tipudaya.

Tu cerita dapur. Belum lagi saya bukak cerita almari Medina yang macam tengah clearance sales dekat Giordano. Bergelimpangan macam kena kirai semasa jualan murah longgok-longgok. Engkau fahamlah kan, kalau jualan murah macam mana tabiat manusia kirai baju sampai macam apatah jadi dia. Macam itulah wardrobe Medina. Ni pon bukan salah siapa. Salah Medina sendiri. Sejak dah tahu dia ada mobility ni, dia suka masuk dalam wardrobe dan dengan sekali kibas je, bergelimpangan semuanya. Tambah lagi satu kerja saya. Terima kasih, anak. Anak yang pandai memang macam ini. Buatlah lagi. Tak apa. Mummy punya kerja memang menghadap Medina. Nanti bila ada chance Mummy sambung buat Masters in Medina Management. OK?

Dekat KL memang busy pergi sana pergi sini rasa tak cukup kaki. Jumpa orang ni jumpa orang tu sampai ramai orang akhirnya tak terjumpa-jumpa jugak. Memang tak ada rezeki, janganlah kesal. Balik Brisbane pula, anak tidak sehat. Menjadikan kesebukkan saya berlipat kali ganda.

Sebaik tiba di Coolongatta Airport pada pagi Ahad lalu.

Mata dia berair saja. Bukan berairkan tangisan. Berairkan air demam. Hingus meleleh tak henti-henti. Paling membimbangkan, dia buat projectile vomiting beberapa kali sebelum balik Brisbane tu. Masa dekat rumah Nek Ma dia, dia project muntah dia lepas susu yang panjang. Habis lencun baju saya bermandi muntah. Tapi kalau dah namanya anak, mandi muntah anak pon rasa macam mandi bunga. Heh betul ke nei? Betul. Kalau ada chance, cubalah.

Badan dia panas. Hidung dia flu teruk. Batuk berkahak. Nafas berbunyi. Dan paling buat saya dengan husband risau tak tentu hala tu sebab dia muntah habis setiap kali lepas susu. That could be a sign of infection ke apa. Takut infection kat usus ke apa lah kan. Flight at 9 pm. Dia jadi macam tu around 4 pm macam tu. Buatnya dia terus tak boleh  menyusu dan asyik muntahkan susu (MUNTAH ye, bukan MUAK), dia boleh kena tahan ward. Kalau kena tahan ward, habis stuck kami kat KL (memanglah best sangkut lagi dekat KL tapi kenalah wise sikit. Husband banyak kerja etc) And then, dia dapat green faeces. Yang green faeces tu dah berlaku lebih kurang tiga minggu dia dekat Malaysia.

Tok Abah dan Nek Ma dah kelam kabut macam dunia ini sedang berputar (padahal memang dunia berputar KAHKAHKAH hey, sudahlah tu)

Tak lama tu, dia nampak OK. Beberapa kali cubaan menyusu yang berjaya. Tok Abah dia lapkan badan dia dengan kain basah. Eh, gembira pula Si Medina ni dapat main air. Siap masuk berdiri dalam besen. Macam bukan dia yang shower Mummy dia dengan  muntah tadi. So, husband jumped into conclusion yang Medina mungkin viral infection. Tapi yang buat dia muntah balik tu bukanlah sebab masalah usus ke apa (Ha kau, sampai ke usus kitorang teka) tapi sebab dia terlalu banyak kahak. Hidung dia tersumbat dengan flu. Dia tak dapat bernafas ikut hidung, maka adalah susah untuk dia menyusu. Pak Ngah Haikal pergi belikan nasal aspirator. Tahu pulak tu dia. Dan kahak yang banyak tu buat dia muntah. Sebab akhirnya, dia muntahkan kahak kuning-kuning belaka. Dan membawa kepada kelegaan. At least dia nampak lega sampailah kami naik pesawat (pesawat pon pesawat lah labu)

Dalam pesawat, dia kelemahan. Tapi Medina tetap Medina. Busybody tetap busybody. Dia intai passenger kiri kanan dan tegur-tegur orang. Anak I kan friendly. But we can tell through her face lah yang dia tak sehat. Mata dia nampak sangat penat. Pon semangat lagi nak main. Hinggalah dia tertidur berkali-kali. Dan sekali daripadanya, dia telah membuat muntahan padu ke atas seluruh tudung dan baju saya sampai habis lencun. Saya nangis OK. Taklah. Bukan nangis sebab tudung lencun nanti malu orang cium bau pelik ke apa. Nangis sebab kesian sangat tengok anak macam itu jadinya. Pedulik apa saya baju saya lencun dengan muntah ke apa. Muak anak is the new perfume for mummies ye.

