Archive for July, 2010

Drying Rack

Posted by chika under Baby N' Things

Walaupon fully breastfeed, kadang-kadang saya tak dapat nak direct feed baby saya pada keadaan tertentu. Expressed breast milk will help. Maka, berlakulah bottle feeding yang seterusnya menyebabkan penggunaan botol susu.

EBM pula memerlukan breast pump. Accessories untuk operate breast pump pula semuanya perlu dicuci lepas guna. Tak boleh tangguh. Biasanya, saya akan sterilize semua alatan feeding termasuk botol-botol, teats dan aksesori breast pump. Lepas guna, kena basuh dengan warm water bersih-bersih dan keringkan pula. Part ni saya palinglah tidak gemar. Sebab lepas basuh, nak keringkan dia kena letak atas dishes dryer rack saya. Campur sekali dengan pinggan mangkuk periuk belanga segala. Tak suka. Dahlah bercampur aduk, tak comel pulak tu.

These days, saya rasa macam nak  drying rack khas untuk Medina punya botol dan aksesori pump.

I’ve been googling some of them yang comel-comel.

a. Munchkin Sprout Drying Rack

b. Splash Bottle Dying Rack by Skip Hop

c. Boon Grass Countertop Drying Rack

d. Beaba Drying Rack

These four are the fantastic four (eceh). Paling comel yang saya jumpa semasa berjalan-jalan internet. Comel. Aren’t they? Sekarang tak tahu dah mana satu yang terpaling comel sebenarnya. Mata mambang (Rambanglah). Dah tak tentu arah dah nak pilih mana. Bantu please, bantu. HAHAHA OK tipu gila. Sebenarnya dah tahu dah nak yang mana. Tak lain tak bukan, mesti nak hijau punya. Maka, Boon Grass Countertop Drying Rack attracts me more.

Simple sahaja sebenarnya.


Tapi lepas dihiasi botol-botol dan keturunanya, terus jadi comel.
Umpama taman dengan bunganya. (gelis)

Tapi tak tahu lagi nak purchase dari mana. Sama ada secara online, atau secara offline. Sedang mendapatkan good bargain. The cheaper the better.

Kalau kamu?

a, b, c, atau d?

Atau e ; semua di atas.


Apples In Bed

Posted by chika under Uncategorized

Bangun pagi hari ini, berkata kepada diri ; I am going sewing today!

Selepas menikmati sarapan pagi yang berat (seberat sepinggan nasi berlauk ayam), saya membelek-belek hujung kaki seluar suami. Seluar yang dibelinya beberapa bulan lalu, minta dijahit pada hujung kaki. Akan dipakai hujung bulan ini untuk acara khas.Acara khas yang begitu penting.

Seluar yang penting, untuk acara yang penting.

Kena jahit betul-betul. Punyalah betul punya betul saya menghadap seluar tersebut. Hurm. Bolehlah. Macam boleh tahan juga kerja menjahit saya pagi tadi. Tidak senget. Sekali imbas nampak perfect. Dua kali imbas nampak masih cantik. Tiga kali imbas, nampak OK. Imbaslah berapa kali pon, nampak OK juga. Cuma jangan dibelek-belek sudah. Nescaya nampak ada sikit cela di situ. Tapi tak apa. Mana mungkin ada kawan dia yang macam tak ada kerja lain, dengan tak semena-mena nak belek hujung seluar dia pula. Bukan?

Siap menjahit hujung kaki seluar.

Eh, seronok pulak main mesin jahit tersebut. Dengan bunyi dia yang kuat. Rasa macam emak-emak zaman Uji Rashid pula. Begitu seronok. Lantas mengeluarkan 2 meter kain cotton yang dibeli beberapa hari lepas.

Semeter $4.
Paling murahlah, pasti.

