Archive for August, 2010
Posted by chika under
Uncategorized Jam 6 pagi. Saya dah siap mandi. Medina dah siap mandi. Husband dah siap mandi. Kami sekeluarga dah siap mandi. Kamu? Eceh. Selepas bersahur, terus mandi-manda dan bersolat Subuh. Sepagi-paginya ini, saya nak ke airport hantar husband. Husband nak ke Adelaide selama satu hari kosong malam. Nanti tengah-tengah malam, insyaAllah dia pulang ke Brisbane.
Jadinya, hari ini adalah hari ibu dan anak.
Saya bercadang untuk membawa Medina ke sebuah educational trip di DFO ; Direct Factory Outlet. Baiklah, sekarang semua dah boleh faham dah educational yang bagaimana saya maksudkan. KIH KIH KIH.
Hurm. Saya baru meluangkan waktu membaca komen-komen anda tentang thumb sucking. Perasaan semasa membaca adalah berciri pasang surut. Kejap lega, kejap berdebar balik. Macam-macam pengalaman kamu semua kongsi. Tapi kebanyakkannya saya rasa nak ketawa pon ada.
Ada yang hisap jari sampai sekolah tapi sorok-sorok. Ada yang hisap jari kena ada sapu tangan lap-lap kat muka. Pastukan, pastukan! Sapu tangan tersebut dia cakap tak boleh basuh, nanti tak ada feel dah. Hoooooooo scary movie! Ada yang tak hisap jari tapi hisap kain. Ada yang emak dia letak benda pahit dekat jari pastu pandai tau. Sebelum hisap pergi cuci tangan dulu. KAH KAH KAH. Aneh-aneh pengalaman anda semua. Sumpah saya gelak mengekek dengan husband di sini.
Tapi itulah. Pengalaman anda yang kelakar itu sedikit sebanyak merisaukan saya juga. Ye lah. Buatnya Medina pon membesar bawa habit ni, tak eloklah kan. Lagi-lagi yang pasal cerita bantal busuk. Harap Medina tak akan develop idea nak memiliki bantal busuk pula. Sebab gejala ini pon extreme juga.
Sebenarnya saya tak ada tabiat-tabiat ni semua. Sebab itulah saya tak berapa faham konsep sebenar gejala ini. Tapi kadang-kadang macam comel pula dengar cerita kamu. HAHA. Oh, comel ye? Saya harap Medina tak menjadi insan kronik. Saya akan pantau kegiatannya from time to time. meskipon dah kata saya akan biarkan in a meantime, but that doesn’t mean yang saya akan pandang remeh hal ni.
Terima kasih semua sebab kongsi cerita.
Disebabkan hari ini saya mungkin nak berjalan mengukur tanah bersama my favorite girl, Medina, saya sajikan anda dengan foto bersahur dan berbuka puasa. Macam tak pasal-pasal nak letak gambar makanan. Bukan apa. Kadang-kadang tak mahulah asyik makan nasi. Makan roti pula. Dah lah senang, takyah tumis-tumis bukak periuk kuali segala bagai. Kan kan?





Sosej and salami sandwich.

