What To Expect? Thumb Sucking!
‘My baby has taken to sucking her thumb. At first I was happy because it was helping her sleep better, but now I’m afraid it’s going to become a habit I won’t be able to break her of later on,’
-What To Expect The First Year, pg. 206
.
Exactly apa yang saya dan suami rasa. Mulanya, kami happy. Siapa tak happy, anak kecik dah pandai tidur sendiri. Dah pandai pujuk diri. Dah pandai menangis diam sendiri. Dah pandai berdiri. OK lah, yang berdiri tu memang tipulah. Tapi, itulah. Sejak masuk 3 bulan ni, menjadi-jadi dia menikmati kebahagian mengisap jari. Dari air mukanya saja, dapat beta lihat kebahgiaan dalam diri anakanda beta. Barangkali begitu sedap jari-jemarinya. Apa lagi sedap dari susu beta?
Dah. Tak payah nak beta-beta.
Beberapa orang menasihati saya, jangan biarkan tabiat ini. Tabiat ini tidak elok dan mengundang masalah kalau dibiarkan. Sampai akhirnya sekarang ini, kami dah jadi bimbang. Everytime Medina masukkan tangan dalam mulut dia, lekas-lekas saya jerit NO,MEDINA,NO!
Nama lagi baby. Saya jerit NO, dia gelak gembira as in kita tengah agah dia. Everytime nampak saja, mesti terus pergi tarik tangan dia. Daddy dia cepat-cepat bagi rattle ke apa to distract her. Bila dapat rattle, dia struggle nak masukkan rattle dalam mulut. Nature teaches her so. Kan?
Nasib baik ada WHAT TO EXPECT THE FIRST YEAR. Kalau kamu dah jadi parents, harus tahu buku ini. Legend. Eceh. Well-known, maksud saya. Seingat saya, saya ada simpan buku ni sejak baru lepas kahwin. Masa baru-baru sampai Brisbane awal tahun lalu. Beli dari garage sale dengan harga SATU DOLAR. Yeay. Gembira.
Saya ada dua. Lagi satu, WHAT TO EXPECT THE TODDLER YEAR. Pon beli dari garage sale dengan harga tak patut iaitu SATU DOLAR juga. Tak patut, bukan? HAHA. Berdasarkan price code pada belakang buku, tertera harga $32.95. Atau kalau convert ke Ringgit Malaysia menjadi RM99. Tapi saya dapatkannya dengan harga $1. Bersamaan RM3 sahaja. Gooooooood bargain. Oh. Nanti nak cerita buku garage sale yang lainnya. Sampai kamu jatuh rahang mendengarnya. Jatuh rahang?
What To Expect memang membantu kami menjawap soalan-soalan in parenting. Termasuklah soalan kelakar seperti MACAM MANA NAK PAKAIKAN BABY BAJU DENGAN CARA YANG BETUL. Bunyi saja macam tak payah tanya, tapi kalau cari dalam buku tersebut memang ada. Fikir saja nak tanya soalan apa, insyaAllah ada dalam situ. Tapi kalau tanya PETANG NI BERBUKA NAK MASAK APA memang nak kena tu dia.Resepi bubur lambuk memang tak ada dalam buku tersebut.
Maka.
Kami yang bermasalah dengan gejala thumb sucking ini terus membuka buku muka surat 206. Pagi tadi, selepas bersahur :

Daddy sedang nak baca, dah seperti biasalah Medina mesti nak ambik tahu punya apa kami buat. Kalau Daddy pegang handphone, dia pon panjang leher nak intai handphone. Kalau saya on laptop, dia pon bulat biji mata nak tengok apa emak dia sebok sangat. Bila Daddy buka buku pagi tadi, dia pon sambil menikmati jari terus membaca sama.

Medina, listen to Daddy.
