Archive for August, 2010
Posted by chika under
Melbourne,
Travel : Australia When in Melbourne. Malam tu kami naik tour bus yang gratis mengelilingi kota. Memandangkan kami tak ada hala tuju, kami membiarkan saja hati menggerakkan kaki ke tempat-tempat yang dikira menarik. Kami berhenti di Docklands. Menikmati keindahan malam di situ.
Cuba mencari DFO. Susah. Mengikut pemerhatian saya, negara ini memang fail dari segi signboard. Kalau kamu masuk Kuala Lumpur misalnya, bersusun signboard nak ke tempat-tempat penting yang menjadi visitors attraction. Tapi di negara ini, HUH. Sweat. Lagi 1 km pon, belum tentu kamu boleh jumpa signboard. Tidak semua. Tapi sering begini.


Bukan sikit punya susah nak jumpa jambatan ini T____T
Kami naik bas, turun bas, menapak, patah balik, lintas jalan etc. Signboard? None. Pandai-pandailah kami navigate jalan ikut teka-teka saja. Padahal, kami cuma terlepas satu lorong. Kalaulah ada signboard ‘MASUK LORONG INI UNTUK JAMBATAN MERENTAS KE DFO’ alangkah bagus. Kalau tidak mahu cost berlebihan, guna kotak pon boleh. Hias dengan bunga manggar. Siap.
Jalan pusing DFO laju-laju. Dekat Brisbane Airport pon ada. Maka, tak ada apa yang interesting. Terus bergerak lagi menggunakan kemudahan gratis. Nak yang gratis saja, amboi biasa tu dia! Inilah kelebihan Melbourne. Transport mudah.
Berhenti di Docklands.

Berlatar belakangkan sebuah river. Dan juga Etihad Stadium. Juga terdapat bangunan Channel 7 di situ. Cantik, Subhanallah.
Medina?
Dia ada di dalam baju Daddy. Bagaikan Joey di dalam kantung. HAHA. Lena dia dalam tiupan angin sejuk yang menderu bukan main itu. Ikutkan hati, saya nak menjerit kesejukkan. Dan sebenarnya, saya kelaparan.
Posted by chika under
chantek
No winter lasts forever …