Keropok lekor.
Order dari kawan saya, Kak Ina.
Terlanjur itu, saya ingin bertanya. Adakah senang untuk membuat keropok lekor? Agak-agak kamu, orang macam saya mampu buat tak? Macam nak mencuba. Ada resepi best nak kongsi?
Posted by chika under
Nur Medina,
Parenthood ‘My baby has taken to sucking her thumb. At first I was happy because it was helping her sleep better, but now I’m afraid it’s going to become a habit I won’t be able to break her of later on,’
-What To Expect The First Year, pg. 206
.
Exactly apa yang saya dan suami rasa. Mulanya, kami happy. Siapa tak happy, anak kecik dah pandai tidur sendiri. Dah pandai pujuk diri. Dah pandai menangis diam sendiri. Dah pandai berdiri. OK lah, yang berdiri tu memang tipulah. Tapi, itulah. Sejak masuk 3 bulan ni, menjadi-jadi dia menikmati kebahagian mengisap jari. Dari air mukanya saja, dapat beta lihat kebahgiaan dalam diri anakanda beta. Barangkali begitu sedap jari-jemarinya. Apa lagi sedap dari susu beta?
Dah. Tak payah nak beta-beta.
Beberapa orang menasihati saya, jangan biarkan tabiat ini. Tabiat ini tidak elok dan mengundang masalah kalau dibiarkan. Sampai akhirnya sekarang ini, kami dah jadi bimbang. Everytime Medina masukkan tangan dalam mulut dia, lekas-lekas saya jerit NO,MEDINA,NO!
Nama lagi baby. Saya jerit NO, dia gelak gembira as in kita tengah agah dia. Everytime nampak saja, mesti terus pergi tarik tangan dia. Daddy dia cepat-cepat bagi rattle ke apa to distract her. Bila dapat rattle, dia struggle nak masukkan rattle dalam mulut. Nature teaches her so. Kan?
Nasib baik ada WHAT TO EXPECT THE FIRST YEAR. Kalau kamu dah jadi parents, harus tahu buku ini. Legend. Eceh. Well-known, maksud saya. Seingat saya, saya ada simpan buku ni sejak baru lepas kahwin. Masa baru-baru sampai Brisbane awal tahun lalu. Beli dari garage sale dengan harga SATU DOLAR. Yeay. Gembira.
Saya ada dua. Lagi satu, WHAT TO EXPECT THE TODDLER YEAR. Pon beli dari garage sale dengan harga tak patut iaitu SATU DOLAR juga. Tak patut, bukan? HAHA. Berdasarkan price code pada belakang buku, tertera harga $32.95. Atau kalau convert ke Ringgit Malaysia menjadi RM99. Tapi saya dapatkannya dengan harga $1. Bersamaan RM3 sahaja. Gooooooood bargain. Oh. Nanti nak cerita buku garage sale yang lainnya. Sampai kamu jatuh rahang mendengarnya. Jatuh rahang?
What To Expect memang membantu kami menjawap soalan-soalan in parenting. Termasuklah soalan kelakar seperti MACAM MANA NAK PAKAIKAN BABY BAJU DENGAN CARA YANG BETUL. Bunyi saja macam tak payah tanya, tapi kalau cari dalam buku tersebut memang ada. Fikir saja nak tanya soalan apa, insyaAllah ada dalam situ. Tapi kalau tanya PETANG NI BERBUKA NAK MASAK APA memang nak kena tu dia.Resepi bubur lambuk memang tak ada dalam buku tersebut.
Maka.
Kami yang bermasalah dengan gejala thumb sucking ini terus membuka buku muka surat 206. Pagi tadi, selepas bersahur :

Daddy sedang nak baca, dah seperti biasalah Medina mesti nak ambik tahu punya apa kami buat. Kalau Daddy pegang handphone, dia pon panjang leher nak intai handphone. Kalau saya on laptop, dia pon bulat biji mata nak tengok apa emak dia sebok sangat. Bila Daddy buka buku pagi tadi, dia pon sambil menikmati jari terus membaca sama.

Medina, listen to Daddy.
Medina,
Dalam buku ni kata, tabiat hisap jari adalah perkara biasa. So, you are one normal baby. Barangkali, ia bermula sejak Medina dalam uterus Mummy lagi. I know, tidak mudah jadi seorang baby. Menurut buku, orang dewasa selalu kacau perkara kegemaran baby. Bila baby baru nak seronok melakukan sesuatu, dia dihalang walaupon kadang-kadang tanpa sebab yang tepat.
Sama juga seperti menghisap jari.
Ramai berpendapat, perbuatan ini boleh dikaitkan dengan penyakit emosi sometimes. Ada orang kata dangerous. Ada orang kata nanti gigi tak cantik. Ada orang kata nanti jadi habit.

Ye ke Daddy? I am so scared. Oh-Ho.
(Tapi nak hisap juga)
Jangan bimbang. Stop worrying and start letting your baby indulge herself. Sebab tabiat ni tak dibuktikan sebagai satu masalah bagi baby. Baby biasanya akan stop sendiri by the age of 5 or 6. Paling menjadi-jadi tabiat ni adalah sekitar usia 18 hingga 21 bulan.