Medina,
Dalam buku ni kata, tabiat hisap jari adalah perkara biasa. So, you are one normal baby. Barangkali, ia bermula sejak Medina dalam uterus Mummy lagi. I know, tidak mudah jadi seorang baby. Menurut buku, orang dewasa selalu kacau perkara kegemaran baby. Bila baby baru nak seronok melakukan sesuatu, dia dihalang walaupon kadang-kadang tanpa sebab yang tepat.
Sama juga seperti menghisap jari.
Ramai berpendapat, perbuatan ini boleh dikaitkan dengan penyakit emosi sometimes. Ada orang kata dangerous. Ada orang kata nanti gigi tak cantik. Ada orang kata nanti jadi habit.

Ye ke Daddy? I am so scared. Oh-Ho.
(Tapi nak hisap juga)
Jangan bimbang. Stop worrying and start letting your baby indulge herself. Sebab tabiat ni tak dibuktikan sebagai satu masalah bagi baby. Baby biasanya akan stop sendiri by the age of 5 or 6. Paling menjadi-jadi tabiat ni adalah sekitar usia 18 hingga 21 bulan.

Oh macam tu. So, can I proceed?
(Of course I will even when Mummy says NO)
Masukkan jari dalam mulut adalah untuk exploration and pleasure. Baby kebanyakkannya mula explore sesuatu guna tangan dan mulut. Should we stop them? Mengenai nanti gigi tak cantik, berdasarkan bacaan saya ni, dia kata jangan bimbang about the alignment of baby’s teeth. Masalah ni tak akan terjadi kalau baby stop sucking before 5 year old. By the time, barulah gigi permenant akan tumbuh. Buku ini yang cakap.
Padahal saya memang bimbang sebenarnya.
Husband saya kata, baby perlu didedahkan dengan bakteria juga. Bukanlah macam pergi bagi dia main sampah ke apa. Tapi tak perlu jadi ibu bapa paranoid yang nak hindarkan baby secara sungguh-sungguh dari kuman dan bakteria. Baby zaman ini kebanyakkannya tak ada antibodi yang kuat. Cepat kena penyakit bila dewasa. Start dari baby masih kecil, dedahkan dia dengan persekitaran secara natural. Untuk menguatkan antibodi. No wonder orang dekat sini selalu biar anak dia berjalan tak pakai kasut.
Maka, saya tutup mata juga bila Medina hisap hisap jari. Walaupon dulu paranoid je rasa nak basuh tangan Medina berjuta-juta kali.
Sekarang saya dah lega. In the meantime, let my baby suck away. I need to tell myself that this is normal. My baby is exploring her world. As long as dia tak thumb sucking disebabkan bosan, perlukan comfort atau pon sebab dia lapar. Saya tahu Medina hisap jari bukan sebab dia lapar. Dia just tengah enjoy nak masukkan semua benda dalam mulut. Bila bagi toy pon, dia akan excited dan terus masukkan dalam mulut.
Thanks buku.
Terpujuk juga hati yang gelisah.

Daddy, the story is too long.
I am sleepy.
Maka. Buat masa ini, saya akan biarkan. I won’t stop her exploring things with her mouth.
.
Baiklah. Waktu untuk mengasapkan dapur. Sudah jam 3 petang. Berbuka puasa jam 5.30 malam. Harap Medina bagi kerjasama.




August 25th, 2010 at 1:16 pm
tehee comel medina. tapi kakak chika kalau yang sudah remaja macam YNN boleh tak hisap jari sendiri? (T_T)
chika Reply:
August 25th, 2010 at 1:17 pm
Kalau tahap Ynn nak hisap jari, meh sini Kakak Chika pulas telinga.
