Archive for April, 2010
Posted by chika under
My Baby You,
My Fancy Pregnancy Punya banyak entry dalam draft. Semua tak siap. Semua separuh jalan. Semua terbengkalai. Tapi, semua penting (penting bagi saya, tak penting bagi anda barangkali) Kerajinan memblog, nada. Sekarang tengah tak rajin untuk buat apa-apa sekalipon. Makan sahaja rajin. Sumpah rajin. Siap naik sumpah. Nampak tidak, betapa rajinnya di situ.
Perkembangan diri, adalah tidak begitu mengembang. Menjelang 37 minggu kehamilan ini, fikiran hanya memfikirkan tentang kelahiran bayi. There’s this fact saying ; Menjelang waktu-waktu sebegini, tidur kita akan dibuai mimpi-mimpi aneh berhubung kelahiran bayi. Di mana ianya sangat benar. Macam hari itu, termimpi ada orang bagi pacifier dekat baby saya. Selepas itu, saya tidak suka. Lantas, saya buangkan pacifier tersebut dan bagitahu ; My baby doesn’t need pacifier. I hate pacifier!
Huk oloh.
Tengok tu dia. Dalam mimpi pon masih hormonal and emotional. HAHAHA terus buka buku. Cari-cari tentang rahsia mimpi dan kehamilan eceh. Memang menjelang akhir kehamilan seperti ini, mimpi aneh about your pregnancy and baby have the relevance to you. Jadi jangan bimbang, Takyah pergi berubat kampung.
Perkembangan lainnya ;
- Saya rasa, my stomach had dropped. Saya rasalah. Atau dalam istilah nampak pandainya, dipanggil ‘lightning‘. Di mana perut macam dah turun ke bawah. Kurang menyesak pada ribcage. Saya rasalah (Eh dah dua kali cakap saya rasalah. Nampak sangat tak pasti) SAYA RASALAH! Tapi taklah macam dah turun betul-betul. At least, macam dah mula drop. Saya rasalah (Begitu tidak pasti)
.
- Saya dah mula membuat senaman sempena HARI LABOR! Tak tak bukan hari pekerja maksud saya. Tapi persediaan berhadapan dengan kesakitan in labor. Biasanya saya lakukan senaman tersebut pada baby cot. HAHA tak tahu kenapa baby cot jugak yang kena. Senaman ini penting untuk kita ‘membantu’ our precious little one nanti keluar memulakan hidupnya atas dunia yang fana ini. Kita mesti bantu dia! Mesti bantu dia! Insyaallah kalau saya mendadak rajin esok lusa, saya kongsi senaman yang saya belajar tersebut. Macam biasa, tak janji. Janji Manisku.
.
- Solat sebenarnya satu senaman yang baik dan begitu ngam untuk mempersiapkan pelvic anda. Eceh. Sebaris ayat yang sungguh islamik dan sporty. Bila perut sudah menjadi bahagian terpaling maju pada tubuh badan anda, mengerjakan solat agak sukar. TAPI! Hep, biasa tu dia cakap solat itu susah. Melakukan pergerakan dalam solat memang ada sedikit kesukaran bila perut sudah secomel belon yang penuh udara. Namun yang seronoknya, solat membantu anda (yang malas macam saya) bersenam sebanyak 5 kali sehari (tak termasuk solat Dhuha atau solat Tahyatul Masjid lagi) Kalau ditengok dalam carta senaman ibu hamil, beberapa posisi yang disarankan memang menyerupai posisi semasa kita bersujud, duduk antara dua sujud dan ruku’. Ini semua gara-gara posisi kaki kita yang tidak lagi sopan semasa solat. Dah mula susah nak rapat. Hish, susah nak cerita. Datanglah rumah, biar saya ajar. Jemput jemput. Jangan lupa kalau datang bawa jemput-jemput sekali.
.
- Braxton Hicks semakin kerap. Kadang-kadang, tengah becok bercakap pon boleh terkedu dibuatnya. Braxton Hicks tidak sakit. Tapi ia menyebabkan ketidakselesaan. Sangat kerap. Kerap secara sangat. Jeng je jeng. Fakta ada menyatakan, kekerapan ini sebagai petanda bahawa anda menghampiri labor. Eceh, buat-buat suspen. Dah 37 minggu kalau tak sedar-sedar jugak memanglah sengaja.
.
