Archive for June, 2010

Newcastle

Posted by chika under Blackberry, sydney, Travel : Australia

11 jam!

Selepas 11 jam perjalanan dari Brisbane ; semua dah sepi. Tadi riuh bukan main. Everyone is tired. Medina pon. Tidur celik tidur celik, dia tak buat bising pon. Dah tak larat nak merengek kot. Saya tak rasa letih. Saya cuma dah jemu duduk dalam sini menghitung kilometer. Almost 900 km punya trip. inilah trip paling panjang dalam hidup saya.

Cuba hubungi emak saya tapi hampa. Abah, kalau baca ini … Please note that your daughter tried to talk to you and Ma just now but nobody cares T_T eceh drama.

Tapi tak apa. Sampai hotel nanti, insyaAllah saya cuba lagi.

Hoccay.

2 jam lagi. InsyaAllah.

Panas during winter

Posted by chika under Blackberry, sydney, Travel : Australia

We are now at Port Macquairie. Setelah 8 jam. Phew.

Stopped by sekejap di Coff’s Harbour at 3.30pm. Banyak jugak things to do and places to visit at Coff’s Harbour tapi kami cuma stop untuk change nappy Medina. OK sekarang semua orang kira berapa kali dah Medina change nappy HAHAHA. Eh takyah la kira. Buat susah-susah aja.

Masa nak change nappy, saya pegang baju Medina dah lencun! Tak tak. Bukan dia weeweehoo. Tapi lencun peluh. Oh my baby!

Terus tukarkan baju dia. Barulah dia selesa. Main-main buat bising dan membuat buih macam biasa. Pastu saya bagi dia ‘baca’ buku yang pelik tu HAHA. She looked happy sampailah dia pon naik bosan asyik baring hadap buku. Bila nak terbang ni? HAHA Mana boleh terbang dalam kereta, anak.

Pastu dia menangis manja-manja. Pacifier ponm tak berkesan sangat. Dia tahu pacifier adalah satu tipu daya untuk mendiamkan dia. Well.

Nice View, MasyaAllah

Posted by chika under Blackberry, sydney, Travel : Australia

Wowweee 5 jam sudah perjalanan. Tapi tak terasa apa. Mungkin sebab busy itu ini dengan Medina. Memang tak terasa macam dah 5 jam. Biasanya kalau drive KL-Johor, 4 jam pon dah nak terpatah riuk rasa.

Pukul 12.30 tadi, saya start pump milk untuk second feed. Sambil tu baby tidur. Saya kejutkan dia jugak untuk susu sebab dah 2 jam dia tak mendapatkan minuman tenaga HEHE. Ini luar biasa. Medina biasanya mintak susu every 30 minutes like that. Punyalah feeling tidur dalam kereta, sampai lupa kat susu amboi.

I gave him her 30 oz. Langsai! Tak lama tu, dia mula cranky. Dah lama sangat dalam capsule saya tengok dia dah berpeluh-peluh. Betullah budak ni tak tahan panas.

Stop di Chatswood untuk change nappy dia. Dan bukak seluar dia semua. Hooorayyy dia suka. Dia tu kalau dibagi pakai baju berlapis apa semua memang tak suka. Bagi dia half naked, bukan main happy. Ishk Medina ni.

Sekarang, sambung perjalanan. She looked fine main-main kaki in her capsule and making buih-buih air liur. Ijat is driving. Husband is listening to ceramah Imaam Uzair. Mak Yang is enjoying beautiful view outside. Sangat cantik MasyaAllah. Ladang-ladang ternak, ladang raspberry dan tanaman tebu yang menghijau. Nyaman.

Saya?

Saya memicit Blackberry dengan kesabaran yang jitu T_T

Saya nak pergi menikmati makanan yang ada dalam kereta ini kejap. Dah mula panas. Matahari terik. Cuaca yang baik, I guess.

Bayron Bay

Posted by chika under Blackberry, sydney, Travel : Australia

Good morning, Aussie!

This morning Medina tak kejutkan kami. Kami yang bangunkan dia at 6.30 am. Begitu excited. Pagi ini kami akan bertolak ke New South Wales.

Stopped by at Byron Bay at 10am. Sekarang on the way to Sydney. Ijat drive bergilir-gilir dengan husband saya. Saya dengan Mak Yang di belakang menjaga Medina yang begitu nyaman dalam capsule dia. Mood dia sangat cantik yeay! Mana tak seronok, susu cukup, selesa, jalan straight takda traffic light dan sesekali terhentak-hentak macam best. Bergegaran pipi dia yang labuh tu.

And oh. Dia juga diberikan pacifier secara pertama kalinya sobsobsob. Kami macam terkilan lah jugak terpaksa bagi dia nyonyot pacifier which is not good lah kan. Tapi nak buat macam mana. Jalan jauh ni. Daripada biarkan dia melalak sakan.

