Anak Mummy Kembali

Assalamualaikum ( Tak jawap dosa)

Monday blues menghulur salam? Kasihannn. (Sebenarnya entry ini ditulis pada hari Isnin) Saya juga selalu blues menjelang Monday meskipon selalu tak tahu apsal saya kena blues pulak. Tapi memang macam itu. Jadi kalau Monday kamu murung, jangan bimbang. Kamu merupakan 8 daripada 10 orang yang mengalaminya ( Bukan fakta. Auta pon bukan)

Monday saya kali ini tidak blues. Eh sekarang dalam mood percutian mana mungkin boleh blues. Tak sempat blues OK. Sangat busy dengan aktiviti keluarga. Jumpa orang ni, jumpa orang tu. Medina sangat busy. Dia kelihatan penat dan over stimulated. But I can tell, she is a happy baby. Senang nak jaga. Tak menyusahkan siapa-siapa pon. I love you Daddy. Eh tetiba pulak.

Sehari selepas sampai KL, Nenek (my mum in-law) datang jemput kami ke rumah Mak Long dan sehari suntuk di rumah Mak.  Juga pergi membeli-belah nappy pastu Medina angkut sendiri nappy dia. Medina pon dapat jumpa Mak Ngah Reena dia. I know that my husband is waiting for this entry tapi … HAHAHA nak cerita lain kali boleh? Sebab gambar berkenaan belum bersedia untuk dimuatnaik (?) Sorry, Sayang. I tahu you nak tengok gambar Medina dengan Mak, dengan Kak Reena, dengan Mak Long dan Mak Unggal. Bersabarlah, Sayang :P

Pada hari Jumaat pula, Medina di bawa keluar oleh Tok Abah dan Nek Ma :

On the way dipangku oleh Tok Abah tak mahu lepas-lepas.

Kesian tau anak saya ni. Beberapa hari dekat KL ni, dia bukan main seronok bila naik kereta. Excited, melompat, kepala tegak pandang itu ini di luar tingkap. Selalunya, dia mesti naik hangin bila masuk kereta. Mana taknya, kena strap dalam capsule. Pastu kalau dia menangis tunjuk perasaan pon, Mummy Daddy tak dapat tolong. Terpaksa keringkan hati biar dia mengamuk kadang tu. Tahu. Memang bagus sangat sebenarnya peraturan kena letak baby dalam car seat tu. Cuma biasalah kan. Babies memang selalu protes benda yang sepatutnya untuk dia. HAHA. They don’t like their toys. They want Daddy’s phone. They don’t like their cot. They want Mummy’s mattress. Macam-macam tu lah. Manipulative kan?

Hailo. Anak Mummy Kembali dalam pangkuan Uncle Uda!

Abah bawa kami (Eh tak. Sebenarnya Ijat yang bawa kami, atas arahan Abah) ke Jusco Bukit Tinggi. Or is it AEON Bukit Tinggi? Samalah tu. Tak sempat pon ukur semua penjuru sebab kena ukur laju-laju. Abah cakap kalau nak mengukur, bukan waktunya petang-petang tersebut. Lagipon abah cakap, dah ada anak pastu suami tercicir pulak jauh, jangan nak berlagak macam muda belia. HAHA. Maka, beli barang-barang Medina (yang sangat diperlukan tapi tak bawa) laju-laju.

Macam biasa. Baju baju baju. Hari-hari pon baju baru tak habis-habis. Sebab Nek Ma dengan Opah asyik susah nak stop pilih baju baby. Nenek pon sama. Semalam Nenek tengok baju baby sampai Nenek asyik tak tahan je mata. Pastu rezeki Medina jugak murah. Pastu Mummy jugak yang gembira. Pastu Daddy jugak yang pitam tengok wardrobe Medina dah kalahkan wardrobe Mummy dengan Daddy. And then bila nak keluar berjalan, Mummy claim ; Ala, Medina tak ada baju nak pakai. Macam menguji kesabaran Daddy kan? HAHAHA.

I got myself a manual breastpump. Terpaksa beli. Tak boleh hidup saya tanpa breastpump. Tapi nak beli yang proper, mahal pulak.  Saya kena carik yang paling murah. Itulah bahana dia bila tak bawa pump sendiri. Akhirnya beli yang manual from ANAKKU. RM79.90. Gila cheapskate. Sudahnya setiap pagi pada pumping session, aku naik angin.  Berjam-jam pump, nak dapat 2 Oz pon payah. Pastu jari lenguh. Kalau kata nak dapatkan satu botol bagi Medina minum, memang tak lah. Sebab setakat 1 Oz tu, cuma lepas untuk prepare rice cereal saja. Jadilah. Harap mampu bertahan selama sebulan ini pump secara manual.

