Archive for July, 2010

Terribly Sedih

Posted by chika under Uncategorized

Terima kasih yang bermanis mulut pujuk-pujuk saya supaya jangan berduka. Walaupon tetap berduka, tapi terima kasih juga kerana perihatin. Terima kasih daun keladi (daun keladi juga dapat nama)

The beloved brother and Mak Yang dah selamat kembali ke pangkuan keluarga. Alhamdulillah. Kami hantar mereka ke airport pagi-pagi tadi. Drama air mata, haruslah. Sepanjang jalan pulang, saya tersedu sedan dan Medina terkebil-kebil tengok emak dia. Mungkin dia belum mengerti. Tapi sikit-sikit, saya percaya dia pon rasa missing juga tu.

Hari ini hari yang tough. Medina tak mahu berlekang. Nak cuddle saja sepanjang hari. Jumperoo pon tak berjaga pujuk dia. Dia banyak merengek hari ni. Cari Opah, cari Uncle Uda agaknya. Sungguh mencabar hari ini. Saya tak dapat menyediakan makan. Nasib baik Kak Ana buat nasik ayam hari ni. Order saja. Alhamdulillah. Dahlah sedap, yummy pulak tu.

Sudahnya, jam 3.30 petang barulah saya dapat buat housework sikit-sikit. Itu pon setelah Medina diberi susu sepenuh dan sepuas hatinya. Selepas itu, saya on laptop. Bagi Medina tengok Yo Gabba Gabba (her favorite show) dan Dorothy the Dinosaur secara berkali-kali. Leka dia.

At 4.30 pm, drive to city menjemput suami. Ya Allah, Kau bersamaku Ya Allah. Bantu, Ya Allah. Medina melalak dahsyat dahsyat masa on the way to hospital. Sampai suara dia jadi hilang. Saya rasa helpless sangat. She was at the back in her capsule and I was driving. Macam mana? Jalan pulak bukan main jam tak bergerak. Melekat. Traffic light pulak rosak. Punyalah stress. Mula-mula saya hangin sampai naik pedih tangan hentak stereng nak lepas geram. Sudahnya, haku berzikir sepanjang jalan untuk memperoleh sabar. Air mata dah bergenang. Bayangkanlah. Anak dah melalak macam nak pengsan. Kita pulak dah stuck dalam traffic jam. Ikut kepala gila aku tadi, memang aku bagi hazard light, stop tengah-tengah jalan tu pergi dodoi Medina. Sumpah memang nak buat sangat macam tu. Cuma tak cukup seru.

Susah nak cakap macam mana. Hari ini adalah stressful. I am terribly sedih. Sunyi. Rumah sunyi. Masuk bilik Ijat, kosong. Masuk bilik Mak Yang, kosong. Biasanya siang-siang Medina tidur atas Mak Yang. Bila dia merengek, pass dekat Ijat. Dia tahu nak settle Medina. Hari ni, rasa macam stress sangat. Gila bayang pon ada.

Sudahlah tu.

I need to rest. Esok flight to Melbourne at 11 am. Bukan holiday asalnya. Husband outstation. Tapi sambil menyelam, minum air. Tak berapa excited. I miss Ijat and Mak Yang. And I need them to stay with me. Tapi … Tak boleh lah kan. Saya kena belajar membesarkan anak dan menguruskan family. Dulu berdua. Sekarang bertiga. I HAVE TO.

Melbourne, please pujuk me.

Show Time!

Posted by chika under Nur Medina

Ahad lepas, saya dengan Ijat bawa Medina pergi Mt. Gravatt Show. Saja suka-suka sebab dah dekat sangat dengan rumah. Dekatttttt sangatttt. Kira kalau jalan kaki pon bolehlah. Boleh berpeluh HAHA. Taklah taklah. Memang dekat, tapi janganlah jalan kaki.

Dalam perjalanan yang punyalah singkat itu (dah kata pon dekat kan tadi), Medina sempat tidur juga ye. Memang tau dia. Masuk capsule, tidur. Nampak tidak, mulut berbuih air liur? Memang tabiat.

Quack quack!

Satu lagi socks pemberian Tok Abah dan Nekma dia. Kaki bersayap. Comel.

