Baby saya sudah 25 hari ini. 25 Days Of Medina is AWESOME and TIRESOME. Macam-macam ada.
Asyik cakap pasal Medina saja. Sekarang, leave Medina alone. Mari cakap pasal Medina’s mother pula. I need a slot too T____T
MY CONFINEMENT.
Medina is 25 days old (Medina lagi. Sungguh tak boleh membuka topik tanpa menyebut namanya HAHA) Bermakna, 25 hari of confinement telah usai. USAI ye, USAI. Another 3 weeks. YEAY. Confinement adalah biasa-biasa sahaja. Tidak begitu mengujakan, dan tidak pula menyampahkan. Yang sedang-sedang saja EWWAH.
Saya guna set bersalin Nona Roguy ; Ma beli. The experience is biasa-biasa saja. Menggunakannya secara tidak begitu taat. There is this one pill yang saya cuma makan satu kali sahaja. Malam tersebut, Medina tak dapat tidur. Dia cry and cry and cry and teriak kuat-kuat sampai lembik. Dia poo poo banyak-banyak. Angin, mungkin. Sudahnya, suami marah. Macam biasalah, doctor mana suka jamu-jamu ni. Husband cakap jangan makan lagi. Baiklah.
Adalah juga berurut sikit-sikit dengan Mak Yang. Tidak bertungku ; Tungku herba saya kena tahan dekat airport dan dicincang-cincang HAHA. Tapi berbengkung, ada. I LOVE BENGKUNG. Buat saya berasa langsing, tampak langsing dan mungkin benar-benar langsing KAH KAH KAH. Sabarlah engkau ye dengan statement macam ini. Sudah lama takda dengar benda gelis macam ini, bukan?
Benda-benda pelik dan perbuatan pelik yang berciri macam tak payah dan tak tahu apa relevan dia, takda dibuat. Seperti larangan jangan naik turun tangga, jangan pakai seluar, jangan banyak bergerak itu semua langsung tidak diendahkan. Saya cuma menjaga makan sahaja. Demi baby yang menyusu. Selebihnya, semua saya buat macam biasa. Saya mengemas, bergerak pantas dan mengamalkan aktiviti sehat seperti bermain game dan bergembira macam dahulu kala. (Apa aku cakap ni?)
Sudah keluar membawa Medina ke kelas tafsir Al-Quran pada hari ke-10. Walaupon ada orang terkejut-kejut dan cakap ; Hoh baru 10 hari kau dah berjalan ye? Jawapan sangat default ; This is Brisbane. HAHA atau dalam kata lain, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Pada hari ke-22, bawa Medina keluar lagi sekali melihat dunia. Yang bestnya, Medina nampak tenang sekali berjalan-jalan ikut Mommy (Daddy kerja) Uncle Uda did a real good job. Dia dukung Medina sepanjang jalan.
Pada hari ke-24 (semalam) pon sekali lagi bawa Medina berjalan-jalan. Atau dengan jujurnya, pergi shopping mengukur mall. Best! Medina sporting bila bawa dia masuk mall. Diam saja dalam carrier. Cuma merengek sikit-sikit. Saya pulak sangat bertenaga seolah-olah telah lama mensimpan tenaga.
Oh. Luka saya sembuh in less than 2 weeks. Alhamdulillah.
LAIN-LAIN PERKEMBANGAN.
Saya gembira dengan pencapaian tummy saya. Begitu kempis like never before. Masa lepas bersalin tu, saya pitam tengok perut saya buncit satu macam. Sedangkan saya dah selamat deliver baby. Aik apsal perut aku buncit lagi? Menggelupur la jugak dibuatnya. Tanya midwives, tanya husband, tanya emak, tanya Mak Yang. Semua orang kalau boleh aku nak tanya. Punyalah terkejut monkey tengok keadaan perut dan kulit yang macam orang tua. Fuuuu waaaa. 5 days after that, masa saya lepas mandi pagi tersebut, saya terkesima di depan cermin. Magik gila! Perut saya dah kempis! Sumpah, kempis like … O-M-G-KEMPIS-NYA! Masa saya bujang bujang (eceh) dulu pon tak sekempis ini (saya fikir) Syukur.
Berat saya sangat tidak berat. Tak tahu exactly dah tinggal berapa, tapi not more than 50kg. Saya tidak perlu struggle untuk buang berat ke apa. Saya perlu struggle untuk maintain berat ideal dan memastikan saya cukup berkhasiat untuk feed baby saya. So, I keep taking Blackmore for Pregnancy and Breastfeedin. Alhamdulillah. So far, saya rasa bertenaga dan mampu menyusukan Medina.
