Milestones; 10 Minggu

Dia belum pandai berjalan, tapi sering pergi jalan-jalan. Dan semalam, buat kali pertamanya, kaki yang belum pandai berjalan itu disarungkan sepasang kasut merah jambu. Alahai.

Seronok Medina bergolek-golek beraksi dengan kasut. Di atas lambskin merah jambu saiz kecik muat-muat untuk badan dia seorang. Eh seronok ke? Mungkin tidak. Sebab Medina macam tak berapa sukakan kasut mahupun socks. Dia suka kaki naked kalau boleh. Tapi tak boleh, Mommy tak bagi. Sebab sekarang musim sejuk. Tak baik.

Medina sedang giat membesar. Pipi sedang giat melabuh. Rambut makin giat tumbuh terpacak ke atas. Uncle Uda cakap, itu rambut Canada. Cuba teka kenapa? Baiklah, tak payah teka.

Selain giat membesarkan tangki susu dalam pipi dan juga giat membesarkan taman toys dalam perut (ini Mommy punya fairytales), Medina dah pandai tengok TV dah. Setiap pagi, dia akan menonton Sesame Street pada jam 8.30 am. Kadang-kadang, menonton televisyen dari dalam swing. Kadang-kadang dari atas jumperoo. Kadang-kadang lagi syok. Tumpang badan orang lain. Sungguh princess punya perangai.

Yang menseronokkan, Medina kalau tengok TV, mulut dia bising bukan main. Bukan bising yang biasa, tapi yang jenis luarbiasa. Iaitu terjerit-jerit nyaring bagaikan anak muda excited menonton Justin Bibir misalnya (sebenarnya Bieber) Boleh bayang? Sumpah menterkejutkan orang lain. Macam pagi tadi. Menonton Ogy And The Cockroaches episod berebut awek. Bila awek tersebut keluar, Medina menjerit nyaring. Mungkin dia tengok awek kartun tersebut nampak cantik. Mungkinlah. Atau mungkin dia menjerit sebab tak cantik. Kita mana tahu. Hanya bayi yang mengetahuinya.

Jadi. Setiap kali Medina menjerit nyaring sampai menghentak kaki tangan mulut ternganga ketawa riang dan sebagainya, kami akan berpandangan. Pelik benar. Sebab tak tahu kenapa dia boleh menjerit excited.

Nampak gayanya, Medina macam kuat tengok TV. Dia boleh tahan melayan kartun dari satu kartun ke satu kartun. Biasanya, dia cepat bosan. Kalau suruh dia main dalam cot tengok monkey oren berpusing-pusing macam annoying, paling lama pon sepuluh minit. Tapi kalau bagi dia TV, Mommy boleh buat macam-macam sambil tu. Dia bantai layan sorang-sorang dan menjerit. Jerit nyaring ye. Jeritan yang jarang keluar kalau bukan disebabkan TV

Murah senyuman pada waktu pagi. Senyumannya semakin naik harga menjelang tengah hari membawa ke malam. Jadi, siapa nak benda murah, beli pagi-pagi. Tetiba.

Dia juga sudah boleh rolling secara laju. Tapi nak roll dari baring ke meniarap, dia belum pandai. Sedang nak train dia. Dia hanya boleh roll dari meniarap sahaja.

Medina sudah pandai bercakap. Tempoh hari kami tanya dia ; Medina suka warna apa? Terus dia jawap ; Bbbbbbbluuuu. Ye, dia suka warna blue walaupon Mommy paksa dia suka warna hijau.

Eh mana ada. Medina belum pandai bercakap. Itu sebenarnya kebetulan.

Best ah budak ni. Senang nak shoot photo dia. Mata dia memang suka mengekor lensa. Jadi, takyah susah payah agah dia macam clown nak suruh pandang kamera. Sebab dia akan pandang juga secara sendirinya.

Maka.

Kesemua aksi di atas, khas buat Ma dan Abah. Jauh di mata, dekat di hati.


Saya sayang Nur Medina.
Sebab dia best.

