Medina’s First Rice Cereal.

10 October 2010, Medina kena ingat sebagai tarikh yang yummy tau.

Pagi ni, sejuk lagi macam semalam. Hujan setiap hari. Angin kuat. Dah dua hari saya tak buat laundry. Kain yang saya sidai, atas bawah tak kering-kering. Tak ada tempat nak sidai baju dah. Tapi syukurlah, hujan. Banyak bersungut nanti, kufur nikmat.

Pagi-pagi, lepas suami ke kerja, saya breakfast. Selepas itu terasa blank.Tak tahu apa nak dibuat. Tak. Bukan sebab tak ada kerja. Tugas sebagai seorang domestic manager (director nya, suami) maca pernah habis. Kalau hari ini sudah menggilap dapur, hari esok pon kena digilap lagi. Kalau hari ini membuat laundry sampai kosong bakul pon, hari esok kena buat lagi. Hari-hari pon kena mandikan Medina, main dengan dia, buat home school untuk dia, dan menghadap dia. Hari-hari pon ada kerja.

Tapi pagi ini mood adalah mellow. Cuaca yang gloomy macam ini buat saya berasa nak bermalas-malas. Itu yang best tu sepenuh masa di rumah. Boleh pilih nak masuk kerja pukul berapa. Boleh buat jadual sendiri. Boleh pilih kerja apa nak buat, kerja apa nak buat bulan depan HAHA. Dan boleh juga ponteng terus (Tapi tak semua bahagian boleh ponteng)

Golek-golek atas carpet depan TV (Sambil Elmo potpet potpet sendiri, Medina tak layan) Tetiba saya teringat FAREX yang ada dalam food cabinet kami. Beli beberapa hari lepas.

Medina menayangkan FAREX kepada semua.

Last week pergi check-up Medina sempena usia 5 bulan. Midwife cakap, usia Medina sudah pon bersedia untuk solid food.  Maka, dia suggest kami FAREX RICE CEREAL. Which is, kami as a parent tidak pernah excited about that. Tidak seperti kebanyakkan parents yang adanya menanti saat nak suap anak solid food, kami tidak. Bagi saya, ini pon cukup emotional.

Paediatrician, Dr. Seto pon ada cakap dulu. Kami boleh introduce solid food kepada baby bermula umur 4 bulan. But its not you (the parents) or your mother (the nenek) ataupon your banyak mulut punya kawan should tell WHEN your baby is ready for solid food. Sebab, the baby herself should know best.

Bagi Medina, hurmmm… tak nampak macam dia ready sangat. Dia tak ghairah menyambar kurma yang kami cuit-cuit masuk mulut dia (sekadar nak educate taste bud dia dengan benda manis) Dia hanya excited luar biasa terhadap my boob. Yay!

Kami bersepakat, akan memberikan Medina makan rice cereal ini sekali setiap hari pada waktu pagi. Tidak pada  waktu malam. Supaya tidak ganggu tidurnya. Tambahan lagi, tidak elok didik anak makan sebelum tidur. Tabiat makan yang tidak healthy. Instead of menyediakan 1 table spoon of the cereal, saya hanya bagi one tea spoon. Dan saya cairkan dengan breast milk. Jenuh haku express manual pakai tangan dan keringat sendiri pagi tadi. Tidak perlulah kot sampai nak pump susu. Hanya nak larutkan sedikit cereal. Tapi boleh tahan ‘payah’ la jugak nak express manual kan? Maka, siapa express milk dia secara manual selama ini memang saya hormat kepadanya. Begitu berdedikasi dan istiqamah.

Breast milk akan tetap menjadi makanannya sehinggalah tempoh selama mana yang Medina mahu. Maximum 2 tahun (insyaAllah) Sekarang ni, hanya nak bagi dia rasa-rasa. Sekadar nak bagi dia experience baru to stimulate brain dia. Berdasarkan pembacaan saya, kebanyakkan bayi yang kelaparan dan tidak puas menyusu akan mengalami kesukaran tidur malam. Alhamdulillah. Medina tidur malam sangat lena. Punctual pulak tu. Kalau around 7pm to 8pm, apa jadi pon dia akan tidur juga. Dan akan bangun selepas subuh (around 6.30am to 7 am) Malam-malam, jarang meragam. Cuma saya saja yang suka sua boob bagi dia. HAHAHA. Dia ekkk je sikit, saya bagi boob. Itupon dia tak menyusu mana. Sebab dia nakkkk juga tidur. Good girl.