Breastfeeding adalah mengujakan. Saya suka breastfeeding. Walaupon on the first 2 to 3 days, rasa terseksa sangat. Cracked nipple and sore. Everytime nak feed baby, confirm menangis lah. Tapi lama-lama, semuanya OK. Sakit memang sakit, tapi at least saya dah tak mengalami cracked nipple sejak balik dari hospital.
Saya dah mula pump susu! (cerita lain waktu) Ianya sangat mengujakan. Saya sukalah. Feeding the baby memang satu cerita yang panjang dalam kehidupan seharian seorang ibu, yes?
Oh oh oh tak boleh dilupakan juga! Saya dah kembali berseluar jeans. Tapi yang geramnya, jeans saya dah longgar. Gaaaah. Tapi tak apa. Saya sangat bersemangat nak revamp wardrobe. Macam refreshment la :P 9 bulan okek saya berselekeh. Tak sabar nak kembali memakai pakaian yang telah lama ditinggalkan.
Sepatu tinggi? Tak tak. Itu belum lagi. Sekarang bergaya dengan Crocs punya flat pump saja. Tak ketinggalan, berstokin. Satu sebab orang baru lepas bersalin kena berstokin (kalau tak berstokin diibaratkan macam orang baru lepas kawen tapi tak nampak inai. HAHAHAHA) Keduanya, sekarang musim sejuk. Ketiganya, kaki itu aurat :)
Saya kuat makan sekarang. Sangat berselera. Seperti selera yang disimpan 9 bulan juga.
Nah, aksi Medina pada hari ke 21 usianya.
Baiklah. Medina sedang melagukan tangisannya. Sayup kedengaran dari tingkat atas. Dengan itu, sampai jumpa lagi.
‘Bila nak update blog? Abah bukak banyak kali setiap hari, asyik entry yang sama je,’
Baiklah.
Dah dapat pembaca tegar yang baru. My father ; Medina’s grandfather.
Nampaknya apa jadi pon, kena update lebih kerap untuk tidak menghampakan atuk nenek Medina yang sanggup online dan format pc cepat-cepat bila pc crash sebab nak hadap cucu T______T Rindu mereka. Rindu Haikal. Rindu Adek Dell. Rindu Loceng (kucing).
Bukan dah lupa ada blog. Ingat. Setiap hari pon ingat. Tapi setiap jam, cuma ada dalam 4 minit saja waktu terluang. Dalam 4 minit itulah nak kunyah biskut Arnott (okey takyah bagitahu jenama biskut). Dalam 4 minit itulah kalau nak bergegas ke toilet. Dalam 4 minit itulah kalau nak main Colorlinez. Dalam 4 minit itu jugalah kalau nak berkicauan di Twitter. Sungguh ka 4 minit? Taklah exactly. Perumpamaan sahaja.
Saya berjanji Melayu, akan mentulis cerita pada hari ini. Tapi bukan pada sekarang ini. Sekarang kena pegi menyelamatkan anak dahulu dari berteriak. Bila ada kelapangan 4 minit tengah hari nanti, saya datang kembali.
Baby saya sudah 17 hari. Sekejapnya masa. Macam just in a blink of eyes. Blink, she’s already 17 days old. Malam siang, malam siang, nanti dah sebulan, dua bulan, tiga bulan, empat lima enam tujuh dan tetiba dah nak masuk sekolah, masuk university, grad, kawen. Okay Mommy, cukup! HA-HA. Yang lepas grad terus kawen itu … saya.
Medina adalah buah hati saya. Bila saya tatap dia, saya rasa macam yang mengalir dalam darah saya bukanlah oksigen. Tapi kasih sayang. Sumpah! Ianya miracle macam mana saya boleh melahirkan dia ke dalam dunia ini. Tak percaya saya melakukannya. Lebih miracle; Allah kurniakan saya zuriat pada usia ini. Allah terlalu Pemurah kepada saya. Terima kasih Ya Allah.
Saya sudah punya seorang anak perempuan. Bermakna, sebab untuk saya hidup semakin kuat. Kalau apa pon berlaku pada hari-hari mendatang, saya tahu yang saya ada Nur Medina untuk menyelamatkan saya. At least, saya tahu saya sentiasa ada sebab untuk berbakti kepada hidup. Let say, saya tidak boleh membiarkan hidup saya buruk, hanya demi anak saya. Nampak tidak, kekuatan yang datang dari seorang bayi yang kita lahirkan hasil bersabung nyawa.
