Brisbane Babies Expo
Beginilah selepas jadi emak-emak. Asyik cakap pasal anak. Berkicauan di twitter tentang anak. Mengemaskini blog tentang anak. Pergi ke aktiviti-aktiviti untuk anak juga. Semua pon anak. Anak. Anak. Anak. Paling syok, sekarang ini dah perasan beberapa blogger yang letakkan saya sebagai blogger kategori ibu. Comel, yes? Tapi lagi comel bila kamu masih tergamak biarkan saya duduk bawah kategori blog awek. Ha, siapa buat tu? Siapa tu? HAHA.
Hujung minggu, pergi baby’s expo.


Besar juga event ni. Melibatkan large range of brands untuk baby dan kanak-kanak. Tapi I sejuk menggigil this morning, sampai tak tersanggup nak menaip banyak-banyak.
Oleh itu, tengok foto.

My daughter.
Ekspresi muka antara nak excited dengan nak melalak. Macam itulah muka dia. Bila ekspresi dia macam itu, biasanya keadaan boleh dikawal. Kalau kena gaya kita agah dia, InsyaAllah mood dia jadi baik. Tapi kalau tersilap langkah, ya ampun. Teruslah dia teriak.

Untuk tidak memberi peluang kepada di teriak on public (nanti malu Mommy Daddy), lekas-lekas berlari kami semua cari baby’s area. Husband tolong change nappy dia, sementara saya pergi thaw susu dia. To thaw the EBM, took time. Lama jugaklah. Kira sempatlah Medina nak buat gegaran dekat Convention Hall tu. Dia kalau dapat melalak, subhanallah. Sengaja di teran-teran suara. Silap-silap orang ingat anak aku ni sakit ke apa. Padahal dia cuma sakit hati je lambat dapat susu. Tapi tak apa. Uncle Uda ada. AHAHAHA.
Nampak? Dah berlenang air mata siap. Medina memang. Dia kalau dapat menangis, mengalir bukan main air mata dia. Dari hari pertama lahir lagi OK dia mpandai menangis sampai berlenang-lenang. Begitu dramatic.
Setiap kali Medina menangis, mesti saya panic. Bukanlah panic sebab macam tak tahu nak buat apa, tapi saya risau. Tak eloklah baby menangis lama-lama kan. Dah tu pulak, Daddy dia memang pantang kalau dibiarkan anak dia menangis lama-lama. Kalau boleh, dia tak mahu anak dia menangis pon. Husband pesan, sebelum Medina menangis MESTI bagi dulu apa dia nak. Apa dia nak? Susulah. Atau change nappy ke apa. Kalau saya lambat sikit sampai menyebabkan Medina dah nangis banyak-banyak (biasalah, dramatic) tengoklah muka husband saya tak puas hati. HAHAHA.
OK Medina. Cepat besar. Sebelum Medina nangis, Mommy belikan dollhouse nanti Mommy tumpang main KAH KAH KAH. Tak sabar nak tunggu Medina pandai mintak toys. Nanti boleh Mommy ajarkan toys mana yang best, mana yang tak best. Pastu Mommy tumpang la tapi Mommy petik nama Medina. Hoyeah hoyeah.
Macam semalam. Mommy shopping shoes. Sebenarnya itu satu investment. Mommy invest untuk masa depan Medina la. Nanti lepas Mommy dah bosan pakai dua tiga kali, Mommy wrap masuk box. Mommy simpan. Mommy pass dekat Medina OKEK.
Hai Daddy!

Macam mana kalau Mommy invest beli pram macam ini?
HAHAHA.
Wah. I go crazy gila dengan pram ni. Pram paling gorgeous pernah saya tengok. Tapi tak apalah T_____T Pat lima ribu beli pram, mana sanggup.
poooof poooof!
Lupakan.
Berbalik kepada Medina.

Walaupon dah umpan dia dengan susu, dia belum terpujuk lagi. Nak letak dia semula dalam pram pon dia tak nak. Dukng pon dia tak nak. Sampailah akhirnya, dia nak kita place dia macam gaya ala-ala terbang. Terus dia tidur. HAHAHAHA ANAK AKU! Nasib baiklah ada Uncle Uda dia. Kalau harap Mommy, tak dapatlah kan. Merasalah kami berpusing-pusing hall redah orang ramai sambil bawa Medina tidur dengan gaya yang macam tu. Sampai ada orang yang terjenguk-jenguk. Aik? Apsal baby ni tidur macam tu? HAHA.