Dah seronok-seronok keluar rumah, masing-masing terlupa nak ambik baby carrier. Maka, terpaksa keluarkan stroller. Ini mungkin baru kali kedua atau ketiga Medina gunakan stroller. Kami memang tak pakai stroller sangat buat masa ni. Sebab Medina macam tak suka. Nanti dia teriak-teriak, malu.

TAPI.

Tidak pada hari Ahad yang lalu. Dia happy disorong ke sana ke mari dengan stroller. Melegakan hati ibu. HEHE. Sebabnya, kalaulah dia happy duduk dalam stroller, senanglah saya nak usung dia ke mana-mana bila sendiri kelak (OK, ni part sedih ni) Ye lah kan. Esok Uncle dia balik. Biasanya, Uncle dialah yang usung dia. Mulai esok, pepandailah haku jaga anak. Sedih sedih. Tapi lebih baiklah kita gelak HAHAHA supaya entry ini tidak menjadi entry tersedih.

Hurm. Mungkin jugak, dia bukan happy sangat dengan stroller dia. Cuma dia memang gembira masuk showground yang banyak orang. Dengan lagu berdentam-dentum. Dia rasa happening agaknya. Bukan main suka. Berbuih-buih mulut dia bercakap. Ni barulah dinamakan bercakap sampai berbuih mulut. Sungguh.

But not for Mommy. Neither the uncle. Show apatah ni. Sungguh bosan dan terpinga-pinga kami dibuatnya. Tak tahu apa yang nak ditengok. Macam tak ada apa.

Tengok kuda. Tengok kuda. Tengok kuda. Kuda memanjang. Kalau nak lain sikit, nampaklah tahi kuda bersepah sana sini. Rasa macam menyesal pon ada pergi tempat ni. Tapi bila tengok Medina suka, adalah berbaloi juga.

Hi!
Yo Gabba Gabba!

Dan sebelum kami bawa diri keluar dari temasya ini, kami dihiburkan oleh kumpulan muzik ini yang bukan main lagi tunjuk skill dekat Medina. Ewah. Comel bukan?

Kualiti gambar kurang best. Sebab terdapat tompokan hitam pada lensa kamera kami. Tak tahu pasal apa. Mungkin kesan penuaan.

Tak apalah tu.

Saya masih tak berapa ada mood. Beberapa hari ini, hati sangat hiba. Sangat bersedih. Esok pagi, Ijat dengan Mak Yang akan terbang pulang. Tinggallah kami kesunyian. Bila suami kerja, waktu itulah saya akan mula terasa sangat-sangat kesunyian. Sebab dah tiga bulan lamanya hiruk-pikuk dalam rumah. Tahu sajalah Ijat tu. Perangai kanak-kanak riang dia. Sehari suntuk bercakap benda mencuit hati. Kadang-kadang rasa nak lepuk pon ada. HAHAHA.

Esok mereka pulang T_____T Saya rasa sangat tertekan. Sedih sangat sangat. Kesian Medina. Lepasni, tak dapatlah dia berperangai over sikit. Selalunya, sentiasa berpegang dari satu tangan ke satu tangan. Kerenah dia dilayan oleh semua orang. Mulai esok, Medina tengok Mommy, Mommy tengok Medina. Sedih.

Hati rasa sayup. Tak boleh bersabar nak balik Malaysia. Dah rindu sangat dengan keluarga. Lama tak jumpa ibubapa dan adek-beradek. InsyaAllah, kalau ada kesempatan, mesti pulang. MESTI.

Sayang dekat mereka.

11 Minggu: Paediatrician Visit

Posted by chika under Nur Medina

My 11 week old daughter.
Growing healthy.
Growing good, please.

Semalam, appointment kali pertama jumpa paediatrician. Patutnya dah bawa Medina jumpa paediatrician sejak beberapa mingu lepas. Tapi asyik tunda disebabkan beberapa hal.

The paediatrician is Dr. Seto from Sunnybank Hills. Tapi kami booked appointment in Mater supaya lebih senang. We saw the doctor at 2.30pm. And Medina looked quite OK. Tak bad mood. Cuma macam biasalah dia. Everytime nak jumpa doctor, atau nak ambik jab ke apa, dia mesti terlentuk-lentuk nak tidur. Tipu daya ni! HAHA

Dr. Seto memang Paediatrician yang datang buat daily check up pada Medina masa kami dekat hospital dulu. Jadi, kami continue saja khidmat dia. Kebetulan, dia pon dari Malaysia. Malaysian Chinese. So bila jumpa, kami cakap-cakaplah pasal Malaysia sikit. Dan dia boleh straightaway panggil Mak Yang … Hello Mak Cik! HAHA comel gila.