Menjahit secara bersungguh-sungguh. Medina pula berkelakuan baik hari ini. Diam saja dengan Opah. Cuma mulut dialah tak diam. Berceramah dalam bahasa aneh. Ini kali pertama saya menjahit sesuatu yang pasti. Selama ini menjahit benda yang kurang pasti.

Bolehlah setakat nak bangga-bangga dekat keluarga sendiri. Yang penting, tangan tak gigil. Tak adalah lawa mana. Buat benda simple saja.

Sarung untuk body pillow.

Malam nanti nak bangga dekat suami.

Cheaper at StrawberryNET

Posted by chika under Uncategorized

Kamu suka online shopping?

Dahlah mudah. Bangun pagi belum mandi pon boleh membeli-belah. Tak payah susah-susah berdandan, pilih tudung matching kasut dan siapkan baby semata-mata nak keluar beli pekasam misalnya. Walaupon hakikat dia, haku pon tak tahu apakah dia pekasam tersebut. Tapi tak apa.

Kamu suka online shopping tidak?

Bagaimana pula dengan online shipping? Disebabkan shipping, barang murah pon boleh jadi mahal, bukan? Beli pekasam harga RM2, tetiba kena bayar shipping cost RM20. Itu nama dia, shopping beli pekasam kah, atau shopping beli shipping? Baiklah. Kedengaran macam exaggerate sangat, padahal benda betul. Kamu pon selalu alaminya. Saya pon pernah alaminya tapi selalu avoid daripada kena bayar kos shipping yang over. Sebab itulah, kalau nak melakukan online shopping (dari beberapa website tertentu pilihan saya sahaja) saya akan tunggu bila ada promotion code. Supaya tak payah bayar wang shipping. Barulah berasa gembira dan berbaloi berbelanja secara online.

Pada hari Khamis yang hujan dan sejuk (sambil Medina di sebalah ini dari tadi tersenyum simpul mentang-mentanglah daddy baru call ajak keluar berjalan malam), saya ingin berkongsi satu pengetahuan yang mungkin kamu pon tahu. Anda kata kamu memang dah tahu, baguslah.

Ada beberapa website yang saya gemari. Salah dua daripadanya ialah Pumpkin Patch dengan Dorothy Perkin. Sebab harga online lebih murah. Kalau beruntung, dapat promotion code dan takyah bayar shipping. Menarik? Shopping memanglah menarik KAH KAH KAH.

Untuk tujuan kosmetik pula, website pilihan saya ialah ;

StrawberryNET

Kenapa?

Sebab dia jual strawberry murah.

Tak adalah.

StrawberryNET merupakan website yang menjual pelbagai produk kosmetik dari pelbagai brand. Semua big brand pon ada. Yang seronoknya, harga dia adalah jauh lebih murah dari harga yang anda boleh dapat dari counter atau dari website lain. Sumpah tak tipu. Biasanya, sebelum purchase any cosmetics, saya suka compare price dengan website lain. Ternyata, StrawberryNET offer harga yang paling best. Tak boleh beat. Walaupon kadang-kadang murah by 1 dollar, still dianggap cheaper lah kan. HEHE.

Itu satu.

Keduanya, untuk kesemua jenis products, tiada shipping charges dikenakan. Kecuali untuk perfume. Best tak best tak? Sebab itulah, saya suka sekali bagi rezeki dekat mereka. HEHE.

Murah. Large range of products. No shipping cost. Cepat. Authentic. Selalu bagi discount.

Bertambah meyakinkan, bila website ini dipromosikan di dalam salah satu NEWS di Queensland TV. Sebabnya tak ada lain, dia punya harga adalah yang terendah. Kira kalau compare dengan website lain, still dia yang terendah.

StrawberryNET adalah nama besar. Kalau kamu masuk website dia, kamu boleh pilih country kamu. Nanti dia akan nyatakan prices in your currency. Jangan bimbang. Dia ship ke seluruh dunia.

OK sekarang kami nak tahu, berapa banyak Chika dapat komisyen dari StrawberryNET.

