1 Ramadhan 2010
Jantung beku. Temperature drop lagi. Makin ke hujung musim sejuk, makin sejuk. Tapi bersyukurlah. Nanti menjelang musim panas, rasakan!
Berpuasa pada musim sejuk adalah seronok. Waktu siang yang pendek membolehkan kita berbuka lebih awal. Tapi, menjadi satu masalah besar untuk bangkit sahur. Sejuk-sejuk demikian, memijak tiles jam 4 pagi T______T Tapi, itu pon tak apa. Anggap saja sebagai pengorbanan. Yang lebih mencabar ketika ini, adalah berpuasa with a baby. Breastfeeding dalam hari berpuasa adalah satu usaha gigih. Takut kalau-kalau susu tak mencukupi. Alhamdulillah, untuk hari ini dan beberapa hari sebelum ini (ketika puasa sunat) nampak macam boleh tahan. InsyaAllah. Allah Maha Pengasih. Pasti ada rezeki buat Si Kecik itu.
Malam-malam, minum susu untuk energy dan nutrisi tambahan. Pada waktu bersahur, mengambil supplement pill. Semuanya demi anakku, Nur Medina. Saya mampu berpuasa InsyaAllah. Tenaga ada. Cuma takut tak mampu nak bagi bekalan susu secukupnya. Harap, hari-hari esok pon bernasib baik seperti hari ini.
Satu Ramadhan. Khamis ; 12 August.
Hujan sepanjang hari. Itu rahmat. Maghrib jam 5.25 pm. Bertungkus-lumus (err, tak sangat) menyediakan lauk berbuka puasa pada jam 4 petang. Medina sangat understanding hari ini. Dia pandai bermain secara sendiri dan berteriak excited (i-don’t-know-why) secara sendiri juga. Cuma terawikh tadi, dia bad mood sikit. Makin hari, makin senang nak jaga dia. Banyak house chore yang dapat dibuat dalam satu hari. At least, semua kerja laundry dapat buat.
Selamat berpuasa, muslimin muslimat. Bulan baik, jadilah orang baik. Orang kata, kalau nak mencuba sesuatu secara constant, amalkan 40 hari secara persistant tanpa henti. InsyaAllah nanti sebati. Ha, apa lagi. Ada 30 hari berpuasa. Campur 10 hari raya. Kalau setiap hari buat benda-benda baik, ada chance jadi budak baik. HAHAHA Macam tak kelakar.
Sempena bulan mulia, saya nak jadi budak baik. Eh. Bukan. Sempena bulan mulia, saya nak jadi MAK BUDAK yang baik. Amin.
Maaf kepada semua atas keterlanjuran, kekasaran ataupon pergaduhan yang pernah ada antara kita. Semoga ibadah kita diterimaNYA. Semoga doa kita diperkenankanNYA. Amin.
.
Ikan terubuk bakar dalam kenangan …




August 12th, 2010 at 8:20 pm
Selamat berpuasa Chika. :)
August 12th, 2010 at 9:36 pm
sane puase lewat sehari yer… =D
slmt brpuase!
August 12th, 2010 at 9:39 pm
ramadhan kareem kak chika. ^_^
August 12th, 2010 at 9:59 pm
Ramadhan..diawalnya rahmah, dipertengahannya keampunan, dan diakhirnya dijauhkan daripada api neraka…salam ramadhan almubarak kak nurul..
n_n
August 12th, 2010 at 10:16 pm
mama chika
semoga dipermudahkan puasa disana..dan selamat berpuasa..semoga puasa kali ini lebih barik dari sebelumnyer..amin
August 12th, 2010 at 11:11 pm
selamat berpuasa utk medina sekeluarga yang jauh di perantauan.. eh, u tak anta gambo kat paper utk salam perantau tu ker? heheheh
August 12th, 2010 at 11:13 pm
salam ramadhan k.nurul!
kali ni,raya dgn org baru!=)
August 12th, 2010 at 11:24 pm
Selamat berpuasa chika sekeluarga..
August 13th, 2010 at 5:17 am
tuk abah ucapkan selamat berpuasa semoga dapat puasa yg diredai dan diberkati allah swt.terubuk bakar ada abah simpankan.
August 13th, 2010 at 6:44 am
Salam Ramadhan kak chika =)
August 13th, 2010 at 8:21 am
slmt mjalankan ibadah puasa utk chika n husband. and medina too. jd bdk baik ye, tlg mummy msk ;)
August 13th, 2010 at 9:00 am
Se.La.Mat Ber.Pua.sa.
Sa.Lam Ra.Ma.Dhan.