.
… no spring skips its turn
No matter how long the winter, spring is sure to follow.
Welcome, Spring.
.
Will definitely enjoy Spring with Darling Husband and Medina Honey. Hari Raya is coming. Raya during Spring? Nature tells us to ‘party’. Spring, jangan panas sangat. Please. Pretty please.
Posted by chika under
Uncategorized 
Ku merinduimu …
Ting Tong.
Posted by chika under
Nur Medina 
3 bulan 1 minggu.
Masih ingat studio photoshoot tempoh hari? Hasilnya sudah kami collect. Bolehlah, dibuat kenang-kenangan. Expression kurang. Baby saya tak cukup mood pagi tersebut. Dia mengantuk.Foto selebihnya, saya kongsikan pada lain waktu. Atau barangkali, saya tak kongsikan pada bila-bila waktu pon. Eh, kerek pulak dia.
Medina in slumberland. Menangis-nangis sebab nak tidur agaknya. Jenuh saya nak tidurkan dia tadi. Akhirnya saya angkat dia, peluk dan swing swing dia. InsyaAllah tak lama nanti muscle I perkasa. Bila dah dipeluk, terus tidur. Medina, Medina. Mummy loves you tau.
Husband kerja shift aneh minggu ini. Dari jam 2 petang sampai 12 tengah malam. Dalam kata lain, tak ada table for two during iftar. Masak makan sendiri lah jawapnya. Inilah bahagian paling tak menggembirakan. But hey, syukurlah.
Hari ni, kembali ke dapur. Setelah beberapa hari cuti bersalin HAHAHA. Rezeki. Asyik dijemput berbuka puasa saja. Rezeki jangan ditolak, tak baik. Minggu lalu, berbuka di rumah jiran baru. Ahli baru ADUN MOUNT GRAVATT EAST. Just a few minutes away from my place. The other day, rumah Dr.Nik pula. Rumah Kak Faizah saja yang kami tak dapat datang sebab husband balik lambat. Tak apalah. Nanti hari raya boleh minta request simpati dari Kak Faizah. Masalah dia, orang kalau tak pregnant ni susah sikit nak buat request simpati. Tak apala. Ada ubi ada batas. Eh, tetiba pulak kau ni.
Kak Ina (pon jiran baru, welcome to Mt.Gravatt East) baru saja membuat tawaran menarik malam ini. Katanya, nak datang ambik saya ke rumahnya sekarang untuk minum kopi dan makan popia. Ha kau, popia! Inilah ramadhan pertama saya tanpa popia the sailorman tutt tuttt. Tapi Medina dah tidur pulak. Tak bolehlah nak kejutkan dia. Tak baik. Tak respect bayi namanya. HAHA.
Last Saturday, iftar di Holland Park Mosque. Malaysian and Singaporean food. Saya tak datang tolong pon. Datang tolong makan je. Itupon atas ihsan rakan-rakan nak tolong jaga Medina. Medina pula, suka. Dia suka kalau dipegang. Dia tak kesah. Kalau orang main passing passing, dia lagi suka. Sampai kalau saya pegang pon dia dah tak nak. Medina ni, Mummy peluk kuat kang. Dia marah kalau dipeluk kuat-kuat. Nanti bila marah, dia menjerit panjang-panjang. Tapi tak nangis. Jerit as in, memberontak.
Hari ni, saya buat fried penne. Dah itu yang saya nampak dalam food cabinet. Dan juga karipap ayam. Tengok. Ada anak kecil pon masih sempat buat karipap ayam. HAHAHAHA. Dah. Takyah membuat onar di sini. Karipap tersebut, saya order dari Kak Mas. Karipap frozen. Tinggal goreng saja. Belum sampai seru nak buat karipap.
Dan yang terakhir, saya dah khatam Twilight Saga. Eh please ah jangan booo aku. Itu pon menonton sebab bersebab. Tapi, tu lah dia. Memang interesting siri vampire ni. So now you wanna claim me as a Cullen Maniac? Sorry naik lorry. Masih belum. Kalau Jaden Smith, mungkin. HAHAHAHAHADEKJADEN!
Adek Jaden Smith,
I have a daughter.
Nak kawan tak?
Posted by chika under
Eh Tetiba Cerita Pendek 1.
Bunyi alarm tak pernah tak annoying. Meskipon berkumandang lagu Justin Bieber yang engkau gila-gilakan sama sekali, kalau dah namanya alarm kejut bangun pagi, engkau pasti rasa jengkel juga. At least, itu yang saya rasa selalu.
Dua hari lepas. Alarm telefon bimbit suami berbunyi menggerakkan kami bangkit sahur. Macam biasalah. Kalau tak kerana bunyi alarm yang menjengkelkan itu, memang sulit hidup ini. Medina memang sudah bangun. Ada sedikit aneh di situ. Sebabnya, Medina jenis insan punctual. Apa jadipon, dia akan bangun around 4.30 pagi setiap hari. Tapi pada hari tersebut, macam awal pula dia. Maka, saya paksa dia tidur. Tapi dia tak mahu juga.
Kami pon turun ke kitchen untuk mendapatkan pahala bersahur. Dah lah dapat pahala, dapat makan pula. Memang suruhan agama itu nikmat-nikmat semuanya. Maka, turutlah. Jangan degil. Eceh. Tazkirah Sabtu.
