Yang Serta, Mari Dekat Sikit.
Dialog Tiga Hati sudah expired. Tak baik makan benda expired, nanti sakit.
Penyertaan yang saya terima adalah sebanyak 24. Itupon kalau saya kira betul. Tak. Bukan sebab tak pandai mengira, tapi kadang-kadang terlalu berkira sampai jadi tak betul. Untuk mengelakkan juri berbuat salah, apakan kata kalau kita semak bersama-sama. Di bawah ini disenaraikan blog peserta yang baik hati (Ooooo sebab join contest kau, dan dan baik hati lah? HAHA) Tapi memang baik hati. Sebab semua yang menyertai akan tulis ayat baik hati berbunyi; Sengaja join, sebagai tanda sokongan. Tak menang pon tak apa, saja suka-suka. Nampak tidak? Dah lah menyokong, ikhlas tak mahu hadiah pulak tu. HAHA bergurau :P
.
Semak.
.
2. ieyla-princessoflife.blogspot.com
3. thehalfbloodprincesz.blogspot.com
7. hikayatindahteja.blogspot.com
10. princesspisang.blogspot.com
13. izandaughtersalleh.blogspot.com
18. dreamyofreality.blogspot.com
20. iamyonna.com
21. www.liyanaa.com
24. Oyengks
.
Ada siapa-siapa yang sebenarnya dia dah berpeluh keringat buat dialog, tapi penyertaannya menjadi halimunan? Ada? Harap tiada. Saya pasti saya tidak terlepas pandang. Tapi sekiranya ada, maklumkan. Tapi saya pasti tak ada. HAHA nampak tidak sikap confident aku di situ? HAHA.
Sebelum itu, contest ini memang suka-suka. Kamu pon buat secara suka-suka, bukan? Janganlah serius sangat sampai bimbang itu bimbang ini. Ishk, kamu ni. Watak baju putih siapa? Watak baju hitam siapa? Kalau tersalah watak, disqualified tak? Macam-macam tau kamu ni. Yang itu tak perlu bimbang. Yang penting, watak Nur Medina adalah tepat. Sebab dah terang-terang itu Medina kan, kalau kamu kata itu Uncle Uda, memang ah tak tahu nak kata apa dah. HAHA. Ini peraduan bina dialog, bukan teka watak. Jadi, kalau Uncle Uda dianggap Mummy, Daddy dianggap Puff Daddy pon tak menjejaskan penyertaan kamu.
Hadiah mana, hadiah?
Kejaplah. Hadiah ada di sini. Memandangkan ada yang mengharap untuk menang tiket pergi balik ke Australia, saya harap kamu jangan kecewa. Sebab tiket saya sendiri nak pulang ke Kuala Lumpur pon tidak dapat lagi ni. KAH KAH KAH. Justeru itu, janganlah harap tiket, I terguris tau. HAHAHAHAHA.
HADIAH UTMA akan diberikan untuk satu penyertaan terpaling bertuah. Kalau nak kata menarik, macam semua pon menarik. Jadi, anggaplah yang menang itu adalah yang lebih menarik dan sebenarnya lebih bertuah. Disebabkan ada juga peserta lelaki, kalau pemenangnya adalah lelaki, hadiah yang diterima akan bersesuaian dengan jantina. Wah, begitu. Siap faktor jantina sekali kau. Kesianlah kan kalau lelaki dihadiahkan anak tudung syria (contoh). Dan kesianlah pula kalau perempuan dihadiahkan boxer Renoma (contoh juga).
Hadiah sagu hati dalam bentuk sagu pula akan diberikan kepada semua. InsyaAllah. Dan insyaAllah juga, kamu tak akan dibagi sagu. Cuma pemberian kenang-kenanganlah. InsyaAllah kalau ada rezeki.
Keputusan akan diberitahu Isnin ini.
Kepada SEMUA 24 ORANG TERLIBAT, email ke saya nama, nombor telefon, jenis darah, dan alamat kediaman. Email ke nurulism [at] gmail dot com. Email mestilah bertajuk ; TIGA HATI. Supaya senang saya nak semak email kamu. Ye lah, mestilah saya nak kerja senang. Bukankah begitu? Hahaha.

Medina wonders.
Rezeki siapa?




September 3rd, 2010 at 6:57 pm
alahai…ada hadiah sagu hati rupanya, terasa menyesal tak join…huk huk huk…takpe2, diam2 menyokong je…
September 3rd, 2010 at 7:18 pm
pandainyaaaaaaaaaaaaaa medina buat muka aneh macam tu. pandainyaaaaa medina pilih KAKAK YIYIN sebagai pemenanggg. i lovve u medinaa. <33 i lovee u ..