Orang selalu cakap, kalau anak tak sehat ni kita jadi penat dan bercelaru sebab dia asyik nangis je. In my case, lain pula. Medina masa dia tak sehat, dia sangat quiet. Tak ada nangis-nangis. Cuma muka dia boring saja. Letak dalam stroller, dia diam. Letak dalam cot, dia diam. Padahal, inilah benda-benda yang boleh buat dia mengamuk sakan. Sampai kami jadi susah hati. Kami mahukan Medina yang active dan garang! HAHAHA. Sangat pasrah, senang diurus dan quiet. Membuatkan kami rasa tidak biasa. The real Medina bukanlah begitu. Dalam kata lain, bila dia demam dia mudah dijaga sebenarnya. Tapi kami sakit jiwa tengok anak tak sehat. Ia lebih kenapa kepenatan mental rather than penat badan ke apa.

Muka boring.

Sampai Brisbane, terus jumpa GP. I didn’t like the GP. My husband did. Saya tak suka doctor tu sebab dia kata tak ada apa-apa dan muka dia sangat selambayaya lantas berkata ; Tak ada apa. Cuma perkara biasa. Mungkin infection. Tak prescribe ubat pulak tu. I was hoping for ubat-ubatan macam yang saya dapat masa saya kecik bila demam. Saya komplen lah cakap tak suka doctor tersebut. Husband saya kata, dia suka doctor tu. Doctor tu professional, baguslah, betullah etc. Dia kata hanya doctor yang tak bagus dan tak berwibawa saja yang suka bagi orang ubat itu ini. Baiklah T____T Saya tak ada background in medicine. Saya cuma rakyat kebanyakkan ( Huh? Cakap macam ini macamlah suami aku berdaulat beraja ke apa LOL) OK OK never mind. Saya dibesarkan dalam suasana biasa di Malaysia, bila tak sehat pergi klinik, doctor bagi ubat. Ubat demam dapat. Ubat selsema dapat. Ubat batuk dapat. Ubat sakit tekak dapat. Sampai ORS pon dia jual juga padahal cuma air larutan garam. Apa-apalah. Blame me not lah kan. Dekat sini, rupanya semua ubat tu merupakan ubatan terlarang dikalangan doctor. Tak boleh prescribe.

Balik rumah, ambik nasal spray dan spray dalam hidung Medina. Guna nasal aspirator saja untuk keluarkan hingus dia. Pasal kahak tu, tak tahu nak kena buat apa. Cuma boleh bergembira sakan bila Medina muntah keluar kahak. Rasa macam geram sangat dengan kahak tu. Dan bagi paracetamol. Itupon husband kata takyah bagi, tapi saya kata nak bagi jugak boleh? OK lah, bolehlah bolehlah dia kata. Husband saya kata, dia tak risau apa sangat cuma risau kalau Medina tak boleh menyusu dengan baik.

Teruslah husband busy asyik main nasal aspirator dan saya pula bekerja di bahagian milk supply. HAHA. Terus dan terus bagi susu sehabis boleh. Sebab hanya dengan susu ibu yang boleh bantu dia. I try my best. Ada sekali dua tu, dia muntah jugak. Dan sebenarnya elok jugak dia muntah keluarkan kahak.

Hari Isnin, satu hari suntuk saya berdua dengan Medina. Saya tak boleh buat apa langsung sebab kena dukung je dia. Tapi nasib baik dia tak melalak tak tentu arah ke apa. Dia masih main. Cuma dia tak berapa nak senyum. Husband pulak balik lambat sebab last minute kena admit patient la apalah. Tak dapat nak pergi jumpa doctor lain.

Hari Selasa, suami balik kerja saja, kami terus keluar. Carik GP sana sini sampai gila dibuatnya. Semua klinik tutup at 6pm. Husband akhirnya tak ada pilihan lain, call healthline. Dia consult patient menerusi talian telefon saja. Sebabnya kami dah menggelabah malam tu badan Medina panas sangat. And in the end, kami dinasihatkan samada pergi Mater Hospital terus, atau call doctor datang rumah.