Recent Entries

42 Responses to “Milestones; 10 Minggu”

  1. nashrex Says:

    indah dunia.. punya anak sndiri……

    comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    chika Reply:

    terima kasih.
    nanti insyaAllah, turn kau sampai :)

  2. farah diana Says:

    LIKE THIS VERY MUCHHHH!!

    medina medina….clever girl! jaga mummy ok!

    chika Reply:

    Bukan jaga Mommy la. Tapi Mommy kena berjaga-jaga. Kalau tak, asyik kena sembur muak dia je. Aih. HAHAHA :P

  3. Darling Husband Says:

    Alahai… cepatnyerr dah besar. Dah graduate Newborn sized nappy…. Baju dah ada yang sendat macam sarung cempedak (tak nak nangka… cempedak gak), Kasut yang dah beli dah lama pun, baru first time pakai, dah macam nak tak muat dah. Ni macam, ada can baju yang tak terpakai langsung nih. Nappy newborn yang berkoyan koyan tuh pun, nek kene bagi orang lain pulak gaya nyerr. tapi tak per, cepat besar… senang sikit nak main jumperoo betul betul.

    chika Reply:

    Ha ahla. I lupa pulak nak tulis pasal nappy sendat. HAHA.
    Baby kita dah besar dah. Tak lama lagi, nak sekolah dah (eceh, tak lama lagi katanya)

  4. nana Says:

    medina..knape kamu sgt cute..

  5. aunty yonnaism Says:

    makin dia besar, muka macam u dah :) please hugs medina for meeeeeeeeeeeeee!

  6. FeezMior Says:

    comelnya, cutenya, geram sgt tengok dia… Ya Allah, mcm nak peluk dia kuat2, cium dia lama2.. mmg princess Medina sungguh, buat hati org cair..

    Chika, masa chika mengandung, chika mst suka tngok tv.. sbb tu jangkit ke Medina.. hihi

  7. tuk abah Says:

    nur medina,tuk abah makan durian asyik ingat cucu abah,mummy,ijat@daddy.nak cepat besar jumpa tuk dicheras,kita makan durian sama nekma.see you in cheras.

    aisyahmokhtar Reply:

    terharu sungguh dgn komen tuk abah.. TT

  8. ~~cinderella~~ Says:

    comel sesangat medina ni..plg suke kening n mate die..=)..mst cantik ble besar nnt ni..kecik2pn da plus2 comelnye..hehe

  9. oshinz Says:

    macam baby doll. heee.. geramnye tengok. rase macam nak gigit je pipi die. sangat bijak posing. mesti belajar dari dalam perut ni.

  10. cikchelsea Says:

    uiiii pipi dia, geramnya tengokkkk. nak gigittttt =D

  11. nawal Says:

    sedehnya!! huhu tetibe. sedeh sebab belom lagi tok abah dapat lihat medina secara live. eh over lak aku. suke tok abah komen. hi tok abah!! HAHA.

  12. mahira Says:

    eh, Medina, sama la kita..
    suka tengok Sesame Street! HEHE

  13. aizar azman Says:

    alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..geramnye pipi montel die..ya ALLAH,cepatnye besar..geram..geram..geram..rase nak geget je peha die..haish,comel btol la..pipi gebu,walo labuh..mata bersinar2..pandai pulak pose time mommy snap gamba..suke jerit nyaring(ni sbb mommy zaman kecik2 ke apa???)..aunty aizar miss u medina,walo jauh dimata,dekat dihati..balik mesia,aunty bg hadiah ok??comel2..rs nak culik bwk balik tdo..

  14. fahreen Says:

    medina da mcm budak umo 6 bln gayenye.. cergas btol dia eh.. pp mmg labuh btol.. geram wehh

  15. chubby90 Says:

    comeyy la madina posinggg……:-)

  16. otak ketat Says:

    suka tgk bila dia buat kening muka kesian. haha. comel sgt2!

  17. encik psychopath Says:

    comel :)

  18. ain Says:

    olololooooo.. comelnye ;) tembam betul…… geram!

  19. nurull Says:

    medinaaa.. lain nye you dr mse lahir.. geram sangat2 tgk pipi tuh.. sukanya tgk dia nih.. aunty nurul akan berusaha mengikuti p’kmbangan medina.. <3

  20. aunty yonnaism Says:

    tacingnya komen tok abah T_________T

  21. dilakochan Says:

    Makin chumil medina. Dah berubah wjah da dr masa dia lahir…..

    Nanti sis record la vid. medina watching sesame street n beraksi dgn sore nyaring dia! ;)

  22. makdara TERdiva Says:

    sooooo comel..rasa nak gigit2 pipi tu..haha!

