Studio Photoshoot
Merakam foto anak, addictive kan? Kamu boleh snap foto dia, setiap 20 saat. Sebab kamu rasa, macam tak boleh lepaskan apa-apa momen pon.
Hari ini, jam 10.45 am kami ada appointment untuk studio photoshoot. Pagi-pagi sudah bersiap agak gembira. Sempat berselisih pendapat sedikit antara Mummy dengan Daddy untuk memilih baju apa Baby kena pakai. I wanted her to wear her new cotton top in pink. The Dad said itu ini tak kena. Dan akhirnya, ended up dengan Medina wearing something purple. Dan kami berpasangan memakai stripe hitam putih.


Medina tak ada headband purple yang lain. Balik-balik pakai yang ini. Headband dia semuanya pink and white. Susah betul nak jumpa headband warna warni sob sob sob.

Nampak?
Medina banyak tidur. Dia sleepy sangat pagi tadi. Menyebabkan sesi photography menjadi kurang fun. Dia tak mahu senyum, tapi dia tak nangis. Dia bagi muka stone. Kesian awek photographer tu. Berbuih-buih mulut dia agah Medina sampai kami yang dengar ni naik letih. Kesian sangat. Macam-macam toys dia keluarkan nak ambik hati Medina. Gagal. Medina tetap dengan muka stone, langsung tak mahu senyum.
Luckily.
Medina pandai pandang kamera. Walaupon muka stone dengan bubble air liur, aksi mata tetap menjadi. Tapi itulah. I was a little bit disappointed la jugak. Satu, Medina bad mood. Jadi tak fun. Dan lagi, shoot dia macam tak best sangat. Mahal pulak tu. Ada lebih kurang 15 shoot berharga more than 2000 dollars. Gila ke hapa. Dah boleh hire photographer untuk wedding, tahu?
Akhirnya, kami cuma print satu family potrait sahaja. Dan 5 shoot yang akan dimasukkan ke dalam CD. Which are still, expensive. The product was OK. Ada satu shoot ni, Medina meniarap dalam background merah jambu. Gambar tu sangat sweet. Itu yang sebenarnya buat kami excited nak purchase juga, I guess.
No. Of course not! Kami tak purchase sampai AUD 2000 lah. We paid AUD190 untuk sekeping foto dan CD. Err. Kebenarannya, kami tak berapa nak happy sangat. Tapi tak apalah. At least, Medina ada juga gambar studio. Jadilah.
And the truth is, we had AUD 50 voucher dalam tangan. Sebab itulah. Itulah dia yang membawa kami kepada photoshoot ini. Dan diakhiri dengan rasa tidak terpuaskan. Mungkin nex time kena cuba lagi. Yang lebih proper. Outdoor shoot, maybe.
Ada kawan-kawan nak duit sampingan? HEHE. Ini serius.

Final product boleh dipungut dalam tempoh 2 minggu lagi. Lamanya!

Tamat photoshoot, kami berjalan-jalan mengukur tanah. Pada hari yang cerah ini, kami seakan-akan tak cukup tanah. Tak tahu nak ke mana lagi. Sementara tunggu ‘pasar juadah’ buka, kami berjalan ke Indroopilly Shopping Center. By the time kami sampai ‘pasar juadah’, semua juadah dah habis. Sungguh sedih. Dapatlah beli sisa-sisa apa yang ada.
Seronok. Rakan-rakan Melayu menjual juadah berbuka puasa secara kecil-kecilan di taman. Hehe. Perbuatan comel. Ramai pulak tu.
Saya keletihan. Sangat letih. Off.




August 14th, 2010 at 8:34 pm
duit sampingan maksud chika? ceh laju je. haha.
August 14th, 2010 at 8:35 pm
chika.. mungkin boleh tunggu masa balik msia nanti. ada sorang photographer yg ambik gambar budak. akak suka tgok.. boleh la cuba kalau suka..
ni link dia..
http://www.eyesofgrace.net/
August 14th, 2010 at 10:30 pm
Ya Allah bestnye ade anak pompuan dpt pkai headband comel2! waaa siap wat photoshoot studio lg.. bertuah medina..
August 15th, 2010 at 2:14 am
baby medina ni picca time tido pun still nampak comel……n saya suka tgk bulu mata medina yang melentik tu…..^_^
August 15th, 2010 at 3:19 pm
Medina sangat cepat membesar. tomey.
*dari tadi try bukak ur blog tapi asyik database error. pelik.
note;suara mummy kat entry ‘orange buat bonda’ sangat macam zaman remaja mummy. Huhu. nway enjoy with it :D
August 16th, 2010 at 7:34 am
oh my….she’s soooo adorable ;) umm duit sampingan? cam best je ;P
August 16th, 2010 at 9:04 am
Salam,
Nnt dah siap gambar, jgn lupa buat penyangan amal tau,… :)
n erm, tetiba teringat dengan budak perempuan di masjid masa chika p ramadhan yang dulu :)
jumpa lagi x? hihihi…
o yer, nurulism nak bagi readers duit rayas ke? hihihi… semua gerenti angkat both hand…
selamat berpuasa….selamat beribadah merebut tawaran mega pahala dari Allah…
ok take care…
August 16th, 2010 at 9:50 am
medina sgt comey !! tembam plak !! geram je tgk :)
adeqnurul Reply:
August 16th, 2010 at 1:55 pm
t0meinye medina =)
August 30th, 2010 at 6:09 pm
[...] ingat studio photoshoot tempoh hari? Hasilnya sudah kami collect. Bolehlah, dibuat kenang-kenangan. Expression kurang. Baby [...]