Archive for October, 2010
Posted by chika under
Uncategorized Aaaaaaaa (bunyi nyaman). I am home. Home? Define home.
HAHA.
Home adalah di mana hati berada. Hati saya berada di Kuala Lumpur. Dan tentulah di Brisbane juga. Good to be home. Selepas setahun. Setahun berbunyi singkat. Tapi minta maaf, banyak yang hampir janggal.
Saya tanya emak di mana tersimpannya tuala mandi. Saya tak dapat teka, which room should I go for the towel. Emak cakap, bilik iron! It took a few seconds sebelum saya boleh imagine apakah dia bilik iron. Apakah punya poyo tersebut? OK. Bilik iron adalah bilik sebelah kepada bilik tidur saya. Suasananya masih sama.
Bilik tidur saya, menghangatkan kembali memori manis hari perkahwinan saya. Masih sama. Dulang hantaran masih di sudut. Bunga pahar. Cadar kahwin. Cuma pengantin lelaki tiada di sini. Saya bukak wardrobe. Aaaaaaaa. Susunan pakaian. I almost burst into tears. Tak tak. Bukan sebab apa-apa sangat. Cuma rasa nostalgik. Pakaian-pakaian yang lama tidak dipakai. Yang saya tidak ingat pon saya memilikinya. T-shirt kegemaran yang lusuh. Pyjama. Seluar bunga-bunga. Cardigan cardigan cardigan (sooooooooo teenagers campus HAHA) dan … SHOES SHOES SHOE berkotak-kotak! When did I purchase them? I can’t remember. Some of them tak representative langsung to my current taste. Sebab nampak macam sweet seventeen sangat HAHA. Some of them macam err… rockers! Euww saya ada kasut macam tu? Dan high heels manis-manis yang lama saya tinggalkan. Aaaaaaaa menyentuh perasaan.
Fine. Sekarang Crocs flat sahaja T_______T
Bunga-bunga lambang cinta yang suami beri, masih ada semuanya. Sudah makin kering dan gugur. Tapi masih ada. I love hubby.
Mandi pon rasa janggal. Macam tak tahu nak navigate diri. HAHA.
Kamu mungkin cakap, SETAHUN JE!
Ya ya. Setahun. Tapi cuba bayangkan. Setahun tidak cium ibubapa. Setahun tidak jejak rumah yang saya diami sebelum ini. Setahun tak duduk berkumpul atas katil emak secara adek beradek dan cakap kuat-kuat. Setahun tak pakai baju lusuh dan seluar lusuh ini. Sentimental OK.
Dan kepulangan kali ini, membawa anak.
Pada hari ini, bersaksilah sebuah lagi hari yang bermakna dalam hidup saya. Hari yang remarkable. Sekali lagi, rahmat tuhan tiba dalam bentuk kasih sayang. Banyaknya cinta dalam dunia ini. Betapa indahnya hidup ini. Terima kasih Allah atas kurniaan ini. Semoga kami tidak kufur nikmat.Terima kasih Allah kerana menyemarakkan lagi kecintaan atas muka bumi ini melalui anugerahMU, Nur Medina. Terima kasih Allah.
…
Landed at 3.30pm. Emak mertua terus sambar cucu. Tidak pernah lihat wajah emak mertua saya seceria itu. She called my baby; Darling. Terima kasih Mak sebab sayang anak kami. Gembira tengok emak tadi. Kalaulah suami ada sama, pasti lebih sempurna. Tak tahu nak cerita bagaimana. Tapi emak mertua kelihatan luar biasa.Itulah cinta
My parents? Tak perlu cerita banyak juga. Medina malam ini tidur di bilik mereka. Saya kena akur. Emak saya sanggup ulang alik bawak Medina menyusu ke bilik saya dan selepas itu, ambil semula. Boleh bayang? Itulah cinta.
Suami isteri terus terusan berhubung. Bila sukar untuk berhubung, jiwa macam sakit. Itulah cinta.
Adek-beradek lelaki semua menghadap Medina macam menghadap bulan jatuh ke riba. Semua excited. Kata-kata pujian saja yang keluar. Itulah cinta.
Cinta saya ada di Brisbane. Cinta sangat sangat. Saya harap cinta-cinta ini membawa ke syurga.
Alahai. Halusnya perasaan. Banyaknya nak cakap. Tapi tak apalah. InsyaAllah hari esok masih ada. Esok pagi emak mertua nak bawa saya berjalan-jalan jumpa sanak saudara. Esok hari untuk nenek pulak menghadap Medina. Seronoknya!
.
Hati saya tercicir sebelah. Tunggu suami bawa pulang lagi sebelah.
Posted by Darling Husband under
Blackberry It’s been 8 hours and already, I,ve missed both of you soooooooo much for the last 7 hours 59 minutes and 59 seconds.
I’ve been trying to distract myself but everything reminded me of you two. I’ve installed the car seat and strapped Emily to it. Don’t worry Medina, Emily is safe and secure, ready to be devoured when you come back. In case you miss Emily, you can have a look at the picture above.
Daddy also bought the bed rail so Mommy can have a bit more space on the bed. Gotta have this especially since baby will be even bigger (insyaAllah) and even more mobile. Boleh Medina golek jauh sikit.
Anyway, Medina jangan lupa Daddy tau. Ingatkan Mommy utk facetime tetiap hari – kalau tak, Medina melalak kuat kuat, takper, daddy bagi :)
Mommy and Medina take care yerr. I miss you two.

