15 Ramadhan.

Jam 6 pagi. Saya dah siap mandi. Medina dah siap mandi. Husband dah siap mandi. Kami sekeluarga dah siap mandi. Kamu? Eceh. Selepas bersahur, terus mandi-manda dan bersolat Subuh. Sepagi-paginya ini, saya nak ke airport hantar husband. Husband nak ke Adelaide selama satu hari kosong malam. Nanti tengah-tengah malam, insyaAllah dia pulang ke Brisbane.

Jadinya, hari ini adalah hari ibu dan anak.

Saya bercadang untuk membawa Medina ke sebuah educational trip di DFO ; Direct Factory Outlet. Baiklah, sekarang semua dah boleh faham dah educational yang bagaimana saya maksudkan. KIH KIH KIH.

Hurm. Saya baru meluangkan waktu membaca komen-komen anda tentang thumb sucking. Perasaan semasa membaca adalah berciri pasang surut. Kejap lega, kejap berdebar balik. Macam-macam pengalaman kamu semua kongsi. Tapi kebanyakkannya saya rasa nak ketawa pon ada.

Ada yang hisap jari sampai sekolah tapi sorok-sorok. Ada yang hisap jari kena ada sapu tangan lap-lap kat muka.  Pastukan, pastukan! Sapu tangan tersebut dia cakap tak boleh basuh, nanti tak ada feel dah. Hoooooooo scary movie! Ada yang tak hisap jari tapi hisap kain. Ada yang emak dia letak benda pahit dekat jari pastu pandai tau. Sebelum hisap pergi cuci tangan dulu. KAH KAH KAH. Aneh-aneh pengalaman anda semua. Sumpah saya gelak mengekek dengan husband di sini.

Tapi itulah. Pengalaman anda yang kelakar itu sedikit sebanyak merisaukan saya juga. Ye lah. Buatnya Medina pon membesar bawa habit ni, tak eloklah kan. Lagi-lagi yang pasal cerita bantal busuk. Harap Medina tak akan develop idea nak memiliki bantal busuk pula. Sebab gejala ini pon extreme juga.

Sebenarnya saya tak ada tabiat-tabiat ni semua. Sebab itulah saya tak berapa faham konsep sebenar gejala ini. Tapi kadang-kadang macam comel pula dengar cerita kamu. HAHA. Oh, comel ye? Saya harap Medina tak menjadi insan kronik. Saya akan pantau kegiatannya from time to time. meskipon dah kata saya akan biarkan in a meantime, but that doesn’t mean yang saya akan pandang remeh hal ni.

Terima kasih semua sebab kongsi cerita.

Disebabkan hari ini saya mungkin nak berjalan mengukur tanah bersama my favorite girl, Medina, saya sajikan anda dengan foto bersahur dan berbuka puasa. Macam tak pasal-pasal nak letak gambar makanan. Bukan apa. Kadang-kadang tak mahulah asyik makan nasi. Makan roti pula. Dah lah senang, takyah tumis-tumis bukak periuk kuali segala bagai. Kan kan?

Sosej and salami sandwich.

dsc08

Keropok lekor.
Order dari kawan saya, Kak Ina.

Terlanjur itu, saya ingin bertanya. Adakah senang untuk membuat keropok lekor? Agak-agak kamu, orang macam saya mampu buat tak? Macam nak mencuba. Ada resepi best nak kongsi?

Recent Entries

13 Responses to “15 Ramadhan.”

  1. ietah Says:

    salam dik

    keropok lekor buat sendiri rasanya mcm mudah.kakak ipar akak org terengganu,buat keropok lekor sendiri kat rumah tuk mkn anak beranak n family.
    td akak try2 google cara buat keropok lekor ni

    http://noreen-homecooking.blogspot.com/2007/04/keropok-lekor-terengganu.html

    lebih kurang mcm kakak ipar buat cume ikan tu je tukar ikan kembung..

    cubelah dik,mane tau kreatif tu keluar nanti..
    :-)

  2. mrs k Says:

    nak makan kepon lekor sedap, sila terbang ke tengganu!

  3. ayang ati Says:

    memang sangat mampu untuk buat keropok lekor sebab ia sangat mudah. mak saya selalu buat kat rumah. saya pun. resepinya pun sangat mudah.
    isi ikan (yg sedap ikan parang)kisar sampai lumat, pastu masukkan tepung sagu sebanyak mana isi ikan yg dah lumat tu. kalau takde sagu, tepung ubi pun boleh (cuma akan jadi agak liat sedikit. sedikit je. tak banyak)pastu masuk garam secukup rasa, uli sampai sebati, buat bentuk ikut suka, masuk dalam air yg tengah menggelegak. bila keropok tu dah timbul, maknanya dah masak la tu. kalau nak terus goreng pun boleh gak. mudah sangat-sangat kan.

  4. Pieja Says:

    Dun worilah chika. Akak pun suka hisap jari tapi sampai umur 3 tahun je kot. lepas tu dah tahu cara lain utk hiburkan hati…:p rasa nak letak je gambar akak masa tgh hisap jari time posing gambar… hehehe. and just to confirm, gigi akak ok je kot.. takdelah rosak sebab hisap jari.. n jari pun macam biasa je.. takdelah mengecut sebab hisap jari time kecik2 dulu:p.

  5. Pieja Says:

    By the way, akak tak pernah buat keropok lekor tapi boleh cuba tgk resepi kat blog nih.. macam menarik je..

    http://periuktanah.blogspot.com/2010/05/keropok-lekor.html

  6. salina Says:

    nurul.. boleh je kalau rajin.. cuba jalan2 kat laman web my resepi.com.. search saja.. macam2 ada..

  7. Mumun Says:

    Tengahari buta tgk sosej tu bergendang gendut tali kecapi perut mumun dibuatnyer..
    Selamat berpuasa..

  8. ainkarim Says:

    awk, selamat bpuasa.. malam tadi termimpi dukung medina pulak.. comle lah die.. mata cantik.. raya blk m’sia tak?

  9. nhhas Says:

    salam…
    Cayalah chika….
    nak buat kopok pulak…
    kadang2 duduk di perantauan ne lagi banyak baik nya kan kan kan kan…

  10. Rara Says:

    sedapnya makanan T___________T

  11. Rara Says:

    sedapnya makanan T________T

  12. fahreen Says:

    satu idea menarik.. sahur ngan roti, salad..

    ganu ialah kg halaman sy! tp x reti la nk buat kopok lekor:P

  13. ciare Says:

    nenek mertua kite wat kepok lekor tp xnah tanya lak resepi kat dia. huhu. nti balek ganu kite try tanya ek. hehe.

Leave a Reply