- Bagi golongan paranoid macam saya, inilah masanya fikiran menjadi sangat kreatif. Macam mana kalau tengah berjalan dalam Big W, tetiba berlaku membrane rupture? Macam mana kalau ter’water breaks’ sebanyak 2 liter semasa sedang makan malam di dalam restoran yang sesak. Pastu habis basah carpet restoren tersebut. Will everyone of them forgive me sebab kacau selera orang tengah makan? Lagi teruk, macam mana kalau membrane rupture berlaku semasa sedang tidur. Habislah tilam I. Dalam kata lain, biar basah carpet restoren jangan rosak tilam sendiri. KAH KAH KAH apa kau cerita ni hah? Minta maaf semua.
.
- Babies loved me. HAHA statement gelis tapi betul. Pergi mana-mana pon sekarang ini, mesti dimengorat oleh bayi-bayi orang lain. Last time semasa sedang makan di sebuah restoren nama dirahsiakan (Eiii annoyingnya dia ni tetiba rahsiakan nama restoren) ada one baby boy yang seated next to our table. Dia boleh tak jadi makan sebab tersembur-sembur saying hi dan lambai-lambai dekat saya. Sampai parents dia terpaksa mempaksa dia makan. And then dia macam baru kena happy pill ke apatah. Sangat gedik dia itu main mata dengan haku. Nasib baik comel. Pastu bila husband saya perasan, dia pon berkata ; Nak kena agaknya budak sebelah ni kacau bini orang. HAHAHA.
.
- Saya rajin sangat makan sekarang ini. Sudahkah saya memberitahu anda tentang ini?
.
- Saya masih mengambil vitamin ; Blackmore for Pregnancy & Breastfeeding. Tapi disebabkan macam dah rajin sangat makan (sudahkah saya memberitahu anda tentang ini? HAHAHAHA) sometimes saya skip sebanyak satu hari. Dan dari dua bijik, menjadi satu bijik. Tapi masih mengambilnya. Dan akan terus mengambilnya sungguhpon selepas bersalin kelak demi menyusui anak insyaAllah.
Cukuplah perkembangan-perkembangan tersebut dikongsikan. Sebab tak tahu apakah lagi perkembangan yang mengembang. Nak kata badan mengembang, tak ada. Sungguh saspen. Mana tahulah kalau-kalau selepas bersalin ini mengembang macam besi semasa terkena haba. Ewah, sains darjah 4.
Disebabkan saya ini nak dikatakan rajin macam memang bukan sedang rajin. Tapi sebenarnya macam tengah berbaik hati dan berbaik mood. Maka apakan kata, kalau saya berkongsikan sedikit sebanyak (sebenarnya memang sedikit, tak banyak) pengetahuan tentang pemakanan yang saya tahu semasa hamil.
- Jangan sampai terlebih vitamin A sebab tak baik. Bukan maksud dia, anda jadi orang yang tak baik kalau terlebih vitamin A. Tapi, vitamin A yang berlebihan tidak baik untuk baby. Iaitu Vitamin A dalam bentuk preformed yang boleh didapati dari product tenusu macam susu atau telur. Terlebih Vitamin A jenis ini boleh menyebabkan birth defect dan juga liver toxicity. Tapi Vitamin A yang datangnya dari vegetables atau fruits, makanlah sesuka hatimu. Makan sampai akhirnya vitamin A pula memakan kamu.Oh. Tapi saya ini kes pelik sikit. Punyalah paranoid masa awal kehamilan dulu, sampai takut nak makan carrot. Sampai sekarang pon tak makan. HAHAHANEH.
.
- Parsley tidak disarankan makan semasa hamil. Saya memang mengelak sangat-sangat dari termakannya tapi sometimes termakan juga. Sebab dekat sini memang budaya orang mencampurkan parsley dalam hampir kesemua menu. Tak habis-habis dengan parsley di sana sini. Kenapa tak elok? Sebab dia boleh menyebabkan uterine contractions yang menyebabkan keguguran. Macam tidak pernah dengar bukan? Adakah ini cerita dongeng? Sebenarnya ini pengetahuan common yang selalu dinyatakan dalam mana-mana panduan pemakanan semasa hamil yang saya pernah dapat.
.