Medina’s Record ;
Medina kuat menyusu (baby mana yang tidak, bukan?) Alhamdulillah saya mampu cater susu mengikut keperluan dan kehendaknya yang tidak menentu. Saya tak ikut jadual atau set masa ke apa untuk breastfeed dia. Service anytime HA-HA. Medina pula, pantang offer pasti tak tolak. Pandai. Rezeki jangan ditolak.
Medina semakin bulat. Dia tengah catch up tu. Dia kan lahir a little bit smaller kan. Sekarang nampaknya dia tengah catch up membesar.
She has big eyes (betul, macam yang semua cakap) Sometimes Mommy takut bila Medina marah dan tenung Mommy dengan mata tersebut. HAHA. Medina ada dimple on her right. Jari Medina panjang dan runcing serta berkuku tajam. Sangat dangerous. Masa baru lahir, dah scratch pipi sendiri sampai luka. Sampai sekarang pon masih ada kesan. Tak baiklah macam tu, Sayang! Oh lagi satu. Medina punya kening bersepah macam Mommy. One happy Mommy at home! LOL. Eyelashes Medina pon panjang-panjang juga. Adorable she is.
Medina can roll herself. Susah nak biar dia bergolek sendiri. Malam-malam saya kena supervise dia setiap masa. Sebab takut dia tertidur on her tummy. Bahaya.
Posisi tidur favorite dia ialah mengiring. Tak mahu terlentang langsung. And NO WRAP, please! Blanket pon kena pasang lepas dia dah lena betul-betul. Kalau tak, dia cranky bukan main. Siap tepis-tepis mengamuk sakan tak mahu blanket. We have to set her free. Tak boleh ada blanket, toys etc. Dia nak lapang saja. Tapi kena ada Mommy sebelah dia untuk kasi dia warm.
Dia tidur banyak sepanjang siang. Malam-malam dia susah nak tidur. Sebab malam-malam, mata dia membulat ajak Mommy dengan Daddy main. Prrrrft. Tolonglah, baby. Tapi kalau letak dia landing atas badan saya, sampai ke siang pon dia boleh lena. Mengerekotlah atas chest saya dan berbantalkan lengan dia sendiri.
Masa dua tiga hari lepas lahir, Medina kena jaundice sikit. Nasib baik tak teruk. Kuning sampai ke dalam mata. Tapi Alhamdulillah. Dah recover.
Medina ni macam spoiled. Dia tak boleh diletak langsung. Saya, Mak Yang dengan Ijat pegang dia bergilir-gilir sepanjang siang. I can put her on her swing for a while. Tapi lama-lama tak boleh. Nanti dia teriak. And the fact that she hates cot and her sleeper adalah sangat memedihkan hati kami. HAHA. Seriously, saya pangku dia sepanjang hari. Tak boleh letak langsung. But actually, I am happy with it. Walaupon beberapa orang ajar saya supaya biarkan saja dia bergolek. Kalau nangis, nangisla. Belajar pekakkan telinga. Keringkan hati etc. But hey hey! She’s my daughter ye. Naluri keibuan saya mungkin tak sama dengan ibu-ibu yang lain. Saya tak sampai hati biarkan anak saya melalak. Dan saya jenis tak boleh tahan telinga. Saya sanggup pegang dia sepanjang hari sampai kebas tangan pon. Alah. Biasalah. New mother. Masih excited membelek anak sendiri. Saya pon bukannya bekerja. Saya ada banyak masa untuk belek telek dia seorang. Maka, saya tidak gemar sama sekali bila ada suara yang mengajar saya suruh golekkan saja anak dan biarkan dia melalak. Ya Allah, biarkan anak melalak? Never! Saya tak sanggup hoccay! This is parenthood. Every parenthood is different. Ideologi setiap ibubapa on parenthood mestilah tak sama kan. So I guess, nobody can interrupt the system. We’ll learn. It just a matter of time.
Nampak? Ini sleeper from The First Years. Kami pakai ni letak in our bed. Jadinya, bila Medina tidur dengan kami, tak adalah nanti dia terkena lenyek dengan kami ke apa. Material dia pon waterproof jadi selamatlah cadar Mommy. Malangnya, hanya beberapa hari saja Medina sudi nak tidur dalam tu. Dia lagi suka tidur atas tilam kami. Lagi suka tidur sebelah saya sedangkan cara ni tak digalakkan langsung. Kalau institusi yang menjaga keselamatan bayi ke apa tahu ni, mati aku kena saman sebab bawak baby tidur sekatil. HAHA. Semalam, husband saya dah simpan sleeper ni. Sebab Medina tak sudi pakai dah. Dia boleh mengamuk kalau biarkan dia tidur dalam sleeper dia. Aih.
