Pengiklanan Percuma Sepanjang Ramadhan
Salam.
Berhubung perihal baik hati penulis yang membuka ruang iklan percuma (as above). Semalam dinyatakan, bahawa empat website cepat akan dapat tempat dan selamat (sengaja buat irama di sini). Namun demikian, berdasarkan sambutan yang agak memberangsangkan, maka saya telah menjadi bertambah baik hati. Polisi baru akan dikeluarkan.
Siapa cepat dia dapat.
Sekarang, SIAPA TAK CEPAT PON DIA DAPAT.
Bagaimana?
Baiklah, disebabkan polisi dah menjadi longgar maka syarat-syarat dikenakan sekarang.
- Mesti blog perniagaan. Sama ada berbentuk produk atau perkhidmatan. Perkhidmatan cabut uban pon boleh asalkan sumber halal. Perkhidmatan tidak halal tidak diterima. Berdosa, Allah murka.
- Beserta logo 125×125. Logo sendiri punya. Kalau logo ciplak LEGO punya pon tak boleh. Kecualilah kamu memang owner LEGO. Pastu saya terus kembang kempis sebab gembira owner LEGO pon iklan percuma kat blog ini.
- Website menjana wang menerusi usaha klik-klik sampai lenguh pon tidak diterima. Bukan sebab takut lenguh, tapi tujuan saya membuka ruang iklan percuma ini untukĀ bantu mempromosikan perniagaan rakan-rakan sempena Ramadhan. Bukan apa. Ramai pula bagi link affiliate program sendiri.
- Penyertaan dibuka sehingga 30 Ramadhan waktu Brisbane. Maksud dia, masih dibuka walaupon kotak di atas nampak dah penuh dah. Tapi tak apa. Iklan akan dijalankan mengikut turn. Gilir-gilir amalan mulia.
- Kalau jual kuih, kena hantar stock kuih 8 balang dekat saya sebab kat sini tak ada kuih raya. OK acah saja jangan bimbang.
- Berurusan di nurulism{at}gmail.com.
Wassalam.




August 24th, 2010 at 7:14 am
Hanya bergembira melihat iklan. Saya tiada apa nak kena iklan. Jangan lupa laporan Medina sempena newborn layout ini ye mommy.
August 24th, 2010 at 7:16 am
yeah babyy! i sangat setuju! better bagi ruang tu utk orang yang betul2 berbisnes :D
August 24th, 2010 at 8:50 am
ya Allah baik hati sgguh la chika di bulan yg mulia ini :) apepon, my sis ade blog utk tempahan jait manik2 kat baju tu. tp oleh kerana dia da tutup amek order for raya, so xyah la kot. hu hu.
August 24th, 2010 at 9:08 am
Assalamualaikum chika :)
sory kalau mcm tak der kena mengena skit… rasa font blog chika nie makin kecik plak… ke dekat akak nyer browser yg nampak kecik?. uhuh.. jenuh nak adjust mata nie.. hehee..
August 26th, 2010 at 6:51 am
salam, kakak, saye berminat..saye ader jual shawl..mcm mane nk wat?