- Tuna juga tidak baik. Dia tidak baik bukan sebab dia jahat. Tapi sebab dia mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Selalu dengar dalam televisyen, semasa hamil jangan makan tuna. Semasa hamil jangan makan tuna. Heh. Kecoh betul ibu-ibu hamil. Padahal dulu saya suka makan. Selepas kerap disogok dengan halangan JANGAN JANGAN JANGAN, terus tak makan T____T High mercury boleh menyebabkan slow development pada bayi anda dan lagi dahsyat, menyebabkan brain damage. Chunk Tuna macam dalam tin yang kita suka makan dengan roti Gardenia semasa malas memasak itu sebenarnya boleh dimakan secara moderate. Tapi kalau boleh, elakkan. Tak apa. Takyah makan tuna. Makan salmon lagi sedap. Dah la sedap, mewah pulak tu HAHAHA I DON’T REALLY LIKE SALMON. Lagi satu lagi satu. Kebanyakkan jenis ikan yang digunakan dalam sushi pon tinggi merkurinya. Pastu husband asyik cakap YOU JANGAN MAKAN SUSHI EYHHH! Eleh, I tak suka sushi la! Never! Sushi buat I muntah. Raw and blerghhhh.
.
- Alchohol. Bahaya. Malah berdosa, Allah larang. Tapi yang itu memang semua pon tahu. Memang kita semua tak mengambil alchohol bukan? Tapi jangan mengidam nak minum perfume Dior Addict. Tak baik. Alchoholic. Nanti baby tidak sempurna sifatnya. Kalau beli Dior Addict, sembur kat baju. Jangan makan.
.
- Rokok. HAHAHA Janganlah kamu memakan rokok. Bukan sahaja semasa hamil, semasa tidak hamil pon tidak boleh memakan rokok.
Tapi jangan bimbang. Memanglah. Kadang-kadang bila terlajak makan, rasa menggelabah macam langit runtuh. Rasa macam tak bertanggungjawap. Macam seorang ibu yang tidak sihat. Maafkanlah diri sendiri. Biasalah tu, terlajak. Yang penting, cubalah berdisiplin sebanyak-banyak yang boleh. Sesetengah makanan, elok dielak atau dikurangkan. Bukanlah sampai tak boleh makan langsung. Berfikiran positif. Jangan lepas makan sushi sebanyak satu gigit, pastu rasa macam bersalah seumur hidup ke apa. Tapi kalau terlajak minum alchohol, memang ah tak nak kawan dengan dia dah. Pergi taubat sekarang.
Begitulah dia kisah yang dimulai dengan perkembangan peribadi tentang kehamilan saya. Seterusnya disertakan dengan pengetahuan yang tak berapa nak banyak tentang pemakanan ibu hamil. Dan diakhiri dengan satu ayat taubat tentang berdosanya meminum arak. HAHAHA.
Ingat, jangan minum arak. Arak itu syaitan yang punya. Tak baik ambik orang lain punya.
Posted by chika under
My Baby You,
My Fancy Pregnancy Kurang dari 30 hari Insyaallah. Dengan izin-NYA, jadi ibulah saya. Dan jadi ayah lah suami saya. Pagi tadi, sebelum keluar pergi makan, husband cakap ; Ya Allah. Baby nak lahir dah. Semalam lepas baca booklet yang hospital hantar, I dah mula rasa …. Oh, ni tak kelakar ni. Ni benda serius ni.
HAHA.
Yes, honey. Tak kelakar.
Petang semalam, antenatal check up untuk minggu ke 36. Start from next week, kami kena pergi weekly check up.
Record minggu ke 36.
Mommy’s weight : 52 kg (whaaa still?)
Baby’s weight : 2.6 kg (whooa baby, you serious?)
Saya tak menjangkakan langsung baby dah sampai 2.6 kg (estimated weight). Bagi saya, ini cukup besar! Tapi bagi doctor tersebut ; Your baby is a little bit smaller. But still, don’t worry. Normal for Asian baby.