Oh macam tu. So, can I proceed?
(Of course I will even when Mummy says NO)
Masukkan jari dalam mulut adalah untuk exploration and pleasure. Baby kebanyakkannya mula explore sesuatu guna tangan dan mulut. Should we stop them? Mengenai nanti gigi tak cantik, berdasarkan bacaan saya ni, dia kata jangan bimbang about the alignment of baby’s teeth. Masalah ni tak akan terjadi kalau baby stop sucking before 5 year old. By the time, barulah gigi permenant akan tumbuh. Buku ini yang cakap.
Padahal saya memang bimbang sebenarnya.
Husband saya kata, baby perlu didedahkan dengan bakteria juga. Bukanlah macam pergi bagi dia main sampah ke apa. Tapi tak perlu jadi ibu bapa paranoid yang nak hindarkan baby secara sungguh-sungguh dari kuman dan bakteria. Baby zaman ini kebanyakkannya tak ada antibodi yang kuat. Cepat kena penyakit bila dewasa. Start dari baby masih kecil, dedahkan dia dengan persekitaran secara natural. Untuk menguatkan antibodi. No wonder orang dekat sini selalu biar anak dia berjalan tak pakai kasut.
Maka, saya tutup mata juga bila Medina hisap hisap jari. Walaupon dulu paranoid je rasa nak basuh tangan Medina berjuta-juta kali.
Sekarang saya dah lega. In the meantime, let my baby suck away. I need to tell myself that this is normal. My baby is exploring her world. As long as dia tak thumb sucking disebabkan bosan, perlukan comfort atau pon sebab dia lapar. Saya tahu Medina hisap jari bukan sebab dia lapar. Dia just tengah enjoy nak masukkan semua benda dalam mulut. Bila bagi toy pon, dia akan excited dan terus masukkan dalam mulut.
Thanks buku.
Terpujuk juga hati yang gelisah.

Daddy, the story is too long.
I am sleepy.
Maka. Buat masa ini, saya akan biarkan. I won’t stop her exploring things with her mouth.
.
Baiklah. Waktu untuk mengasapkan dapur. Sudah jam 3 petang. Berbuka puasa jam 5.30 malam. Harap Medina bagi kerjasama.
Posted by chika under
Contest STICKY POST. SCROLL DOWN UNTUK POST BARU.
EXPIRED!
.
Contest
datang lagi! Padahal tak pernah datang pon sebelum ini HAHA. Buat julung-julung kalinya,
menganjurkan contest kepada anda. Mulai hari ini, anda tidak lagi boleh berkata-kata dusta seperti; Engkau ni tak pernah buat contest pon kat blog kau. Kerana kini, contest pertama akan dijalankan.
Berminat tidak?
.
.
Bila nak buat contest, mesti kena buat syarat penyertaan dulu. Supaya kamu tahu adakah kamu layak serta atau tidak.
- Mestilah mempunyai blog. MESTI.
- Menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja sebab juri tidak faham Bahasa. Oh, berani tu cakap juri tidak faham bahasa. Maka ;
- Mesti taat pada keputusan juri dan menghormati juri.
- Penyertaan perlu dihantar pada/sebelum 1 September jam 12 malam waktu Malaysia.
- Penggunaan bahasa kesat dan tidak bermoral bukan sahaja tidak diterima, malah akan mendapat balasan dosa dari Maha Adil dan Maha Pengampun.
- Satu orang, satu penyertaan SAHAJA.
- Tidak perlu jadi follower saya KIH KIH KIH.
Cukup mudah bukan? Tak payah kena beli Coca-Cola sehari 8 botol semata-mata nak dapatkan code bawah penutup botol masa nak join contest. Mudah bukan?
.
Sekarang, kita tengok apa jenis contest kah ini.
Contest Dialog Tiga Hati merupakan sebuah contest mencipta dialog antara tiga hati. Contest ini diadakan bertujuan untuk memberi hadiah kepada pembaca bertuah. Memandangkan pemilik
tak ada banyak wang sampai mampu nak bagi anda semua hadiah, maka cara ini dibuat supaya adil. KAH KAH KAH. Tak perlu gelak sebenarnya.
.
.
Cara-cara menyertai contest :
- Copy gambar di bawah menerusi link INI.
- Dengan menggunakan kreativiti anda, cipta dialog antara ketiga-tiga insan di dalam gambar. Dialog harus diisi di dalam ruang dialog yang disediakan. Anda boleh menggunakan apa jenis media atau software sekalipon untuk memasukkan dialog. Namun, dialog yang ditulis di dalam hati tidak dikira.
- Masukkan gambar di bawah ini beserta dialog yang telah siap ke dalam sebuah entry pada blog anda. Dalam kata lain, buatkan satu sticky entry pada blog anda mengenai contest ini. Tajuk entry anda MESTILAH berbunyi ; NURULISM.COM – CONTEST DIALOG TIGA HATI. Harap maaf. Penganjur gila glamour sekejap.

