Night in Melbourne

When in Melbourne. Malam tu kami naik tour bus yang gratis mengelilingi kota. Memandangkan kami tak ada hala tuju, kami membiarkan saja hati menggerakkan kaki ke tempat-tempat yang dikira menarik. Kami berhenti di Docklands. Menikmati keindahan malam di situ.

Cuba mencari DFO. Susah. Mengikut pemerhatian saya, negara ini memang fail dari segi signboard. Kalau kamu masuk Kuala Lumpur misalnya, bersusun signboard nak ke tempat-tempat penting yang menjadi visitors attraction. Tapi di negara ini, HUH. Sweat. Lagi 1 km pon, belum tentu kamu boleh jumpa signboard. Tidak semua. Tapi sering begini.

Bukan sikit punya susah nak jumpa jambatan ini T____T
Kami naik bas, turun bas, menapak, patah balik, lintas jalan etc. Signboard? None. Pandai-pandailah kami navigate jalan ikut teka-teka saja. Padahal, kami cuma terlepas satu lorong. Kalaulah ada signboard ‘MASUK LORONG INI UNTUK JAMBATAN MERENTAS KE DFO’ alangkah bagus. Kalau tidak mahu cost berlebihan, guna kotak pon boleh. Hias dengan bunga manggar. Siap.

Jalan pusing DFO laju-laju. Dekat Brisbane Airport pon ada. Maka, tak ada apa yang interesting. Terus bergerak lagi menggunakan kemudahan gratis. Nak yang gratis saja, amboi biasa tu dia! Inilah kelebihan Melbourne. Transport mudah.

Berhenti di Docklands.

Berlatar belakangkan sebuah river. Dan juga Etihad Stadium. Juga terdapat bangunan Channel 7 di situ. Cantik, Subhanallah.

Medina?

Dia ada di dalam baju Daddy. Bagaikan Joey di dalam kantung. HAHA. Lena dia dalam tiupan angin sejuk yang menderu bukan main itu. Ikutkan hati, saya nak menjerit kesejukkan. Dan sebenarnya, saya kelaparan.

Recent Entries

7 Responses to “Night in Melbourne”

  1. haru Says:

    haha..lawak la gmbar medina dlm baju papa die..pelik gak mula2 mane medina lam gmbar bwh? hoho

  2. puteri_semut Says:

    chika, nape x letak photo medina dari dekat..mcm comel je ngn baju n topi pink tu..peewitt!chika pon comel gak..=)

  3. lela Says:

    alah haizum (i like calling u haizum),
    signboard melambak kat kl ni pon, sesat barat jugak
    takde maknenye, signboard byk tak betul
    pakai GPS pon bole sesat gak, sbb GPS tak updated
    jawabnye sendiri kena pandai-pandailah, huhuhuhuhuuuuuu

  4. poyaty Says:

    memula ingat medina yg amik kan gamba. HAHAHA sbb x nmpk medina di mana2. rupanya dalam baju daddy. ok.

  5. Lee Says:

    haha..patutla tgk medina x de..rupe2nye dlm baju daddy ek..
    anyway, puasa mesti tak rase sgt kan? sejuk semacam tuh..

  6. softie Says:

    cantik lah kasut merah itu

  7. nuraitul Says:

    seriyes..chika betu2 nmpak kurus..i guess confinement time tue dipraktikkan btul2 ek..

Leave a Reply