Memang tak dinafikan. Susah ada baby kecik. My life is tottally changed. Tak sama macam dulu. Life will NEVER be the same. NEVER. Tapi, saya bersyukur ada Medina dalam hidup kami. I love her so much. I love my baby.
After all, parenthood bukan benda yang kita boleh masters in one day. It takes forever. Kan?
Tertanya-tanya jugak ; Bila midwife nak bagi baby saya mandi ni?
Medina sudah dua hari tengok dunia (by the time) Sebagai ibu baru dan err… muda (okay nak jugak) saya sangat naive. Bukan sahaja boleh BUZZ midwife secara emergency sampai semua midwives bertugasberpusu datang ingatkan ada kecemasan apa ke padahal saya cuak kenapa baby menangis tak henti-henti dah satu minit (SATU MINIT SAJA, TAHU!) HAHA. Punyala naive, sampai pelik dan tak sabar-sabar nak tahu bilakah baby akan dimandikan.
Hari tu, midwife bertugas ialah Kay. Yeay, our favorite midwife! Pagi tu dia datang, tanya bila kami nak mandikan baby. Sebab hari kedua adalah hari untuk bermandi-manda untuk pertama kalinya bagi bayi. Kay tanya, samada kami nak dia demonstrate macam mana nak mandikan, atau kami mahu mandikan sendiri atas supervision dan tunjuk ajar dia. We said, that will be better if she could demonstrate and we watched. Pesan dia, buzz her anytime bila kami dah ready untuk mandikan baby. Sudahnya, malam barulah kami buzz dia untuk run a bubble bath! HAHA.
Tahulah. Medina cranky sangat sangat dekat ward. Susah.
Saya tengok saja. Tak bantu. Sebabnya, lepas saja deliver baby, tangan saya jadi lemah selemah-lemahnya. Nak pegang sudu nak makan pon tak mampu. Menggigil satu macam. Nak pegang baby apatah lagi. Biasanya saya hanya page midwife suruh dia datang bilik dan angkatkan baby dari cot letak atas saya.
Baiklah. Mula-mula, Kay ajar set up suitable temperature untuk newborn. 36 degree it is. Tapi actually kita boleh agak-agak sendirilah kan. Jangan panas-panas sangat nanti anak anda teriak sakit. Kesian. Tak kesian ke? Eceh.
Sebelum membawa baby menikmati bubble bath (Taklah taklah. Actually tak ada bubble pon), bersihkan dulu wajahnya dengan tisu lembutatau kain lembut. Buang tahi mata atau apa sahaja kesan degil pada wajah bayi. Tapi takyah guna pencuci muka Olay anda ke apa. Belum masa.
Bersihkan telinga juga. Jangan sampai telinga bayi berdaki. Hish. Tak comel kalau bayi berdaki.
Dimulakan dengan cucian rambuttanpa perawatan minyak panas. Guna air sahaja. Sapu lembut-lembut seolah-solah inilah sapuan terlembut anda pernah laukan dalam hidup anda. Ubun-ubun bayi sangat lembut. Ewah, Chika! Tak tak. Ni bukan demonstrate kepada anda. Sengajalah nak ulang balik apa Kay cakap. Oh. Cara menyusun jari untuk pegang baby semasa nak dimandikan pon ada juga. Hoh. Sungguh tricky.
Dengan kain yang selembut sutera… tapi takyahlah sampai pakai sutera, lapkan pada seluruh tubuh bayi. Secara gentle. Eiiiicececeh seronok pulak haku mengayat macam midwife :P
Seronok, Medina?
Medina memang suka mandi. Dia kalau tengah teriak-teriak, sekali bagi dia kena air, terus diam. Setakat ini, sangat senang nak mandikan dia. Tak pernah cranky atau mengamuk semasa mandi. Tapi selepas mandi, ha sedialah dengan suara high pitch dia. Sungguh nyaring menggegar kawasan kejiranan. Malu mommy. Jiran sebelah pon ada baby juga tapi tak pernah Mommy dengar suara high pitch dia tau. Tapi tak apa. Kita Melayu memang lantang (hushh)
Menurut midwife, newborn boleh dimandikan dua hari sekali. Bukan comot sangat pon. Paling comot pon, muka kena milk. Atau sometimes poopoo atau weewee sampai terlepas zone selamat. Lagi-lagi dalam musm sejuk macam sekarang ni, tak perlulah mensejukkan lagi bayi secara kerap.
TAPI.