- Sticky entry anda haruslah melekat pada blog anda selama tempoh contest ini berjalan. Kegagalan berbuat demikian akan mengundang sedih di hati anda. Eceh.
- Setiap penyertaan haruslah menyelitkan link
dalam entry anda. Kerana penganjur mestilah nak credit. HAHA.
- Sejurus sahaja entry contest anda di publish pada blog anda, segeralah meninggalkan link entry tersebut pada ruang komen di SINI supaya juri sedar penyertaan anda.
- Tunggulah sehingga contest tamat untuk mengetahui rezeki anda.
.
.
Pemilihan pemenang akan dibuat berdasarkan ;
- Penyertaan paling menarik, dialog kreatif dan barangkali lucu.
- Pemilihan dua juri iaitu Mr & Mrs Smith Penganjur.
- Jumlah pemenang bergantung kepada sambutan dan akan dimaklumkan kelak.
Hadiah insyaAllah menarik.
.
Dengan ini, contest dimulakan sekarang!
Posted by chika under
Uncategorized Salam.
Berhubung perihal baik hati penulis yang membuka ruang iklan percuma (as above). Semalam dinyatakan, bahawa empat website cepat akan dapat tempat dan selamat (sengaja buat irama di sini). Namun demikian, berdasarkan sambutan yang agak memberangsangkan, maka saya telah menjadi bertambah baik hati. Polisi baru akan dikeluarkan.
Siapa cepat dia dapat.
Sekarang, SIAPA TAK CEPAT PON DIA DAPAT.
Bagaimana?
Baiklah, disebabkan polisi dah menjadi longgar maka syarat-syarat dikenakan sekarang.
- Mesti blog perniagaan. Sama ada berbentuk produk atau perkhidmatan. Perkhidmatan cabut uban pon boleh asalkan sumber halal. Perkhidmatan tidak halal tidak diterima. Berdosa, Allah murka.
- Beserta logo 125×125. Logo sendiri punya. Kalau logo ciplak LEGO punya pon tak boleh. Kecualilah kamu memang owner LEGO. Pastu saya terus kembang kempis sebab gembira owner LEGO pon iklan percuma kat blog ini.
- Website menjana wang menerusi usaha klik-klik sampai lenguh pon tidak diterima. Bukan sebab takut lenguh, tapi tujuan saya membuka ruang iklan percuma ini untuk bantu mempromosikan perniagaan rakan-rakan sempena Ramadhan. Bukan apa. Ramai pula bagi link affiliate program sendiri.
- Penyertaan dibuka sehingga 30 Ramadhan waktu Brisbane. Maksud dia, masih dibuka walaupon kotak di atas nampak dah penuh dah. Tapi tak apa. Iklan akan dijalankan mengikut turn. Gilir-gilir amalan mulia.
- Kalau jual kuih, kena hantar stock kuih 8 balang dekat saya sebab kat sini tak ada kuih raya. OK acah saja jangan bimbang.
- Berurusan di nurulism{at}gmail.com.
Wassalam.
Posted by chika under
Uncategorized Salam Ramadhan ke 12.
Ye, tahu. Kamu di Malaysia sedang Ramadhan ke 13. Tahu. Tahu.
Maka.
Mempertunjukkan kepada semua, tata rias baru pada nurulism.com. Sekaligus juga, selamat tinggal wajah lama. Harap dengan ini, suami berbesar hati. Sebab lewat waktu ini, sering terluah rasa bosannya dengan theme blog ini. Katanya, sudah-sudahlah tu pakai theme yang itu. Sudah terlalu lama. Macam tak ada perkembangan.
Tapi itulah.
Saya tak terbuka hati untuk melauangkan waktu ke arah kerja-kerja seperti ini. Lebih baik saya belek anak. Tapi, tuah harimau nampak pada belangnya. Ada kaitan?