August 25th, 2010 at 1:28 pm
alahai comel nyer medina isap ibu jari tu…
sampai naik syok bleh lelap jadinya…hehe
August 25th, 2010 at 1:34 pm
ohh gitu ekk.. si fahrin dok sebok isap jari reen dok sebok jugak tarik tgn dia.. mesti dia mcm ala potong.. hehehehe
tabiat itu tidak akan dihalang lg:P
August 25th, 2010 at 1:36 pm
sgt informative la entry ni chika :) my niece bkn saja suck her thumb malah mhisap jari telunjuk dan hantu sekali gus. yup! 2 jari sekaligus. huhu. lama la jgk sampai hampir 3 thn. skrg dah ilang da habit tu. gigi dia ok je rasanya. tp pacifier mmg xelok la kot.sbb adik dia pakai pacifier gigi diaaaa mcm tbantut..hukhuk
August 25th, 2010 at 2:00 pm
thumb sucking menakutkan bukan?
tapi saya 23 tahun and still thumb sucking.
tapi saya behave dan hanya sucking di rumah dan dikalangan yang mengenali saya sahaja.
saya rasa thumb sucking is therapy for me..
maybe saya lucky sebab stucture gigi saya dan jari saya normal.
tak ada efek yg menakutkan langsung.
jgn risau.
medina pasti tinggalkan habit bila dia rasa benda tu tak bagus..
by the way.. sorry tak bagi salam..
saya silent reader
August 25th, 2010 at 2:16 pm
haah.. adik sy pun hisap jari.. slh satu pemangkin die nk isap jari sbb ada bantal busuk.. dpt bantal busuk terus hisap jari.. mak bimbang jugak psl gigi.. mase umur 5-6 tahun die stop.. tp mlm2 tgh tido dgr la bunyik die menghisap tu… mak ckp sbb sejuk kot tu die hisap.. sbb time panas xpulak.. n now umo die dh 8 tahun n dh terus x hisap2 even time tido pun… n kitorg pun x pernah stopkan die dr menghisap jari dulu2.. lgpun.. baby hisap jari kan trademark.. hehe
August 25th, 2010 at 2:19 pm
huhuhu..come gle medina..bulat bulat mata nak phm ek ape daddy dia baca..mata medina tak kejar kamera plak ek kli ni chika..??
August 25th, 2010 at 2:27 pm
dlu i pernah nmpak girl umur 8-9 tahun kot keep sucking thumb dlm komuter..bila dia lepas jer jari..bibir dia mcm pelik..mcm terjungkit ke atas skit..maybe kesan thumb tu kot…
August 25th, 2010 at 2:39 pm
Salam Chika,
FYI i hisap ibu jari dari kecik sampai darjah 5! Haha Dah jadi habit, bila nak tidur mesti kena hisap jari. Tak peduli pun apa orang kata even pergi school camp selamba giler hisap jari kalau nak tidur. Berhenti hanya bila tumbuh ‘something’ on my thumb. Mula2 tak kisah pun lantaklah orang kata nanti gigi tak cantik etc tapi gigi i cantik je, ok je. Then one day my daddy kata tak lama lagi tumbuh pokok kat kawasan tu, i percaya bulat2 cakap dia.Disebabkan terlalu takut, terus berhenti. Hahaha. Bila ingat balik, ketawa sendiri. :)
August 25th, 2010 at 3:01 pm
kak chika.
one of my kazen mcm ni la peragai dia dari kecik.
kalau nak tdo mesti hisap jari smpai lah umur dia sekarang ni 15tahun.and dia seorang prempuan.kdg2 bila balik kg jumpa dia time nak tdo dia mesti sorok2 hisap jari sebab malu kena ejek.and..hisap jari give effect dekat gigi dia.fhm2 la. hee.btw medina comel ! :)
August 25th, 2010 at 3:03 pm
anak i pon smpai skang umur 1 taon 9 bulan still isap jari.. time nak tido, time layan blues mesti nak isap..bantal busuk jugak! cium2 bucu bantal tu
August 25th, 2010 at 3:20 pm
fashya pun asik terfikirkan hal ni…setiap kali anak nak masukkan jari dalam mulut terus tarik tangan dia. Pastu masuk balik, ade sekali tu pegi klinik, doktor tak bagi dia hisap jari sebab takut boleh jadi fungus kat mulut n kuku, takut pulak rasa… Tpi ada jugak yg cakap, biarkan baby explore jari n mulut dia.tak tau mana nak ikut…so, skarang ni biar jela dia nak suck jari dia kan.
