Snuggle Wrap

Selamat berbuka puasa, muslimin muslimat di Malaysia! Kami di sini sudah selesai kenyang dan berterawikh. Baby pon sudah tidur. Daddy sudah boleh beriadah di depan televisyen menonton episod tv kegemarannya. Mummy pula beriadah di depan blog. Alhamdulillah. Dua hari sudah berpuasa. Dua hari yang menyenangkan.

Macam saya katakan sebelum ini, berpuasa dengan baby kecil adalah mencabar. Kamu kena masak, kena mengemas, kena sembahyang dan sebagainya. Waktu petang menjelang jam 3 biasanya, adalah peak hour. Waktu itulah saya nak kena mula memasak, settle Medina, kemas kitchen, mandi, solat Asar, dan hidang makan sementara tunggu husband balik. SANGAT MENCABAR. Lebih mencabar dari memasukkan benang ke dalam jarum masa nak jahit butang tercabut phewwwwww.

Menjelang malam pula, kena main politik dengan Medina bila saya nak solat Isyaq dan terawikh. Husband akan ke masjid lepas Maghrib. Tinggal saya berdua dengan Medina. Saya memang tak solat terawikh dekat masjid meskipon sebelum kehadiran Medina. Tapi tahun lepas, saya selalu Maghrib dan iftar dekat masjid. Sebab sangat seronok. Waktu iftar lah dapat jumpa kawan baru. I still remember, last year ; Saya kenal Nenna, Kak Kaseh, Aria, Aunty Ariana dan Kak Nor. Semuanya jumpa during iftar. This year, tak dapatlah kan. Imaam pon ada sebut, ibu-ibu yang ada anak kecil kalau boleh jangan datang masjidlah. Nanti ganggu jemaah lain kalau baby melalak. Which is memang tak eloklah kan.

After 2 or 4 rakaat, saya mesti kena stop bodek-bodek Medina.

Tapi sekarang ni nak tidurkan dia adalah senang. Bawa dia baring atas katil, susukan dia sambil baring. Nanti dia terus tidur lena. Dan hanya akan terbangun apabila terkejut. Contoh, bila Daddy dia tiba-tiba serang masuk bilik dan pintu bilik berbunyi krekkkkkkk (bloody bising punya pintu, sumpah benci) Malam-malam pon macam itu juga. Everytime nak bukak that bloody bising punya pintu, saya akan stress. Sebab Medina most probably akan terbangun dan  A-HUH! Layanlah kau dia sampai berjam-jam.

BUT.

There’s something you can do. WRAP DIA!

Orang-orang tua selalu menasihati, bedunglah bayi kamu supaya lena tidur. Adalah benar sama sekali. Medina usia 3 bulan kini. Dia masih tidur berbedung, kamu tahu? Ye, kamu tidak tahu. HAHA. Tak selalu dia dibedung. Tapi hakikatnya, dia masih kerap juga dibedung.

Medina adalah seorang bayi perempuan yang energetic. Dia kalau meronta, tak ubah bagaikan seorang warrior princess. Memang kuat menggelupur. Naik risau kami dibuatnya akalu tengok dia menggelupur kemarahan. Kalau setakat wrap dia pakai flannel wrap ke apa, memang tak jadi. Sekejap saja dia dah boleh lepaskan kaki tangan dia. And then Mum and Dad dah jadi macam loser lah.

Kamu pon ada experience yang sama?

Cuba wrap dia guna snuggle wrap macam ini ;

Khasiat snuggle wrap comel ini ;

  1. Comel.
  2. Comel.
  3. Comel. Eh sudahlah tu!
  4. Mudah. Semudah ABC.
  5. Kuat. Bayi kamu pasti tewas.
  6. Membantu memanaskan badan baby pada malam yang dingin.
  7. Tidur lena, bangun pagi dengan senyuman. Tumpang lalu, Mami Poko.

Setakat ini, memang Medina belum pernah berjaya lepaskan diri sepanjang malam. Sebab snuggle wrap ni memang kuat dia punya balut. Tak perlu selit-selit kain. Cuma lekatkan saja dengan pelekat yang sudah ada. Tak perlu juga teknik dan kesenian yang tinggi untuk membalut.

Bagi Medina, memang dia tidur lena sepanjang malam. Tak bangun sampai ke pagi biasanya kalau kena wrap.

Tak boleh wrap lah, nanti baby meronta menangis. Kesian dia.

Err.Memang lah begitu. Nak deal dengan baby,  kena pandai berpolitik sikit. Kalau saya dah bersedia nak tidurkan Medina (biasanya bila dia dah nampak bersedia nak tidur, dan saya pon dah bersedia nak menetap dalam bilik terus; tak akan turun ke bawah lagi) saya akan change nappy dia. Sediakan tempat tidur dia. Lepas tu, terus wrap dia. Nak nangis, nangislah! HAHA. Wrap sekejap saja. Tak sampai satu minit dah siap. Siap saja wrap, terus susukan dia. Automatic terus berhenti nangis dan lupa badan kena wrap. Maka, tertidurlah anakku sampai ke pagi. Senang hati Mummy.

Malam semalam, dia tidur berbalut. Tak ubah bagaikan KFC twister.

