Anytime Pon Boleh
Cakap apa nak? Semua dah dapat dah. Itulah dia kalau mengandung. Semedang orang kesian. Selepas ini, tak ada siapa nak kesian dah sobsobsob T_______T Tapi tak apa. Selalu-selalulah mengandung. Ewwah. Belum bersalin lagi dah begitu berani berkata begitu? HAHAHA. Habis nak buat macam mana. Berani tak berani, kena hadapi juga.
Eh engkau belum bersalin ye? Apsal lama tak nampak?
Bersalin belum. Tapi bersalin mood, sudah. Mood untuk memikirkan benda-benda lain memang macam tak ada. Balik-balik fikir pasal nak bersalin. Takut memang takut. Tapi emak saya pesan ; Bila sampai waktunya, keluarlah dia. Makin dekat dengan tarikh 10 May, makin pasrah saya di sini. Makin banyak beristighfar sebab hanya dengan cara tu boleh buat saya bertenang dan ingat Allah. Bila ingat Allah, terus rasa begitu YAKIN. Apapon jua, kepadaNYA lah kita berserah.
Kalau boleh, tak mahu ingat blog yang fana ini sangat. Aktiviti online pon sudah dikurangkan. Menghabiskan waktu dengan membuat persediaan mental, fizikal dan material adalah lebih penting. Kalau ada masa terluang, saya lagi suka berkemas, berehat dan mengaji Al-Quran. Dah tak larat dah nak menghadap urusan maya. Email dari siapa-siapa pon, memang jujur saya katakan. Saya tidak akan reply (since months ago pon memang dah banyak ignore) Tak tak. Bukan sebab sengaja tak mahu reply atau berlagak ke apa. Tapi sejak beberapa bulan ni, saya memang sangat malas melayan benda-benda maya macam ni. Rasa macam tak berguna. Sesungguhnya berehat itu lagi menseronokkan.
Segmen sekapur sirih.
Itu hari teringin minuman 100 Plus secara tiba-tiba. Ha kau. Mana nak dapat? Mana? Namun, dah memang rezeki anak, minggu lepas saya dapat juga. Itu pon sebab Abang Badri balik Malaysia dan dia bawakan dua botol untuk saya. Begitu terharu macam tak sangka. Terima kasih Abang Badri. Tak cukup dengan itu, last week Abang Badri dengan kak Fizah jemput datang rumah. I dapat makan Laksa Utara, kamu tahu? Woah. Puas hati haku. Makan bukan setakat menjamah dah. Memang sungguh-sungguh saya makan macam tak malu betul. Tapi kalau malu, rugi. Kalau nak rugi pon, biarlah nanti-nanti. Sekarang tengah mengidam kalau boleh elakkan dari rugi. HAHA. Terima kasih kat Abang Badri dengan Kak Fizah.
Balik dari rumah Kak Fizah, Nenna ajak datang rumah. Makan lagi. Err. Tak pon tak pon. Tak rasa bersalah pon makan banyak sekarang ni (Sebenarnya memang tak pernah rasa bersalah makan banyak sepanjang usia ini) Spring roll Nenna memang best. Makan sampai semput. Tapi tak menyesal.
Dalam hal yang lainnya pula, Kak Linda pula telah membuatkan keropok lekor untuk saya. Punyalah lama saya teringin sangat nak makan. Akhirnya, menjelang minggu terakhir seperti ini, dapat juga. Punyalah sedap. Rasa nak menangis semasa makan. Tapi kalau menangis semasa makan, bukankah macam kesian sangat?
Kejap.
Harap kamu yang baca itu bersabarlah sebab entry ini berciri makanan. Siapa tak bersabar, boleh pergi makan sekarang. Lepas kenyang, datang balik. HAHA
Karipap. Yahoooo. Malam Ahad lepas, Juhazrin dengan Kak Mas datang rumah malam-malam hantar karipap sebagaimana yang saya order. Ya Allah. Bayangkan. Bayangkan. Semua yang saya teringin, semua dapat juga akhirnya. Ingatkan macam tak akan dapat dan selalu belajar pasrah T_______T Rezeki. Terima kasih Ya Allah.