KAH KAH KAH. Nada. Saya buat ini ikhlas nak kongsi dengan kamulah. Mana ada kaitan antara saya dengan mereka. Sebagai pengguna yang berpuas hati, saya rasa mereka layak mendapat testimoni yang baik.

Dua hari lepas, saya purchase items. Pagi tadi, sampai.

Shampoo.

Aik? Shampoo pon beli online?

L’Occitane paling dekat ialah tak berapa nak dekat. Harga online adalah lebih murah. Sebab itulah. Jadi, kepada kamu yang rajin purchase benda mekap, haircare, skincare dan perfume, saya recommend website ini. Takyah pergi KLCC dah melangut tunggu sale assistant goda kamu dekat counter Shiseido misalnya.

Harap terhibur.

BCG

Posted by chika under Nur Medina

Semalam siang, bawa baby ke Queensland Health Services untuk mendapatkan jawatan kosong ha! Jangan merepek. Untuk mendapatkan suntikan BCG sebenarnya (bukan jawatan kosong). Saya mendapatkan suntikan ini pada usia 12 tahun. Tapi di negara ini, resisdent yang datangnya dari negara-negara South East Asia misalnya, termasuk Malaysia dan beberapa negara lain yang dianggap sedang nak maju atau belum nak maju atau lupa nak maju, will be invited to make an appointment for free vaccination.

Free. Apa yang anda perlukan hanyalah surat appointment, buku health record, medicare card dan tentulah bayi anda. Dia tak boleh diwakili oleh emak. Macam kalau baby tak dapat hadir, emak pula nak jadi wakil. Tak boleh OK LAH OK LAH nampak gayanya macam ada mood merepek hari ini.

Saya pergi bersama Ijat. Ijat memang best. Rajin dia usung Medina ke sana ke mari. Sampai dah naik muscle lengan lah katanya. Sebab Medina dah semangat sikit. Lenguh kalau pegang lama-lama. Ijatlah cakap. Saya belum pernah lagi dukung Medina lama-lama kalau berjalan-jalan keluar.

Nak kata optional, tak pastilah saya. Tapi dah dia invite siap dengan appointment, saya pergilah bawa anak. Kalau tak mahu, boleh katakan TIDAK. Memandangkan suami saya bekerja dalam health industry, di mana dia terdedah kepada pelbagai jenis virus dan masalah penyakit persekitaran yang lainnya, adalah lagi baik kami bagi Medina apa yang diperlukan. Ya ya. Menyedihkan hati ibu melihat baby 2 bulan kena suntik. Sakit, tahu?

Medina haruslah menangiskan. Tapi nasib baik dia menangis tak lama. Dia jadi mamai sepanjang hari. Moga-moga dia OK, tak naik suhu badan ataupon jadi cranky lebih.

At 2 months

Weight : 5 kg
Height : 59 cm

Hobby : Main buih air liur dan berbual pada waktu pagi.
Makanan Kegemaran : Susu Mommy
Minuman Kegemaran : Susu Mommy
Warna Kegemaran : Hijau (Mommy yang  cakap)
Kebolehan Terkini : Rolling sikit-sikit dan tidur macam bunny.
Program TV Kegemaran : MasterChef (terpaksa tengok)

Ocean Wonders

Posted by chika under Baby N' Things, Nur Medina

The next day lepas saya cerita dengan husband yang Medina macam suka naik Jumperoo, husband ajak pergi tengok. Husband saya letak Medina dalam jumperoo tersebut. Buat kedua kalinya, dia kelihatan suka.

Ocean Wonders Jumperoo.

Instead of Rainforest, husband saya prefer Ocen Wonders punya range. Saya suka Rainforest (macam yang saya tunjuk on the previous entry) Err sebab dia hijau. Tapi alasan ‘sebab-dia-hijau’ selalu sangat diguna pakai bila nak purchase barang. Kali ini, alasan tersebut dah tak boleh pakai dah.

