Daddy’s family
This entry is dedicated to Darling Husband.
Kami landed on Wednesday. On Thursday, terus mum in-law bawa kami ke rumah Mak Long. Sepatutnya, ada one day gap. Tapi disebabkan saya pulang on Wednesday (sepatutnya Tuesday), emak dah janji dengan Mak Long nak bawa cucu dia berjalan hari Khamis tu. Mak Yang ikut sekali.

Medina dan Nenek Long.

Medina, Mummy dan Nenek Long

Medina, Nenek, dan Nenek Long

Opah, Nenek dan Nek Long.
Banyaknya nenek dia.
Dari rumah Mak Long, emak bawa ke Jusco untuk shopping diapers Medina. Saya tak bawa banyak diapers sebab tak perlula memenuhkan luggage dengan benda yang boleh beli dekat sini. Tetiba bekalan yang ada sangat kritikal. Terus menggelabah kena carik diaper dengan wipe dia. Macam inilah bila ada anak. Tak boleh nak lenggang-kangkung dah. Itu nak pikir, ini nak pikir. Kalau nak berjalan sikit pon, barang dia selambak kena packing betul-betul. Dengan baju extra, kain itu ini dan sebagainya. Kalau macam ni, bila Mummy nak menggayakan clutch? HAHA.
Dari Jusco Setiawangsa, ke Kajang. Medina main dekat rumah nenek sampai ke petang. Sampai Mak Ngah Reena dia balik dari Melaka. Bukan main riuh mulut anak haku. Menjerit-jerit sampai terbatuk-batuk.

At Nenek’s place.
Sunyinya rumah Nenek.
Tenang fikiran.
HAHA

Mak Unggals (plural) datang.

Bila one of the Mak Unggals (yang baju purple) nak angkat Medina, Medina terus nak. Bila Mak Unggal yang baju hijau nak angkat dia, dia tak nak. Dia pusingkan muka. Kelakar. Banyak kali try nak dukung dia, dia tak nak. Nakkkk jugak yang baju purple. HAHA. Lama-lama, bila dah agah-agah dia sikit, barulah dia nak.

Ini Nenek Medina.
Tengok muka Nenek, mesti ingatttt sangat dekat Daddy.
Saya ingat lagi. Lepas saja bertunang dulu, 4 bulan sebelum wedding husband saya dah ke Brisbane kerja. Memang saya tak jumpa dia. Selalu jumpa mak mertua saya saja. Everytime jumpa Mak Mertua saya, mesti saya teringat kat wajah tunang (waktu tu tunang la) Rindu tapi malu. HAHAHAHA.

Mak Ngah Reena.
Medina suka OK kat Mak Ngah dia. First time jumpa terus melekat. Pastu orang lain dukung dia, dia nangis cebik-cebik pandang kat Mak Ngah dia. That day was fun. Seronok tengok Medina jumpa family. Selama ni asyik tengok muka parents saja. Kesian.
OK nak pergi siap-siap. Nak keluar dengan Aizar dan Ijat. And then nak buat urusan post. Have a nice day, all!




October 28th, 2010 at 11:11 am
pic terbaik ialah medina posing di atas karpet…
October 28th, 2010 at 11:26 am
ramai sungguh nenek dia;P
tapi macam penah nampak la mak ngah reena neh.. macam penah terserempak.. hee
October 28th, 2010 at 11:27 am
Sangat pelik 1st time dipanggil Mak Unggal awal2 kawen dulu..
rupanya ia word universal eh…
chika Reply:
October 28th, 2010 at 4:15 pm
Unggal tu apa eh?
I mean, macam untuk gelaran anak ke berapa?
ciketon fazya Reply:
October 28th, 2010 at 11:49 pm
we’ve been called Unggal sebab suami anak tunggal..
October 28th, 2010 at 12:22 pm
seronok medina ade je org ‘kelek’ dia ;)
kak chika jd k nk jual magnet tuu?? hehe
chika Reply:
October 28th, 2010 at 4:15 pm
jadi jadi.
Kejap ye. Nanti akak upload
October 28th, 2010 at 12:23 pm
media mmg pandai tgk camera. tak tahan tgk gamba 3 dari bawah semua orang xpandang camera tp medina je mata bulat tgk camera.
October 28th, 2010 at 1:30 pm
mata medina memang tak lepas pandang kamera. pandai posing hehe
October 28th, 2010 at 1:32 pm
mata medina x lepas pandang kamera. pandai posing hehe. especially gambar no.3 dari bawah tu.
October 28th, 2010 at 3:57 pm
Kompem anak Daddy nih. Daddy suka warna purple, sebab tu Medina suka Mak Unggal Purple. Mummy yang suka hijau tapi Medina kurang sikit ngan Mak Unggal Hijau. :P yeay yeayyyy… menang lagik.
Err, tapi, Medina ngan you all, I keseorangan. Menang tak der hadiah pulak tuh. Tak der makner betul. uhuk uhuk….
October 28th, 2010 at 5:31 pm
oh inilah family in law u eh? jarang u cerita, btw husband u 2 beradik je ke? yg mak ngah reena i pun mcm pernah jumpa.