Belum. Belum habis lagi. Kak Shikin pulak ajak datang rumah. Ada makan-makan hari Ahad lepas. Saya dengan husband pon pergi membawa diri (dan perut) HEHE. Ya Allah. Ada nasi impit dengan kuah kacang! Err. Memang tak pernah mengidam yang ini, tapi bila ternampak terus rasa macam … Oh inilah dia benda yang aku lupa nak mengidam. Mengidam sekarang! Terus makan. Walaupon macam termalu-malu nak makan, demi keinginan yang macam ingin sangat sangat, saya makan bukan main seronok. Tiba-tiba, tahu! Dah nak dekat-dekat due date ni, macam-macam rezeki dalam bentuk makanan dapat dilempiaskan. Alhamdulillah.
Err. Mengidam benda lain pon ada juga. Tapi bukan berciri makanan. Jadi kita takyah gebang dalam sini. HAHAHAHA. Yang seronok dia, dapat pulak tu. Okay, confirmed! Akan mengandung dengan sekerap yang boleh KAH KAH KAH ACAH JE.
Sabtu pagi, kami pergi Gold Coast Airport jemput Mak Yang dengan Ijat. Ibu saudara dengan adik saya dah sampai yeay!

Saya sebenarnya teringin nak berendam dalam pool dekat White Water World. Tu sebab dah standby pakai burqini. Tetiba, tak sempat pula sebab dah habiskan banyak amsa dekat Dreamworld. Tak apalah. Lain kali.

Mak Yang memang menterkejutkan kami semua.
Semua thrill ride pon dia boleh main rupanya!
Kitorang punyalah ingat nak bawak dia tengok-tengok saja.
Sekali, ha kau!
Pantang offer semua dia main.
Sungguh berani. Saya pon tak mahu main benda alah seperti di atas.
Bila dah ada Mak Yang dengan Ijat, rasa lega sangat-sangat. Mak Yang tolong masak dan menguruskan kain. Ijat tolong kemas rumah, vacum dan mop lantai. Kerja-kerja berat semua Ijat buat. Sebab tak bolehlah nak harap Mak Yang semua. Saya pula dah macam tak buat apa-apa. Layan kepala saja membilang hari bila nak bersalin ni.
Terima kasih MA dengan ABAH sebab hadiahkan baju baby comel-comel rasa geram nak gigit baju tersebut. Emak saya juga yang belikan set bersalin, bagi jubah cantik-cantik sebab senang kalau saya nak pergi masjid nanti. Asyik pakai jubah yang sama sampai satu Brisbane dah kenal dah jubah tersebut (exaggerate) Emak juga menghadiahkan tudung-tudung Ariani yang begitu banyak. Oh. Juga kain batik yang gila punya banyak. Erk? Kain batik? KAHKAHKAH. Tapi emak pesan, pakai bila perlu saja. Jangan gatal dalam rumah berkain batik kalau tak perlu. Selekeh. Emak marah.Dan juga sebotol air zamzam untuk diminum semasa hendak bersalin kelak. Terima kasih. I love you both. And I miss Haikal and Adek sooooooo much.
Terima kasih semua orang yang bagi saya makan sedap-sedap. Terima kasih dekat Mak Yang dan Ijat yang datang sini bantu saya. Terima kasih kawan-kawan yang ambik berat. Terima kasih readers yang banyak doakan yang baik-baik. Terima kasih suami, sebab menjadi seorang suami yang membahagiakan.
Kita bakal punya anak, Sayang!
You baby is on the way, Sayang!

Yummmmm.
Sengaja letak gambar ini.
Sebab entry ini berciri makanan.
Patut bergambar makananlah bukan?
.




May 4th, 2010 at 1:08 pm
da rancang ke nk bg name ape kat anak akak?…ape2 pon, gud luck k..saye doakan segalenye will b fine…insyaAllah~~~
May 4th, 2010 at 1:11 pm
hai IJAT :p *kenyit-kenyit mata* awww awak dah berpunya ke? mari berkenalan!
