My Confinement
Baby saya sudah 25 hari ini. 25 Days Of Medina is AWESOME and TIRESOME. Macam-macam ada.
Asyik cakap pasal Medina saja. Sekarang, leave Medina alone. Mari cakap pasal Medina’s mother pula. I need a slot too T____T

MY CONFINEMENT.
Medina is 25 days old (Medina lagi. Sungguh tak boleh membuka topik tanpa menyebut namanya HAHA) Bermakna, 25 hari of confinement telah usai. USAI ye, USAI. Another 3 weeks. YEAY. Confinement adalah biasa-biasa sahaja. Tidak begitu mengujakan, dan tidak pula menyampahkan. Yang sedang-sedang saja EWWAH.
- Saya guna set bersalin Nona Roguy ; Ma beli. The experience is biasa-biasa saja. Menggunakannya secara tidak begitu taat. There is this one pill yang saya cuma makan satu kali sahaja. Malam tersebut, Medina tak dapat tidur. Dia cry and cry and cry and teriak kuat-kuat sampai lembik. Dia poo poo banyak-banyak. Angin, mungkin. Sudahnya, suami marah. Macam biasalah, doctor mana suka jamu-jamu ni. Husband cakap jangan makan lagi. Baiklah.
- Adalah juga berurut sikit-sikit dengan Mak Yang. Tidak bertungku ; Tungku herba saya kena tahan dekat airport dan dicincang-cincang HAHA. Tapi berbengkung, ada. I LOVE BENGKUNG. Buat saya berasa langsing, tampak langsing dan mungkin benar-benar langsing KAH KAH KAH. Sabarlah engkau ye dengan statement macam ini. Sudah lama takda dengar benda gelis macam ini, bukan?
- Benda-benda pelik dan perbuatan pelik yang berciri macam tak payah dan tak tahu apa relevan dia, takda dibuat. Seperti larangan jangan naik turun tangga, jangan pakai seluar, jangan banyak bergerak itu semua langsung tidak diendahkan. Saya cuma menjaga makan sahaja. Demi baby yang menyusu. Selebihnya, semua saya buat macam biasa. Saya mengemas, bergerak pantas dan mengamalkan aktiviti sehat seperti bermain game dan bergembira macam dahulu kala. (Apa aku cakap ni?)
- Sudah keluar membawa Medina ke kelas tafsir Al-Quran pada hari ke-10. Walaupon ada orang terkejut-kejut dan cakap ; Hoh baru 10 hari kau dah berjalan ye? Jawapan sangat default ; This is Brisbane. HAHA atau dalam kata lain, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
- Pada hari ke-22, bawa Medina keluar lagi sekali melihat dunia. Yang bestnya, Medina nampak tenang sekali berjalan-jalan ikut Mommy (Daddy kerja) Uncle Uda did a real good job. Dia dukung Medina sepanjang jalan.
- Pada hari ke-24 (semalam) pon sekali lagi bawa Medina berjalan-jalan. Atau dengan jujurnya, pergi shopping mengukur mall. Best! Medina sporting bila bawa dia masuk mall. Diam saja dalam carrier. Cuma merengek sikit-sikit. Saya pulak sangat bertenaga seolah-olah telah lama mensimpan tenaga.
- Oh. Luka saya sembuh in less than 2 weeks. Alhamdulillah.
LAIN-LAIN PERKEMBANGAN.
- Saya gembira dengan pencapaian tummy saya. Begitu kempis like never before. Masa lepas bersalin tu, saya pitam tengok perut saya buncit satu macam. Sedangkan saya dah selamat deliver baby. Aik apsal perut aku buncit lagi? Menggelupur la jugak dibuatnya. Tanya midwives, tanya husband, tanya emak, tanya Mak Yang. Semua orang kalau boleh aku nak tanya. Punyalah terkejut monkey tengok keadaan perut dan kulit yang macam orang tua. Fuuuu waaaa. 5 days after that, masa saya lepas mandi pagi tersebut, saya terkesima di depan cermin. Magik gila! Perut saya dah kempis! Sumpah, kempis like … O-M-G-KEMPIS-NYA! Masa saya bujang bujang (eceh) dulu pon tak sekempis ini (saya fikir) Syukur.
- Berat saya sangat tidak berat. Tak tahu exactly dah tinggal berapa, tapi not more than 50kg. Saya tidak perlu struggle untuk buang berat ke apa. Saya perlu struggle untuk maintain berat ideal dan memastikan saya cukup berkhasiat untuk feed baby saya. So, I keep taking Blackmore for Pregnancy and Breastfeedin. Alhamdulillah. So far, saya rasa bertenaga dan mampu menyusukan Medina.
- Breastfeeding adalah mengujakan. Saya suka breastfeeding. Walaupon on the first 2 to 3 days, rasa terseksa sangat. Cracked nipple and sore. Everytime nak feed baby, confirm menangis lah. Tapi lama-lama, semuanya OK. Sakit memang sakit, tapi at least saya dah tak mengalami cracked nipple sejak balik dari hospital.
- Saya dah mula pump susu! (cerita lain waktu) Ianya sangat mengujakan. Saya sukalah. Feeding the baby memang satu cerita yang panjang dalam kehidupan seharian seorang ibu, yes?
- Oh oh oh tak boleh dilupakan juga! Saya dah kembali berseluar jeans. Tapi yang geramnya, jeans saya dah longgar. Gaaaah. Tapi tak apa. Saya sangat bersemangat nak revamp wardrobe. Macam refreshment la :P 9 bulan okek saya berselekeh. Tak sabar nak kembali memakai pakaian yang telah lama ditinggalkan.
- Sepatu tinggi? Tak tak. Itu belum lagi. Sekarang bergaya dengan Crocs punya flat pump saja. Tak ketinggalan, berstokin. Satu sebab orang baru lepas bersalin kena berstokin (kalau tak berstokin diibaratkan macam orang baru lepas kawen tapi tak nampak inai. HAHAHAHA) Keduanya, sekarang musim sejuk. Ketiganya, kaki itu aurat :)
- Saya kuat makan sekarang. Sangat berselera. Seperti selera yang disimpan 9 bulan juga.
Nah, aksi Medina pada hari ke 21 usianya.