Tapi Medina jangan perasan syok sangat eh. Mommy bagi masa dalam kereta saja tau. Itupon untuk kes emergency.

Dekat Aussie ni, baby mesti duduk dalam car seat. Mommies tak boleh susukan anak atau pangku anak ke apa. Kang kena saman. Jadinya, saya kenalah pastikan semuanya well organized. Phew nasib baik Medela Swing senang nak operate kat mana-mana pon. Alhamdulillah. Semuanya OK so far.

GPS cakap, kami akan sampai Sydney estimated at 8.50pm. Ya Allah long wayyyyyy to go. Tu pon kalau tak stop HAHA

OK

Kamu semua akan dibawa kepada program jalan-jalan Aussie secara live selama 5 hari. Stay tuned eceh. Blog akan active secara mendadak.

Brisbane Babies Expo

Posted by chika under An evening in Brisbane, Nur Medina, Parenthood, Uncategorized

Beginilah selepas jadi emak-emak. Asyik cakap pasal anak. Berkicauan di twitter tentang anak. Mengemaskini blog tentang anak. Pergi ke aktiviti-aktiviti untuk anak juga. Semua pon anak. Anak. Anak. Anak. Paling syok, sekarang ini dah perasan beberapa blogger yang letakkan saya sebagai blogger kategori ibu. Comel, yes? Tapi lagi comel bila kamu masih tergamak biarkan saya duduk bawah kategori blog awek. Ha, siapa buat tu? Siapa tu? HAHA.

Hujung minggu, pergi baby’s expo.

bbe

Besar juga event ni. Melibatkan large range of brands untuk baby dan kanak-kanak. Tapi I sejuk menggigil this morning, sampai tak tersanggup nak menaip banyak-banyak.

Oleh itu, tengok foto.

My daughter.

Ekspresi muka antara nak excited dengan nak melalak. Macam itulah muka dia. Bila ekspresi dia macam itu, biasanya keadaan boleh dikawal. Kalau kena gaya kita agah dia, InsyaAllah mood dia jadi baik. Tapi kalau tersilap langkah, ya ampun. Teruslah dia teriak.

Untuk tidak memberi peluang kepada di teriak on public (nanti malu Mommy Daddy), lekas-lekas berlari kami semua cari baby’s area. Husband tolong change nappy dia, sementara saya pergi thaw susu dia. To thaw the EBM, took time. Lama jugaklah. Kira sempatlah Medina nak buat gegaran dekat Convention Hall tu. Dia kalau dapat melalak, subhanallah. Sengaja di teran-teran suara. Silap-silap orang ingat anak aku ni sakit ke apa. Padahal dia cuma sakit hati je lambat dapat susu. Tapi tak apa. Uncle Uda ada. AHAHAHA.

Nampak? Dah berlenang air mata siap. Medina memang. Dia kalau dapat menangis, mengalir bukan main air mata dia. Dari hari pertama lahir lagi OK dia mpandai menangis sampai berlenang-lenang. Begitu dramatic.

Setiap kali Medina menangis, mesti saya panic. Bukanlah panic sebab macam tak tahu nak buat apa, tapi saya risau. Tak eloklah baby menangis lama-lama kan. Dah tu pulak, Daddy dia memang pantang kalau dibiarkan anak dia menangis lama-lama. Kalau boleh, dia tak mahu anak dia menangis pon. Husband pesan, sebelum Medina menangis MESTI bagi dulu apa dia nak. Apa dia nak? Susulah. Atau change nappy ke apa. Kalau saya lambat sikit sampai menyebabkan Medina dah nangis banyak-banyak (biasalah, dramatic) tengoklah muka husband saya tak puas hati. HAHAHA.

OK Medina. Cepat besar. Sebelum Medina nangis, Mommy belikan dollhouse nanti Mommy tumpang main KAH KAH KAH. Tak sabar nak tunggu Medina pandai mintak toys. Nanti boleh Mommy ajarkan toys mana yang best, mana yang tak best. Pastu Mommy tumpang la tapi Mommy petik nama Medina. Hoyeah hoyeah.

Macam semalam. Mommy shopping shoes. Sebenarnya itu satu investment. Mommy invest untuk masa depan Medina la. Nanti lepas Mommy dah bosan pakai dua tiga kali, Mommy wrap masuk box. Mommy simpan. Mommy pass dekat Medina OKEK.

Hai Daddy!

Macam mana kalau Mommy invest beli pram macam ini?
HAHAHA.

Wah. I go crazy gila dengan pram ni. Pram paling gorgeous pernah saya tengok. Tapi tak apalah T_____T Pat lima ribu beli pram, mana sanggup.

poooof poooof!
Lupakan.

Berbalik kepada Medina.