Posted by chika under Uncategorized
Went to Wooly just now cari baju untuk husband. Semua kedai tutup. Wooly pon Wooly laaa. Disebabkan hari ini kami melakukan aktiviti yang tak dirancang, baju semua tak ada. Pergi Wooly beli berus gigi, ubat gigi bedak deodorant dan sebagainya.
Dinner di Bali Hut. Owner dia Melayu from Muar. Saya rasa tu owner.

Airport is just 5 minutes awat. Esok pagi paaaaagi akan tunggu depan pintu kapal terbang hahaha
- Posted using BlogPress from Nurulism’s iPhone
Location:Minjungbal Dr,Tweed Heads,Australia
Posted by chika under Uncategorized
Sepatutnya, penerbangan pulang saya pagi ini. Sepatutnya saya dan baby sudah berpelukan dengan keluarga. Sepatutnya lah.
Tengok, where we are?

In a resort. In Tweed Heads.
Tadi menjelajah Lismore. Hari ini merupakan hari yang begitu adventurous.
Perancangan Allah tetap yang terbaik.
- Posted using BlogPress from Nurulism’s iPhone
Location:Carmichael Close,Coolangatta,Australia
Posted by chika under
Moreton Island,
shopping,
Travel : Australia Hakikatnya macam terror sangat nak pintal buih, nak anyam ombak. Tapi biasalah tu. Bila masukkan tajuk entry, semua macam best. Semua dah pandai cipta tajuk manis-manis pastu bila baca, cerita tak manis. Pastu cakap ini strategi pelaris.
Sambung lagi. OK mari semua kita kembali ke pulau.
Terhibur tak dengan cerita ikan lumba-lumba? Sesungguhnya malam itu menjadi malam berseminya cinta saya kepada ikan. Ikan lumba-lumba. Bukan ikan kembung. Ikan kembung memang dah lama dah saya cintai sebab dia sedap. Nanti balik Malaysia nak makan ikan kembung goreng dengan kicap. HAHA retard gila. Susah payah balik KL nak makan benda macam itu. Malas ah layan Chika ni nak off laptop sekarang WAKAWAKA.
Pada malam tersebut, selepas suap ikan lumba-lumba seekor ikan (fahamkan betul-betul ayat ini, atau anda akan rasa macam tak kena) kami kepenatan ya Allah. Sangat penat tidak terperi. Dahlah kena naik cruise 70 minit, pastu sampai-sampai pulau sahaja, terik. Pastu snorkeling tengok pasir, bermain pantai, menyaksikan sunset dan suap dolphin makan. Penat, tahu? Balik room, bersihkan diri yang berpasir. Bersihkan anak yang paling penting. Cadangnya nak cari makan malam itu. Namun, tak jadi. Sebab Medina telah tidur secara betul-betul punya lelap sampai kalau kita buat pancaragam sebelah dia pon, dia takda peduli punya. Sehinggalah …

Pagi yang gelap, kini sudah terang.

Hari tersebut merupakan antara hari di mana Medina tidur paling lena sampai statik tak gerak-gerak. Punyalah dia penat agaknya. Dan bangun pagi dengan senyuman. Mood yang sangat cantik.
Pagi-pagi, pada hari kedua di Moreton Island itu, kami berjalan di pesisiran pantai. Menuju ke shipwreck area. Jauh jugak sebenarnya. Walaupon bila tengok dari room macam dekat. Macam kalau suruh ulang alik pon makcik sanggup. Tapi setelah sekali berjalan ke sana, makcik semput. Tapi hakikatnya, sangat seronok tengok pantai yang kebiruan dan bagai dihiasi jaluran turquoise.