Medina dah ada 3 barang from Rainforest ; play gym, portacot dan travel mat. Semua pon featuring the same characters of katak, monkey muka pelik, burung ungu tergantung dekat pokok kelapa dan zirafah. Kesian Medina asyik berkawan dengan kawan yang sama. Balik-balik main dalam hutan jumpa katak yang sama. Kesian kesian. Jadi kali ini, husband saya cakap, bagilah dia masuk dalam ocean pula jumpa kawan baru. Ternyata, she loved new friends more.

Sotong-sotong, rakan baru.

Tak pernah menangis atau tak suka dengan jumperoo ini. Berkesan untuk pujuk dia kalau dia bad mood. Satu-satunya permainan yang disukainya betul-betul. Yang lain, semuanya dia layan tak sampai 5 minit T____T

Paling digemari ialah tenung sotong atau ikan-ikan bergantungan sehinggalah …

… tertidur.

Jumperoo ini juga boleh menidurkan Medina.

Lega bila Medina betul-betul suka permainan ni. Rasa tak rugi beli. Tapi letih sikitlah sebab kena henjut tak boleh stop. HAHA kaki dia belum sampai nak jump sendiri. Tapi tak apa. Asalkan dia suka. Maka, Elmo-Sit-Me-Up dibatalkan. Tak jadi beli. Tak berbaloi.

Foto-foto begitu banyak di atas untuk tatapan atok dan neneknya. Rindu sangat :(

Babies

Posted by chika under Uncategorized

Kedua-dua insan kesayangan sudah tidur. The Little Princess is sleeping as well as The Prince Charming (in my heart) pon tidur juga. Saya akan memberi peluang kepada diri sendiri untuk berhobi. Hobi pertama ialah menonton album dalam laptop. Dari satu album ke satu album. Hobi kedua ialah meng-Google menambah ilmu di dada. Seperti ; Muslimah Hair Salon Gold Coast, Target Toys Sales dan Marion Masterchef. HAHAHAHA Apa benda kau Google huh?

Pause ;

Susahnya ada Princess in the room. Nak hentak keyboard pon kena berhati-hati. Semua sources of sound kena control.Nak berbual pulak kena berbisik-bisik seolah-olah kita bercakap perkara sulit dan rahsia. Padahal cuma nak tanya jam pukul berapa. Princess Medina T__________________T

Sambung balik.

Hanya satu sahaja muslimah hair salon yang saya tahu sepanjang ini. Di Gold Coast. Customer by appoinment which is susahlah kan. Special for muslimah, only on Monday. Prfft. Susah. Tapi. I need to sayang-sayang rambut kembali. Sebab, I am in the mood!

Sekarang,sedang toys sales besar-besaran. Kami tunggu Target’s. Husband berminat untuk menggembirakan Medina dengan ;

Elmo Sit-Me-Up

Saya pula akan bergembira untuk menggembirakan Medina dengan ;

Rainforest Jumparoo.

Tapi.

Kalau ada sale menarik lah ye. Kalau tidak berbaloi, kita sambung main play gym saja lah OK, Medina? Aih. Permainan bayi sangat comel semuanya. Saya yang over. Bila ada anak, sentiasa ada alasan untuk beli benda alah ini semua bawa pulang ke rumah. Seronoknya ada anak. Tak tak. Bukan sebab boleh beli toys sahaja. Tapi memang seronok ada anak. Jadi tak malas bangun pagi. Sebab nak kena bangun pagi agah anak dan cakap bunyi-bunyi pelik nak impress anak. Tetiba aku pon dah pandai buat bunyi pelik dan jelik. Tak apalah. Anak punya pasal.