Saya agak takuuuut kalau terbagi makan anak saya benda yang tak sepatutnya. Sebab Medina selama usianya 5 bulan ini memang breast milk semata-mata. Plain water pon tak bagi. Adalah secuit pisang dan secuit kurma. Maka, pagi ini saya belek tenung kotak Farex tu bukan main lagi. Bukan apa. Kitakan dah biasa dengar, makanan dalam kotak dan dalam tin ni kurang khasiatnya. HAHA.Tah apatah dalam kepala aku.

Study kejap dekat internet apa orang kata tentang Farex. Doctor recommend. Memenuhi nutrient keperluan bayi terutamanya iron. Mudah hadam. Rice adalah antara makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Dan jarang orang allergik kepada rice. Jadi, elok mulakan dengan rice cereal. Ayam tandoori nanti tunggu Medina 15 tahun OK. Taklah, acah je.

No salt, no sugar for babies. Tak baik.

One tea spoon of rice cereal + breat milk.

Sikit saja saya sediakan pagi tadi. Itupon dah cukup berdebaran rasa. Sebab selama ni saya rasa Medina selamat selalu dengan breast milk tetiba nak bawak masuk benda lain dalam perut dia. Adalah agak thrill. Ya ya. Me being paranoid and emotional again. Oh, saya tak excited langsung!

Dudukkan dia atas baby seat. Unfortunately, Medina doesn’t have that Bumbo Seat. Sebab setelah berbincang, Daddy cakap dah terlambat Bumbo Seat tu untuk Medina. Sebab bila kami check weight limit dia, macam tak lama boleh pakai dah. Walaupon Mummy sebenarnya eager jugak nak Bumbo Seat. Daddy pilih Baby Seat yang ini from Safety 1st. Sebab boleh pakai lama lagi. And then harga dia adalah sama dengan Bumbo Seat TAPI pada hari tersebut this seat was at discounted price. So, this Baby Seat that is lah. Walaupon Mummy dan Daddy still setuju that the Bumbo Seat adalah lebih comel. Tak apalah T___T Namun. Seat yang ini warna dia Mummy suka.

Selepas itu, switch the TV off. Supaya sunyi, damai dan tenteram. Sekarang kami sedang nak train Medina untuk fokus. Waktu makan, nak ajar dia focus untuk makan tanpa gangguan TV. Sebab Play School tu asyik menyanyi je nanti Medina distracted T____T

Pakai bib.

Bismillah …

Pandai rupanya dia makan.

Nampak excited tak? Dia memang sambar. Lagi-lagi sudu tu. Tapi dia macam lambat-lambat kan? Saya nak tengok juga, dia macam berselera sangat ke apa. Berdasarkan pengalaman saya memperhatikan dia, nampak so-s0 lah. Dia minat. Dia makan. Dia telan. Tapi excited sangat-sangat tu tak ada.  Yang ada, ialah passion dia nak tarik sudu.

Kalau Daddy ada, boleh Daddy enjoy the session too. But its OK. This entry is for Daddy.

Hampir menghabiskan cereal.

Habis. Licin.

Saya tunggu kejap. Nak tengok kalau-kalau she asks for more.Entahlah, susah nak dipastikan. Sebab dia nak tarik mangkuk dengan sudu. Tapi makan pon tetap makan juga. Namun demikian, dia tak nampak kelaparan langsung. Slow and steady sangat.

Bagi plain water. Buat basah-basah tekak dia.

Tetiba, melalak! Dia terus buat sign asking for boob! Sign nak susu dia ialah berbunyi macam bernafas termengah-mengah dan ternganga mulut carik susu kiri kanan. HAHA. Apalagi, terus bagi. Ha kau. Bukan main lagi dia. Menyusu laju-laju as in ‘aaaaaah this is what I am looking for’. Lepas dapat susu, terus tidur. Lena sangat dia tidur. Kekenyangan. Rice cereal dapat, susu pon dapat. Burppp.