TETIBA!
Ada baby boy ni berlari hinggap dekat kaki husband saya. Dia peluk kaki kuat-kuat tak mahu lepas. Terkesima kejap suami saya. Kitorang semua dah tergelak-gelak dah tengok muka husband saya yang macam hilang punca. Ayyokkk.
Tak tahulah kenapa. Mungkin dia terasa seperti itu bapa dia. Atau dia sebenarnya tak ada bapa sebab emak dia kelihatan bersendirian. Atau mungkin juga dia memang suka hinggap kaki orang secara random. Atau pon dia memang friendly sampai semua lelaki dewasa dia anggap seperti bapa. Atau … eh sudahlah tu banyak sangat assumption macam penting sangat HAHA.
Bulan lepas, Sue Butler (midwife yang organize antenatal class saya dulu) e-mail saya pasal baby expo ni. Dia pesan, kalau saya pergi expo ni bolehlah cari dia. Memang saya cari jugaklah dia tapi tak nampak-nampak booth dia.

Dah nak balik tu, jumpa jugak.
Excited dia tengok saya dah bersalin. Sampai dia introduce saya dengan Medina dekat customer dia yang lain. And then dia bagi tips nak bagi baby tidur nyenyak. Dia recommend one book dekat saya. Buku yang membantu new mother mendapatkan tidur yang cukup.
Bawa pulang ini ;





Expo ni best. Cuma susah sikit nak focus dekat apa yang kita nak tengok sebab baby cranky. Kami pulak datang dah petang sebab husband saya kerja pagi Sabtu tu. Goodies bag semua dah habis T____T
Sejuknya cuaca. Another cup of hot Milo will help. Ta.




June 25th, 2010 at 8:35 am
medina cita cita nk terbang tinggi tue..tue yg dia suka posisi terbang..haha..come !!
June 25th, 2010 at 8:42 am
Gaaaaaa…Madina sangat sangat comel ada ribbon dekat kepala. So Cute!!!!!!
Air mata berlinang hahahha..sungguh Drama Queen.
Eh eh …Uncle Uda dia dah macam bibik saje bawak jalan sambil susukan Medina. Hahahha
Ouh hai Uncle Uda..peace :p
nhhas Reply:
June 25th, 2010 at 10:22 am
salam…
betul ar…ijat mmg watak penting dalam penerbangan medina….- the drama queen…
tak apalah… cobaan… muka nya tido pun serius memikir kan “tatau la apa small queen tu fikir”…hihihih….
June 25th, 2010 at 9:02 am
hahahaha muka asben chika mcm panik tp terpaksa gelak. so ape kesudahan dgn budak tu? dpt jmpe tak bapak kandungnya yg sebenar? hahahaahaha
nhhas Reply:
June 25th, 2010 at 10:24 am
btl ar chika, apa jadi ending boy yang merambang menerkam kaki ur hubby? errrr….
dia bukan nak ngorat medina kan?
hihihihi…. kidding….
June 25th, 2010 at 9:03 am
medina makin comel…tapi tamo nangis kuat2 ya, jgn bagi mummy panik ok :)
June 25th, 2010 at 9:08 am
cemane medina nak guna puting botol…chika gun puting ape ye…hai fening kepala bile memikirkan anak xnak gune botol, dia sanggup berlapar…
chika Reply:
June 25th, 2010 at 9:15 am
Ada baby memang tak boleh terima bottle teat. Dulu saya pon risau takut medina tanak, tapi sekali bagi je, terus disambarnya. Alhamdulillah. Sebab mak saya cakap, kitorang dulu masa baby pon mmg tanak bottle teat. Tapi tak tau jugak. kadang2 ada jenis teat yg baby tak reti guna. Cuba tukar pakai teat lain pulak. Sekarang saya pakai Lindam punya.
June 25th, 2010 at 9:34 am
medina sudah tembam..alhamdulilah sihat tu…
baby akak lom try pakai ribbon di kepala lagi….hehehe
June 25th, 2010 at 10:40 am
bila chika dah bersalin, nak komen pon macam takda isi, nanti komen lebeh2 orang kata ‘heh, dah kawen? dah ada anak? “. maka tengok secara awwww saja.
terutama tengok pram itu. itu paling awww
aunty yonnaism Reply:
June 26th, 2010 at 12:25 am
sama lah kita makcik oi! hahaha. i pun jadi blank nak tny apa dah sebab chika cerita too detail, maka tunggu lah nak ada anak nanti baru tanya chika mcm2 :p
nawal Reply:
June 26th, 2010 at 10:13 am
high five yonna!!!! mauahahaha.
June 25th, 2010 at 11:39 am
Chika nti tulis tip nk bg bb tido nyenyak ea..
tq
June 25th, 2010 at 7:30 pm
babies. tu lah yang dipanggil cik puan mem besar tapi kecik. HAHA.
June 26th, 2010 at 12:24 am
hoi! pram gorjesss!
June 26th, 2010 at 2:20 pm
amacam bila dah bergelar ibu, bestkan walaupunkekadang tu ada yang tak berapa best, tapi banyak yang bestnya… pasni boleh la kongsi2 cerita pasal babykan…