Dalam catamaran ke Tangalooma Island Resort, Moreton Island. Perkara pertama, is to apply BIG amount of sun screen. Terik mentari yang menakutkan. Saya dah pitam.
Biar gambar bercakap pula. Sebab kalau tulisan bercakap banyak, cerita dia sama saja ; Seronok raya. Makan sedap. Seronok raya. Makan sedap. Seronok raya. Maka sed … OK. Baca gambar.
Sabtu minggu lalu, di rumah Dr. Nik.
Eiiii Mummy di banyak cakaplah. Medina nak tutupkan mulut Mummy.
Macam hari-hari lain pon, kami orang terpaling lambat sampai (terpaling cepat balik juga). Suami saya tengah busy sekarang ni. Jadual kerja yang pelik-pelik siang malam. Kesian suami. Penat. Disebabkan itu, bila kami sampai, orang semua sedang riadah kekenyangan. Kami makan berdua macam merpati dua sejoli. Eh sebenarnya tak. Sekarang dah bertiga. Macam lagu tiga kupang.
Emak makan. Bapa makan. Anak?
Makan tangan.
Rumah terbuka Aidilfitri Dr. Nik ni sangat meriah. Kemeriahan dia, bukan lagi sebagai rumah terbuka aidilfitri. Tapi dah macam kemeriahan sebuah carnival. HAHA. Seronok.
Ada pertandingan pakai sampin.
Yang kanan itu, pasangan kakak-adek (anak-anak tuan rumah)
Cara mereka menggayakan sampin adalah sangat scary.
Iaitu; Jalan satu tapak, terlucut.
Ada pertandingan tiup belon.
Belon siapa paling kempis, menang.
Eh tak, tipu je.
Pertandingan semacam inilah paling haku ngeri.
Selain itu, ada cabutan bertuah (tapi kami bertiga, kurang bertuah) Bukan tak bertuah, cuma tuah harimau nampak pada belangnya blablabla. Apatah. Ada pertandingan teka bilangan lollipop. Ada pertandingan baling dart something like that. Kot. Ada upacara gambar beramai-ramai (yang ini mesti sertaaaa) Ada juga Australia Got Talent :P
Medina pon got talent.
Hu Huuuu satay!
Talent makan satay belum ada, tapi talent tarik satay lepaskan ke lantai, ada.
Medina pandang Amirah.
(Pon anak tuan rumah) Kakak Amirah comel.
Anisah – Me – Amirah
Mak Cik (Used to call her Mak Cik sahaja), Umi, Me (and Medina)
Medina : Boringla camni. Suhayb tidur pulak.
(Mata Medina kecik sebelah. Paris Hilton you)
Dia dah mengantuk tu.
Mata pon dah tak sparkling.
Meriah meriah meriah carey.
Mari pulang. Husband nak pergi kerja. Memang kalau ke mana-mana rumah pon, tak dapat nak bersosial lama. Datang, makan laju-laju, minta diri T____T Tak dapat nak bual-bual keibuan tau.
Sebelum pulang, menikmati keindahan tasek di halaman kediaman Dr. Nik. Bestnya rumah ada tasek sendiri. Boleh masukkan ikan dalam situ, petang-petang memancing. Bila dapat ikan, boleh jerit macam kononnya tak sangka. Atau kalau anda tidak gemar memancing, boleh letak sampan di situ. Apabila menyambut hari istimewa (ulangtahun perkahwinan misalnya) boleh feeling feeling naik sampan depan rumah. Sambil makan biskut tiger celup teh panas. BAIKLAH, TERIMA KASIH MEREPEK.
Pheww! *sweat*. One handsome little princess in her capsule.
Spring time! Ketepikan pakaian musim sejuk yang berbulu, tebal dan cover-all. Boleh sarung romper, sunshade, and hat! (Not to forget, apply big amount of sun block. Tapi selalu lupa T___T ) Shade tu, Daddy beli. Purposely beli hijau sebab Mummy suka. Nampak boyish, I know. Kelakar. Dengan muka hey-I-am-cool-yo, tak boleh tahan. Nasib baik tak lupa bubuh headband dekat kepala, kalau tak dah macam ada anak lelaki.
Yang syukurnya, Medina ni tak kesah kalau digayakan itu ini. Letak headband, OK. Pakaikan shades, OK. Sarungkan socks, dia tanggalkan sendiri HAHA. Nak pakaikan bracelet, tapi tangan dia alahai … kecik sangat. Medina ni bulat, tapi kecik.
Dah sampai pusat vaccine. Eh, tetiba je dah sampai HAHAHA.