So thats my story about my baby’s first rice cereal. Seronok suap anak makan. Kita tengok hari esok pula macam mana. Adakah dia menunjukkan tanda-tanda begitu nak makan? After all, new experince untuk baby saya.

Recent Entries

13 Responses to “Medina’s First Rice Cereal.”

  1. esah Says:

    alolo..comel nye medina..semakin hari semakin comel..
    kjap je die dah bsr kan..tup tap tup tap dah 5 bulan..
    lpas ni tup tap tup tap dah 5 tahun..dah pandai cakap..comeyl!

  2. noor Says:

    boolat mata medina masa makan! nampak dia suka juga solid food tu

  3. poyaty Says:

    tgk medina, da bg makan pon cepat2 isap jari juga. hehe. jari lagi sedap neh mummy.

    chika Reply:

    Tu la kan? Jari jugak dia carik. Actually i can tell she doesnt care about thd food pon

  4. nour Says:

    salam..comelnye medina=)
    nnti2 nurul leh try watkan puree utk medina..guna carrot or ubi etc..rasenye klu search the recipe mmg ade kat intenet,ramai2 mak2 yg prefer bagi puree compare to the processed food such as nestum..boleh difrozen n panaskan bila perlu..anyway,all the best!=)

    chika Reply:

    Actually belum nak bg dia makan lagi. Ni nak bg dia rasa-rasa je. Mudwife suh start dengan rice sbb mudah hadam dan tak alergik. Belum ready nk bg dia makan mcm2. Tunggulah beberapa bulan lagi. Baru nk buat homemade food. Entahla rasa tak best nak bg dia makan benda lain selain breastmilk :(

  5. samanosuke_04 Says:

    haha.. part2 last cite nie cam takot gak baca.. bila medina carik ‘benda tue’ secara ghairah.. LOL!!

    hoho, nampak bahagia jer keje kat umah, pastue main2 ngan baby… heehee..

  6. Shaqirah Says:

    Dia macam lagi interested nak sambar sudu tuh jer. Macam tak heran pun dengan makanan tuh. Kalau dia excited, mesti macam baby lain yang beriya-iya jer nak suap dia cepat-cepat. lambat ckit jer mulalah nak menangis. hihihihihihi. nih tak, macam “awak suap, saya makan..tapi bukan saya nak pun” hehehehehhehe.

    she’s so adorable. cepatnya dia membesar. macam baru jer ari tuh tengok dia newborn and muka sebijik macam ayah dia. now dia ada both u and ur husband’s face. mata dia makin hari makin bersinar jer. suka sangat tengok. Medina rocks lah rambut spiky-spiky! hihihihihihi.

  7. nurul Says:

    comel n cute sgt

  8. nursyahadah Says:

    i like to read your blog.lg2 bile cite pasal ur baby.sweet sgt2 :))

  9. Yot Says:

    suara dia comel sangaaaattttt

  10. fashya Says:

    fashya pun tgh takut2 nak bagi Husna makan, tapi bile die dah menyusu macam tp still cranky, n kerap menyusu, rasa nak bagi dia makan, semalam pun saya dah try bagi die cereal cerelex beras tu, lepas makan die nyenyak tidur….hmm….haruskah start dari sekarang solid food dia tu eh….xtaula

  11. jum Says:

    ten ten ten.
    medina,jgn minat BEN 10 ye.
    minat naruto.HAHA
    eh,nampak ayu sikit,minatla sailormoon.HAHA wujud lg ke??
    eh eh,nmpk smart sikit,minat la conan.think out of box:P

    ishh ape pulak contohi kartun..
    10 10 10,angkasawan msia kahwin.so minat la die.
    nnt medina bwk parents g bulan.mengarut suda~

    kak nurul,cara akk mendidik anak sungguh kreatif.=)
    stlh bc blog ni,sy bercita2 nk jd suri rumah ade degree yg educated dan berjaya.HUHU

Leave a Reply