Walaupon dah umpan dia dengan susu, dia belum terpujuk lagi. Nak letak dia semula dalam pram pon dia tak nak. Dukng pon dia tak nak. Sampailah akhirnya, dia nak kita place dia macam gaya ala-ala terbang. Terus dia tidur. HAHAHAHA ANAK AKU! Nasib baiklah ada Uncle Uda dia. Kalau harap Mommy, tak dapatlah kan. Merasalah kami berpusing-pusing hall redah orang ramai sambil bawa Medina tidur dengan gaya yang macam tu. Sampai ada orang yang terjenguk-jenguk. Aik? Apsal baby ni tidur macam tu? HAHA.

TETIBA!

Ada baby boy ni berlari hinggap dekat kaki husband saya. Dia peluk kaki kuat-kuat tak mahu lepas. Terkesima kejap suami saya. Kitorang semua dah tergelak-gelak dah tengok muka husband saya yang macam hilang punca. Ayyokkk.

Tak tahulah kenapa. Mungkin dia terasa seperti itu bapa dia. Atau dia sebenarnya tak ada bapa sebab emak dia kelihatan bersendirian. Atau mungkin juga dia memang suka hinggap kaki orang secara random. Atau pon dia memang friendly sampai semua lelaki dewasa dia anggap seperti bapa. Atau … eh sudahlah tu banyak sangat assumption macam penting sangat HAHA.

Bulan lepas, Sue Butler (midwife yang organize antenatal class saya dulu) e-mail saya pasal baby expo ni. Dia pesan, kalau saya pergi expo ni bolehlah cari dia. Memang saya cari jugaklah dia tapi tak nampak-nampak booth dia.

Dah nak balik tu, jumpa jugak.

Excited dia tengok saya dah bersalin. Sampai dia introduce saya dengan Medina dekat customer dia yang lain. And then dia bagi tips nak bagi baby tidur nyenyak. Dia recommend one book dekat saya. Buku yang membantu new mother mendapatkan tidur yang cukup.

Bawa pulang ini ;

Expo ni best. Cuma susah sikit nak focus dekat apa yang kita nak tengok sebab baby cranky. Kami pulak datang dah petang sebab husband saya kerja pagi Sabtu tu. Goodies bag semua dah habis T____T

Sejuknya cuaca. Another cup of hot Milo will help. Ta.

Boleh saya pergi merambang lagi?

Posted by chika under Eh Tetiba

Occupied dengan benda-benda baru that baby brings along with her existence memang challenging. 24 jam tak lagi cukup. 42 jam pon belum tentu cukup. Tapi yang pasti, kamu tak boleh complain apa-apa. Sebab semua yang kamu kena hadap, susah atau senang, semuanya beerti. Untuk baby kamulah.

Itu naluri.

Can I go random?
Boleh saya pergi merambang?

Raising up a little petal is not easy. Saya tetap dengan pendapat yang sama; Babies are demanding. More than … ehem … me. Dia menangis and that is how she communicates with you. Sampaikan nak burp pon kena menangis. Ya ya. Macam menjengkelkan barangkali bagi kamu yang belum mengerti kehidupan seorang bayi. But, for those yang mengerti (parents tentunya), kita akan rasa sangat kasihan pada bayi kita. See. Nak burp pon kena menangis. Kasihan. Sekarang saya dah tahu kenapa emak saya menjadi seorang yang overprotective dan kenapa selalu sangat kena risau. Saya mengerti sekarang.

Saya tak pernah sedar, betapa adorablenya bayi sehinggalah saya dianugerahkan Nur Medina. She is adorable. How adorable? Just like how adorable your babies are. Semua baby tentunya adorable.

Medina is a active baby. Mulut dia bising bila mood dia datang. Bila mood dia buruk pon, dia bising juga. HAHAHAHA. Saya pastinya tak akan lepaskan peluang untuk ‘bersembang’ dengan dia pada setiap kali dia seronok nak ‘bersembang’. Walaupon pada akhirnya, saya akan disembur dengan cecair dari mulutnya. Gross? Tidaklah. Comel.

Hujung minggu ini, kami akan ke Sydney dan seterusnya ke Canberra. Nak buat passport Medina. Sambil menyelam minum air, orang cakap. Heh. Tapi orang selalu cakap benda tak berapa nak tepat. Apa kata kita jadikan dia lebih tepat? Sambil menyelam, bukak mata. HAHAHA. Alang-alang hendak ke Canberra, kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan ke Sydney lagi sekali. Ianya merupakan sebuah road trip, bukan trip udara. 13 hours that is (kami estimate) from Brisbane to Sydney. Kedengaran menarik? Semoga Medina bersikap baik-baik saja. Err. Tak susah sangat sebenarnya. Cukup susu, sudah.

