Suap Dolphin Makan.

OK sambung balik.

Malam pon menjelma. Oh kalau siapa tak tahu apa hujung pangkal cerita ini, boleh buat ulangkaji. Pergi sini. Sambung. Malam pon menjelma. Aktiviti yang ditunggu-tunggu. Iaitu … DOLPHIN FEEDING.

Malam yang sejuk. Medina kena balut.

Sebelum ke aktiviti dolphin feeding di jetty, kami menikmati sunset.

Dophin feeding bermula sekitar jam 6.30 malam. Sangat ramai orang. Hampir semua visitors berpusu ke jetty. Ada yang sudah book untuk memberi dophin makan, ada yang menonton dari atas jetty. Dan tentunya, berharap dan berdoa semoga banyak dolphin yang datang. Sebab mereka ada kalanya ponteng ikut suka. Nama lagi haiwan. Sedangkan kita manusia pon selalu ponteng kuliah.

Ramai.

We were all divided into 3 rows. Kami row yang pertama. Punyalah excited. Rasa tak boleh bersabar nak jumpa dolphin. Kalau datang ke pulau ini, rugi kalau tak book for dolphin feeding. Sebab Tangalooma Dolphin Feeding adalah antara main attraction di pulau tersebut. Dolphin dia merupakan wild dolphin tapi jinak. Hoh tak faham lah apa ni wild tapi jinak apa ni apa ni? Err. Dolphin itu semuanya memang wild. Bukan dibela di dalam aquarium ke apa. Tapi mereka dah biasa dengan manusia. Tempat tersebut sudah jadi tempat sekumpulan dolphin ini cari makan sejak 1992 (kalau tidak silap saya) Pandai tau. Yang datang tu dolphin yang sama pulak tu. Staff kenal mereka. Mereka punya nama manja yang comel-comel. Tapi saya tak dapat bezakan kesemua mereka sebab semua nampak macam ikan lumba-lumba. Erk? Whatever.

Medina juga excited. She didn’t have the slightest idea on what was going on that night tapi dia excited. Dia menjerit dan berbual dengan entah siapa-siapa yang sedang beratur tunggu turn. Medina pon dikira dalam jumlah mereka yang membuat tempahan. Malangnya kami tidak tergamak hendak bagi Medina feed dolphin tersebut. Takut nanti dia bagi setepek dekat kepala ikan tu, naya haku kena sue dengan persatuan pencinta alam.

Bagaimana nak feed dolphin?

Cara feed dolphin bukanlah macam feed anak bagi nestum masuk bowl warna merah pastu suap. Kita juga tidak perlu breastfeed dolphin tersebut. Apa yang perlu kita lakukan, adalah mencuci tangan dengan air klorin yang disediakan supaya kita tidak transfer virus/kuman/bakteria (bulatkan jawapan yang betul acah je) Kemudiannya, ambil seekor ikan yang juga telah disediakan. Selepas itu, masuk ke dalam air. KE DALAM AIR TAHU! Bukan bagi dari tepi pantai. Masuk agak jauh la juga. Kalau cetek-cetek macam mana dolphin nak pergi.

Selam tangan ke dalam air secara menegak, nanti salah seekor dari dolphin itu akan makan dari tangan kamu! Haaaa scary tak? OK tak scary T______T Tapi bagi saya yang penakut haiwan ini, punyalah saya gayat! By the time kami dah masuk ke dalam air, dolphin dah mengelilingi kami. Suami saya dengan Medina kelihatan gembira tidak terperi. Saya pula ngeri tidak terperi.

Oh. Saya ada video. Nanti kamu boleh nampak betapa tah apa-apanya saya ketika itu. Punyalah excited dari siang nak bagi dolphin makan, bila dah sampai waktunya saya boleh gayat T_____T Saya takut kalau dolphin tu tetiba high ke apa sambar tangan saya. Ataupon tetiba dia nak main-main dengan kaki saya ke. HAHAHA. Agak thrill. Tapi sebenarnya, satu pengalaman yang mendewasakan. Eh tak. Satu pengalaman yang sungguh best. Macam nak buat lagi.  Dolphin comel!

Video tidak dapat dikongsikan sekarang sebab tak jumpa mana video nya.

Ikan yang kami feed bernama SILHOUETTE.

Terdapat kisah yang comel dan menyentuh hati juga mengenai dolphin di sini.

.

KISAH KEHIDUPAN IKAN LUMBA-LUMBA.

Menurut cerita yang saya belajar semasa lawatan sambil belajar, dolphin pertama yang datang di tepi pantai itu diberi nama Beauty. Beauty mempunyai anak bernama Tinkerbell, Bobo dan Shadow. Pada masa itu, Shadow masih kecil dan menyusu lagi dengan ibunya Beauty. Bila Beauty mati, dia dijaga oleh kakaknya Tinkerbell. Sampai sekarang pon, dia sangat rapat dengan Tinkerbell. Bobo pula dahulunya selalu datang ke pantai mendapatkan makanan dari staff pulau ini bersama rakannya Fred. Apabila Fred mati, Bobo selalu datang bersendirian T____T

Shadow sekarang sudah pon menjadi ibu kepada Silhouette. Lebih menarik dan aneh, Shadow selalu bagi ‘surprise gift’ kepada staff pulau yang feed dia. Contohnya, dia akan gantikan makanan yang dia dapat daripada orang yang feed dia dengan ikan lain yang dibawanya dari tengah laut. Aneh tak? Dan fenomena ini masih belum dikenalpasti maksudnya. Jadi mereka anggap ini sebagai ‘dophin gifts.’ Adorable kan?