Maka.

Saya tak recommend kepada ibu-ibu untuk membeli manual breastpump. Sekiranya memang berhasrat nak fully breastfeed bayi kamu dan kamu memang memerlukan pump, belilah terus yang proper lagi-lagi kalau kamu jenis bekerja.Yang electric and battery operated. Tidak perlu sampai ke tahap Medela Freestyle pon tak apa. Asalkan dapat pump dengan efisyen (productive dan jimat masa) Saya cakap ni, sebab dah beberapa pagi saya naik angin bila kena menghadap pump berjam-jam. Sigh.

Baiklah. Tetiba jadi mak cik membebel breastpump pula.

Medina tangan ralit. Semua benda dia kauk. Kiri kanan tangan dia pegang benda yang dia dapat kauk. Kalau dengan Daddy, insyaAllah dah selamatlah benda-benda tu jadi milik dia. Tapi dengan Mummy, kena letak baliklah. HAHA. Sebab itu kalau bawak dia dalam stroller, saya cukup hati-hati. Last time pernah dia kauk baju-baju yang bergantung masuk dalam stroller dia. Buatnya saya tak perasan, malu Mummy! Nanti orang cakap Mummy shoplifting pulak padahal Medina yang ralit. Nanak nanak.

Dengan Pak Ngah Hafiz.
Pak Ngah Haikal tak ada.
Busy.

Sedapnya dapat makan macam-macam. Tunjuk saja apa nak makan dekat foodcourt tu. Takyah asyik kena makan kebab je T___T Tapi nikmat makan saya selalu dipotong apabila terkenang suami yang err… jauh? Tapi tak jauh di mata, tak jauh di hati jugak. HAHA. Kalau suami pulang kelak, tahulah saya nak ajak dia pesta makanan. Seperti menikmati cendol dan rojak di tepi jalan. Dan breakfast at Tiffany’s. Eh silap pulak. Breakfast at Mamak’s. This is the beauty of Malaysia yo.

Look at me Daddy.
I am spoiled.
I’m loving it.

Malamnya pula, keluar makan Satay Kajang Hj Samuri. Sedih OK rasa. Sebab dapat makan bercucuk-cucuk takyah kena catu. HAHA macam selama ni kena catu makan kan? Sebenarnya dekat Brisbane, budaya makan satay dia adalah kasihannn. Order setakat dua tiga cucuk sahaja. Sebab itu dikira entree. Pastu harga dia sama macam 20 cucuk satay kot. Memang tak nikmat. Satay yang fail pulak tu.

Pada hari Isnin lepas juga, kami dibawa berjalan oleh ibu mertua saya. Pagi-pagi lagi Nenek dah call ajak keluar. Nenek ajak teman nenek pergi Tabung Haji. Singgah juga di Ampang Park and had lunch there. Selepas itu Nenek bawak Medina bergolek-golek dekat rumah Nenek. Dari pagi sampai ke petang dengan Nenek which was fun.

Nenek is one energetic nenek in the world. Medina untung. Nenek-neneknya semua jenis energetic dan rock dan sporting dan suka belikan baju HAHAHA. Nenek belikan Medina sepasang baju kurung cotton warna merah jambu. Comel. Itu adalah baju kurung terkecik yang Mummy pernah tengok. Sebab selama ini saya tak main baby. Maka saya tidak tahu pasal baju-baju mini seperti itu HAHA.

Nenek bawak Medina jalan ke sana sini. Medina suka. Dalam kereta Nenek, dapat dengar lagu Sharifah Aini dan buat Medina tertidur lena. Nenek cakap, Medina si mata besar yang pandai. Sebabnya, bila stop nak belek-belek jubah Nenek, dia merengek marah-marah. Bila stop nak belek baju baby, dia behave saja. Senyum-senyum dan menjerit excited. Nenek cakap, ini tak fair. HAHA.

Terima kasih Nenek sebab belikan Medina baju kurung yang pertama dalam hidup Medina. Nenek cakap, nanti Nenek nak belikan tudung pulak untuk Medina. Nanti Medina datang main-main dekat rumah Nenek lagi ye. Rumah Nenek damai. Boleh Medina mententeramkan fikiran. Sebab dekat rumah Tok Abah, banyak lelaki gagah yang suka ganggu Medina tidur. Tapi tak apa. Best jugak. Sebab diorang boleh dukung Medina ke hulu ke hilir dan Medina selalu tidur dalam pelukan dan kehangatan. Pantang Medina ekkk, terus diangkat. Lemak Medina pon makin banyaklah kalau gejala ini berterusan. Begitu juga dengan lemak Mummy. HAHAHA.

