4 Syawal ; Open House Kami

Mungkin tahun ini, kali pertama dan terakhir saya beraya di Brisbane. Mungkin tahun depan, tidak lagi. Tidak lagi beraya bersama keluarga-keluarga Melayu di sini. Walaupon saya bercakap MUNGKIN, sebenarnya ia MEMANG benar. Suami telah mendapat tawaran kerja di tempat lain pula.

Sempena itu, kami mengadakan rumah terbuka. Supaya kawan-kawan sempat datang ke rumah kami yang kecik molek ini. Sungguhpon kecik molek, tapi mampu memuatkan juga bilangan keluarga yang ramai. Bersempit berlaga bahu. Baru muhibah.

Disebabkan gambarajah bukan sikit punya banyak, buat-buatlah macam album sendiri.

Family Abang Badri, Bro Zarizi dan Kak Ina.

Medina tidur. Dia sering begini. Waktu dunia ini hingar bingar, waktu itulah dia jadi lena tidur. Kalau dunia ini sedang sunyi sepi, dia gelisah. TAPI. Ada kuasa hebat lain yang mentidurkan dia ;

Pak Ku memang best. Begitu pandai melelapkan Medina. Dia dukung je, Medina tidur. Orang banyak pengalaman.

Setelah semua pulang, tinggal family Anisah dengan Kak Faizah saja. Kebetulan, ada kek. Terus menyambut hari lahir Majid yang ke beberapa tahun eceh.

Menu :

  • Soto ayam.
  • Begedil.
  • Baked Macaroni.
  • BBQ Chicken
  • Steamed Vege.

Jumlah tetamu : Lebih kurang 60 orang. Nak ajak raaaaaamai lagi sebenarnya. Tapi kami tak mampu nak cater seramai-ramainya. Tenaga kerja yang sikit (termasuk Medina yang membuatkan tenaga kerja 2 orang jadi macam satu orang). Ruang pon terhad.

Dari jam 5 petang sampai 10 malam.

Recent Entries

7 Responses to “4 Syawal ; Open House Kami”

  1. LinGhazale Says:

    Pindah mana lepas ni?

  2. ciare Says:

    meriah sgguh la rumah tu dgn tetamu2 yg hadir.mmg berhariraya sakan tu :) wuahh menu yg simple tp sedappp…baked macaroni tu kedengaran lazat ya amat

  3. aunty yonnaism Says:

    u duduk ceruk aussie mana pulak lepas ni T__T cpt balik malaysia menetap di sini hahaha

  4. amarlina Says:

    alaa.. x dok brissy dh eh pasni..
    ruginya brisbane hilang penduduk comel cm Medina..hehe

  5. nhhas Says:

    Salam,
    Chika, blh buat contest PINDAH ke mana lepas ini…
    hwahwahwa….

  6. shakirah Says:

    wah jauhar pegi rumah chika, bestnya. jelesss.. ;)

  7. aunty ct Says:

    wahhh..rajinnya chika buat OH..akak tak berapa rajin tahun ni..masih terasa kepenatan buat OH kat kg tahun ni…

    medina nak pindah mana pulak ni??

Leave a Reply