Ini Cerpen Tau.
Cerita Pendek 1.
Bunyi alarm tak pernah tak annoying. Meskipon berkumandang lagu Justin Bieber yang engkau gila-gilakan sama sekali, kalau dah namanya alarm kejut bangun pagi, engkau pasti rasa jengkel juga. At least, itu yang saya rasa selalu.
Dua hari lepas. Alarm telefon bimbit suami berbunyi menggerakkan kami bangkit sahur. Macam biasalah. Kalau tak kerana bunyi alarm yang menjengkelkan itu, memang sulit hidup ini. Medina memang sudah bangun. Ada sedikit aneh di situ. Sebabnya, Medina jenis insan punctual. Apa jadipon, dia akan bangun around 4.30 pagi setiap hari. Tapi pada hari tersebut, macam awal pula dia. Maka, saya paksa dia tidur. Tapi dia tak mahu juga.
Kami pon turun ke kitchen untuk mendapatkan pahala bersahur. Dah lah dapat pahala, dapat makan pula. Memang suruhan agama itu nikmat-nikmat semuanya. Maka, turutlah. Jangan degil. Eceh. Tazkirah Sabtu.
Sebelum masuk kitchen, saya mesti tengok jam dulu. Sebab nak set timing makan. Takut terlajak. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak makan, boleh muntah balik. Tapi muntah, batal. OK takyah explain lagi.
Aik?
Dah jam 5.15 pagi. Apakah punya lawak tersebut apsal tak kelakar?
Maka. Tak jadi sahur. Dah masuk waktu Subuh pon. Sangat frust sebab tekak dahaga perut lapar. Naik semula ke atas, dan solat Subuh. Perasaan sangat terkilan rasa nak nangis di hujung bucu. Kesal dengan telefon bimbit suami. Suami lagi kesal. Sebab dia tak tukar jam ikut Brisbane punya timezone. Kami terikut jam Adelaide.
Inilah dinamakan, kecuaian membawa padah.
Dalam kes yang kainnya, patutlah Medina dah bangun lama dah. Medina masih seorang yang punctual. Lain kali jangan melawan Medina. Kalaulah saya bangun sejurus Medina kejut ….
.
Cerita Pendek 2.
Semalam saya mengidam. Ha kau! Post-pregnancy food cravings. Bukan mengidam daging keldai salai ke apa. Mengidam nak makan BMW Hybrid je. Eh tak. Sebenarnya, tetiba macam teringin sangat nak minum coffee panas. Tapi tak mahu yang homemade. Mahu cafe-made. Agak gedik di situ secara tak semena-mena. Sanggup tunggu suami pulang jam 11 malam. Sanggup tak tidurkan Medina. Suami pula, sanggup bawa dengan begitu semangat.
Memandangkan Brisbane ni night life dia sangat gila punya kesian, yang buka hanyalah McDonald. Australian panggil McDonald as Maccas, not McD as we did (teringat peristiwa geli hati cam nak mati between me and husband pasal Maccas ni tapi tak mahu cerita nanti malu. KAHKAHKAH)
…
…
Ah, retardlah aku pergi ingat cerita tu sekarang dah tak boleh nak tulis entry dah sebab kepala terganggu. Macam nak gelak sampai terbarai isi perut. Ishk. Head banging atas meja kang baru tahu.
Pooooooooof poooooof! Tak mahu ingat.
Kami pon sampai di Maccas berhampiran. Medina pon bangun dengan ceria. Perempuan baru lepas hamil pon dapat minum Cappucino dengan strawberry milkshake pada jam 11.30 malam dalam cuaca sejuk menggigit saraf.
Apakah dia yang Chika ni cuba nak cerita ni?
Err. Sebenarnya, tak ada apa. Sekadar menulis cerpen. Lempang kang.
.
Cerita Pendek 3.
Terlanjur bercakap pasal Maccas tadi, teringat kenangan silam semasa hamil. Jauh-jauh malam, suka dating dengan suami di Maccas minum coffee, minum milkshake, minum juice pegaga, dan minum angin.
Paling best, semasa perlawanan kriket antara Australia menentang Pakistan. Saya minat kriket, tahu! McD penuh malam itu dengan pensokong-pensokong Australia tentunya. Agak hingar-bingar tapi meriah. Dalam pada kemeriahan itu, terdapat sepasang merpati dua sejoli yang menyokong Pakistan secara takut-takut berani. KAH KAH KAH.