Lemak?

Kalau bercakap pasal lemak, memang saya sedang collect lemak di sini. HAHA. Anak saya, Ma yang mandikan. Opah yang salinkan nappy. Adek-beradek yang tolong jaga tolong angkat tolong sakat tolong ajar dia pilih mainan mahal suruh Mummy beli, hoi! Tok Abah yang manjakan dia langsung tak boleh letak. Pastu saya jugak yang kelapangan. Tugas saya tidak lebih dari memberi susu. Itupon sebab Medina ni susu badan. Kalau tak, macam ibu beruang la saya.

Tapi tak apa. Saya memang memerlukan lemak yang banyak. Ma cakap saya kurus sangat, tak suka dia tengok T____T Saya dikerah untuk minum pati ikan haruan setiap pagi dan malam. Selain itu, kena minum Ensure dan dibagi makan banyak-banyak. Perasaan saya sangat gembira HAHA. Dan program mengurut saya akan dimulakan anytime soon.

Daddy Daddy, Medina dah semakin banyak akal.
Makin manipulative.
I am a spoiled baby.

Tok Abah dengan Nek Ma nak beli buai untuk Medina. I said, NO. Buatnya balik Brisbane nanti dia nak berbuai memanjang, habislah haku. HAHAHA. Medina ni saya memang ajar dia bergolek-golek saja. Cuma kalau ada Daddy, dia spoiled. Tapi secara keseluruhannya, Medina ni senang sangat nak dijaga. Dia tak menangis tak tentu pasal. Kerja dia senyummmm memanjang dan kuat main. Dia senang dipujuk. Dia friendly. Dia aktif dan tak boring. Ma dengan Abah cakap, memang senang sangat Medina ni. Tak merunsingkan. Cuma kalau dia nak menyusu tu, dia garang OK. Sebab saya masa kecik dulu memang jenis kuat melalak. HAHA. Medina pulak, bawaklah dia berjalan sampai ke hujung langit pon, dia tak banyak merengek. Suka lagi adalah. Tangan ralit. Dan gemar menegur orang secara rambang.

We miss you Daddy.

Recent Entries

10 Responses to “Anak Mummy Kembali”

  1. Yot Says:

    haaaaaaa….comel!! terasa sangat kesesakan waktu chika. enjoy it dear!

  2. fahreen fredo Says:

    yang pasal breastpump anakku memang x recommend.. sebab penah pakai pastu getah tercabut langsung x bole tukar, pakai sekejap sangat, x sampai 2 minggu kot.. geram kalo pikir2 balik!

    uii medina bestnye jadik medina.. sume orang bermurah hati nak tolong jaga medina.. hair band kaler kuning dia yang x tahan tuu.. sweet

  3. intan Says:

    salam nurul,
    i guna manual pump medela harmony so far alhamdulillah..sekali pump boleh dapat 50z sebelah.hehe ;)

    chika Reply:

    Medela punya OK la kan. Saya beli tu Anakku. Memang susah sangat nak keluar susu. Tapi jadilah, untuk prepare rice cereal :)

  4. jum Says:

    siapa yg pkikan hairband medina kali ni?
    huhu nmpk lain pulak.
    sbb selalunya tgk rambut medina tersusun kemas dgn hairband,tp yg ni rambut ternaik atas.
    HUHU comel.

  5. mOOn Says:

    suka tengok pic Medina yang last skali tuh.. comel.. sangat2 comel.. macam dah besar dah…

  6. mia Says:

    hehe..penat baca entry ni..

    fuhhh..abes juga baca..saya baca non stop..

    aihhh..bertuah medina n mom..

    ermm..baru nak beli yg murah jer breastpump tu..tak jadi la beli kalo tak ok..saya bekerja pulak tu..:)

  7. Anigogo Says:

    hi,,comelnye dak tu,,,teringat adik say… hehehe

  8. sha Says:

    medina comel

  9. poyaty Says:

    laaahhh, di bukit tinggi ke? Kenapa tak iklankan

    ‘Medina live di Bukit Tinggi’

    Boleh saya datang gomol-gomol Medina and say hi to mummy dia

Leave a Reply