17 Days Of Little Autumn

Baby saya sudah 17 hari. Sekejapnya masa. Macam just in a blink of eyes. Blink, she’s already 17 days old. Malam siang, malam siang, nanti dah sebulan, dua bulan, tiga bulan, empat lima enam tujuh dan tetiba dah nak masuk sekolah, masuk university, grad, kawen. Okay Mommy, cukup! HA-HA. Yang lepas grad terus kawen itu … saya.
Medina adalah buah hati saya. Bila saya tatap dia, saya rasa macam yang mengalir dalam darah saya bukanlah oksigen. Tapi kasih sayang. Sumpah! Ianya miracle macam mana saya boleh melahirkan dia ke dalam dunia ini. Tak percaya saya melakukannya. Lebih miracle; Allah kurniakan saya zuriat pada usia ini. Allah terlalu Pemurah kepada saya. Terima kasih Ya Allah.
Saya sudah punya seorang anak perempuan. Bermakna, sebab untuk saya hidup semakin kuat. Kalau apa pon berlaku pada hari-hari mendatang, saya tahu yang saya ada Nur Medina untuk menyelamatkan saya. At least, saya tahu saya sentiasa ada sebab untuk berbakti kepada hidup. Let say, saya tidak boleh membiarkan hidup saya buruk, hanya demi anak saya. Nampak tidak, kekuatan yang datang dari seorang bayi yang kita lahirkan hasil bersabung nyawa.

Medina’s Record ;
- Medina kuat menyusu (baby mana yang tidak, bukan?) Alhamdulillah saya mampu cater susu mengikut keperluan dan kehendaknya yang tidak menentu. Saya tak ikut jadual atau set masa ke apa untuk breastfeed dia. Service anytime HA-HA. Medina pula, pantang offer pasti tak tolak. Pandai. Rezeki jangan ditolak.
- Medina semakin bulat. Dia tengah catch up tu. Dia kan lahir a little bit smaller kan. Sekarang nampaknya dia tengah catch up membesar.
- She has big eyes (betul, macam yang semua cakap) Sometimes Mommy takut bila Medina marah dan tenung Mommy dengan mata tersebut. HAHA. Medina ada dimple on her right. Jari Medina panjang dan runcing serta berkuku tajam. Sangat dangerous. Masa baru lahir, dah scratch pipi sendiri sampai luka. Sampai sekarang pon masih ada kesan. Tak baiklah macam tu, Sayang! Oh lagi satu. Medina punya kening bersepah macam Mommy. One happy Mommy at home! LOL. Eyelashes Medina pon panjang-panjang juga. Adorable she is.
- Medina can roll herself. Susah nak biar dia bergolek sendiri. Malam-malam saya kena supervise dia setiap masa. Sebab takut dia tertidur on her tummy. Bahaya.
- Posisi tidur favorite dia ialah mengiring. Tak mahu terlentang langsung. And NO WRAP, please! Blanket pon kena pasang lepas dia dah lena betul-betul. Kalau tak, dia cranky bukan main. Siap tepis-tepis mengamuk sakan tak mahu blanket. We have to set her free. Tak boleh ada blanket, toys etc. Dia nak lapang saja. Tapi kena ada Mommy sebelah dia untuk kasi dia warm.
- Dia tidur banyak sepanjang siang. Malam-malam dia susah nak tidur. Sebab malam-malam, mata dia membulat ajak Mommy dengan Daddy main. Prrrrft. Tolonglah, baby. Tapi kalau letak dia landing atas badan saya, sampai ke siang pon dia boleh lena. Mengerekotlah atas chest saya dan berbantalkan lengan dia sendiri.
- Masa dua tiga hari lepas lahir, Medina kena jaundice sikit. Nasib baik tak teruk. Kuning sampai ke dalam mata. Tapi Alhamdulillah. Dah recover.