Bila Pakistan dapat belasah Australia, kami bersorak dalam hati dan pandang-memandang sesama sendiri. Habis, takkan nak hoooray kuat-kuat kang kena lempang dengan penyokong Australia satu McD tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah. HAHAHA sangat kelakar. Pastu, Pakistan kalah tipis. Saya frust tapi tak boleh nak memberontak dekat situ. Buat-buat tumpang gembira sebab Australia menang. That night was fun.
.
Cerita Pendek 4.
Hari ini tak payah masak. Holland Park Mosque buat buka puasa Malaysian and Singaporean food. Sebenarnya yang organize adalah kumpulan kelas Tafsir yang saya ikut tu. Kak Faizah kata, Nurul takyah susah-susah datang tolong sebab ada anak kecik. Tapi kena datang makan. HAHAHAHA bukankah baik hati betul Kak Faizah tersebut? HAHA gurau je.
Sekali lagi ditekankan, hari ini takyah masak. Hari esok pon takyah masak insyaAllah. Sebab? Mari ke cerpen seterusnya.
.
Cerita Pendek 5.
Ada kedai makanan Halal baru buka di kawasan kediaman kami. Kena cuba malam esok. Dan cerita pendek ke-5 ini merupakan cerita yang memang pendek.
Cerpen tamat.
//
Bagi yang terasa seperti bukan membaca cerpen, sebab macam tak pendek saja cerita ini, boleh tukar tajuk entry ini menjadi INI CERPAN TAU.
.
TAHUKAH KAMU?
Selain bermaksud Cerita Pendek, Cerpen juga bereerti Cerita Pening. kalau selepas baca entry ini anda pon berasa macam pening, tak perlu hairan sangat. Untuk menambahkan lagi Cerpen ini menjadi cerita pening, saya ingin menunjukkan kepada anda kereta mimpian saya dan suami. Sebut betul-betul … MIMPIAN.
BMW Hybrid.



Cool gila. Gila pon tak cool seperti ini. Tapi takyah pergi cari dekat showroom sekarang. Sebab memang tak ada. Ini kan dikatakan tadi MIMPIAN.
Seronok dapat menulis secara rambang. Macam dunia aku yang punya.




August 28th, 2010 at 9:37 am
tgh dok seronok byk,tibe2 jadi cer pening plak..ape kisah di mcd eh?
gg Reply:
August 28th, 2010 at 9:38 am
baru terperasan..kisah menyokong tu ea..hehe…
August 28th, 2010 at 9:37 am
smart gila kereta hybrid tu..
August 28th, 2010 at 10:31 am
paham tapi penin..
pic medina mane? pelengkap cerite tuh dia..
August 28th, 2010 at 12:28 pm
salam chika..hehe..memang cerpen betol nih..CERita PENing..neway..hepy fasting.. ;)
August 28th, 2010 at 1:27 pm
paham je.mana ada pening.walaupun macam filem inception..cerita atas cerita…
August 28th, 2010 at 2:16 pm
memang pening,, tapi fun.. hahaa
August 29th, 2010 at 2:07 am
Cerpen yang best! :)
August 29th, 2010 at 9:56 am
Eh.. baru terperasan yang keter hybrid tuh ada 4 car seat… hari tuh tak jadik beli sbb ingatkan 2 seat… ye lah… mana nak letak baby seat – Medina nak dok mana?. Tapi kalau ada 4 seat bolehlah kan…kan…kan… Tapi kalau dah beli… nasihatnya.. jangan drive gi Canberra… tapi tuh citer lain kali.
August 29th, 2010 at 2:02 pm
nice car…lau dpt beli 2 mmg terbaek la…huhuhuh
nyway chika, jom la join contest kami at http://armani-lly.blogspot.com/2010/08/akuchapterkamus-contest.html =))
August 30th, 2010 at 12:59 am
kak..nak copy gambar ni eyh..bgau dulu..hehe..
August 30th, 2010 at 8:42 am
Salam..
itu bmw hybrid mimpian ramai tuh…
August 30th, 2010 at 5:34 pm
best betol baca cerpen ni :)