Kupintal Buih-Buih, Kuanyam Ombak

Hakikatnya macam terror sangat nak pintal buih, nak anyam ombak. Tapi biasalah tu. Bila masukkan tajuk entry, semua macam best. Semua dah pandai cipta tajuk manis-manis pastu bila baca, cerita tak manis. Pastu cakap ini strategi pelaris.

Sambung lagi. OK mari semua kita kembali ke pulau.

Terhibur tak dengan cerita ikan lumba-lumba? Sesungguhnya malam itu menjadi malam berseminya cinta saya kepada ikan. Ikan lumba-lumba. Bukan ikan kembung. Ikan kembung memang dah lama dah saya cintai sebab dia sedap. Nanti balik Malaysia nak makan ikan kembung goreng dengan kicap. HAHA retard gila. Susah payah balik KL nak makan benda macam itu. Malas ah layan Chika ni nak off laptop sekarang WAKAWAKA.

Pada malam tersebut, selepas suap ikan lumba-lumba seekor ikan (fahamkan betul-betul ayat ini, atau anda akan rasa macam tak kena) kami kepenatan ya Allah. Sangat penat tidak terperi. Dahlah kena naik cruise 70 minit, pastu sampai-sampai pulau sahaja, terik. Pastu snorkeling tengok pasir, bermain pantai, menyaksikan sunset dan suap dolphin makan. Penat, tahu? Balik room, bersihkan diri yang berpasir. Bersihkan anak yang paling penting. Cadangnya nak cari makan malam itu. Namun, tak jadi. Sebab Medina telah tidur secara betul-betul punya lelap sampai kalau kita buat pancaragam sebelah dia pon, dia takda peduli punya. Sehinggalah …

Pagi yang gelap, kini sudah terang.

Hari tersebut merupakan antara hari di mana Medina tidur paling lena sampai statik tak gerak-gerak. Punyalah dia penat agaknya. Dan bangun pagi dengan senyuman. Mood yang sangat cantik.

Pagi-pagi, pada hari kedua di Moreton Island itu, kami berjalan di pesisiran pantai. Menuju ke shipwreck area. Jauh jugak sebenarnya. Walaupon bila tengok dari room macam dekat. Macam kalau suruh ulang alik pon makcik sanggup. Tapi setelah sekali berjalan ke sana, makcik semput. Tapi hakikatnya, sangat seronok tengok pantai yang kebiruan dan bagai dihiasi jaluran turquoise.

My LVOE ones.
Teka-teki.
Apa dalam plastik kelabu?

Jawapan teka-teki :
OK baca dulu sampai habis.
HAHA

Comel kan nama dia Tapak Sulaiman?

Find me.
Heh. Takyah lah.

LVOE the hues.

OK dah sampai dekat shipwreck. Maaf cerita ini kena potong. Habis, tak akanlah kena cerita detail sepanjang jalan nampak tapak kaki besar kecik, pastu hujung kaki seluar basah dicuit air, angin menderu nyaman atau pon Medina muak nampak laut. Sebenarnya cerita ini tak penting sangat, cuma nak tunjuk gambar laut yang cantik sahaja. Sebab laut dia memang cantik iaitu tak boleh dapat di Port Dickson T_____T Tapi Surfers Paradise tetap tercantik. Percayalah, siapa dah biasa dengan Surfers Paraidise mesti dah tawar hati meskipun Bondi Beach jadi taruhan. Bondi Beach bagi saya adalah biasa sahaja.

Berlatarbelakangkan shipwreck. Kapal karam berkarat pon jadi macam cantik bila duduk di lautan yang cantik. Di situlah tempat orang snorkeling. Tapi kalau kamu pentakut haiwan macam saya, boleh snorkeling dekat swimming pool kawasan kediaman sahaja T_____T Memang sedih bunyinya. Tapi yang penting, jiwa tenang. &^$&^$@

Berlakon sekejap.

Gambarajah A

Gambarajah B

Beberapa orang mencadangkan supaya saya tulis review iPhone4. Sebaik sahaja membaca cadangan tersebut, saya berasa … sebenarnya saya tidak berasa apa-apa. Tapi percayalah. Saya tak berapa pandai bersembang gadget. Kalau ditanya best atau tidak, yang itu saya boleh jawap laju-laju. Tapi kalau disuruh menghuraikan secara terperinci (10 markah) saya pasti gagal. Memang tak pandailah tulis pasal gadget.

Maka. Yang dapat saya kongsikan, adalah hasil yang anda boleh tengok sendiri. Kebanyakkan gambar di atas adalah hasil dari camera iPhone4. Bagi saya, boleh harap camera dia.

Gambarajah A dan gambarajah B merupakan shoot yang sama apabila HDR ON. Baiklah jangan tanya lebih-lebih nanti buat saya malu sebab tak tahu nak jawap apa dah.

LKJHGFDSAAWTUIPMNBXFHJGH
Caption error.

Keluarga mini.

POUKNBFSDRYTUIOPUDBFFS
Caption error.

Dua-dua ni best.

Tinggal berdua dengan anak di tepi belukar.