My LVOE ones.
Teka-teki.
Apa dalam plastik kelabu?

Jawapan teka-teki :
OK baca dulu sampai habis.
HAHA

Comel kan nama dia Tapak Sulaiman?

Find me.
Heh. Takyah lah.

LVOE the hues.
OK dah sampai dekat shipwreck. Maaf cerita ini kena potong. Habis, tak akanlah kena cerita detail sepanjang jalan nampak tapak kaki besar kecik, pastu hujung kaki seluar basah dicuit air, angin menderu nyaman atau pon Medina muak nampak laut. Sebenarnya cerita ini tak penting sangat, cuma nak tunjuk gambar laut yang cantik sahaja. Sebab laut dia memang cantik iaitu tak boleh dapat di Port Dickson T_____T Tapi Surfers Paradise tetap tercantik. Percayalah, siapa dah biasa dengan Surfers Paraidise mesti dah tawar hati meskipun Bondi Beach jadi taruhan. Bondi Beach bagi saya adalah biasa sahaja.

Berlatarbelakangkan shipwreck. Kapal karam berkarat pon jadi macam cantik bila duduk di lautan yang cantik. Di situlah tempat orang snorkeling. Tapi kalau kamu pentakut haiwan macam saya, boleh snorkeling dekat swimming pool kawasan kediaman sahaja T_____T Memang sedih bunyinya. Tapi yang penting, jiwa tenang. &^$&^$@

Berlakon sekejap.

Gambarajah A

Gambarajah B
Beberapa orang mencadangkan supaya saya tulis review iPhone4. Sebaik sahaja membaca cadangan tersebut, saya berasa … sebenarnya saya tidak berasa apa-apa. Tapi percayalah. Saya tak berapa pandai bersembang gadget. Kalau ditanya best atau tidak, yang itu saya boleh jawap laju-laju. Tapi kalau disuruh menghuraikan secara terperinci (10 markah) saya pasti gagal. Memang tak pandailah tulis pasal gadget.
Maka. Yang dapat saya kongsikan, adalah hasil yang anda boleh tengok sendiri. Kebanyakkan gambar di atas adalah hasil dari camera iPhone4. Bagi saya, boleh harap camera dia.
Gambarajah A dan gambarajah B merupakan shoot yang sama apabila HDR ON. Baiklah jangan tanya lebih-lebih nanti buat saya malu sebab tak tahu nak jawap apa dah.

LKJHGFDSAAWTUIPMNBXFHJGH
Caption error.

Keluarga mini.

POUKNBFSDRYTUIOPUDBFFS
Caption error.

Dua-dua ni best.

Tinggal berdua dengan anak di tepi belukar.
Cerita dah nak tamat. Tapi jangan dilupakan teka-teki tadi. HAHAHA sebenarnya boring gila teka-teki tu. Jawapan dia pon boring. Disebabkan boring, kita jadikan teka-teki tersebut tergantung tak terjawap. Boleh? Supaya benda boring tetiba rasa macam interesting dan buat orang tempted nak tahu. HAHAHAPALA.
Suami pergi memancing sebentar. Dan dia berjaya mengutip (baca betul-betul) …

… ikan ini sebanyak beberapa ekor.
Terror tak terror tak?
Eh, baca betul-betul. MENGUTIP.
Syukur akhirnya entry siap. Dari mula tulis tadi dah rasa tak sabar nak sampai ke penutup entry. Mengantuk dan letih sangat. Sekarang juga nak pergi tidur dan mimpi vernis. Eh tak. Sebenarnya nak cakap mimpi manis. MANIS. VERNIS. Hurmmm. Pelik betullah bila vernis ni bunyi dia similar to manis. Whatever Chika, whatever. Pergi tidurlah. Pastu mimpi manis.
Mimpi pon bolehlah.
Posted by chika under
Uncategorized In Surfers Paradise now, having lunch at Taj Palace.
Sengaja berjalan-jalan setelah seminggu lebih terperap di rumah. Doing some shopping before heading back home. Ada nak order fridge magnet? Sebab saya pon nak cari fridge magnet untuk orang yang pesan ni.

Medina suka dapat keluar.

Daddy, can I try?


Chicken soup

Onion kulcha naan

Murg Navrattan Chicken

Beef Zal-Frezi

Mushroom pilau rice
Makan! Bismillah…
- Posted using BlogPress from Nurulism’s iPhone
Location:Surfers Paradise Blvd,Surfers Paradise,Australia