Sebelum masuk kitchen, saya mesti tengok jam dulu. Sebab nak set timing makan. Takut terlajak. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak makan, boleh muntah balik. Tapi muntah, batal. OK takyah explain lagi.
Aik?
Dah jam 5.15 pagi. Apakah punya lawak tersebut apsal tak kelakar?
Maka. Tak jadi sahur. Dah masuk waktu Subuh pon. Sangat frust sebab tekak dahaga perut lapar. Naik semula ke atas, dan solat Subuh. Perasaan sangat terkilan rasa nak nangis di hujung bucu. Kesal dengan telefon bimbit suami. Suami lagi kesal. Sebab dia tak tukar jam ikut Brisbane punya timezone. Kami terikut jam Adelaide.
Inilah dinamakan, kecuaian membawa padah.
Dalam kes yang kainnya, patutlah Medina dah bangun lama dah. Medina masih seorang yang punctual. Lain kali jangan melawan Medina. Kalaulah saya bangun sejurus Medina kejut ….
.
Cerita Pendek 2.
Semalam saya mengidam. Ha kau! Post-pregnancy food cravings. Bukan mengidam daging keldai salai ke apa. Mengidam nak makan BMW Hybrid je. Eh tak. Sebenarnya, tetiba macam teringin sangat nak minum coffee panas. Tapi tak mahu yang homemade. Mahu cafe-made. Agak gedik di situ secara tak semena-mena. Sanggup tunggu suami pulang jam 11 malam. Sanggup tak tidurkan Medina. Suami pula, sanggup bawa dengan begitu semangat.
Memandangkan Brisbane ni night life dia sangat gila punya kesian, yang buka hanyalah McDonald. Australian panggil McDonald as Maccas, not McD as we did (teringat peristiwa geli hati cam nak mati between me and husband pasal Maccas ni tapi tak mahu cerita nanti malu. KAHKAHKAH)
…
…
Ah, retardlah aku pergi ingat cerita tu sekarang dah tak boleh nak tulis entry dah sebab kepala terganggu. Macam nak gelak sampai terbarai isi perut. Ishk. Head banging atas meja kang baru tahu.
Pooooooooof poooooof! Tak mahu ingat.
Kami pon sampai di Maccas berhampiran. Medina pon bangun dengan ceria. Perempuan baru lepas hamil pon dapat minum Cappucino dengan strawberry milkshake pada jam 11.30 malam dalam cuaca sejuk menggigit saraf.
Apakah dia yang Chika ni cuba nak cerita ni?
Err. Sebenarnya, tak ada apa. Sekadar menulis cerpen. Lempang kang.
.
Cerita Pendek 3.
Terlanjur bercakap pasal Maccas tadi, teringat kenangan silam semasa hamil. Jauh-jauh malam, suka dating dengan suami di Maccas minum coffee, minum milkshake, minum juice pegaga, dan minum angin.
Paling best, semasa perlawanan kriket antara Australia menentang Pakistan. Saya minat kriket, tahu! McD penuh malam itu dengan pensokong-pensokong Australia tentunya. Agak hingar-bingar tapi meriah. Dalam pada kemeriahan itu, terdapat sepasang merpati dua sejoli yang menyokong Pakistan secara takut-takut berani. KAH KAH KAH.
Bila Pakistan dapat belasah Australia, kami bersorak dalam hati dan pandang-memandang sesama sendiri. Habis, takkan nak hoooray kuat-kuat kang kena lempang dengan penyokong Australia satu McD tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah. HAHAHA sangat kelakar. Pastu, Pakistan kalah tipis. Saya frust tapi tak boleh nak memberontak dekat situ. Buat-buat tumpang gembira sebab Australia menang. That night was fun.
.
Cerita Pendek 4.
Hari ini tak payah masak. Holland Park Mosque buat buka puasa Malaysian and Singaporean food. Sebenarnya yang organize adalah kumpulan kelas Tafsir yang saya ikut tu. Kak Faizah kata, Nurul takyah susah-susah datang tolong sebab ada anak kecik. Tapi kena datang makan. HAHAHAHA bukankah baik hati betul Kak Faizah tersebut? HAHA gurau je.
Sekali lagi ditekankan, hari ini takyah masak. Hari esok pon takyah masak insyaAllah. Sebab? Mari ke cerpen seterusnya.
.
Cerita Pendek 5.
Ada kedai makanan Halal baru buka di kawasan kediaman kami. Kena cuba malam esok. Dan cerita pendek ke-5 ini merupakan cerita yang memang pendek.
Cerpen tamat.
//
Bagi yang terasa seperti bukan membaca cerpen, sebab macam tak pendek saja cerita ini, boleh tukar tajuk entry ini menjadi INI CERPAN TAU.
.
TAHUKAH KAMU?
Selain bermaksud Cerita Pendek, Cerpen juga bereerti Cerita Pening. kalau selepas baca entry ini anda pon berasa macam pening, tak perlu hairan sangat. Untuk menambahkan lagi Cerpen ini menjadi cerita pening, saya ingin menunjukkan kepada anda kereta mimpian saya dan suami. Sebut betul-betul … MIMPIAN.
BMW Hybrid.



