Paisley Patch Nappy Stacker

Maaf. Kualiti gambar adalah tidak baik. Digicam yang super bestgus (di mana best dan bagus) itu telah paralyse minggu lalu. Akibat kecuaian kami suami isteri. Lense dia paralyse teruk. Remuk hatiku. Maka, tunggulah kalau-kalau camera baru jatuh ke riba. Atau mungkin tidak. Oh tidak!

Gambar mobile phone juga boleh.

Ini nappy stacker.

Semalam pagi. Bangkit awal-awal, umpan Medina dengan rancangan kanak-kanak. Dia diam menonton lagu-lagu dengan lirik yang berulang seperti ; Wave wave wave wave wave. I wave. Wave wave wave wave wave. I wave. Penat Mummy dengar. Dahlah Mummy pon kena nyanyi sekali kalau tak Medina tenung muka Mummy macam nak tunjuk perasaan.

Bila dia leka, I go sewing!

Dah lama nak menjahit nappy stacker. Semalam, dapat juga. Walaupon selepas potong one piece fabrik kena stop sebab Medina suruh dukung dia. Dukung dia keliling rumah, kembali ke mesin jahit. Siap cantum one part, dukung dia lagi. Begitulah sampai ke sudah. Justeru, memang tak siap saya punya projek semalam. Bersambung pagi ini.

Alhamdulillah. Siap. Itu pon selepas berjaya menidurkan Medina. I swing dia OK. Macam baby zaman 80-an kau anak I. Kena buai-buai. Sebabnya bateri swing dia dah out. Terpaksa saya jadi bateri.

Saya gunakan cotton. Dua patterns yang berlainan.
A-la patchwork
and paisley.
Paisley always be my favorite pattern.

Sewing a nursing cover is way easier than this one. Tentulah. Bagi saya, leceh nak buat nappy stacker ni. Dah lah saya tak berapa nak pandai menjahit. Tapi nasib baik. When it comes to sewing, I always know how to solve the tricky part once I got screwed. Sebab saya memang terror bantai-membantai.Tak dapat kut tu, aku buat kut ni.

Hasil adalah berciriĀ  ‘something-is-wrong-in-somewhere-but-its-okay‘. Mungkin sebab saya potong kain tak accurate. Macam mana nak accurate. Saya cuma ada pembaris 30cm yang plastik tu dengan measuring tape. Saya tak ada pemotong yang proper. Senget-benger sering berlaku. Tapi tak apa. Kalau ada rezeki nak dapatkan cutting set yang proper. After that, I go more gaga on sewing. Agaknya.

Ada beberapa part yang saya tercuai. Dan beberapa part yang boleh dimajukan lain kali. Pastilah saya akan cuba lagi next time. Nak buat yang lebih kemas. Lagipon, saya dah tahu macam mana nak jahit nappy stacker ni from A to Z on my own. Takyah tutorial pon insyaAllah dah boleh.

Justeru. Terima kasih Sew Dang Cute. Tutorial yang senang nak faham.

Lihat itu. Ada nappy Medina di dalam.

The patterns go well with the cot set.
Bukan?

Recent Entries

6 Responses to “Paisley Patch Nappy Stacker”

  1. hani Says:

    Rajinnya la Chika nie…=)
    Cantik!

    Selamat Berpuasa..=)

  2. oshinz Says:

    macam takde ape yang slack pun. cantek sangat la. keep it up chika.

  3. Yot Says:

    oh kagumnya dengan u chika. tiba tiba dah kawin. tiba tiba dah ada anak. tiba tiba dah pandai masak. tiba tiba dah pandai menjahit.

    ok tak. bukan tiba tiba sekelip mata. tapi siyes kagum. moga moga i kawin nnt boleh pandai masak dan menjahit juga :)

  4. izzahfarhana Says:

    haaaa paisleyyy!hehe tatau corak tu nama paisley,n mmg perasan chika suka guna.hehe.

  5. eenasuzira Says:

    Boleh nak order? He. Tomey

  6. norsaritanaini Says:

    cantik n kretip…

Leave a Reply