Medina mandi setiap hari, tahu. Kalau dia poopoo besar-besaran saja, mommy atau daddy mesti mandikan. Macam tak puas hati kalau setakat wipe dia setiap kali. Tapi tak bolehlah mandi lama-lama kan walaupon kalau tengok muka dia, bagi berendam sejam pon dia suka. Tapi kita jangan turutkan sangat kata anak. Eceh, tetiba.
Pukul 2 pagi pon Medina pernah kena mandi. HAHA. Itulah. Poopoo besar-besaran selepas itu teriak besar-besaran. Saya terus masukkan dia dalam air. Ha, diam. Muka terus angelic bukan main. Lepas mandi, tidur lena.
Hi, Medina!
Semasa di ward pada hari kedua. Selepas mandi, berkasih sayang dengan Daddy. Sementara mommy menikmati waktu santai di atas katil hospital yang begitu best. Eh I sukalah katil hospital.
Itu hari dah pernah cakap dah kat husband
Sayang, beli katil camni satu.
You tahu tak harga dia berapa?
*seraya itu, seorang midwife datang mencelah dan menyebut harga katil tersebut – OMG*
Okey semua, tatap rambut pertama dan asli Medina untuk kesekian kalinya.
Medina umpama KFC Twister dalam pita bread.
HAHA.
Huyyyooo anak Mommy spikey!
Ini pasti penangan obstetrician kita itu, bukan? Doctor Spikey.
(Oh too bad, Dr. Vincent tak dapat sambut Medina lahir sebab dia tak on call pagi kejadian tersebut)
Itu dulu. Sekarang tidak lagi. Medina punya wajah dah lain. Setiap pagi pon, bila saya tengok muka Medina, saya mesti terkejut-kejut. Aik? Apsal semalam muka anak Mommy lain, pagi ni lain pulak? Tapi itulah dia ciri-ciri luarbiasa bayi baru lahir. Memiliki rupa paras yang berubah-ubah sampai kadang-kadang Daddy pon teriak ; Eh ni Medina ke ni?
Itu satu.
Perubahan lainnya ; Sekarang, Medina sudah botak. HAHA. Uncle Uda (Ijat) panggil Medina – Lagenda Botak Chin. Tak ada dah rambut Medina yang begitu sehat dan shining tersebut (guna jari pon tak boleh okey Mommy keluar sekarang!)
Hari Khamis (13 May 2010), genap 7 hari Medina tengok dunia. Kami cukur rambut Medina kasi habis bagi melaksanakan sunah Nabi SAW untuk mencukur rambut bayi pada hari ke-7 kelahiran. Tak ada majlis kenduri pulut kuning ayam Nando’s ke apa. Tak ada. Mommy dengan Daddy melakukannya secara tertutup dan secara sendirian. Sungguh mencabar.
Pada malam tersebutlah, Medina termenung MENGENANG NASIB. Aih. Sungguh gusar hati saya masa nak cukur kepala Medina sampai botak tu. Saya sayang sangat tengok rambut dia. Lagipon saya tak tahu macam mana nanti muka Medina. HAHA. Tapi tak apa. Kita buat juga. Sunnah tetap sunnah.
Tada!
Medina teriak sakan, tahu! Bergempita satu Brisbane kalau dia teriak. Badan saja kecik, tapi volume sangat canggih. Itulah yang dikatakan, best thing comes in small package (Saya reka) Saya pegang kepala dia, husband saya shave rambut dia. Tapi dia cukup kuat untuk melawan. Oh, kalau nak tahu badan dia dah keras dan tegak ye. Even dia mampu tepis tangan dan muka saya sewaktu dia mengamuk. Sungguh Naruto.
Akhirnya saya breast feed dia. Diam. The ONLY thing yang boleh senyapkan dia dan lemahkan kuasa Naruto dia hanyalah breast feed. Bila dia dah diam, kami dua-dua mengerjakan rambut dia sampailah licin. Phew. Bukan mudah.
Tengok. Muka Medina dah jadi lain macam. Punyalah dia teriak. Dah la musim sejuk macam ni. Kena cukur pulak. Begitu dingin kepala dia, mungkin. HAHA kesian anak Mommy.
I am bald and bulat like ball.
Bald and ball.
And err.. a little bit BOLD.
Walaupon Medina sudah tidak berambut sehat seperti dulu, Moomoo Cow tetap kawan dengan Medina.
Subhanallah.
She’s growing too fast.
Dah makin chubby.
Nur Medina, Semoga dengan gugurnya rambut Nur Medina, gugurlah segala keburukan dan datanglah semua kebaikan kepada you, Sayang.
InsyaAllah.
.
Majlis Aqiqah akan diuruskan di Kuala Lumpur oleh Tok Abah dan Nek Ma.
Thanks Abah dengan Ma.