Cool gila. Gila pon tak cool seperti ini. Tapi takyah pergi cari dekat showroom sekarang. Sebab memang tak ada. Ini kan dikatakan tadi MIMPIAN.
Seronok dapat menulis secara rambang. Macam dunia aku yang punya.
Posted by chika under
Nur Medina 
Husband dalam penerbangan pulang from Adelaide. Saya sabar menanti. Medina pula sabar menidur. HAHA. Sekarang dah jadi rutin. Jam 7 mesti mula menggosok mata, menggaru telinga dan mendayu-dayu minta ditidurkan. Medina tidur eloksepanjang malam.
She is 3 and half month. Dah develop tabiat hisap jari seperti mana diketahui umum. Sudah develop perkataan baru berbunyi Buuuuuuuuuu. Atau mungkin Boooooo as if nak ejek Mummy agaknya. Sampai menyembur air liur bila dia cuba produce the Booooo. Sebab dia macam tekan suara bersungguh-sungguh.
Katakanlah, tak ada apa nak dihisap; because sometimes she forgot where did she put her hands. Dia belum pandai orientasi lagi. Maka, ada kalanya dia macam terlupa yang tangan tu sebahagian dari diri dia. Bila dia tak nampak tangan, dia anggap yang dia tak ada tangan. Tahu apa dia buat? Dia nyonyot lower lip dia. Nyonyot laju-laju sambil pusingkan muka ke kiri atau kanan. Kononnya sedang breastfeed. Comel indeed.
Oleh kerna itu, sekarang ni saya selalu terpedaya. Ingatkan dia lapar nak susu, tapi sebenarnya dia nak main saja. Tapi kalau dia memang lapar, memang berselera dia menyusu. Sampai berbunyi-bunyi seperti Ahhhhh Ahhhhh. Macam nikmat sangat. Apalagi, memang nak kena picit tau. Kalau saya geram, saya kerjakan dia sampai merah pipi kiri dan kanannya. Dia pula akan terkedu dan termenung beberapa saat.
Cepat masa berjalan walaupon tak ada kaki. Medina bukan seorang newborn lagi. Saya dah rindu wajah tak berapa nak siap dia semasa baru lahir. Wajah dan aroma fresh dari oven. Macam sekelip mata, Medina dah besar. Saya macam tak sedar bilakah dia membesar. Patutlah orang kata, jangan kelip mata. Nanti rugi.
Emak saya selalu cakap ; Cepatnya anak Ma dah besar. Cepat sangat.
I feel her now. Saya rasa sekarang. Sebut tentang emak saya, teringat dah agak lama tak menunjukkan wajah cucunya di udara. Maka dengan ini, galeri foto buat tatapan ibubapa saya.
Kesemua gambar ini adalah foto hari ini. Kejadian pagi tadi semasa berjalan-jalan makan dimakan angin bersama Medina. Seperti hari lain pon, berjalan dengan Medina memang fun. Just because she loves to scream. Sepanjang jalan screaming tahu! Siap mengekek excited. Dengan saya sekali bercakap macam clown sepanjang jalan nak gembirakan anak. Sampailah akhirnya saya ditegur oleh this one lady ; Hey, she looked fascinated! HAHAHA. Mana taknya, suara Medina sorang saja yang bergema dekat situ.
She’s a good baby. Walaupon demanding yeah.
Kita mulakan dengan rakaman muka Medina yang tak tentu arah bila kena tiup dengan angin kuat. Sumpah kuat. Tudung saya hampir melayang. Medina pula boleh feeling feeling main angin. Everytime angin tiup je, dia menggelupur tak tentu arah. And then mengekek suka. Cuba kalau dibagi panas terik. Terus melalak.


Macam pakai turban.
Will definitely get you one someday.

Nampak gambar tengah row atas?
Dia seronok bila saya langgar bonggol-bonggol.

Sementara tunggu kedai semua bukak, kita riadah dalam kereta dulu. Saya feed dia, saya bual-bual dengan dia, dan bacakan buku. Sambil saya bacakan buku, dia pon respon. Dan bila dia respon, haruslah muka saya bertempek semburan air liur dia ye.

Mommy, I wanna peel the butterfly’s head.

OK lah, dah jumpa thumb. Mummy don’t disturb.
Bila ye biasanya baby pandai meniarap? Medina belum boleh lagi. Dia boleh roll dari meniarap ke terlentang sahaja. Itupon sekarang dah susah sikit. Sebab badan berat kot, dia tak larat. Nampak seperti Medina tak berminat langsung nak meniarap. Dia suka duduk duduk duduk. Kalau bagi dia meniarap, dia marah. Tapi dia dah boleh moving. Kalau baringkan dia dekat carpet, sekejap saja dah nak jatuh ke lantai kepala dia. Dia tolak-tolak kaki dia.
Erm. Mummy miss Daddy ni.