Tahulah, tahu. One of my friend dekat sini ada cerita dekat saya last week. Ada Malay yang lahirkan anak 3 point something punya berat dekat Brisbane. Normal lah bukan? TAPI! Jadi kes agak mempelikkan sedikit. Sampai mereka nak buat test itu ini. HAHAHAHA. Dah tahu dah, dah tahu dah. Nanti lepas deliver baby mesti akan dipenuhi kata-kata aluan sekapur sirih ; What a tiny baby! See the emak lah (Jangan see the ayah LOL)
Baby’s head belum engage. Jadi, jangan bimbang sangat. Dan doctor pon kelihatan sangat steady dengan perkembangan saya. Saya rasakan (Saya rasalah) dia tak anggap pon saya ini seorang yang sarat. Sebab bila saya tanya pasal labour, dia senyum saja. Dia cakap dia tak expect saya akan masuk labour nenoneno emergency! Maka dengan itu, saya dah buat decision dah. 1 May nanti, nak ikut husband pergi Coolangata ambik Mak Yang dengan Ijat. HAHAHA begitu daring? Alah, tak akanlah suddenly nak rush into labour kan? Melainkan saya macam dah dapat any signs of labour. Kalau macam itu, the day husband pergi jemput Mak Yang dekat airport, saya rela ditinggalkan dekat hospital. Haku gayat!
Oyya. Semalam hospital hantar booklet mengandungi information tentang labour, giving birth and breastfeeding. Saya baru baca sikit. Husband yang baca beriya-iya dengan penuh penghayatan.
Saya tertarik dengan water immersion in labour. Tak tak. Bukanlah nak buat water birth. Yang itu saya macam … err … anehlah. Tapi sementara bersakit-sakit, kalau dia nak offer, saya mahu! Berdasarkan hikayat yang tertulis, water immersion can speed up labour. Tapi, tengoklah. We can’t really tell.
Apalagi heh yang mengujakan. Hooooooyeah. Hospital juga menawarkan pilihan makanan halal (Terima kasih Ya Allah. At least saya tak perlu risau kena makan vegetarian food, I tak suka!) Dan makanan yang disediakan adalah dalam bentuk buffet. Erk? Betul-betul sengaja tau hospital neh. Nak mengaburi mata ibu hamil supaya memikirkan betapa indahnya kelak masuk hospital. Sumpah betul-betul punya khayalan manis dibaginya dalam pamphlet tersebut. Husband dapat bed untuk bermalam selama satu malam. Tapi kalau dia ada emergency case, saya pasrah. Pergilah menselamatkan nyawa pesakit okek. Tapi I wonder, aku peduli ke nanti dengan semua benda ni? Lagi-lagi tang makan tu. After delivery biasanya kita akan berselera hebat ke nak makan? Atau sebenarnya kita akan tertidur macam beruang musim sejuk?
Sejuknya cuaca! (tetiba)
Maka dengan itu, selamat berjumpa lagi.
Posted by chika under
Uncategorized Food cravings during pregnancy is normal, yes? Bila jumpa preggomates atau bila someone jumpa a preggo, selain bertanya how many weeks? Girl or boy? Badan naik eyh? Soalan mengidam apa pon mesti ditanya sekali. Sebab, food cravings dengan pregnant mommies bagaikan aur dengan tebing (kita mengatur langkah seiring…. Hi, saya suka Francesca Peter. Okay okay tak faham apsal tetiba keluar Francesca Peter)
Ni cerita emak saya.
Suatu pagi pada tahun 1985 yang historical, emak mencuci kain bersama kakak iparnya menggunakan sabun buku FAB. 80′s show la, masa tersebut pencuci Donny 4X belum sampai lagi. Cuci punya cuci, tetiba emak mengeluarkan statement tak boleh blah ; Apsal sabun ni bau pisang?
Sabun bau pisang ye, kawan-kawan.
Kakak ipar emak saya menganggapnya tidak kelakar. Esok pagi, emak mendapati terdapat pisang di atas meja buatnya. Dari bapa, with love. Emak gembira senang hati. Makan pisang yeay!
Rupa-rupanya, ibu saudara saya mendapati bahawa statement emak yang mensamakan bau sabun buku dengan pisang merupakan sejenis MENGIDAM. Emak belum tahu ketika itu bahawa dirinya berisikan err… saya. Ceh, benda pertama saya rasuk emak ialah pisang rupanya. Gila kampong punya taste bayi tersebut. KAHKAHKAH.
Nampak tidak? Food cravings boleh mengakibatkan ketajaman deria sampai ke tahap yang bukan-bukan bagi seorang yang hamil. Saya pula? Err. Sebenarnya kalau bercakap pasal mengidam neh, saya tak berapa banyak cerita. Sebab saya macam tak ada mengidam apa-apa secara istimewa sampai boleh dikenang oleh sejarah. Macam biasa je. Macam tetiba teringin ini, teringin itu. Tapi kalau tak dapat, tak apa. Tak akan menghancurkan sebuah kenderaan atau memusnahkan harta benda ke apa kalau tak dapat apa yang diidamkan tekak. Alhamdulillah.