Weight : 5.5 kg
Height : 60 cm

Kalau tengok growing chart, doctor kata Medina is just above average. Alhamdulillah. Sebab dia kan masa lahir kecik saja. Rasa gembiralah tengok dia catch up laju sikit.

Seperti biasa, gambar kena banyak. Sebab nanti Ma dengan Abah saya bising kalau tak letak gambar cucu banyak-banyak. Dahlah asyik lambat update. Sorry, parents :)

Di bawah ini adalah gambar Medina tidur dalam kereta. Dia jenis tidur mata terbukak sikit dan anak mata bergerak kiri kanan. Ala-ala tak berapa nak tidur, padahal dah berdengkur.

Sarung kaki ANAKKU pemberian atuk neneknya. Ada banyak lagi baju yang ibubapa saya post, tapi Medina belum boleh pakai. Emak saya belikan baju besar sangat. HAHA Tapi tak apa. Tak lama nanti, dah boleh kot.

Next appointment, bila Medina 7 bulan.

Eh. Saya sangat malas nak mengeluarkan entry. Bukan dalam mood. Sebab beberapa hari ni sibuk ke sana ke sini melayan kanak-kanak riang bernama Haizat. Dia pon dah nak balik. Haku sungguh sedih rasa nak menangis air mata air.

Kesunyianlah kami kelak.

Macarons

Posted by chika under Uncategorized

I’ve been craving for macaron since I was pregnant, kawan-kawanku. Macam nak sangat-sangat. Ni semua penangan MasterChef dari tahun lepas lagi asyik buat macaron. Nampak tempting sangat. And I am tempted T_______T Lebih teruk lagi, apabila Adriano Zumbo jadi chef jemputan in MasterChef featuring his well-known macarons tower. Ya Allah, betapalah teringin!

Last week, husband cakap ; I dah tahu mana nak beli macaron. Direct from factory.

Tak tunggu-tunggu. Esoknya terus pergi.

Twist’n Roll!

Kami cuba setiap flavor. Malangnya, lavender flavor tak available hari tu.
Sedih.
14 pieces all.

Bagi saya, macaron ni tak murah. $3.50 each. Mahal jugaklah bagi sebijik benda alah yang terlalu kecik saiznya. Kira kalau makan sekali ngap memang macam tak rasa apalah. And I wonder why? Padahal ingredient nak buat dia senang saja. Tak ada bahan-bahan luarbiasa yang sampai kena import export segala. Tapi saya rasa, ianya more on the pembuatannya. It’s quite tricky and technical untuk menghasilkan sebiji macaron yang perfect. Ini yang saya belajar dari MasterChef ye. HAHAHA. Patutlah contestant selalu fail buat macaron yang perfect.

Ada orang cakap, sedap gila. Ada orang cakap, gila tak sedap. Ada orang cakap, biasa-biasa saja. Bagi saya, sedap! Sweet. Bagi orang yang suka makan benda-benda sweet, mesti suka. Dan yang paling best, texture dia. Hard outside, and soft inside. Dipendekkan cerita yang memang tak berapa panjang ini, saya puas hati dapat rasa macaron tersebut.

Lebih best lagi, kami beli direct dari factory. Chef yang buat ialah originally french. Memang sangat best. Perfect. Eh pandai-pandai je haku cakap perfect. Macamlah pernah cuba macaron buatan yang lain kan? HAHA. Namun. Berdasarkan ilmu MasterChef saya (tak boleh blah kan berkata begini?) inilah definisi macaron.

Sudah.

Kawan-kawan di Brisbane, kalau teringin boleh terus memandu kenderaan kamu ke ;

Corner Medway Street & Ipswich Road,
Rocklea QLD 4106
AUSTRALIA

http://www.twistnroll.com.au/



OK dah tak nak dah buat masa terdekat ini. KAH KAH KAH. Puas dah.