August 25th, 2010 at 3:22 pm
Owh begitu rupanya. Takpe Medina still baby lagi. Hehe. Dulu kan, adik saya sampai darjah berapa tah hisap jari lagi. Sampai lembik ibu jari. Huk2.
August 25th, 2010 at 3:25 pm
medina so-comel!cubittttt!:P[tak tak bukan nak cubit betul.kakaka~]
August 25th, 2010 at 3:34 pm
thanks chika for the information. anak saye pon suke sgt isap jari.skali dua tiga jari masuk mulut. lepas ni biar je la
August 25th, 2010 at 3:35 pm
The second pic sangat cantik.. Err, sumer pun cantik sebenarnya. Cuma yg ke2 tu, sgt kena dengan caption, ‘Medina, listen to daddy’, dan medina pun series jer bukak mata besar2. Soo cute!
August 25th, 2010 at 3:40 pm
its normal…even marissa pun masih menghisap jari…sometimes, jari mama & papa dia juga…hehehe!!!
August 25th, 2010 at 3:50 pm
dear chika… anak akak no 2 start thumb sucking ms dia umo 4 bln. jika medina tangan kanan, dia tangan kiri, sambil kepit bantal di celah jari..mmg jd habit.asal jumpa bntal, hisap jari…asal hisap jari, kena ada bantal busuk tu. bila dh tumbuh gigi, ibu jari dh jd kematu sebab kena gigi.try nak hilangkan habit.menangis usah kira bila kita nk pisahkan dgn bantal busuknya.ada sekali,ms dia umo dkt2 3thn thn, akak sembunyikan bantal busuk tu..menangis keliling rumah cari bantal sbb dia tak syok hisap jari if tak ade bantal.kesian mmg kesian tp cekalkan hati…last2 dia jumpa teddy elephant ( copy paste teddy bear..hehe) dlm bakul,duk pgg belalai gajah tu la sampai pg..lama2 dia dh tak ingat bantal busuk tu…tp,thumb sucking masih terjadi…masa dia tido…takpe, medina kecik lg..ada org kata, gigi anak akan terkedepan…tp anak akak tak ponnn… sbb masih gigi susu..biarla chika, medina kecik lg…pjg la plk anta komen,.. finas lulus ke ni?
August 25th, 2010 at 3:54 pm
wow tertarik dgn garage sale leh dpt buku hrga 1dolar tu…ish ish ish mmg buat rahang sy terjatuh ni kak..cepat2 ye update psl garage sale tu..ngee~~~ (^_^)…by the way, de x tips mcm mne nk tidorkan budak umor 3,4,5,6,…currently kerja kat taski and mse plg sukar skli ialah mse utk tidorkan dorg..kalo x bg dorg tidor, parents mrh ktorg..huhuhu
August 25th, 2010 at 4:02 pm
kak chika,
dulu time kecik2 pun i suke isap jari.jari telunjuk n jari tgh..smpi tadika..
mcm2 la my mum n my sis buat, sapu my fingers dgn ubat la, rempah ratus la so that bile i rasa pahit or x sdp, i akn stop isap jari..tp dlu mcm pandai je g toilet basuh blk jari2 sendiri..hehe..tp one day dlm toilet i main my dad’s shaver, pastu jari terluka n berdarah..since then dah x isap lg :)
August 25th, 2010 at 4:29 pm
Alo lo lo..comenynya dia..
=)
August 25th, 2010 at 4:38 pm
saya sampai dah sekolah hisap ibu jari….malunyerrr..bila ingat balik..it’s habit…huhuhu..