Tinkerbell pula menjadi ibu kepada Storm, Phoenix dan Tangles. Tinkerbell ni paling besar. Tapi paling friendly and gentle. Tinkerbell pon selalu bawa ‘hadiah’ kepada orang yang feed dia. Pernah tu dia bagi ikan yang seberat 4kg kepada visitor. Hooooooo.

The other one is Rani. Rani datang dari keluarga yang lain. Yang kelakarnya, staff pulau ini bersepakat bagi nama Rani kepada ikan ni sebab dia nampak seperti ada bhindi dekat dahi (something like that). They just simply bagi indian name, Rani. Tetiba, mereka found out yang Rani tu bermaksud  Queen. Bila usia Rani 6 tahun, mereka mendapati Rani merupakan seekor ikan lumba-lumba jantan T___T HAHAHAHA Tak pasal-pasal ikan jantan jadi Queen. Tapi apa nak buat. NAma dah sebati, tak boleh tukar dah.

Rani ada adek lelaki. Nama dia Nari. Nari pernah kena serang dengan shark pada tahun 1999 dan mendapat kecederaan yang sangat parah. Juga pernah menjadi mangsa kegiatan fishing. Dia dirawat selama 6 minggu di bawah pengawasan Seaworld. Kesian dia. Kalau tengok Nari ni, boleh nampak kesan parut serangan shark. Dia bernasib baik sebab dapat diselamatkan.

Yang paling menyentuh hati, adalah kisah seekor ikan bernama Echo. Echo datang secara sendirian dan tiada hubungan keluarga dengan ikan yang lainnya. Masa dia pertama kali ditemui, dia masih bayi. Dia dipercayai  tiada ibu. Dia sepatutnya masih menyusu dengan ibu. Dia tak pandai cari makan sendiri. Jadi staff sangat bimbang macam mana Echo ni nak survive.  Tahun 1996, dia datang ke pantai untuk dapatkan makanan, tetiba nampak luka serangan shark pada dia. Kesian dia. Dan dia adalah ikan paling kecik dan kurus. Kalau tengok badan dia, dikatakan boleh nampak sikit kerangka dia sebab terlalu kurus. Semuanya gara-gara masa dia kecil, dia ditinggalkan sebagai anak yatim bila ibu dia mati. Dia tak pandai cari makan sendiri. Sebab itulah dia kurus.

Tengok. Ikan lumba-lumba pon punya kisah kehidupan tersendiri. Mereka pon ada dilema dan keperitan hidup.

Disebabkan kisah ini sangat interesting dan tukang cerita pon seorang yang interesting, saya dengar betul-betul. Sampai boleh ceritakan balik kepada anda HAHAHA. Sebenarnya saya jot down cerita ni. Sebab saya rasa, cerita ni penuh konflik dan dramatik.

Tak dapat bayangkan macam mana keadaan aktiviti ini dijalankan? Macam ini :

Bila sampai turn, kita akan dibawa berjalan masuk air oleh staff. Dalam lah jugak perginya.

Kalau ada chance, mesti buat lagi!

.

Gambar kami sedang feed Silhouette yang dirakam oleh professional photographer saya belum scan. Coming up later.

Recent Entries

12 Responses to “Suap Dolphin Makan.”

  1. shakirah Says:

    dramatik sangat kisah dolphin tu.
    sampai excited baca walaupun panjang. hehe

  2. pawpaw Says:

    alahai seronoknya
    :D

  3. atiqah Says:

    wow weee terujanya…bestnye..dolphin comel..kisah mrk juga comel..eh x, sedih..

  4. lyana si permaisuri Says:

    Bila fikir dilema ikan, teringat pulak dilema manusia. Makin-makin lama makin macam-macam. Haaaih, donia.

  5. dhia Says:

    almost cried bila baca pasal dolphin tu :’/

    anyway, its really nice to read of how people feed them and they give back something

    cute

    indah kan alam ciptaan Allah :’)

  6. Liyana Lunia Says:

    tolonggg lah tolonggglah ada video itu ada lah ada lah T____________T

  7. lina Says:

    bestnya!!1best2.

  8. nelnana Says:

    wah,1 experience yg btol2 experience!!

  9. mas Says:

    pantang tol dgr kisah haiwan…Nari,sedih tol…nk p melawat dolphin…
    p/s:mtk2 u’ll find d vdeo n picture…amin

  10. lienda Says:

    sedih plak cete dolphin nih.baca smbil bygkn chika bacakan untuk kanak2 dlm rancangan ‘mari dengar cerita’.but nice..thank for sharing~

  11. Noriz Says:

    Sangat sweet kisah dolphin..genius creatures..sedih pon ade dengar cerita you huhuhu..

  12. ainkarim Says:

    mlm tadi mimpi fly g aussie.. pastu singgah rumah awak jumpa medina.. hehe.. tiba-tiba je.. medina cutee laa

Leave a Reply