Husband saya dah memang awal-awal rasa lemah gila bila disuruh pergi hospital. Kalau pergi hospital waktu-waktu malam macam tu, ada chance sampai ke pagilah kami punya turn baru dapat jumpa doctor. Kena tunggu sangat lama. Silap-silap boleh histeria kita ni sebagai mak yang kena tunggu sikit punya lama padahal anak dah demam panas sangat. Tapi saya cakap, saya sanggup tunggu. Still, husband kata tak berapa idea yang bagus. Nanti dalam pada tunggu-tunggu tu, buat Medina bertambah meragam dan jadi tak selesa. Lebih elok bagi dia rest dekat rumah elok-elok.

Akhirnya, we called a doctor suruh datang rumah. Tak sampai sejam macam tu, doctor sampai. Kami dah kepenatan dan yang paling teruk, kepala dan penat sangat carik klinik secara kelam kabut.

Doctor yang ini saya suka. Dia pon samalah kan macam doctor lain jenis yang tak rasa benda macam ni serius. Dia kata, baby mesti demam. Itu perkara biasa. Dan perkara biasalah jugak bagi emak-emak ni jadi terlebih sakit jiwa tengok anak demam. Kan? Dia kata lagi, mungkin viral infection. Cuma perlu antibiotic. Dia prescribe antibiotic sahaja.

Saya cuba tanya macam mana dengan selsema dan batuk anak saya yang macam teruk tu. Dia kata, dia tak boleh prescribe any medicines. Sebab ubat batuk atau ubat selsema adalah tidak perlu dan tidak terbukti perlu. Terus dia kata lagi ; This is Australia, not Malaysia. We don’t simply prescribe medicine to patients. He is a muslim. Maka, diakhirilah dengan ucapan ; InsyaAllah your baby will be fine. Don’t worry. She’s actually look fine.

Sempat jugak saya tanya soalan yang memang ah nampak sangat saya ni jenis ibu yang over dan paranoid sangat. Saya tanya, ada tak sign macam whooping cough? Heh betullah kan soalan saya ni. Zaman sekarang ni jangan dibuat main sakit yang sikit-sikit tu. Husband dah senyum dah. Sebab dah argue dengan dia dah sebelum tu pasal whooping cough. Husband cakap Medina dah dapat vaccine, insyaAllah dijauhkan Allah dari penyakit tu. Doctor tu pon cakap benda yang sama. Dan saya pon lega.

Tentang faeces Medina yang hijau pon, semua doctor tak rasa itu benda serius. Dan ternyatalah, memang bukan benda serius apabila saya dapat discover cara nak atasinya sendiri menerusi internet. Heh. Memang betullah. Bila jadi emak ni, sensituif sangat pasal anak.

Memang magik. Balik saja doctor tu, kami terus pergi farmasi nak beli antibiotic. Lepas makan antibiotic, in no time kan, Medina terus gembira dan menjerit sakan dalam jumperoo. Senyum dan tunjuk aksi macam biasa. Erk? Ni ternyata bukan sebab ubat. Tak akanlah ubat tu berkesan secara tetiba. HAHAHA. Nampak sangat, Allah yang Maha Penyembuh. DIA yang bagikan sakit. DIA yang bagi penawar jugak. Cuma perlulah bersabar dengan dugaannya.

Ini sememangnya dugaan yang sangat mencabar buat kami sebagai parents. Kali pertama anak demam teruk. Mungkin tidaklah sehebat mana dugaan ni dibandingkan orang lain. Tapi itulah. Benar bila emak saya selalu cakap. Kalau anak demam, rasa nak pindahkan sakit anak tu ke kita.

Hari Rabu, terus sehat alhamdulillah.

Hari Khamis, terus jadi Superbaby kau.

The Real Medina is back!

Habis. Dia kembali seperti sediakala. Demanding. Jangan berani letak dia kat cot, tengok dia punya marah tu. Dan suara serta jeritan keterujaannya menguasai rumah ini. I am the happiest mum in the planet!

Ya Allah, jangan bebankan kami dengan bebanan yang tidak mampu kami pikul Ya Allah. Sesungguhnya Engkau menduga kami, dengan apa yang kami mampu. Engkau Maha Mengetahui. Alhamdulillah, Medina dah sehat. Cuma batuk dan selsema sikit-sikit. InsyaAllah dia akan recover soon :)