Selamat tinggal.
Theme ini bukan dibuat semalam. Bak kata pepatah, tembok besar China tidak dibina dalam satu hari. Macam itu jugalah theme ini. Ia dibina selama beberapa hari. Tapi lebih teruk lagi, ia dibina pada bulan November tahun lalu. HAHAHA bukan sikit punya lama baru haku nak launch. Bukan apa. Kadang-kadang kita ini sehangat tahi ayam.Meskipun tiada siapa pun yang sebenarnya pasti, sehangat apakah tahi ayam tersebut.
Theme ini nampak lembut, bukan? Dengan merah jambunya. Kalau ditanya kenapa, saya pon tak tahulah kenapa. Anggap saja, kreativiti berlaku tak kena tempat.
Kejap.
Sebelum salah faham, theme ini bukan sepenuhnya saya generate. Tapi saya edit sepenuh hati. Nak generate from scratch, saya tak ada ilmu tersebut. Tapi ilmu edit coding, yang itu ada lah sikit-sikit. Justeru, credit kepada ;
- WordPress.
- WordPress theme.
- WordPress Plugins.
- Adobe photoshop CS 2.
- FileZilla FTP.
- Fivio.com
Dan kepada anda sebab baca.
Berapa banyak kamu suka theme ini? Kalau tak suka pon tak apa. Adat dunia. Eceh. Theme ini belum complete. Ala saki baki 10% masih dalam process. Tapi kalau nak tunggu dia complete 100%, mungkin raya haji tahun depan pon belum tentu blog ini akan dibuka semula.
Biar tak cantik, asal baru
Hehe.
Disebabkan dapat benda baru, penulis adalah berbaik hati pada pagi ini. Ada dua perkara baik hati yang ingin dikhabarkan. Kita pergi kepada perkara pertama dulu.
Nampak tidak, ruang ADVERTISE HERE di atas? Terdapat 4 kekosongan untuk di isi oleh anda. Sempena bulan Ramadhan dan seiringan dengan mood baru ini, saya bukakan kekosongan tersebut untuk diisi secara percuma. PERCUMA. Memandangkan tempat adalah sikit (sebab belum terlintas nak jadikan blog ini ladang iklan), polisi dia adalah berdasarkan SIAPA CEPAT DIA DAPAT.
Iklankan website perniagaan anda. Sila hantar logo bersaiz 125×125 ke nurulism [at] gmail.com. Tapi penerimaan adalah berdasarkan review. Jangan nanti, cakap nak jual kuih padahal jual peluru. Percuma sepanjang bulan Ramadhan.
Perkara baik hati kedua, kita cerita nanti.
Wassalam.
Posted by chika under
Baby N' Things Breastfeeding memang menggembirakan. It brings you back in pre-pregnancy size. Eceh. Membantu membentuk bonding antara ibu dan anak. Penuh khasiat dan menyehatkan bayi. Percuma. Takyah basuh botol. Et cetera. Satu senarai yang sangat panjang kalau nak cakap tentang kebaikan susu ibu. Tapi, sekarang pergi lupakan sekejap semua kebaikan yang begitu banyak tersebut. Lupakan, sekarang. Sebab nak highlight satu kebaikannya yang luar biasa ;
Boleh didapati di mana sahaja, anytime,everywhere, now and then. Tiada kejadian terlupa bawa susu badan lah, jom patah balik! Tak ada. Sebab susu tersebut tak akan tercicir punya.Ataupon, tak akan terlupa bawa punya.
Nampak tidak? Menarik di situ.
Menyusukan bayi secara direct adalah lebih sempurna sifatnya. Expressed breast milk pon kadang kala menyusahkan juga. Nak kena thaw. Nak kena carik air panas. Nak kena bawa botol. Basuh botol dan sebagainya. Maka, saya semakin tak kuasa nak express milk kecuali pada keadaan tertekan eh bukan! Kecuali dalam keadaan terpaksa seperti … Hari Sabtu ini. Jeng Jeng Jeng.
Kalau ke mana-mana pon, saya prefer direct feed baby. Maka, beberapa persiapan dari akar umbi harus difikirkan. Maaf, ayat memang tak boleh blah di sini. HAHAHAHA. OK, serius balik. Tak boleh lagi menggayakan pakaian sesuka hati. Sekarang kena menggayakan pakaian sesuka susu (?) Apakah tersebut? Err. Pakaian yang memudahkan untuk kita menyusukan bayi.
Dan benda lain yang juga perlu adalah PERASAAN MALU. Memandangkan perasaan malu itu tidak dijual di kedai, maka sebagai ibu yang tahu malu, kita kena lah mencari alat untuk menunjukkan bahawa kita mempunyai perasaan malu. Ada sesetengah ibu, maaflah. Bukan nak kata dia tak tahu malu, tapi ada kalanya memang memalukan. Mereka boleh menyusukan anak secara terdedah. Mungkin sebagai statement ; Look at me, World. I am breastfeeding my baby. I am a good mother. I am not?
Dapatkan lah nursing cover. Untuk cover apa yang sepatutnya. Atau dalam kata lain, don’t let your baby expose you to the world. Tangan bayi kan ralit. I suggest, coverlah dengan proper. Bukan sekadar dengan menutup ala kadar dengan sapu tangan. Sekali tangan mungil si kecik kamu tepis, ayoyo! I had once, saw this incident depan mata. Tapi itu minah saleh. They don’t care!
Saya selalu berminat dengan nursing cover from Bebe au Lait. Suka sebab dia ada boning ; boleh intai baby inside. Salah seorang kawan saya yang recommend. Selalu nampak dia nursing baby dia semasa kelas tafsir. And then saya nampak dia intai-intai baby dia. Cool nya. Sebab sebelum itu, saya hanya cover dengan pashmina. Which is, susah. Kelam kabut tangan saya berkejaran kawal pashmina tak nak kasi Medina tarik-tarik.
Saya ulang alik website Bebe au Lait tu berulang kali. Rasa nak purchase, tapi asyik rasa macam, hold on. Kejap, kejap. Macam berat hati pulak nak purchase since saya perasan yang pembuatannya sangat mudah. But what the hoh with the price. Agak mahal.
Dengan begitu determine, saya jahit sendiri. Sumpah mudah. Tak percaya?

