Medina’s First Bath
8 May 2010
Tertanya-tanya jugak ; Bila midwife nak bagi baby saya mandi ni?

Medina sudah dua hari tengok dunia (by the time) Sebagai ibu baru dan err… muda (okay nak jugak) saya sangat naive. Bukan sahaja boleh BUZZ midwife secara emergency sampai semua midwives bertugasberpusu datang ingatkan ada kecemasan apa ke padahal saya cuak kenapa baby menangis tak henti-henti dah satu minit (SATU MINIT SAJA, TAHU!) HAHA. Punyala naive, sampai pelik dan tak sabar-sabar nak tahu bilakah baby akan dimandikan.
Hari tu, midwife bertugas ialah Kay. Yeay, our favorite midwife! Pagi tu dia datang, tanya bila kami nak mandikan baby. Sebab hari kedua adalah hari untuk bermandi-manda untuk pertama kalinya bagi bayi. Kay tanya, samada kami nak dia demonstrate macam mana nak mandikan, atau kami mahu mandikan sendiri atas supervision dan tunjuk ajar dia. We said, that will be better if she could demonstrate and we watched. Pesan dia, buzz her anytime bila kami dah ready untuk mandikan baby. Sudahnya, malam barulah kami buzz dia untuk run a bubble bath! HAHA.
Tahulah. Medina cranky sangat sangat dekat ward. Susah.
Saya tengok saja. Tak bantu. Sebabnya, lepas saja deliver baby, tangan saya jadi lemah selemah-lemahnya. Nak pegang sudu nak makan pon tak mampu. Menggigil satu macam. Nak pegang baby apatah lagi. Biasanya saya hanya page midwife suruh dia datang bilik dan angkatkan baby dari cot letak atas saya.
Baiklah. Mula-mula, Kay ajar set up suitable temperature untuk newborn. 36 degree it is. Tapi actually kita boleh agak-agak sendirilah kan. Jangan panas-panas sangat nanti anak anda teriak sakit. Kesian. Tak kesian ke? Eceh.

Sebelum membawa baby menikmati bubble bath (Taklah taklah. Actually tak ada bubble pon), bersihkan dulu wajahnya dengan tisu lembut atau kain lembut. Buang tahi mata atau apa sahaja kesan degil pada wajah bayi. Tapi takyah guna pencuci muka Olay anda ke apa. Belum masa.

Bersihkan telinga juga. Jangan sampai telinga bayi berdaki. Hish. Tak comel kalau bayi berdaki.

Dimulakan dengan cucian rambut tanpa perawatan minyak panas. Guna air sahaja. Sapu lembut-lembut seolah-solah inilah sapuan terlembut anda pernah laukan dalam hidup anda. Ubun-ubun bayi sangat lembut. Ewah, Chika! Tak tak. Ni bukan demonstrate kepada anda. Sengajalah nak ulang balik apa Kay cakap. Oh. Cara menyusun jari untuk pegang baby semasa nak dimandikan pon ada juga. Hoh. Sungguh tricky.

Dengan kain yang selembut sutera… tapi takyahlah sampai pakai sutera, lapkan pada seluruh tubuh bayi. Secara gentle. Eiiiicececeh seronok pulak haku mengayat macam midwife :P

Seronok, Medina?
Medina memang suka mandi. Dia kalau tengah teriak-teriak, sekali bagi dia kena air, terus diam. Setakat ini, sangat senang nak mandikan dia. Tak pernah cranky atau mengamuk semasa mandi. Tapi selepas mandi, ha sedialah dengan suara high pitch dia. Sungguh nyaring menggegar kawasan kejiranan. Malu mommy. Jiran sebelah pon ada baby juga tapi tak pernah Mommy dengar suara high pitch dia tau. Tapi tak apa. Kita Melayu memang lantang (hushh)


Menurut midwife, newborn boleh dimandikan dua hari sekali. Bukan comot sangat pon. Paling comot pon, muka kena milk. Atau sometimes poopoo atau weewee sampai terlepas zone selamat. Lagi-lagi dalam musm sejuk macam sekarang ni, tak perlulah mensejukkan lagi bayi secara kerap.
TAPI.
Medina mandi setiap hari, tahu. Kalau dia poopoo besar-besaran saja, mommy atau daddy mesti mandikan. Macam tak puas hati kalau setakat wipe dia setiap kali. Tapi tak bolehlah mandi lama-lama kan walaupon kalau tengok muka dia, bagi berendam sejam pon dia suka. Tapi kita jangan turutkan sangat kata anak. Eceh, tetiba.
Pukul 2 pagi pon Medina pernah kena mandi. HAHA. Itulah. Poopoo besar-besaran selepas itu teriak besar-besaran. Saya terus masukkan dia dalam air. Ha, diam. Muka terus angelic bukan main. Lepas mandi, tidur lena.