Birth certificate Medina is lovely! Sijil beranak Medina adalah cantik. Bertema rama-rama. Heh. Surat beranak saya plain boring. Lusuh. Tulisan tangan entah siapa-siapa. Tapi surat beranak kanak-kanak zaman ini sungguh best. Saya tunjuk nanti.

Semalam shopping spree till drop. Siapa drop? Sendirilah drop. Come on lah. Midyear sales. Tapi bukan nak cerita pasal shopping spree. Yang best dia, berjalan dengan Medina. 6 kali kau stop bagi susu. Kau rasa spree ke tak shopping tu?

Archustic is over. Tahniah kawan-kawan! OK lah. Macam, apahal pulak kau Nurul kena mention about Archustic? Eh eh. Aku kan pelajar architecture product UKM. Mestilah aku nak bangga jugak sebab school aku berjaya organize event besar seperti itu. Kalaulah terlanjur ada architecture student yang participate in Archustic, aku nak ucapkan HAI! Oh kejap. Aku cakap, aku pelajar architecture ye. Aku tak cakap aku arkitek. Mengerti? Aku harap kau yang masuk blog aku ini betul-betul pandai membaca dan memahami. Kalau tersilap hentam, bukankah buruk?

Aku surirumah tangga. Domestic Goddess ha kau. Aku bukan architect, memang. Habis tu, kenapa? Ada masalah? Boleh simpan dalam hati dan bawa ke mati. Aku dah tak ada masa nak layan hentaman munafik ke apa. My life is larger than anything you can see through this blog. Aku ada keluarga. Aku ada anak. Aku nak improve life la weh. Kalau aku tak blog, aku ada kehidupan yang almost complete di sebalik kehidupan blog aku. Aku bukan kau yang hidup meratapi kehidupan maya orang lain. Tapi tak apalah. Tengok sekarang ni. Kau bertubi-tubi mencaci aku di alam maya pon, apa kau dapat? Aku tak rasa fun dah cakap pasal orang yang anti aku ke apa walaupon itulah yang aku hadap setiap kali nak moderate comments. Alah. Budak-budak ah. Tapi tak apalah kan. Aku izinkan kau tulis apa sahaja terbuku di hati. Hantarlah padaku. Tak menjadi luka. Paling pon, aku baca satu line, aku delete. Seri satu sama. Engkau dapat lepaskan perasaan menghentak keyboard. Aku mendapat hentaman yang aku kira ; Eh betapa bermaknanya aku bagi musuhku. Seri satu sama. We are growing older and wiser, weh.

Betullah.

Hidup tak nampak berganjak sangat pada waktu dulu. Tapi lepas kahwin, semua pon berganjak laju-laju. Lepas ada anak, dah tak ada pilihan lain. Kau sendiri akan anjakkan kehidupan kau. Sampaikan secara automatic, kita jadi lebih cerdik. Dahulukan perkara penting dan besar yang akan memberi impak pada hidup. Ketepikan dan buang saja yang remeh-temeh. Pasal pokok bunga kena makan dengan possum pon, saya kira itu remeh. Lantak kau lah possum. Pokok tu $3. Kalau duit $3 aku boleh bantu kau dan keluarga teruskan hidup, apalah sangatkan. Halal.

Kalau dulu kamu beli selipar cantik pon nak buat satu entry setinggi 54 cm (tinggi anak aku),tapi sekarang kamu rasa itu tak lagi berbaloi dijadikan entry, itupon dikira satu tumbesaran juga. Semua orang membesar dengan masa. Blog pon membesar dengan masa. Kalau dulu blog aku satu column, sekarang tiga column. Eh tak tak. Tu bukan maksud membesar. Maksud membesar ialah minum susu jadi dagu berlapis dan tangan tembam macam Medina. OK fine. Aku dah tak boleh dah nak separate Medina dari apa sahaja yang cuba aku buat atau aku cakap. Padahal tadi aku nak cakap benda lain.

Secara serius (yang perenggan atas ni tadi sebenarnya aku tak jadi nak serius), membesarlah dengan waktu. Bila kau dah membesar, engkau baru sedar apa yang kau buat masa kau belum cerdik tu adalah salah. Tapi tak apa. Selepas membesar, engkau akan buat lebih banyak benda yang betul.

Biar betul aku tulis entry ini pada waktu pagi yang dingin?

Nampak tidak? Begitu rambangnya entry ini. Dengan itu, saya memohon maaf kepada pembaca secara rambang juga. Mungkin dulu engkau tegur aku, aku marah. Padahal engkau betul aku salah. Pasal kesalahan engkau sendiri, tak apalah. Orang membesar secara cerdik tak baik cakap pasal kesalahan orang lain. Siapa buat salah, dialah bersalah. Sebab tiada konsep cubit peha kiri peha kanan terasa sakit di sini. Sebab peha kanan sebenarnya memang tak sakit kalau peha kiri yang kena cubit. Tak percaya?

Pergi cubit peha kiri tengok.