Baiklah. Medina sedang melagukan tangisannya. Sayup kedengaran dari tingkat atas. Dengan itu, sampai jumpa lagi.




May 31st, 2010 at 7:33 pm
nice one…
May 31st, 2010 at 7:39 pm
Medina nampak chubby.. Gambar ketiga dari bawah tu, medina sedang tidur atau meniarapkan diri?
May 31st, 2010 at 7:59 pm
awhhhh comelnya. geram! tak sabar nak dapat anak. macam mana la rasanya kan. Kirim Salam Sayang kami di Medina Fan Club (MFC)! *hugs and kisses ~ (^.^)
May 31st, 2010 at 8:05 pm
tak pernah nmpk mommy medina lagi neh. bilakah chika? hehehe
May 31st, 2010 at 8:09 pm
hehehe. bagusnya bab tak payah pk tuk turunkan berat. bab tu mmg jarang jumpa bg ibu lepas bersalin. huhu
May 31st, 2010 at 8:19 pm
alhamdulillah.. little girl nampaknya membesar dengan cemerlang..
mgkin sbb curahan kasih sayang yang melimpah ruah dr mommy ngan daddy..
tahniah chika :)
May 31st, 2010 at 10:02 pm
Salam…
Chika… tu baju medina bertema baju musim bunga kah?comel btl …. hihihihijau… yeah… mommy favorites…
eish mak budak bernama chika ne…. 3rd week dah p sukat mall ke…. Tok Abah, Tok Mak, mai brisbane sat, tlg bawak mak budak ne balik…. hihihi….
hmmm apa2 pun take care ya… raya ne balik m’sia tak?
o ye… akak tumpang promote lah ya… my bisnes kek lapis cam last year…tapi kali ne dah ada blog berasingan for that…
visit ya bila free: http://www.keklapisasli-sarawak.blogspot.com
p/s: haritu ada terima emel; tapak kasut crocs tu ada nama Allah…wallahualam… sbb akak tak guna crocs. just fyi/a, and take care ya….
till write in again…. Salam
May 31st, 2010 at 11:12 pm
ish budak chika niii… “ngilu” rasa bila baca cara pantang…rasanya kalau kat msia ni, dah berkilo2 @ ber-tan tan kena leter…apa2pun selamat berpantang lagi 3 weeks selamat menjaga medina…
May 31st, 2010 at 11:29 pm
hye sis chika..
sy baru je follow ur blog..
too little too late kan..tisk.. tapi tape~
skrg sdg follow ur old entry..
best~!
and medina sgt cute~!
June 1st, 2010 at 8:15 am
uncle uda tersebut begitu excited menjadi uncle paling muda (katanya..) Siap kata Australia tu dia punya. hahaha boleh pakai.
Medina darling.. aunty geraaam tengok.
June 1st, 2010 at 8:38 am
salam chika… mcm mana u boleh dapat perut kempis dalam masa 5 hari sahaja? adakah start berbengkung from day first? (mengidam nak perut kempis selepas bersalin nanti)
June 1st, 2010 at 9:58 am
salam…congrates!!! ur baby cute sngt..bleh x kite exchange link? ;)
June 1st, 2010 at 11:09 am
ya ampun, tungku kena rampas kat airport ke? huhu. dia ingat mak yang bwak bom tangan kot -_-”…tp takpe lah, at least ada bengkung and u already slim pon. bravo la chika!! :D best betol, xyah susah2 nak keep fit balek.
p/s: nti cerita experience kat labour room lak ye chika. heeheee. timba pengalaman :)
June 1st, 2010 at 11:41 am
nak beli bengkung laaa mcm ni!
June 1st, 2010 at 11:56 am
the other day ada jugak pergi forum pasal wanita oh wanita. ada orang tanya pasal jamu. bila wanita dalam pantang makan jamu, efek pada baby
kata mak dara tu, kalau nak makan jamu, tampung tetek u tu. lepas makan lepaskan. entah tak tau betol ke tak. HAHA.
June 1st, 2010 at 2:55 pm
bangunlah medina.. tidur ajer.. huuuuu
(pasti kena lempang dengan ibu medina kalau cakap medina camni. uhuk!)
chika, thanks for tips. tak banyak sikit, saya dah makin kuat utk ada baby.. :) yipppiiee!! strive hard for having a baby! yeay!!!
thanks sangat (saya serious tak tipu)