Archive for October, 2010
Posted by chika under
FOR SALE ALL SOLD OUT!
.
.
Seronok tengok pintu fridge meriah dengan koleksi magnet serata dunia? Saya ada fridge magnet dari Australia untuk dijual (kalau berkenan). Boleh tengok-tengok. Boleh pilih. Tak boleh cuba. Tiada fitting room. Tapi jangan bimbang. Free size, gerenti muat. Kalau tak muat boleh beli fridge baru. HAHA. OK serius.
.
EDIT :
Dulu beberapa orang tanya saya kalau-kalau saya boleh dapatkan KOALA RATTLE. Saya sertakan sekali KOALA RATTLE kalau berminat. Untuk bayi.

2 units available.
Price : RM39 each
(termasuk postage)
RESERVED.

001 : MELBOURNE T-SHIRT
Price : RM25
1 Available.
RESERVED.

002 : MELBOURNE T-SHIRT 2
Price : RM25
1 Available.
RESERVED

003 – SYDNEY METAL.
Price : RM 18
3 Available.
RESERVED

004 – MELBOURNE CAP
Price : RM 20
1 Available.
RESERVED

005 – SYDNEY HARBOUR 1
Price : RM 20
1 Available.
RESERVED

006 – SYDNEY HARBOUR 2
Price : RM 20
1 Available.
RESERVED

007 – SYDNEY HARBOUR 3
Price : RM 20
1 Available.
RESERVED

008 – SYDNEY SLIPPER
Price : RM 20
1 Available.
RESERVED.

009 – AUSSIE SIGNBOARD
Price : RM 20
1 Available.
RESERVED.

010 – GOLD COAST SHIP
Price : RM 20
3 Available.
RESERVED.

011 – AUSSIE PARTY
Price : RM 20
1 Available.
RESERVED

012 – SYDNEY THERMOMETER
Price : RM 25
1 Available.
RESERVED.

013 – GOLD COAST THERMOMETER
Price : RM 25
1 Available.
RESERVED

014 – MELBOURNE THERMOMETER
Price : RM 25
1 Available.
RESERVED.

015 – MELBOURNE BOOMERANG
Price : RM 20
1 Available.
RESERVED.

016 – GOLD COAST BOOMERANG
Price : RM 20
1 Available.
RESERVED

017 – AUSTRALIAN WILDLIFE
Price : RM 18
1 Available.
RESERVED

018 – AUSTRALIAN WILDLIFE 2
Price : RM 18
1 Available.
RESERVED
.
Price termasuk postage. (pos ekspress) Size dari gambarajah di atas mungkin tidak benar. Hakikatnya mungkin lebih kecil sedikit. Serious buyer only. Siapa nak main-main pergi playground HAHA. OK serius serius. Kesemuanya diterbangkan dari Australia. Jika berminat, sila ;
Email ke Nurulism (at) gmail.com SAHAJA.
Untuk place an order, atau membuat pertanyaan. Semua kita cerita dalam email. Stock terhad.
Posted by chika under
Uncategorized This entry is dedicated to Darling Husband.
Kami landed on Wednesday. On Thursday, terus mum in-law bawa kami ke rumah Mak Long. Sepatutnya, ada one day gap. Tapi disebabkan saya pulang on Wednesday (sepatutnya Tuesday), emak dah janji dengan Mak Long nak bawa cucu dia berjalan hari Khamis tu. Mak Yang ikut sekali.

Medina dan Nenek Long.

Medina, Mummy dan Nenek Long

Medina, Nenek, dan Nenek Long

Opah, Nenek dan Nek Long.
Banyaknya nenek dia.
Dari rumah Mak Long, emak bawa ke Jusco untuk shopping diapers Medina. Saya tak bawa banyak diapers sebab tak perlula memenuhkan luggage dengan benda yang boleh beli dekat sini. Tetiba bekalan yang ada sangat kritikal. Terus menggelabah kena carik diaper dengan wipe dia. Macam inilah bila ada anak. Tak boleh nak lenggang-kangkung dah. Itu nak pikir, ini nak pikir. Kalau nak berjalan sikit pon, barang dia selambak kena packing betul-betul. Dengan baju extra, kain itu ini dan sebagainya. Kalau macam ni, bila Mummy nak menggayakan clutch? HAHA.
Dari Jusco Setiawangsa, ke Kajang. Medina main dekat rumah nenek sampai ke petang. Sampai Mak Ngah Reena dia balik dari Melaka. Bukan main riuh mulut anak haku. Menjerit-jerit sampai terbatuk-batuk.