Cerita dah nak tamat. Tapi jangan dilupakan teka-teki tadi. HAHAHA sebenarnya boring gila teka-teki tu. Jawapan dia pon boring. Disebabkan boring, kita jadikan teka-teki tersebut tergantung tak terjawap. Boleh? Supaya benda boring tetiba rasa macam interesting dan buat orang tempted nak tahu. HAHAHAPALA.

Suami pergi memancing sebentar. Dan dia berjaya mengutip (baca betul-betul) …

… ikan ini sebanyak beberapa ekor.

Terror tak terror tak?

Eh, baca betul-betul. MENGUTIP.

Syukur akhirnya entry siap. Dari mula tulis tadi dah rasa tak sabar nak sampai ke penutup entry. Mengantuk dan letih sangat. Sekarang juga nak pergi tidur dan mimpi vernis. Eh tak. Sebenarnya nak cakap mimpi manis. MANIS. VERNIS. Hurmmm. Pelik betullah bila vernis ni bunyi dia similar to manis. Whatever Chika, whatever. Pergi tidurlah. Pastu mimpi manis.

Mimpi pon bolehlah.

Recent Entries

17 Responses to “Kupintal Buih-Buih, Kuanyam Ombak”

  1. Rahika Wahidah Says:

    wah kak, tajuk marvelous. puisi osman awang

    chika Reply:

    suka puisi tu.
    halus kan?

  2. banana Says:

    Terror ke terer?
    Bukan terror tu maksud dia fear? :)

    chika Reply:

    there’s no TERER in English, mate.

    banana Reply:

    Sememangnya takde..
    sebab terer tu slang atau perkataan yang dicipta oleh tak-tau-sape yang pada orang Malaysia bermaksud hebat atau bagus atau pandai.
    Dalam Bahasa Inggeris, terror tu definisinya lain :D

    You have a wonderful life Chika. All the best in your future undertakings :)

    chika Reply:

    Tapi sebenarnya selalu sebut TEREL. haha lagi teruk. I think dia macam KONA. Macam bila tengah drive, nak KONA kiri. I think KONA tu datang from CORNER. CORNER means, penjuru kan? Tapi dah jadi dalam slang melayu cakap KONA as CORNER as in, belok. Hurmmm… aneh aneh betul. Tapi kita semua dah terbiasa.

    Eh. Ke sebenarnya memang ada perkataan KONA dalam melayu I je tak tau?

    Maybe thats the beauty of malay’s slang. Kot. HAHA

    Thank you. Samalah to you too. Allah bless. insyaAllah :)

  3. samanosuke_04 Says:

    chomel laa gambar2 nie.. especially yang tapak sulaiman tue.. hoho,apsal byk gambar tak kuar nie?

  4. Ain Says:

    kak chika, try pergi cottlesloe beach kat perth. lg cantik. :) iphone 4 pada sy biasa saja,tak byk bezanya dari iphone 3gs. bole facetime tu guna wi-fi sahaja. dah selalu main iphone4 kawan. bukan sy punya. haha

  5. cinderella Says:

    chika,,12 kpg gmbr xkuar,,,sedey..plg sedey gmbr medina tido xdpt tgk..=(..refresh brulang kalipn xbejaye..hukhuk..(ayt skima -brulang kali xthn,,haha)

  6. Fina Sophie Says:

    oh nurul kurusnya nurul! tinggi nurul brape ye and ur current weight sekarang berapa? actually i tengah diet sekarang ni, and dah turun ke 49kg. been reading ur blog since akhir 2008, tak pernah nampak u sekurus ni. any tips? hoho.

  7. azie Says:

    chika, it’s been a while since i commented in ur blog. tp rajin baca, mls komen,hikhik

    tp nak komen ari ni psl mlm td ai mimpi u. siap dgn medina. siap dgn hubby u. ai mimpi pegi raya umah u.ntah ape motif ntah mimpi gitu,hihihi. tp best. sbb mimpi dpt main2 dgn baby comel mcm medina :D

  8. mia Says:

    cantik semua pic tu….

    kalo pergi tempat tu mesti lagi cantik kan..

    hanya mampu lihat dari blog sajer…huhuhu..

    pic yg tajuk die ‘dua2 best’ means wat yer…eheee…:P

    chika Reply:

    Terima kasih. Sekarang hanya lihat, mana tahu nanti dapat jejak kaki ke situ juga :) Kalau ada rezeki ke situ, please remember me :P

    Oh sebenarnya tak de maksud apa-apa. Haha. Sengaja nak buat caption :P

    mia Reply:

    insyaallah..huhu..mesti ingat punyer..:)

  9. cinderella Says:

    sume gmbr da leh tgk..thanks chika..=)..medina is always comell,,hehe..sronoknye tgk chika,,moge sronok slalu,,amin,,hehe

  10. johnna_analia Says:

    geram tgk pipi medina.mcm pakai blusher…grrrrr….. :p

  11. fadeadsy Says:

    nak pki selendang mcm chika tu tp xreti ah. slim melim je bdn even dah ade anak kan. best betul.

Leave a Reply