May 4th, 2010 at 1:16 pm
wah!! sungguh terharu baca entry kali ni…ermm..betapa semua org syg akan kita…
bersyukurlah…
Akak doakan di kejauhan ini agar semuanya selamat…aminnn
May 4th, 2010 at 1:19 pm
Eieeee..ta sbar²nya nak tunggu baby.. =]
May 4th, 2010 at 1:22 pm
patutlah senyap je. semalam baru tanya2 yonna. semoga selamat semuanya n sihat2 belaka mommy n baby ye…
tak sabar ni nak tengok putera/puteri yang keluar…
May 4th, 2010 at 1:23 pm
sempat lg nk mengidam cekodok pisang ni hehehehe
10 May.. lagi 5 hari huhuhu gudlak chika!!
May 4th, 2010 at 1:30 pm
salam…chika…
selamat menempuh pengalaman paling
bermakna dlm diari seorang wanita ;)
alhamdulillah, walau jauh di perantauan tp,
masih ada yg sentiasa di samping chika..
akak doakan, semoga chika n baby selamat..amin2x
semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya..
take care…
May 4th, 2010 at 1:34 pm
selamat bersalin chika. semoga semua urusan dipermudahkan. Amin.
May 4th, 2010 at 1:49 pm
saya pulak yang macam eksaited tetibe HA HA HA okay kirim slm dekat ijat *tiba tiba*
May 4th, 2010 at 1:50 pm
i one of ur silent reader..my first comment i rase..
i wish u selamat bersalin…
u comei..ur baby must be very2 comei..
hasril.blogspot
May 4th, 2010 at 2:24 pm
gudlak sis..
insyaallah dipermudahkan Allah
dia jua yang menjadikan mudah itu mudah dan susah semakin mudah..:)
May 4th, 2010 at 2:31 pm
Salam…chika. Semoga dipermudahkan segalanya. Rindulah nanti tak dapat baca blog chika dalam jangka masa beberapa lama. hehehe…tapi x per. sumer nie x sepenting baby & kesihatan chika k? All the best dear!! Salam utk mak yang, ijat & hizwani….;-)
May 4th, 2010 at 2:37 pm
push…..
May 4th, 2010 at 2:38 pm
Selamar bakal bersalin chika
huhu
memang untung jadi preggy women
dpt mkn mcm2
huhu
ibu kenyang
baby pun kenyang juge
semua org syg chika
huhu
kim salam ijat + mak yang chika
ehe
May 4th, 2010 at 3:28 pm
selamat bersalin kak chika (^_^)v
May 4th, 2010 at 4:26 pm
Salam,
hihihi…alhamdulillah…. selamat makan…
makan makan jangan tak makan…. lepas ne… haaaa….sipa la… na na na….
Semoga selamat ya chika…. Ameen…
(tapi muka mak yang, macam biasa kulihat….)
May 4th, 2010 at 4:46 pm
salm chika..
wish awal la ek..
sy doakan chika dpermudhkan proses bsalin nnt..mcm skema plak ayt ni..hehh xpe2 xpe..
kalo tgk kedudukn peyut mcm dh ke bwh..mcm
dh hmpir nk bslin tu..
selamat bsalin
slmt berpantang
slmat myusu
slmt jg bb..sonok tau
slmat semuanyee
May 4th, 2010 at 5:02 pm
chika ingatkan senyap dh melahirkan. lepas ni confirm entry selepas melahirkan kan. gud luck berjuang. :)
May 4th, 2010 at 5:03 pm
chika menten comel walau dalam mood preggy..
manis menanti kelahiran cahaya mata..
semoga semua selamat. Aminn..
May 4th, 2010 at 6:44 pm
semoga dapat deliver baby dengan lancar, amin.
takecare ye chika.
May 4th, 2010 at 7:21 pm
Kak ween doakan chika bersalin dgn selamat. InsyaAllah. x sbr nak tgk chika junior. (or Dr Hizwani junior) heheh.
May 4th, 2010 at 7:45 pm
aiyok!terdisconnect plak.tension!habis apa i type dah ilang.
ok puan chika, memandangkan i ni jauh di malaysia, i cuma boleh doakan u and baby sihat and semuanya selamat nanti ye chika. if dekat boleh jugak i dtg visit sambil bawa patchi lagi for the mummy. :D
May 4th, 2010 at 8:33 pm
semoga semua selamat. aminnn
May 4th, 2010 at 11:07 pm
baby..baby..baby.. hehe
May 5th, 2010 at 8:32 am
kami disini berdoa semoga semuanya selamat khendaknya.farah pulak yang rasa berdebar..entah kenapa.mungkin dah lama mengikuti perkembangan nurul dari mula nurul sekolah sampai sekarang tu yang tak keruan jadinya.insyallah everthing will be ok dengan keizinan Maha Esa.Amin
May 5th, 2010 at 9:56 pm
semoga chika selamat melahirkan baby. Take care!