At Nenek’s place.
Sunyinya rumah Nenek.
Tenang fikiran.
HAHA

Mak Unggals (plural) datang.

Bila one of the Mak Unggals (yang baju purple) nak angkat Medina, Medina terus nak. Bila Mak Unggal yang baju hijau nak angkat dia, dia tak nak. Dia pusingkan muka. Kelakar. Banyak kali try nak dukung dia, dia tak nak. Nakkkk jugak yang baju purple. HAHA. Lama-lama, bila dah agah-agah dia sikit, barulah dia nak.

Ini Nenek Medina.
Tengok muka Nenek, mesti ingatttt sangat dekat Daddy.
Saya ingat lagi. Lepas saja bertunang dulu, 4 bulan sebelum wedding husband saya dah ke Brisbane kerja. Memang saya tak jumpa dia. Selalu jumpa mak mertua saya saja. Everytime jumpa Mak Mertua saya, mesti saya teringat kat wajah tunang (waktu tu tunang la) Rindu tapi malu. HAHAHAHA.

Mak Ngah Reena.
Medina suka OK kat Mak Ngah dia. First time jumpa terus melekat. Pastu orang lain dukung dia, dia nangis cebik-cebik pandang kat Mak Ngah dia. That day was fun. Seronok tengok Medina jumpa family. Selama ni asyik tengok muka parents saja. Kesian.
OK nak pergi siap-siap. Nak keluar dengan Aizar dan Ijat. And then nak buat urusan post. Have a nice day, all!
Posted by chika under
Nur Medina Assalamualaikum ( Tak jawap dosa)
Monday blues menghulur salam? Kasihannn. (Sebenarnya entry ini ditulis pada hari Isnin) Saya juga selalu blues menjelang Monday meskipon selalu tak tahu apsal saya kena blues pulak. Tapi memang macam itu. Jadi kalau Monday kamu murung, jangan bimbang. Kamu merupakan 8 daripada 10 orang yang mengalaminya ( Bukan fakta. Auta pon bukan)
Monday saya kali ini tidak blues. Eh sekarang dalam mood percutian mana mungkin boleh blues. Tak sempat blues OK. Sangat busy dengan aktiviti keluarga. Jumpa orang ni, jumpa orang tu. Medina sangat busy. Dia kelihatan penat dan over stimulated. But I can tell, she is a happy baby. Senang nak jaga. Tak menyusahkan siapa-siapa pon. I love you Daddy. Eh tetiba pulak.
Sehari selepas sampai KL, Nenek (my mum in-law) datang jemput kami ke rumah Mak Long dan sehari suntuk di rumah Mak. Juga pergi membeli-belah nappy pastu Medina angkut sendiri nappy dia. Medina pon dapat jumpa Mak Ngah Reena dia. I know that my husband is waiting for this entry tapi … HAHAHA nak cerita lain kali boleh? Sebab gambar berkenaan belum bersedia untuk dimuatnaik (?) Sorry, Sayang. I tahu you nak tengok gambar Medina dengan Mak, dengan Kak Reena, dengan Mak Long dan Mak Unggal. Bersabarlah, Sayang :P
Pada hari Jumaat pula, Medina di bawa keluar oleh Tok Abah dan Nek Ma :

On the way dipangku oleh Tok Abah tak mahu lepas-lepas.
Kesian tau anak saya ni. Beberapa hari dekat KL ni, dia bukan main seronok bila naik kereta. Excited, melompat, kepala tegak pandang itu ini di luar tingkap. Selalunya, dia mesti naik hangin bila masuk kereta. Mana taknya, kena strap dalam capsule. Pastu kalau dia menangis tunjuk perasaan pon, Mummy Daddy tak dapat tolong. Terpaksa keringkan hati biar dia mengamuk kadang tu. Tahu. Memang bagus sangat sebenarnya peraturan kena letak baby dalam car seat tu. Cuma biasalah kan. Babies memang selalu protes benda yang sepatutnya untuk dia. HAHA. They don’t like their toys. They want Daddy’s phone. They don’t like their cot. They want Mummy’s mattress. Macam-macam tu lah. Manipulative kan?