- Medina ni macam spoiled. Dia tak boleh diletak langsung. Saya, Mak Yang dengan Ijat pegang dia bergilir-gilir sepanjang siang. I can put her on her swing for a while. Tapi lama-lama tak boleh. Nanti dia teriak. And the fact that she hates cot and her sleeper adalah sangat memedihkan hati kami. HAHA. Seriously, saya pangku dia sepanjang hari. Tak boleh letak langsung. But actually, I am happy with it. Walaupon beberapa orang ajar saya supaya biarkan saja dia bergolek. Kalau nangis, nangisla. Belajar pekakkan telinga. Keringkan hati etc. But hey hey! She’s my daughter ye. Naluri keibuan saya mungkin tak sama dengan ibu-ibu yang lain. Saya tak sampai hati biarkan anak saya melalak. Dan saya jenis tak boleh tahan telinga. Saya sanggup pegang dia sepanjang hari sampai kebas tangan pon. Alah. Biasalah. New mother. Masih excited membelek anak sendiri. Saya pon bukannya bekerja. Saya ada banyak masa untuk belek telek dia seorang. Maka, saya tidak gemar sama sekali bila ada suara yang mengajar saya suruh golekkan saja anak dan biarkan dia melalak. Ya Allah, biarkan anak melalak? Never! Saya tak sanggup hoccay! This is parenthood. Every parenthood is different. Ideologi setiap ibubapa on parenthood mestilah tak sama kan. So I guess, nobody can interrupt the system. We’ll learn. It just a matter of time.

Nampak? Ini sleeper from The First Years. Kami pakai ni letak in our bed. Jadinya, bila Medina tidur dengan kami, tak adalah nanti dia terkena lenyek dengan kami ke apa. Material dia pon waterproof jadi selamatlah cadar Mommy. Malangnya, hanya beberapa hari saja Medina sudi nak tidur dalam tu. Dia lagi suka tidur atas tilam kami. Lagi suka tidur sebelah saya sedangkan cara ni tak digalakkan langsung. Kalau institusi yang menjaga keselamatan bayi ke apa tahu ni, mati aku kena saman sebab bawak baby tidur sekatil. HAHA. Semalam, husband saya dah simpan sleeper ni. Sebab Medina tak sudi pakai dah. Dia boleh mengamuk kalau biarkan dia tidur dalam sleeper dia. Aih.
Memang tak dinafikan. Susah ada baby kecik. My life is tottally changed. Tak sama macam dulu. Life will NEVER be the same. NEVER. Tapi, saya bersyukur ada Medina dalam hidup kami. I love her so much. I love my baby.
After all, parenthood bukan benda yang kita boleh masters in one day. It takes forever. Kan?




May 23rd, 2010 at 11:01 am
Medina sangattttt manja~~~ ;)
May 23rd, 2010 at 11:03 am
ok, tulis buku sekarang. so that kita dah tahu apa perlu dibuat. cepat cika, sekarang . haha
mata bulat dia tu buat ai rasa nak je main jegil mata ngan dia. nak lawan mata ye! meh sini lawan mata auntie! haha
May 23rd, 2010 at 11:10 am
Medina, medina medina medina kenapa comel sangat ni? Ish Kak Chika, teringat balik ayat entry Kak Chika yang lepas “jangan diturutkan kata anak” Hahaha.
Medina comel!!
May 23rd, 2010 at 11:13 am
kak chika, baby medina sangat sangat comel. suka tengok mata dia.subhanallah, comel sangat :) bagi 1 kiss kat dia from aiza dari jauh :P
May 23rd, 2010 at 11:13 am
awwww….17 hari dah medina, cepat betul baby membesar ye chika! die ade dimple, hw adorable!!
May 23rd, 2010 at 11:14 am
she is so photogenic like mommy and aunty.. haha
May 23rd, 2010 at 11:26 am
Salam kak chika…
since nur medina lahir n everythg yg akak post membuatkan sy nk kawen + dapat baby dgn cepatnyer…hahaha :))) sgt teruja!!!
May 23rd, 2010 at 11:42 am
17hari bersama Medina…dia bulat.dia kuat.nama dia sgt esotik.hehe. berbaktilah kat anak ni k..
Latest Entri : Peristiwa Subuh
May 23rd, 2010 at 11:43 am
seronok baca chika punya story, semua benda belajar dan belajar. nanti kalau dapat anak kedua. lain pula cerita nya kan. hehehe
May 23rd, 2010 at 11:44 am
comelnyeee.. tapi mcm dh nmpk side chika.. heheee. ade rupe ibu dan anak dah.. ;p medina comel ;)
May 23rd, 2010 at 11:47 am
Salam, you have beautiful baby and she will be beautiful girl with big beautiful eyes.
