Medina 3.5 months


Husband dalam penerbangan pulang from Adelaide. Saya sabar menanti. Medina pula sabar menidur. HAHA. Sekarang dah jadi rutin. Jam 7 mesti mula menggosok mata, menggaru telinga dan mendayu-dayu minta ditidurkan. Medina tidur eloksepanjang malam.

She is 3 and half month. Dah develop tabiat hisap jari seperti mana diketahui umum. Sudah develop perkataan baru berbunyi Buuuuuuuuuu. Atau mungkin Boooooo as if nak ejek Mummy agaknya. Sampai menyembur air liur bila dia cuba produce the Booooo. Sebab dia macam tekan suara bersungguh-sungguh.

Katakanlah, tak ada apa nak dihisap; because sometimes she forgot where did she put her hands. Dia belum pandai orientasi lagi. Maka, ada kalanya dia macam terlupa yang tangan tu sebahagian dari diri dia. Bila dia tak nampak tangan, dia anggap yang dia tak ada tangan. Tahu apa dia buat? Dia nyonyot lower lip dia. Nyonyot laju-laju sambil pusingkan muka  ke kiri atau kanan. Kononnya sedang breastfeed. Comel indeed.

Oleh kerna itu, sekarang ni saya selalu terpedaya. Ingatkan dia lapar nak susu, tapi sebenarnya dia nak main saja. Tapi kalau dia memang lapar, memang berselera dia menyusu. Sampai berbunyi-bunyi seperti Ahhhhh Ahhhhh. Macam nikmat sangat. Apalagi, memang nak kena picit tau. Kalau saya geram, saya kerjakan dia sampai merah pipi kiri dan kanannya. Dia pula akan terkedu dan termenung beberapa saat.

Cepat masa berjalan walaupon tak ada kaki. Medina bukan seorang newborn lagi. Saya dah rindu wajah tak berapa nak siap dia semasa baru lahir. Wajah dan aroma fresh dari oven. Macam sekelip mata, Medina dah besar. Saya macam tak sedar bilakah dia membesar. Patutlah orang kata, jangan kelip mata. Nanti rugi.

Emak saya selalu cakap ; Cepatnya anak Ma dah besar. Cepat sangat.

I feel her now. Saya rasa sekarang. Sebut tentang emak saya, teringat dah agak lama tak menunjukkan wajah cucunya di udara. Maka dengan ini, galeri foto buat tatapan ibubapa saya.

Kesemua gambar ini adalah foto hari ini. Kejadian pagi tadi semasa berjalan-jalan makan dimakan angin bersama Medina. Seperti hari lain pon, berjalan dengan Medina memang fun. Just because she loves to scream. Sepanjang jalan screaming tahu! Siap mengekek excited. Dengan saya sekali bercakap macam clown sepanjang jalan nak gembirakan anak. Sampailah akhirnya saya ditegur oleh this one lady ; Hey, she looked fascinated! HAHAHA. Mana taknya, suara Medina sorang saja yang bergema dekat situ.

She’s a good baby. Walaupon demanding yeah.

Kita mulakan dengan rakaman muka Medina yang tak tentu arah bila kena tiup dengan angin kuat. Sumpah kuat. Tudung saya hampir melayang. Medina pula boleh feeling feeling main angin. Everytime angin tiup je, dia menggelupur tak tentu arah. And then mengekek suka. Cuba kalau dibagi panas terik. Terus melalak.

Macam pakai turban.
Will definitely get you one someday.

Nampak gambar tengah row atas?
Dia seronok bila saya langgar bonggol-bonggol.

Sementara tunggu kedai semua bukak, kita riadah dalam kereta dulu. Saya feed dia, saya bual-bual dengan dia, dan bacakan buku. Sambil saya bacakan buku, dia pon respon. Dan bila dia respon, haruslah muka saya bertempek semburan air liur dia ye.

Mommy, I wanna peel the butterfly’s head.

OK lah, dah jumpa thumb. Mummy don’t disturb.


Bila ye biasanya baby pandai meniarap?
Medina belum boleh lagi. Dia boleh roll dari meniarap ke terlentang sahaja. Itupon sekarang dah susah sikit. Sebab badan berat kot, dia tak larat. Nampak seperti Medina tak berminat langsung nak meniarap. Dia suka duduk duduk duduk. Kalau bagi dia meniarap, dia marah. Tapi dia dah boleh moving. Kalau baringkan dia dekat carpet, sekejap saja dah nak jatuh ke lantai kepala dia. Dia tolak-tolak kaki dia.

Erm. Mummy miss Daddy ni.