Hailo. Anak Mummy Kembali dalam pangkuan Uncle Uda!
Abah bawa kami (Eh tak. Sebenarnya Ijat yang bawa kami, atas arahan Abah) ke Jusco Bukit Tinggi. Or is it AEON Bukit Tinggi? Samalah tu. Tak sempat pon ukur semua penjuru sebab kena ukur laju-laju. Abah cakap kalau nak mengukur, bukan waktunya petang-petang tersebut. Lagipon abah cakap, dah ada anak pastu suami tercicir pulak jauh, jangan nak berlagak macam muda belia. HAHA. Maka, beli barang-barang Medina (yang sangat diperlukan tapi tak bawa) laju-laju.
Macam biasa. Baju baju baju. Hari-hari pon baju baru tak habis-habis. Sebab Nek Ma dengan Opah asyik susah nak stop pilih baju baby. Nenek pon sama. Semalam Nenek tengok baju baby sampai Nenek asyik tak tahan je mata. Pastu rezeki Medina jugak murah. Pastu Mummy jugak yang gembira. Pastu Daddy jugak yang pitam tengok wardrobe Medina dah kalahkan wardrobe Mummy dengan Daddy. And then bila nak keluar berjalan, Mummy claim ; Ala, Medina tak ada baju nak pakai. Macam menguji kesabaran Daddy kan? HAHAHA.
I got myself a manual breastpump. Terpaksa beli. Tak boleh hidup saya tanpa breastpump. Tapi nak beli yang proper, mahal pulak. Saya kena carik yang paling murah. Itulah bahana dia bila tak bawa pump sendiri. Akhirnya beli yang manual from ANAKKU. RM79.90. Gila cheapskate. Sudahnya setiap pagi pada pumping session, aku naik angin. Berjam-jam pump, nak dapat 2 Oz pon payah. Pastu jari lenguh. Kalau kata nak dapatkan satu botol bagi Medina minum, memang tak lah. Sebab setakat 1 Oz tu, cuma lepas untuk prepare rice cereal saja. Jadilah. Harap mampu bertahan selama sebulan ini pump secara manual.
Maka.
Saya tak recommend kepada ibu-ibu untuk membeli manual breastpump. Sekiranya memang berhasrat nak fully breastfeed bayi kamu dan kamu memang memerlukan pump, belilah terus yang proper lagi-lagi kalau kamu jenis bekerja.Yang electric and battery operated. Tidak perlu sampai ke tahap Medela Freestyle pon tak apa. Asalkan dapat pump dengan efisyen (productive dan jimat masa) Saya cakap ni, sebab dah beberapa pagi saya naik angin bila kena menghadap pump berjam-jam. Sigh.
Baiklah. Tetiba jadi mak cik membebel breastpump pula.

Medina tangan ralit. Semua benda dia kauk. Kiri kanan tangan dia pegang benda yang dia dapat kauk. Kalau dengan Daddy, insyaAllah dah selamatlah benda-benda tu jadi milik dia. Tapi dengan Mummy, kena letak baliklah. HAHA. Sebab itu kalau bawak dia dalam stroller, saya cukup hati-hati. Last time pernah dia kauk baju-baju yang bergantung masuk dalam stroller dia. Buatnya saya tak perasan, malu Mummy! Nanti orang cakap Mummy shoplifting pulak padahal Medina yang ralit. Nanak nanak.

Dengan Pak Ngah Hafiz.
Pak Ngah Haikal tak ada.
Busy.
Sedapnya dapat makan macam-macam. Tunjuk saja apa nak makan dekat foodcourt tu. Takyah asyik kena makan kebab je T___T Tapi nikmat makan saya selalu dipotong apabila terkenang suami yang err… jauh? Tapi tak jauh di mata, tak jauh di hati jugak. HAHA. Kalau suami pulang kelak, tahulah saya nak ajak dia pesta makanan. Seperti menikmati cendol dan rojak di tepi jalan. Dan breakfast at Tiffany’s. Eh silap pulak. Breakfast at Mamak’s. This is the beauty of Malaysia yo.