Hi, Medina!
Semasa di ward pada hari kedua. Selepas mandi, berkasih sayang dengan Daddy. Sementara mommy menikmati waktu santai di atas katil hospital yang begitu best. Eh I sukalah katil hospital.
Itu hari dah pernah cakap dah kat husband
Sayang, beli katil camni satu.
You tahu tak harga dia berapa?
*seraya itu, seorang midwife datang mencelah dan menyebut harga katil tersebut – OMG*
HEHEHEHE.
I gurau je.




May 19th, 2010 at 10:01 am
alahai medina!
muka bahagia je dalam air :)
May 19th, 2010 at 10:13 am
HAHAHAHA ai gelak2 tak henti baca entree ni. bahagia je chika bergelar mommy. seronok!! :)
happy for u and family.
sekarang boleh kata “kami sekeluarga”. !!
May 19th, 2010 at 10:20 am
sonotnye mandi manda… =D
May 19th, 2010 at 10:22 am
medina!!
suke ye main air??
xpe2..
balik m’sia boleh try mandi hujan pulak..haha..
comel la medinaaaa..
meh la dok dgn acik ira mehh..
acik ira boleh jagekn medina..
:D
May 19th, 2010 at 10:23 am
hai….comelll..!!
May 19th, 2010 at 10:41 am
kak wok pun tompang bahagia…nak nyanyi lagu gumbira…(ish..apa nyanyi2 nih..zikrullah lebih baik…) seronot tinguk si medina kena mandi..mcm nak menambah koleksi hand bag lagi….
May 19th, 2010 at 10:42 am
jari medina panjang la… runcing gitu…
May 19th, 2010 at 10:44 am
ada hati pulak tu nk beli katil ospital heheheh
akak dulu.. baby paling muda akak penah pegang adalah berusia 2 jam.. tp takde la mandikan.. huhuuh
May 19th, 2010 at 11:03 am
congrat chika..sorry lambat wish…
semoga selamat semuanya..
May 19th, 2010 at 11:03 am
bagus budak2 suka mandi…ialah ada budk2 yg mmg asyik menangis shj bila dimandikan…
good girl…medina..
May 19th, 2010 at 11:07 am
chika…
congrats!!!!best x jadi mummy..syok bila tgk dia membesar hari2 depan mata..selamat berpantang!!!!
May 19th, 2010 at 11:15 am
nama i kay tahu?
meh i mandikan median..hehehe
May 19th, 2010 at 11:22 am
hahahaha. katil tu mesti mahal gila. empuk la katakan. heh. memula igtkan rambut median dah tumbuh balik. eh cepatnya! rupa-rupanya. flash back daa. haha.
May 19th, 2010 at 11:22 am
oke taip nama medina harus penuh konsentrasi. kalau tidak, akn jadi median. haha. ampun chika!
May 19th, 2010 at 11:24 am
eh tp median pn comel juga apa? mcm tgh blaja statistik je rasanya. hikhik.
May 19th, 2010 at 11:48 am
salam,
2nd last photo : bahagia betul ekspresi muka dia…
May 19th, 2010 at 12:12 pm
sukanya tengok jari medina! panjang-panjang and runcing. ikut daddy ni :p besar sikit kot baru ikut mommy. hahaa.
May 19th, 2010 at 2:42 pm
kisah lame rupenye, ingatkan dah berhari hari baru nak medina nak mandi,,, sian medina nnt.. hehe ;) new born kt Malaysia mandi hari hari ape walaupun takcomot..yeahh,melayu memang lantang. ;)
May 19th, 2010 at 5:57 pm
u mandikan dia jam 2 am? hehe. siann medina kesejukan :P sweet la medina senyap time mandi tp lepas mandi terus teriak bergempita :P eee, comelnyaaaa medina ni. keciiik aje :)
May 20th, 2010 at 2:56 am
camat berpantang chika… muahh medina comeynye… blk cni nnti bwk jmpe antie leh? hehehehe
May 31st, 2010 at 4:28 pm
rambut die,lebat…
syok nye die mandi kan???