Milestones; 10 Minggu

Posted by chika under Nur Medina

Dia belum pandai berjalan, tapi sering pergi jalan-jalan. Dan semalam, buat kali pertamanya, kaki yang belum pandai berjalan itu disarungkan sepasang kasut merah jambu. Alahai.

Seronok Medina bergolek-golek beraksi dengan kasut. Di atas lambskin merah jambu saiz kecik muat-muat untuk badan dia seorang. Eh seronok ke? Mungkin tidak. Sebab Medina macam tak berapa sukakan kasut mahupun socks. Dia suka kaki naked kalau boleh. Tapi tak boleh, Mommy tak bagi. Sebab sekarang musim sejuk. Tak baik.

Medina sedang giat membesar. Pipi sedang giat melabuh. Rambut makin giat tumbuh terpacak ke atas. Uncle Uda cakap, itu rambut Canada. Cuba teka kenapa? Baiklah, tak payah teka.

Selain giat membesarkan tangki susu dalam pipi dan juga giat membesarkan taman toys dalam perut (ini Mommy punya fairytales), Medina dah pandai tengok TV dah. Setiap pagi, dia akan menonton Sesame Street pada jam 8.30 am. Kadang-kadang, menonton televisyen dari dalam swing. Kadang-kadang dari atas jumperoo. Kadang-kadang lagi syok. Tumpang badan orang lain. Sungguh princess punya perangai.

Yang menseronokkan, Medina kalau tengok TV, mulut dia bising bukan main. Bukan bising yang biasa, tapi yang jenis luarbiasa. Iaitu terjerit-jerit nyaring bagaikan anak muda excited menonton Justin Bibir misalnya (sebenarnya Bieber) Boleh bayang? Sumpah menterkejutkan orang lain. Macam pagi tadi. Menonton Ogy And The Cockroaches episod berebut awek. Bila awek tersebut keluar, Medina menjerit nyaring. Mungkin dia tengok awek kartun tersebut nampak cantik. Mungkinlah. Atau mungkin dia menjerit sebab tak cantik. Kita mana tahu. Hanya bayi yang mengetahuinya.

Jadi. Setiap kali Medina menjerit nyaring sampai menghentak kaki tangan mulut ternganga ketawa riang dan sebagainya, kami akan berpandangan. Pelik benar. Sebab tak tahu kenapa dia boleh menjerit excited.

Nampak gayanya, Medina macam kuat tengok TV. Dia boleh tahan melayan kartun dari satu kartun ke satu kartun. Biasanya, dia cepat bosan. Kalau suruh dia main dalam cot tengok monkey oren berpusing-pusing macam annoying, paling lama pon sepuluh minit. Tapi kalau bagi dia TV, Mommy boleh buat macam-macam sambil tu. Dia bantai layan sorang-sorang dan menjerit. Jerit nyaring ye. Jeritan yang jarang keluar kalau bukan disebabkan TV

Murah senyuman pada waktu pagi. Senyumannya semakin naik harga menjelang tengah hari membawa ke malam. Jadi, siapa nak benda murah, beli pagi-pagi. Tetiba.

Dia juga sudah boleh rolling secara laju. Tapi nak roll dari baring ke meniarap, dia belum pandai. Sedang nak train dia. Dia hanya boleh roll dari meniarap sahaja.

Medina sudah pandai bercakap. Tempoh hari kami tanya dia ; Medina suka warna apa? Terus dia jawap ; Bbbbbbbluuuu. Ye, dia suka warna blue walaupon Mommy paksa dia suka warna hijau.

Eh mana ada. Medina belum pandai bercakap. Itu sebenarnya kebetulan.

Best ah budak ni. Senang nak shoot photo dia. Mata dia memang suka mengekor lensa. Jadi, takyah susah payah agah dia macam clown nak suruh pandang kamera. Sebab dia akan pandang juga secara sendirinya.

Maka.

Kesemua aksi di atas, khas buat Ma dan Abah. Jauh di mata, dekat di hati.


Saya sayang Nur Medina.
Sebab dia best.

Hi Hi Bye Bye

Posted by chika under Uncategorized

Hi Hi.

.

Salon 94

94 Eugaree St, Southport
QLD, 4215

To love, or not to love.
Tapi tak apa.

New look. New experience.

Bye bye.