Look at me Daddy.
I am spoiled.
I’m loving it.
Malamnya pula, keluar makan Satay Kajang Hj Samuri. Sedih OK rasa. Sebab dapat makan bercucuk-cucuk takyah kena catu. HAHA macam selama ni kena catu makan kan? Sebenarnya dekat Brisbane, budaya makan satay dia adalah kasihannn. Order setakat dua tiga cucuk sahaja. Sebab itu dikira entree. Pastu harga dia sama macam 20 cucuk satay kot. Memang tak nikmat. Satay yang fail pulak tu.
Pada hari Isnin lepas juga, kami dibawa berjalan oleh ibu mertua saya. Pagi-pagi lagi Nenek dah call ajak keluar. Nenek ajak teman nenek pergi Tabung Haji. Singgah juga di Ampang Park and had lunch there. Selepas itu Nenek bawak Medina bergolek-golek dekat rumah Nenek. Dari pagi sampai ke petang dengan Nenek which was fun.
Nenek is one energetic nenek in the world. Medina untung. Nenek-neneknya semua jenis energetic dan rock dan sporting dan suka belikan baju HAHAHA. Nenek belikan Medina sepasang baju kurung cotton warna merah jambu. Comel. Itu adalah baju kurung terkecik yang Mummy pernah tengok. Sebab selama ini saya tak main baby. Maka saya tidak tahu pasal baju-baju mini seperti itu HAHA.
Nenek bawak Medina jalan ke sana sini. Medina suka. Dalam kereta Nenek, dapat dengar lagu Sharifah Aini dan buat Medina tertidur lena. Nenek cakap, Medina si mata besar yang pandai. Sebabnya, bila stop nak belek-belek jubah Nenek, dia merengek marah-marah. Bila stop nak belek baju baby, dia behave saja. Senyum-senyum dan menjerit excited. Nenek cakap, ini tak fair. HAHA.
Terima kasih Nenek sebab belikan Medina baju kurung yang pertama dalam hidup Medina. Nenek cakap, nanti Nenek nak belikan tudung pulak untuk Medina. Nanti Medina datang main-main dekat rumah Nenek lagi ye. Rumah Nenek damai. Boleh Medina mententeramkan fikiran. Sebab dekat rumah Tok Abah, banyak lelaki gagah yang suka ganggu Medina tidur. Tapi tak apa. Best jugak. Sebab diorang boleh dukung Medina ke hulu ke hilir dan Medina selalu tidur dalam pelukan dan kehangatan. Pantang Medina ekkk, terus diangkat. Lemak Medina pon makin banyaklah kalau gejala ini berterusan. Begitu juga dengan lemak Mummy. HAHAHA.
Lemak?
Kalau bercakap pasal lemak, memang saya sedang collect lemak di sini. HAHA. Anak saya, Ma yang mandikan. Opah yang salinkan nappy. Adek-beradek yang tolong jaga tolong angkat tolong sakat tolong ajar dia pilih mainan mahal suruh Mummy beli, hoi! Tok Abah yang manjakan dia langsung tak boleh letak. Pastu saya jugak yang kelapangan. Tugas saya tidak lebih dari memberi susu. Itupon sebab Medina ni susu badan. Kalau tak, macam ibu beruang la saya.
Tapi tak apa. Saya memang memerlukan lemak yang banyak. Ma cakap saya kurus sangat, tak suka dia tengok T____T Saya dikerah untuk minum pati ikan haruan setiap pagi dan malam. Selain itu, kena minum Ensure dan dibagi makan banyak-banyak. Perasaan saya sangat gembira HAHA. Dan program mengurut saya akan dimulakan anytime soon.

Daddy Daddy, Medina dah semakin banyak akal.
Makin manipulative.
I am a spoiled baby.
Tok Abah dengan Nek Ma nak beli buai untuk Medina. I said, NO. Buatnya balik Brisbane nanti dia nak berbuai memanjang, habislah haku. HAHAHA. Medina ni saya memang ajar dia bergolek-golek saja. Cuma kalau ada Daddy, dia spoiled. Tapi secara keseluruhannya, Medina ni senang sangat nak dijaga. Dia tak menangis tak tentu pasal. Kerja dia senyummmm memanjang dan kuat main. Dia senang dipujuk. Dia friendly. Dia aktif dan tak boring. Ma dengan Abah cakap, memang senang sangat Medina ni. Tak merunsingkan. Cuma kalau dia nak menyusu tu, dia garang OK. Sebab saya masa kecik dulu memang jenis kuat melalak. HAHA. Medina pulak, bawaklah dia berjalan sampai ke hujung langit pon, dia tak banyak merengek. Suka lagi adalah. Tangan ralit. Dan gemar menegur orang secara rambang.
We miss you Daddy.
Posted by Darling Husband under
Blackberry I went to the library – reading the book you gave me. Sedap baca, kejap je dah 100 pages hhabis.
Masa nak beli sayur nak makan as part of my wt losing effort, ternampak pulak special offer nih. Arnott’s tim tam chocolate chiller 4 dollar. Terusd haus. Tadi nak lose wt, tapi terbeli puylak, sib baik dapat tahan dari upgrade jadik large for and extra 50c.
Tapi bila dia offer cream and caramel on top, tak larat nak tahan nafsu.
Unfortunately, Minum sikit jer dah rasa cam kurang bes sbb takleh share satu straw. I miss sharing a straw with you.
Tapi tak perlah, nak buat camnerrr, kongsi rupa or ni pun jadiklah. You makan makan tu ingat I tak sayang? (Tapi kalau ingat, jangan main tunjuk2 makanan you pulak, lagi meraung I karang) :((