Jam 4.30 pagi. Kami bangun nak bersahur, dia pon macam tak keruan nak bangun sama.

Tiba-tiba besar bijik mata. Dan seperti biasa, bangun tidur sahaja mesti menghadiahkan senyum buat kami.Selalu tak lokek senyum.

Tidur malam yang sangat lena. Sampai saya dengan husband pon berasa sangat syok tidur. Medina langsung tak merengek.

Jadi, marilah kita turun sahur secara sekeluarga.
Kesian dia kena wrap begitu lama.
Saya buka saja, terus dia stretching.

Sepanjang waktu bersahur, Medina adalah sangat gembira lalu tersenyum sana dan tersenyum sini. Bikin panas saja tau.

Selepas itu, kami terus solat Subuh bersama-sama. Medina pon join. Husband selalu letak dia atas sejadah depan husband saya. Medina pula akan memperhati kami solat. Kalau mood dia baik, dia akan menjerit sakan macam … tak tahulah kenapa. Jerit excited dengar Daddy dia baca surah. Aih, anak aku.

Kegemaran terbaru Medina ;

Bermain cermin.
Ini adalah foto pagi tadi sebelum solat Subuh.

Kalau dia tengok saja muka dia, teruslah dia menjerit nyaring dan tergelak besar. Sungguh kelakar. Kami yang tengok pon jadi tergelak sama.

Baiklah.

Husband dah panggil suruh minum susu sekarang. Saya nak kena turun bawah cepat-cepat dan minum susu cepat-cepat. Sebab Medina tinggal seorang dalam bilik ni.

Recent Entries

23 Responses to “Snuggle Wrap”

  1. aunty yonnaism Says:

    comelnya gambar last! hahaha

    ohh u terawikh kat rumah! patut lah i pun pelik. mcm mana u nka terawikh kalau kat masjid kan? kang melalak medina hahhaa

    chika Reply:

    Imaam pon tak bagi gi masjid bawak baby. Hehe

  2. pawpaw Says:

    gila geram tgok medina . alahaiiiiii

    chika Reply:

    Memang geram. Kalau dia tak mahu tidur malam lagi la gerrraammm. HAHAH

  3. han Says:

    cantik wrap tu.chika beli kt mane ek?

    chika Reply:

    beli online. pumpkin patch. cuba la tgk kat website kalau minat. ada sales. cuba tgk kalau ada stock lagi :)

    suria Reply:

    kak..snuggle wrap tu..beli online kan???ada laman website dia???sngt menarik..kat msia ada jual??

    chika Reply:

    Tengok kat Pumpkin Patch. Akak beli ni dari Pumpkin Patch tapi akak beli online.
    http://www.pumpkinpatch.com.au

  4. anje Says:

    sapu gris la chika kat engsel bloody bising pintu tu…sure settle problem

    chika Reply:

    tu bukan sbb engsel. Sbb ada benda penyangkut ke apa tah.

  5. oshinz Says:

    wah.. comel gile medina dalam wrapper tu.

  6. darling Says:

    geramnya tengok medina.. cerdik sungguh nampaknya… ni x sabar nak ada baby sendiri ni…

  7. Hamdi Says:

    cute ohh baby nihhh

  8. liz Says:

    fifi pon suke tgk cermin..tgh moody, bawak dpt cermin, konfem senyum n cakap2..kitorg slalu cakap die perasan cantik..sbb tgk cermin je sengih panjang..hahaha

  9. aunty lyana the queen Says:

    Sesungguhnya kan, Begitu banyak product baby yang i tak pernah tahu dia wujud kat dunia ni. Anda sungguh bermaklumat wahai nurul.

    Dah nak ada baby kelak, mesti nak bertenggek kat sini lagi. Aik, dah nak ada baby ?? hahaha

  10. hani Says:

    chika wrap tu boleh pakai sampai brape bulan?
    kalau pumpkin patch kat msia ni ade jugak x

    missy Reply:

    hie there,silent reader!
    pumpkin patch ada kat KL ,- BSV ada
    but tak sure carry that particular item or not.

    anyway,selamat berpuasa nurul and family =)

    missy Reply:

    haha lupa letak..silent reader tu ialah saya =)

  11. noor Says:

    chika..sungguh comel chika n medina..nnt bila dah besar sikit si medina tu..mesti org ingat adik bukan anak..hehheheheh

    selamat berpuasa chika!

  12. jum Says:

    cube skali pakaikan medina telekong kecik or tudung.jahit sempoi2 je =P
    mesti lg gelak besar medina main2 telekong..
    hehe

    chika Reply:

    Cakap pasal telekung, ada ke Abah saya ingat gambar last tu Medina pakai telekung. HAHAHA. Medina ada tudung kecik. Nanti nak balut kat dia. Tengok, dia marah tak . Hehe

    jum Reply:

    same la,saye igtkan medina pki telekong jugak mulenye..
    tgk lg sekali,rawk nye medina,kecik2 bertelekong stokin..
    tgk 3 kali,baru prsn,eh eh tu bj tdo die.hahha
    cpt2 balut2 kat medina.
    tak sabar nak tgk respon die suke gelak besar=P

  13. xeea Says:

    love the last shot!
    both mommy n baby are super cuteeee

    take care :)

Leave a Reply