May 23rd, 2010 at 11:48 am
huhuhu……..
congrate kak chika..
moga2 medina jd seorg anak yg solehah…
amiinn…;)
can’t wait to be a mum too!!..
tp lmbt ag..kiki…
kne keje dl…bru kawen…*lol*
May 23rd, 2010 at 12:28 pm
“After all, parenthood bukan benda yang kita boleh masters in one day..” – Agree! :D
May 23rd, 2010 at 12:41 pm
congrats on ur new born! ^^… bulatnyer mate..hehehe :p
May 23rd, 2010 at 2:32 pm
kak chika , medina punya mata tu comel gilaa. gambar yang atas sekali tuu eeeii geram oh :P
May 23rd, 2010 at 8:01 pm
cutenya medina….
dr awal lagi dah nmpk jari2 medina yg panjang…
esok2 jgn panjang tgk je…nnt Tuhan marah, ok medina
May 23rd, 2010 at 9:23 pm
Medina, i adore ur eyes yg sgguh booolat itu. hehe. mmg patutlah mommy brestfeed u cpt2 klau kena tenung. huhuhu~~~ gud job!!
May 23rd, 2010 at 10:54 pm
waaaaaaaaaaaaaa….comel..
p.s : baby,gimme 5!baby buli mommy yer??heheh..aunty xsabar la nak dukung baby..
May 24th, 2010 at 4:20 am
okay. terus tukar nama jugak ikut lyana LOL hahaha.
mata medina tu mcm kopi pes mata suami u jaa!!! hahahaa. gila comel. rasa nak jegil balik kat dia sambil kata, “hep medina.kecik2 dah pandai jegil kat aunty2 ye?” hahhaa
dia ada dimple kat blah kanan! wahh medina, boleh lah geng nnt :p
May 24th, 2010 at 10:33 am
ok mata dia mmg besar! comelll
ok i pon ada dimple sblh kanan la u! hehehe
May 24th, 2010 at 1:24 pm
Subhanallah. Comel sungguh.
:)
xoxo
–http://womanwhotreasures.blogspot.com
May 24th, 2010 at 1:38 pm
boleh nampak barang Medina kebanyakannya warna hijau…hehe
May 24th, 2010 at 2:16 pm
assalamualaikum chika… tahniah atas kelahiran Medina :) dia sgt comel
May 24th, 2010 at 2:41 pm
anak kan kain putih, mmg ibu bapa yang kena conteng2 kaler jadi cantik..:)
May 24th, 2010 at 8:26 pm
Aww. Adorable. Congratulation to you and hubby! :) Semoga hidup dilimpahi seri kegembiraan yang berpanjangan, dunia wal akhirah…
:D
May 24th, 2010 at 9:00 pm
Chika, thanks.. baca entri ni membuat kemahuan akak kuat untuk berumahtangga dan punya zuriat sendiri..
May 25th, 2010 at 9:28 am
tu dia mata.. cam sugar glider :)
May 25th, 2010 at 12:13 pm
betul tu dik..sekelip mata semua berubah dalam kehidupan harian kan..tp walau apa pun..kebahagian dalam menjadi parent tidak ada tukar ganti dgn aper2 pun dalam dunia ini…
May 26th, 2010 at 1:17 pm
Salam,
hello medina….
hihihi…. ne boleh buat statistic – cuba google nama medina, berapa banyak dah kuar… glamour betui medina ne… hihihi… hmmm pasne, nnt nak tgk chika bagi medina pakai barang kemas lak… hihihi…. (chika kn dah jadi EMAK)… hihihi…
chika, betul anak sendiri jangan ikut cara orang. tak salah dgr pandangan orang, tapi yang penting, anak kita, kita lah yang nak kena jaga… yer dak…. lain orang lain cara… kita dengar kisah orang, utk belajar dari kesilapan mereka so that kita tak buat perkara yang sama…
apa2 pun, semoga dipermudahkan segala urusan, dan selamat sejahtera sentiasa k…
take care chika…. :)
p/s: chika tak der nak bagi “laporan makanan dalam pantang” ke? hihihi (soklan berbaur gurau kasar ne… just kidding ya sis)
May 26th, 2010 at 3:15 pm
Salam,
I pun suke pun sleeper tu tp baby I pki smpi 2 bln je kut sbb x muat.
May 27th, 2010 at 10:39 am
baby memang mcamtu..exactly sama dengan baby boy saya masa kecik2 dulu..
May 27th, 2010 at 10:45 pm
comel tapi kenapa kulit medina gelap?ada kenan apa2 ke masa pregnant?tapi no worry,still comel dengan mata besar.
May 30th, 2010 at 8:59 pm
samela anak kite chika….sume bby mmg camtu kot.. xnak letak, nak berpegang je, breastfeed anytime….tido pon mmg tak lena dah..live mmg totally berubah…
cume chika untung la, jaga anak setiap masa, tak payah anta nanny, nti saya dah keje, berat hati nak anta anak kat org….bby banyak kerenah, takut org tak terlayan..