Posted by chika under
My Fancy Pregnancy,
Uncategorized
- Hari-hari yang padat dan meletihkan.
- Hari bersama keluarga. Belum puas.
- Seterunya, hari bersama saudara jauh jauh sikit, rakan baik, rakan-rakan, dan barulah pembaca insyaAllah. Harap tidak kecil hati sekiranya sukar untuk mendapatkan temujanji dengan saya ewahewah kau ni macam diva pulak. Diva tak diva lah kan. Selambak mesej masuk nak minta tarikh saya available. Masalah dia, masih belum boleh dipastikan. Sebab sekarang sangat busy dengan aktiviti keluarga. InsyaAllah. InsyaAllah (bukan lagu Maher Zain, takyah nyanyi)
- Medina dah jadi spoiled baby. Me too. I have time all to myself. HAHA I miss my baby daughter. Sebab jarang sangat ada chance nak cuddle cuddle dengan dia.
- Nenek loves Medina. Medina suka Mak Ngah Reena.
- Allah SWT maha Pemurah. Kita boleh minta apa-apa dariNya pada bila-bila waktu walaupon selepas office hour. Terima kasih wahai Tuhanku.
- Glad that I lived in Australia sebab … OK lah tak mahu cakap nanti rakyat Malaysia yang gemilang terbilang marah.
- Kenapa public toilet negara ini mengecewakan saban waktu? Tak apa. Takyah jawap.
- Saya tak biasa tengok muka cashier yang masam pastu tak cakap Hello how are you? Saya frustlah. Patutlah bila saya dekat KL saya selalu menyombong. Sebab itu ATTITUDE yang DIBUDAYAKAN. Macam automatic bila tengok sekeliling pon manusia masam dan suka busybody tengok orang bisik-bisik jeling-jeling, saya pon rasa annoyed.
- Makan best. Tadi makan satay bercucuk-cucuk. Selalunya makan satay 2 cucuk saja. Rasa nak nangis.
- Membeli-belah pakaian anak. In term of price, seronok. In term of choices, bolehlah. Tapi masa nak pergi bayar rasa kecewa. Rujuk point nombor 9.
- Saya ada manual breatpump. Senang nak express milk bila nak prepare rice cereal Medina. Saya tak bawak breatpump saya.
- Saya dah cuba MamyPokok. Macam best jugak. Saya juga telah mencuba Huggies di sini. Saya masih sukakan BabyLove New (tapi untuk baby kecik sahaja. Bila Medina dah besar seperti ini, tiada BabyLove New dah) Saya prefer Pampers (Aussie edition) Tapi MamyPoko macam best lah. Dan beli banyak-banyak. Harap memang betul-betul punya best.
- Masa hendak merakam gambar bersama emak, orang selamba lalu-lalang tanpa mempedulikan kami yang sedang berusaha tahan senyum depan kamera. Tak sporting betul. Kecewa kecewa.
- Tiba-tiba saya racist beberapa hari ini. Tahu. Tak baik. Tapi …
- Keluarga saya sangat best lah. Riuh rendah sama macam masa saya kecik-kecik dulu. Harmoninya rasa.
- Saya rindu Si Dia.
- Nombor 18 hingga 26 mengandungi maksud yang sama dengan nombor 17.
- Nombor 28 pon sama.
OK bila dah rindu suami, sedih gila. Sekarang kena peluk anak kesayangan dia. Supaya dapat pujuk diri. Ih, penat sangat sampai susah nak cakap.
Persoalannya. Apsal tak keluar nombor?
Boring ah!
Posted by chika under
Uncategorized Tidak boleh bersabar lagi.

Mimpi vernis.
Istighfar banyak-banyak. Semoga mampu bertahan lebih sepanjang-panjang yang boleh.
Sabarlah, sabariah.