August 25th, 2010 at 4:46 pm
dulu rara hisap jari sampai sekolah rendah :P hihi, manja lah kononnya. medinaaaaaa comelnya dia. kalau balik malaysia bagitahu aunty tau, nanti aunty datang pergi melawat medina sambil bawa candyfloss
August 25th, 2010 at 5:07 pm
kak chika jgn risaulah.. sebab mak saya cerita masa kecik saya hisap jari sampai umur 6 thun.. gigi cantik je dan alhamdulillah takde sakit apa2 pun..jadi medina akan kekal comel =)
August 25th, 2010 at 5:32 pm
Saya adalah bekas penghisap jari tengah dan jari hantu sehingga umur 12 tahun!!! hasilnya, kena pakai braces sebab gigi jongos.. >.<
August 25th, 2010 at 7:54 pm
Chika dear. As for me, I rasa hisap jari boleh control lagi. Sebab bila dia dah ada gigi, mungkin dia rasa x syiok nak terus hisap jari. Lagipun, tak kan sampai dah besar pun dia nak hisap hari kan ?. But please, avoid her from bantal/kain/or anything yang akan end up menjadi bantal busuk for the rest of her life. Please, Please jaga-jaga dgn benda ni. My bantal busuk seusia dengan I dan masih ada dibawak sehingga kini wherever (possible) that I go. Kdg2 pergi camping pon bawa. Mungkin takde masalah sangat, tapi my mom a bit menyesal sebab tak bersungguh-sungguh jauhkan I dari bantal busuk dari dulu sebab sekarang I memang tak boleh tinggal bantal busuk walau dengan apa cara sekalipun. Tak tau la nanti kahwin macam mana. Hohoho or mybe you ada experience nak share or any article bout this, mungkin boleh share. Ada tak ditulis dalam buku tu pasal bantal busuk ?. hehehe
August 25th, 2010 at 8:09 pm
*off topic…
wah,.. rumah baru.. semangat nak raya nie… XD
August 25th, 2010 at 9:26 pm
alala comelnye medina…
August 25th, 2010 at 10:10 pm
saya isap ibu jari sampai darjah 3. stop pun bcoz malu org nengok habit nie..dh besar ada lah rasa malu.. tapi sy isap ibu jari mesti letak towel kat pipi..towel tu x leh basuh dh basuh rasa lain lak hehe..isap jari sambil tepuk2 towel kat pipi..bestnye (^.^)
August 26th, 2010 at 6:06 am
Chika,
Takde masalah baby hisap jari, 3 anak tiri akan semua hisap jari masa kecik dan bila besar semua okay (akak cuba ajar baby akak hisap ibu jari tp dia taknak pulak)…. bila besar cantik jer, baik gigi, bibir dan ibu jari semua normal….malah tengok lagi senang maknya jaga masa baby sebab nangis2 isap ibu jari terus diam, mudah sgt…cuma kena jaga kebersihanlah…cuma 1 masalah bila umur 5/6 thn nak stop kan tu struggle lah sapu lipstik kat jari tu, letak salotape lah..macam2 taktik barulah stop….tp makan masa lah jugak…
August 26th, 2010 at 5:23 pm
rambut medina macam mohawk sudah…haha.. lawak..
August 26th, 2010 at 11:27 pm
awww….cute nya medina ni!
macam erin dulu, suka hisap jari gak. masa dia dah pandai bercakap, kakak aku saja je buat2 marah dia hisap jari
“best sangat ke hisap jari tu, hish!”
dan dengan selamba dia cakap
“sedap! nak try?” sambil menghulur jarinya yang sedang dihisap tu! haha. kids are always adorable lah, kan?
August 28th, 2010 at 12:36 pm
anak saya yang sulung pun suka sgt hisap jari. smpilah msk 5 thn. mulanya risau jugak, tkt giginya jongang ke apa ke, mcm yg selalu org pesan.. tapi syukur Alhamdulilah xde pulak kesannya keatas anak saya.. anyway 1st time dtg cnie.. selamat berkenalan :)