  23. nuraitul Says:

    seriyes..come nye medina..lagi2 tang dia nguap tue..mata dia merenung tajam ke kamera..tggu la ble dia bsar skit nanti chika..msti dia demand DSLR plak..haha..”tue mediana punye..xmo kongsi ngan mommy”

  24. Budak Comot Says:

    adoihai…chome nye… magic betul muke dia… Sangat comel plak skng ni.. extra chome… huhu

  25. aunty ct Says:

    waaa…mesti tok abah rindu sama medina..geramnya aunty tgk medina…jadi anak yang baik yer…

  26. Zaida Says:

    hush! pipi gedobot nyer.. peha ayam.. dagu kerang.. mata bolat..perot moncit..rase nak gigit2 jer..nak pelok2 jer..da mcm teddy bear dah.. gerammmmm sangat10x.. anak sapelah ni yer.. ank chika ke? comel betol! kompom lenguh nak carry nih! bilerlah nak ‘terjumpa’ baby glamer ni? 10w da 5kg…hush! mmg arrrrr.. rase nak pinjam jek!

  27. nhhas Says:

    salam,
    1. aih haritu bukan medina dah ada kasut sama macam chika ker? tak ingat tah entry mana.
    2. tok abah makan durian ingat medina tak ingat orang lain… hihihi…comel….
    3. agree benda murah kena “dapatkan” waktu pagi…..hihihi (tetiba juga).
    4.tak balik raya ke?
    5. ok chow dulu.
    6. tata.
    7. Assalamualaikmu wbt…

    :)

  28. cik tina Says:

    chika amik la video time medina excited jerit nyaring²..heee

  29. auntie comel Says:

    alahai, comelnya dia. soooo adorable..

    medina.. u’re very lucky dapat mommy and daddy macam ur mum. jadi anak yang baik dan solehah ok.

    dik chika,
    i’m happy for you. tahniah dik. akak tumpang gembira dari kejauhan. uceh!

    ‘Being a full-time mother is one of the highest salaried jobs in my field, since the payment is pure love. ~Mildred B. Vermont~’

    * syahdu plak baca komen dari tok abah. (;_;)

  30. MKD Parit Kecil Says:

    Minyak Kelapa Dara memberi 1001 khasiat. Malah baik utk penjagaan kulit muka. Utk apa berbelanja lebih utk produk campuran bahan kimia. Bukankah lebih baik guna produk bio-teknologi yang lebih mesra alam. Jadikan ia salah satu amalan gaya hidup sihat anda. Selanjutnya : http://mkdparitkecil.webs.com

  31. eenasuzira Says:

    medina memang sangat tomey :D

  32. Masy Says:

    ok skrg baru nmpk comel setelah pandai senyum hohohohhoohoohoohhohho

    dan skrg makin nmpk mcm girl. slalu tu susah nk cari side girlnye kat mana. gud2 :)

  33. Yot Says:

    Ya Allah Chikaaaaa. Comelnya Medina. Tak puas tengok ok!! Sangat sangat comel!!!

  34. fana164 Says:

    Semua gambat tu so…so..so..swetttt =)
    Comel la ur daughter..
    moga membesar dgn sihat dn kuat!!! =)

  35. kak jun Says:

    alahai..dah tembam princess ni, comel~
    dah double chin gitu, drumstik (peha) juga semakin padat, hehe
    dah berapa kg agaknye Medina kan.. ;p

  36. lini Says:

    medina kulit org melayu…hehee…tkpe nnti besar ikut kulit mummy daddy tau….jnji sihat…

  37. dira Says:

    chika..medina dah makin bulat dan berisi..makin cantik lah dia! bagus chika bagi medina tgk tv..ade sesetengah parents tak beri baby kecik tgk tv sebab takut baby addicted..x paham betul alasan mcm tu..dira pun tak sabar nk tgk cartoon ngn babyichigo..!

    chika Reply:

    TV boleh stimulate baby. Apa salahnya. Lagipon, baby cepat bosan. Dia takkan tahan pon tgk tv lama-lama. Sehari dapat bagi dia stimulated dengan tv sikit2 pon jadila kan? Janganla bagi dia tengok cerita bukan2. Setakat educational program apa salahnya. Dira jaga diri!

Leave a Reply