Yang pasal Marion Masterchef tu. Ishhh geram. Contestant yang aku sokong dah out. Tapi tak payahlah cerita banyakkan. Anda tidak mengerti. Tapi kalau pasal World Cup, anda mengerti bukan? Tolong tahu, saya sokong Spain. Sebab-sebab kenapa mensokong Spain ;

  1. Sebab England pengau dah out awal-awal lagi. Gila loser.
  2. Sebab David Villa, Alonso dan Torres macam best.
  3. Sebab dia kena lawan Germany. Germany macam tak suka orang Islam. Jadi aku tak suka orang German. Boleh?
  4. Sebab Malaysia tak masuk. Kalau tak, aku sokong la atas dasar patriotik. Samalah macam Australian semangat dengan Socceroos padahal Australia sangat kaki bangku KAHKAHKAH.
  5. Sebab saya teringin nak pergi Spain GAGAGAGAGAGA Tak masuk akal langsung. Sudahlah tu.

Heh. Seronok gila ah dapat merambang panjang malam ini. Saya akan merambang dengan lebih lanjut. Harap sudi baca.

Hari ini saya menziarahi seorang bayi rakan. Dan pada hari ini juga, bayi saya diziarahi rakan. Ziarah-menziarahi amalan comel.

My friend Anisah, baru sahaja melahirkan seorang baby boy yang sungguh comel berambut lebat, bertubuh kecil tapi ada chance jadi besar dan bernama Suhaib (harap tak salah eja nama anak rakan) Gembira mendapat tahu Anisah selamat sudah bersalin. Seronok tengok newborn lalu terimbas kenangan indah dua bulan lalu melahirkan Medina. Indahnya. Gambar bayi, tak berani saya canangkan sebab belum minta kebenaran Anisah dan husband dia. Tak bolehlah sukahati kan. Kena minta izin dulu nanti. Alhamdulillah. Nanti pergi kelas tafsir, dah ada geng ‘bawa bayi dan gusar takut bayi tunjuk perasaan waktu kelas’ HAHAHA.

Balik dari menziarahi Anisah di Wesley Hospital, Aini datang rumah nak visit Medina. HAHAHA Medina dah usia 2 bulan pon ada orang visit bagi hadiah lagi :P Gambar Maryam (baby Aini) bolehlah saya kongsikan sebab dah banyak pon gambar Maryam published di internet HEHEHE. Gambar baby Anisah belum pernah publish oleh Mommy nya lagi, jadi saya tak berani.

Nur Medina & Maryam Humaira

Maryam punyalah ada mood bertegur-teguran. Tapi Medina bad mood. Dia bantai nak tidur saja hari ni. Bila tidur dia terganggu, dia panas hati. Apalah Medina ni. Kawan datang dia menangis pulak. Sorry Maryam. Nanti Maryam datang rumah Medina lagi ye. Boleh belajar kumpul susu dalam mulut dan sembur. Medina expert bab tu. HAHAHAHA. Pastu, Maryam boleh ajar Medina supaya duduk dalam stroller molek-molek.

Medina Hari Ini (MHI) Eceh ;

dsc07264

dsc0726

dsc07264

Medina kini sudah seberat 5 kg. Kalau diangkat 15 minit satu session, dan dilakukan beberapa kali sehari tanpa jemu, InsyaAllah boleh naik muscle. Tak percaya, tanya Ijat. Pergi tanya, pergi. Patutlah saya dah tak mampu kendong dia lama-lama. Sebab dia gaining weight, saya losing weight. Dunia kita berbeza T_________T

Pause ; Apa perkara boleh dirambangkan lagi?

Oh.

Hujung bulan ini, Medina travel lagi. Yeay.

Sudah lama tidak makan cekodok ikan bilis, ujar suami. Sudah lama saya tidak mengasapkan dapur. Rindu dapur. Sudah lama saya tidak pedih mata potong bawang. HAHAHA gila punya rambang penulisan ini.

Sudahlah tu. Bawak-bawaklah tidur. Sudah jam 10. Esok ada kelas.

Siapa mahu kuiz dan mendapat hadiah?
Angkat tangan dalam kotak komen :)