// over. okai kejap lagi saya email , nak berbuka dulu HAHA
September 3rd, 2010 at 7:43 pm
comel nyer medina buat muka “nak tahu” tu…
geram rasanya nk cubit2 pipi dia tu…bleh tak mama chika? bleh lar…hehe
September 3rd, 2010 at 7:48 pm
mak aiiii comel nyerr dia… pndai belakon nieh!!…
September 3rd, 2010 at 8:13 pm
comel sgt… gerammmmmmmmmmm :0
September 3rd, 2010 at 8:22 pm
comelnya medina… nak picit2 pipi dia boleh tak mummy chika???
September 3rd, 2010 at 8:41 pm
bulatnya mataaaaa…hehehe…medina mmg lah..suka yer buat muka comel..err, tapi medina mmg comel pon…luv her eyes!..=)
September 3rd, 2010 at 8:57 pm
alaa comel medina! pandai medina wat muka !
btw, yg dialog perserta nombor 3 best gila !
September 3rd, 2010 at 9:12 pm
HAHAHAHA, patutnya i yg doakan u dpt tiket balik malaysia T___T bukan i pegi sana hahaha.
hoi! mcm mana u set timing muka medina wonder mcm tu?? curik mata kang T__T
September 3rd, 2010 at 9:19 pm
comelnya medina!!!
September 3rd, 2010 at 9:31 pm
comelnye medina!!
bulat sgt mate die.COMEL! :D
September 3rd, 2010 at 10:29 pm
nangis tak berlagu. huwaaaa.. bz gila sampai terlupa expired date contest. takpe, takpe. pengajaran untuk masa hadapan. sob.. sob.. *sambil berlalu pilu*
baik betul hati pihak penganjur. mana pernah ada hadiah saguhati untuk semua peserta? mana nak jumpa? mana? uceh!
September 4th, 2010 at 12:21 am
ishhhh..geram nye tgk madina nih…bulat tul mata dia !!
September 4th, 2010 at 12:26 am
nak pinjam mata bulat medina….really….
September 4th, 2010 at 1:48 am
Ya Allah, comel nya Medina, geram geraaammmm nak cubit pipi, perut semua nak cubittt. hehe. Apa lagi sis, buat la fan page medina kat blog :P
September 4th, 2010 at 5:38 am
ya Allah.. pandai betul medina buat aksi.. ni hadiah bday setahun kena bg slr neh.. aunty suka mata medina lah!
September 4th, 2010 at 5:55 am
gelak guling-guling baca dialog dorang semua. Macam-macam dialog ada. Hahahaha
September 4th, 2010 at 8:20 am
‘kaya mata’ si kenit ni
September 4th, 2010 at 1:16 pm
ahahahahha dya sgt mencomel geram seh…pinjam pp utk dicubit2 ble?..
September 4th, 2010 at 9:55 pm
Salam…
ne apa kes semua nk cubit pipi medina ne…
kalau lah medina boleh meluahkan isi hatinya….hihihi…
ya gabba gabba….
w/pun join contest ne, tapi undi peserta lain – rasa macam list no-3…
hihihi….
take care
September 4th, 2010 at 9:56 pm
chika…terasa ke pasal tiket? i’m very soris lah….
papehal kalu balik, roger ya…..i’ll send you the cake if you want :)
take care….
September 5th, 2010 at 3:07 pm
comel nye medina! exspecially muka yang wonders tuh!.tere posing depan camera *thumbs up! *
September 7th, 2010 at 7:49 pm
soooo cute baby..
September 8th, 2010 at 1:39 am
eiiiii….booooolatnya mata…. ish if ada dpn mata, dh lama akak penyet2 pipi medina niiii..
September 8th, 2010 at 7:04 am
info yang berguna tentang nuffnang
September 8th, 2010 at 7:35 am
baru dapat buka blog ni..ingatkan dah tak dapat bukak dah..rupa2nya ada sebab..takpe2..dah dapat tengok n dengar cerita medina..:)
pandaiyer medina buat muka camtu..geram tengok jari2 yg comel tu…rase mau digigit2…huhuhu..tak boleh2..nanti mama medina marah..bulat betul mata dia yer..sempurna betul ciptaan tuhan..
September 14th, 2010 at 11:12 am
either No.11 or No.18 …hehe
September 16th, 2010 at 9:23 am
ini kata saya bile tengok medina buat muke comel:
meh sini aunty nak cubit manja pipi awak tu:)
memang COMEL noktah.
September 23rd, 2010 at 8:52 pm
[...] your number HERE. Are you lucky [...]