Atau mungkin sebab anak saya tahu yang emaknya tak ada upaya nak memenuhi setiap keinginan. Habis. Dah kalau bangun pagi je, saya teringat nasik lemak bungkus daun pisang harga singgit. Bila bangun pagi je, teringat kuih cucur badak buatan Mak Yang. Mana nak dapat? Mana? Mana? Sebab itulah kot, saya jadi terbiasa. Jadi macam tak kesah sangat kalau tak dapat.
Ada orang nak makan telur penyu live dari Rantau Abang (ha kau!)
Ada orang nak makan telur dinosaur live dari zaman purba.
Ada orang nak makan telur burung kasawari live dari safari.
Macam-macam jenis craving pon ada. Sampai kadang-kadang, jadi terpelik orang ramai dibuatnya. Lebih dramatik untuk dikongsikan, mak cik saya pernah cerita. Tak tahulah ini cerita betul ke atau mitos mahupon lagenda orang kampung. Kononnya ada ibu mengidam nak makan daging anak sulungnya semasa hamil anak kedua. Astaghfirullahalazim. Kalau benarlah bagai diceritakan, ini boleh masuk koleksi kisah seram.
Sebab itu setiap kali menghubungi bapa, bapa mesti tanya ; Ada mengidam nak makan apa? Saya mesti bagi jawapan default ; Adalah sikit-sikit nak itu ini. Tapi taklah teruk sangat. Mesti bapa akan cakap ; Ingat. Jangan sampai yang bukan-bukan. Itu bukan mengidam, itu gangguan iblis.
Kembali kepada kisah saya. Mengandung memang buatkan kepala kita takda henti berkisarkan tentang makanan. Saya tak tahu apa jenis cuisine kah dalam kepala anda. Mungkin terkenang African Cuisine ; makan monkey ke apa yuckkkkss. Mungkin terkenang Luxurious Italian Cuisine atau apa-apalah. Tapi bagi saya, kepala asyik teringat nasik panas dengan kicap dan ikan goreng. Pastu teringat ais krim. Pastu teringat limau mandarin. Pastu teringat ice cream lagi. Pastu teringat ayam goreng kunyit. Pastu teringat ice cream lagi sekali. Pastu teringat teh ais tapi akhirnya minum teh O panas. HAHAHA loser gila.
Nasib baiklah benda yang sering berlegar dalam kepala ni benda-benda yang aku boleh kerjakan sendiri dekat dapur. Maka, itu hari teringin makan benda goreng-goreng sahaja. Seperti ;

Ketam goreng dan mackerel goreng.
Bagi saya, ini dah cukup enak sampai boleh lupa keenakan duniawi yang lainnya. Eceh. Over.
HAHA tengok ketam ni, teringat Raracandyfloss. Budak neh tak ada kerja lain, dekat twitter kejap kejap tuit ; Mama nak masak ketam. Mama nak masak ketam. Mama nak masak ketam. Hoh. Hari-hari kau makan ketam ye. Rupa-rupanya dia kata, dekat rumah dia memang senang dapat ketam fresh baru naik dari laut. Patut lah. Rumah Kakak Chika pulak senang dapat kelawar fresh. Terus dari pokok mangga depan balcony. Mahu sikit?
Bunyi kelawar scary weh!
Naaah!
Dalam hal lainnya. Ada sehari tu, rasa macam nak makan pumpkin sangat sangat. Saya ni memang penggemar labu masak lemak yang terpaling freak di dalam dunia (lantik sendiri) Kira kalau nampak, tak akan lepaskan peluang. Walaupon sebenarnya saya tak tahan makan labu. Memang terus berangin perut. Silap-silap boleh tumpas seharian. Tapi naakkkkkk jugak. Biar perut jadi taruhan.
Tapi sekarang tengah mengandungkan. Saya tak berapa berani nak makan. Takut nanti sakit perut berangin ke apa sampai tak boleh dikawal. Tapi macam nak jugak, nak jugak. Terus call emak. Tanya, boleh tidak saya makan. Emak macam biasa, dulu masa saya belajar dekat UKM, emak selalu pesan jangan makan labu sebab saya tak tahan. Nanti susah. Kali ini pon, emak cuba menghalang tapi tak berapa menghalang.
