Abah, saya tak banyak masa.
Semalam call ibubapa di rumah.
Terus kena.
‘Bila nak update blog? Abah bukak banyak kali setiap hari, asyik entry yang sama je,’
Baiklah.
Dah dapat pembaca tegar yang baru. My father ; Medina’s grandfather.
Nampaknya apa jadi pon, kena update lebih kerap untuk tidak menghampakan atuk nenek Medina yang sanggup online dan format pc cepat-cepat bila pc crash sebab nak hadap cucu T______T Rindu mereka. Rindu Haikal. Rindu Adek Dell. Rindu Loceng (kucing).
Bukan dah lupa ada blog. Ingat. Setiap hari pon ingat. Tapi setiap jam, cuma ada dalam 4 minit saja waktu terluang. Dalam 4 minit itulah nak kunyah biskut Arnott (okey takyah bagitahu jenama biskut). Dalam 4 minit itulah kalau nak bergegas ke toilet. Dalam 4 minit itulah kalau nak main Colorlinez. Dalam 4 minit itu jugalah kalau nak berkicauan di Twitter. Sungguh ka 4 minit? Taklah exactly. Perumpamaan sahaja.
Saya berjanji Melayu, akan mentulis cerita pada hari ini. Tapi bukan pada sekarang ini. Sekarang kena pegi menyelamatkan anak dahulu dari berteriak. Bila ada kelapangan 4 minit tengah hari nanti, saya datang kembali.
Medina, Mommy datang ni!




May 29th, 2010 at 8:13 am
so sweet lah your parent. i wish one day i can be like you. hek3. padahal berpisah antara Laut China Selatan jer pun. haha. tapi, over the sea jugak lah kan? hahaha.
May 29th, 2010 at 8:39 am
buat entri bergambar je la..setiap sejam 1 gambar..huhu
Latest Entri : Komen Puaka
May 29th, 2010 at 10:59 am
kesian nye abah dan mak chika mesti sebenarnya tak sabar nak jumpe medina…..chika kat sana berpantang mcm ne? ok chika? harap semua nye ok ye…muah!
May 29th, 2010 at 12:44 pm
i m sure your parents and your in-laws too..i yg tak de apa apa pertalian, sekadar saudara seislam pun, tertunggu tunggu update medina..btw insyaalaah another medina coming out next week..akak harap chika dont mind..i luv the name and has been in my mind since my first trimester..coincidence eh:)
May 29th, 2010 at 5:47 pm
chika, kat sini pon dok kuar masuk blog chika dekat 10x sehari. hihi =p
May 29th, 2010 at 8:53 pm
Satu keluarga comel..
May 31st, 2010 at 9:31 am
kena la buat liveblogging khas utk medina punye slot ni hehehe
May 31st, 2010 at 4:36 pm
medina comel :)