Archive for September, 2010

Yay

Posted by chika under Uncategorized

More open house to go means, yayness!

My baby is already 4 and half months. Sudah besar. Tidak terlalu helpless. Menangis menggigil bibir tinggal dalam kenangan. I miss my newborn terribly much T____T

Flying back home soon! Sudah terbau-bau suasana rumah parents. Curling up in couch watching Astro with everyone. Bilik tidur keremajaan. Gurau senda adek-beradek. Hingar-bingar dalam rumah. Solat jemaah sekeluarga. Baca Yaasin Khamis malam Jumaat. What else? Shopping mall! Kuala Lumpur, here come one yummy baby! Tidak boleh bersabar untuk menunjukkan Kuala Lumpur kepada Medina. Medina jangan perasan Aussie ey.

Earthlings, friends. Belanja I makan sana sini. Please.

Lucky Number 18

Posted by chika under Contest

TAHNIAH

dreamyofreality.blogspot.com

.

Anda akan menerima ;

*bukan kunci kereta*

.

Terima kasih kepada semua yang memeriahkan. Yang tidak menang, bukan sebab tidak best. Cuma nasib tidak menyebelahi anda. Percayalah; mungkin lebih biru langitmu di sebelah yang lainnya (whatever) Banyak yang best tapi hanya satu saja yang akan dipilih. Kalau semua pon diistiharkan sebagai pemenang, bukan contest nama dia. Itu amal jariah. HAHA.

Penjurian dibuat tanpa sikap bias. Menggunakan sistem bernombor tanpa mempedulikan nama blog atau siapakah pemilik blog. Saya failkan semua penyertaan dalam satu folder secara bernombor sahaja. Supaya saya tidak tahu siapa punya penyertaankah tersebut.

WINNER, tunggu hadiah. Mungkin tidak cepat sangat.

PESERTA LAIN,  tunggu saguhati. Mungkin lambat sikit.

4 Syawal ; Open House Kami

Posted by chika under My Fancy Pregnancy, Uncategorized

Mungkin tahun ini, kali pertama dan terakhir saya beraya di Brisbane. Mungkin tahun depan, tidak lagi. Tidak lagi beraya bersama keluarga-keluarga Melayu di sini. Walaupon saya bercakap MUNGKIN, sebenarnya ia MEMANG benar. Suami telah mendapat tawaran kerja di tempat lain pula.

Sempena itu, kami mengadakan rumah terbuka. Supaya kawan-kawan sempat datang ke rumah kami yang kecik molek ini. Sungguhpon kecik molek, tapi mampu memuatkan juga bilangan keluarga yang ramai. Bersempit berlaga bahu. Baru muhibah.

Disebabkan gambarajah bukan sikit punya banyak, buat-buatlah macam album sendiri.

Family Abang Badri, Bro Zarizi dan Kak Ina.

Medina tidur. Dia sering begini. Waktu dunia ini hingar bingar, waktu itulah dia jadi lena tidur. Kalau dunia ini sedang sunyi sepi, dia gelisah. TAPI. Ada kuasa hebat lain yang mentidurkan dia ;

Pak Ku memang best. Begitu pandai melelapkan Medina. Dia dukung je, Medina tidur. Orang banyak pengalaman.

Setelah semua pulang, tinggal family Anisah dengan Kak Faizah saja. Kebetulan, ada kek. Terus menyambut hari lahir Majid yang ke beberapa tahun eceh.

Menu :

  • Soto ayam.
  • Begedil.
  • Baked Macaroni.
  • BBQ Chicken
  • Steamed Vege.

Jumlah tetamu : Lebih kurang 60 orang. Nak ajak raaaaaamai lagi sebenarnya. Tapi kami tak mampu nak cater seramai-ramainya. Tenaga kerja yang sikit (termasuk Medina yang membuatkan tenaga kerja 2 orang jadi macam satu orang). Ruang pon terhad.

Dari jam 5 petang sampai 10 malam.

You still LUCKY?

Posted by chika under Contest

Top 3

NUMBER 3

NUMBER 7

NUMBER 18

Nasi Ayam Rise Street

Posted by chika under cook book, cooking

Selain nasi lemak dan … nasi lemak, saya juga suka nasi ayam. Tapi nasi lemak sebut dua kali; suka lebih. Saya memang pemakan nasi yang hari-hari mesti makan punya. Nasi umpama udara yang kuhela kau selalu ada (Dealova). I Nasi. Nasi himpit saya suka. Bubur nasi saya suka. Nasi biryani saya suka. Nasihat saya tak suka HAHA hep!

Setiap hari kalau buat benda yang sama, boring. We are human, not chicken. Chicken boleh hari-hari jalan keliling reban cari cacing. Tapi manusia tidak boleh kalau hari-hari keliling dapur cari belacan buat sambal. Balik-balik masak sambal. Tak sambal ikan, sambal ayam. Pastu sambal sardin. Pastu sambal ikan bilis. Pastu kesal. Balik-balik masuk dapur carik onion, kupas, mata berair, bengang.

Maka hari ini ; Nasi Ayam.

Kenapa nasi ayam menjadikan hari saya tidak sama seperti hari-hari yang lainnya?

1. Cubaan pertama.
2. Tak perlu menangis depan onion.
3. Tanpa belacan buat jiran tetangga pitam.
4. Tak melibatkan kerja menumis dengan sabar.
5. Tanpa penggunaan minyak (tapi lemak ayam ada)
6. Tak buat aku stress dekat dapur macam bila masak asam pedas.
7. Rasa macam terror.

Pertama kali cuba.
Menseronokkan.

Senang buat. Walaupun agak renyah, tapi tidak payah.
Hati pon tidak marah.

Maaf cakap. Ini nasi ayam ter-best dalam hidup saya.
Harap maafkan saya sebab cakap macam ini.

Ih. Aku rasa macam terror.

.

.

Rise Street tu kenapa pula? Tu nama jalan rumah saya la labu.

Shortlist

Posted by chika under Contest

3

5

6

7

8

11

18

19

23


Check your number HERE. Are you lucky today?

Saya nak announce. Masalahnya, ada yang belum notice pon. Ada yang belum menghantar butir peribadi kepada saya. Nampak sangat, ada lagi yang masih berseronok raya dan sebagainya. Tak apa ke buat announcement dan biarkan yang sedang sebuk itu keciciran?