What you will need?
Kain. Saya guna cotton semeter $9. Semeter sudah cukup.
D-Rings
Boning
Gunting
Measuring tape.
Pin

Potong kain into 3.
1. Main body – 28”x40”
2. Neck Strap (longer part) – 4.25”x26”
3. Neck Strap (shorter part) – 4.25”x10”
Neck Strap.
Lipat dua, jahit membentuk tube. Tapi bagi strap yang lebih panjang tu, serongkan sikit bagi runcing pada hujung.

Jahit kemas-kemas dan iron bagi flat.
Centeralize bahagian berjahit.

Masukkan D-Rings pada shorter strap.
Menjahit boning (yang putih itu)
This part quite leceh.
Sikit leceh lah. Tak banyak.

Neck strap yang sudah dipasang D-Rings.
Just like an apron.
Cuma yang ini, adjustable.
Dengan adanya neck strap ini, baby tarik pon tak akan jatuh kain. Kalau angin bertiup kencang secara tak semena-mena pon, insyaAllah nursing cover kamu tak berlari ke mana.

Siap.
Jahitan saya tak sekemas mana. Sebab saya tak terror. HAHAHA. Tapi percayalah, buat ini memang mudah. Tak ada tricky part atau bahagian yan teknikal pon. Guna logik akal sahaja. Kalau dah dapat measurement, memang pandai-pandailah boleh cantum kain sendiri. 
Pastikan sentiasa ada dalam diaper bag.

Beginilah hasilnya ketika digunakan.
Medina pon bukan main feeling duduk dalam situ.

Penggunaan boning membolehkan saya mengintai Medina. Senang nak setting baby sebelum feed dia. Masukkan dia bawah cover, dan boleh siap-siapkan dia untuk menyusu. Best.
Nursing cover ni saya dah jahit lama dah. Dah sebulan lepas rasanya. Dah puas pakai sangat. Sangat-sangat berguna. Thinking about sewing the second one. Kain dah beli. Cuma asyik tak ada chance nak menjahit.
Err. Maaf. Ini bukan tutorial asalnya. Sebab itulah tak cerita detail pon cara nak buat dia. Kalau ada niat nak menjahit nursing cover kamu sendiri, percayalah bahawa ini adalah senang. Rasanya kamu cuma perlukan measurement. Yang lain-lain itu, boleh navigate sendiri. Bukan?