Recent Entries

22 Responses to “Medina 3.5 months”

  1. huda Says:

    comel, pipi tembam. geram2 ! nak cubit sikit boleh? hehe

  2. aisyah Says:

    baby biasanya pandai meniarap se=lps bulan ke-4 iaitu bermula seawal bulan ke-5. mcm orked, bln ke-5. mcm aku, bulan ke-5 gak mak aku kata. lepas tu dalam bulan ke-7 or 8 dah bleh berdiri selepas cubaan merangkak pd bulan ke-6. tu paling awal ye, sila noted. tapi aku, meniarap bulan ke-5, merangkak n berdiri bulan 6-7, bulan ke-8 dah boleh berjalan. tu mak aku katalah. aku jalan paling awal dlm famili. bergantung kpd ergonomik badsn mak aku kata. tgk tulang dah kuat belum time tu. lain baby, lain exercise badan, lain tempoh meniarap, merangkak, berdiri n berjalan.

    wahhh mcm byk pengalaman! ok lah tu.. 3-3 adik aku dulu aku yg jaga.. bolehlah buat pengalaman sikit klu nak guna.

  3. ain Says:

    ololoooooo.. pipi medina dah semakin loyotttt,, geramnye ;) comelcomelcomell

  4. Nadya Says:

    medina makin lama makin comel..geramnyaaaaa =)

  5. Edryna wanie Says:

    medina dh iras chika dah
    comell
    :)

  6. fahreen Says:

    tembam gile!! berape current weight dia chika?

    pndai ek mummy langgar bonggol bole gelak2 lak dia:)

  7. LinGhazale Says:

    rase2nya baby start meniarap masa 4 bulan dan ke atas. Fifi 5 bulan baru master back-front-back-front. pastu nnt dia start pusing2 setempat. wahaha klakar. 6 bulan baru “army” crawl. dan seterusnya. ade jugak yg tak meniarap. when i was a cute (muahaha) baby, i tak meniarap. as in tak buat “army” crawl satu rumah. lepas pandai rolling, teros merangkak.

  8. Liyana L Says:

    medina kene diettttt ni, kene diet dengan aunty YIYIN yang hot jom kita diet medinaaa HAHA medina tidak berminat meniarap sebab badan beratt, mommy kejam ckp medina sudah berat HAHA

  9. poyaty Says:

    mommy chika, kenapakah boooolat sungguh mata medina itu.

    tgk jejari medina mcm org dewasa dah. panjang2 dan runcing.

    Ohhh, medina muka mommy dah skek-skek

  10. . ieqa . Says:

    waaaa chubby nk gomol-gomol pipi Medina!
    bulat bebenau mata Medina, so cute! :D

  11. azu Says:

    medina sesangat cumellll…. bila bby meniarap?depends.. anak akak 3 org, hero sulung n hero no2 4 bln, heroin no 3, 3 bln dah meniarap…5 bln heret dada atas lantai n jadi vacuum cleaner secara tetap..7 bln merangkak…tp, bab jalan lambat sikit…raya ni cukup setahun, now tgh menapak 3,4 langkah…bedebukkk…jatuh..

  12. As_Z Says:

    My mom said, baby start meniarap umur 4 bulan… Tapi kalo bejalan tu adik bradik saya sume lambat. setahun 3 bulan camtu. paling awal pun setahun.

    eeeii Medina nii. tak payah la kan nak tunjuk mata ngan muka comel camtu. geram!

  13. vee Says:

    suka tgk medina in the first picture. that’s the cutest ;)

  14. eliana Says:

    si budak kecik ni makin membulat dan makin comel.. geram tengok pp die!
    yg tyme dapat thumb 2 mmg die fokus habess… hehe

  15. sapphire Says:

    hisshhh
    geram nya tgk medina nih

    pipi dia…tembammm!!!

  16. fashya Says:

    comelnya medina…
    baru nak ty medina dah pandi meniarap ke belum..
    sebab anak fashya yang sebaya medina ni pun tak pandai meniarap lagi…
    risau pulak…tapi bile tau baby akan pandai meniarap 4-6bulan, baru lega

  17. fiezq Says:

    hi chika. i used to call u lulu. haha… dah lama tak komen ni. terasa nk komen coz just nak share something je from experience. jaga2 kalau baby dah hisap lower lips. sebab adik bongsu saya dulu, dibiarkan hisap lower lips, tak nak kasik dia hisap puting. tapi bila biar dia hisap lower lips, dia tolak gigi or gusi [tak sure] ke depan. bila dia dah besar, gigi pun terkeluar la ke depan. sekarang tgh pakai braces utk betulkan blk gigi masuk ke dalam. well.. just wanna share k.

  18. mrs k Says:

    eh eh.. gambo 1st diatas sebijik cam mak nye

  19. aisya Says:

    aisya pom ada habit nyonyot lower lip gak.. sampai skunk lekat.. ahahaha. memang takkan hilang kowt.

  20. ciare Says:

    apesal comei sgt medina niiiii :D ni rasa tak sabo nak beranak ni. hihiih

  21. lynn Says:

    makin lama tgk medina dah mcm mummy die lah. serious =)

  22. Eka Says:

    Medina punya kening sangat cantik :D

Leave a Reply