Kalau dah nak sangat, makanlah sikit. Nanti lepas bersalin lagilah tak dapat makan. Takut baby tak tahan pulak. Cakap emak.
Tak tunggu dah. Terus masak sendiri.

Jadilah. Melepas gian.
Kesannya? Memang disco mania dalam perut saya. Angin bergembira di dalam perut sepanjang malam. Tapi nasib baik tak berapa teruk. HAHAHA puas hati aku. Cukuplah tu. Lepas ni tak dapat pon tak apa.
Bang, I mengidam Honda Civic, Bang.
Seorang isteri yang sarat mengandung tetiba terjaga tengah malam dan mengejutkan suaminya dengan keinginan yang begitu BERSELERA tersebut. Tersedak suami.
KAHKAHAKAH. Yang itu ustaz cerita masa saya pergi kursus kahwin dulu. Heh. Gila pandai dia mengambik kesempatan. Tak tahulah kalau dia teringin makan Honda Civic ke apa. Selepas telan sebijik Honda Civic, mungkin bayi dalam kandungannya tak memerlukan uterus lagi. Terus lepak dalam kereta tersebut sampai dilahirkan. Sangat mitos.
Petang ini ada antenatal check up. Teh ais, yeay!
.
.
Anda, mengidam apa?
Huh, apa?
Mengidam nak makan angin di Eropah selama 30 hari 29 malam?
Posted by chika under
Travel : Australia Hai, kembali.
Dengan perasaan yang begitu baik dan segar.
Minggu lalu semasa mengerjakan cuti, kami telah berpergian ke Taman Tema Pasir Emas, bukan Kelantan. HAHA. Gold Coast. Asalnya merancang untuk berendam macam badak berendam (masih ingat?) tapi akhirnya tidak menjadi. Gara-gara kesejukan cuaca musim luruh. Dah siap dah dengan burqini berjalan ke hulu hilir. Namun, setitis air pon tidak membasahi baju.
Singgah Surfers Paradise terlebih dahulu demi semangkuk chicken soup yang selalu dalam ingatan. Tetiba, macam igauan ngeri. Dah tak berapa nak sedap pulak. Itulah dia. Benda kalau dipuja berlebihan akan membawa kepada kekecewaan.

Lunch dahulu di India Gate.

Taro Milk Tea! Minuman teh berperisa keladi. Yummmm. Selama ini asyik bantai Easyway punya milktea. Pada hari tersebut, telah tercuba taro milk tea dari Tea Etc. Lebih menggemarinya. Siapa belum pernah mencuba taro milk tea, cubalah. Pasti suka. Pasti. Pasti. Bukan tadika PASTI. Yang itu kita cerita lain kali T___T
Boring eyh cerita pasal makan minum? Blog makanan memang bosan. Sebab dahlah tak boleh makan, boleh tengok saja. Macam mempermainkan perasaan orang yang mentengoknya. Tapi tak apa. Segmen makan minum tamat sampai sini. Sekarang masuk segmen hiburan.
Oy oyyy baru ingat. Across the road from India Gate, kononnya terdapat sebuah kedai menjual Ugg Boots secara murah. Memang mitos. Kononnya warehouse sales. Dah terbayang dah nak beli enam tujuh pasang (exaggerate sangat) Lain kalilah kalau macam ini punya mahal. Boot yang saya berkenan berharga around AUD200 – AUD300. Kena fikir dengan lebih jauh lagi. Mungkin setelah berfikir sejauh-jauhnya, kita akan sampai ke satu tempat yang sangat jauh sampai takda ingat lagi tentang ugg boot tersebut. HAHAHAHA. Namun, memiliki ugg boot untuk winter ini macam kemestian atau sebenarnya macam lepas makan tak basuh tangan. Eceh. Hish. Overpriced! Erase erase!
Ada 2 sebab kenapa kami mengerjakan cuti di Gold Coast. Pertama, sebab memang terlanjur nak ke immigration. Kedua, sebab nak ke White Water World untuk mencuba ride baru. Ketiga (Aik? Tadi kata dua, apsal jadik tiga? Sebab sebenarnya memang tiga) untuk menyaksikan Illuminate Show dekat Dreamworld. Dan keempat, eh over gila. Banyak pulak sebab kau ye.
WEDGIE!

Wedgie adalah high thrill ride terbaru di White Water World. Menurut suami yang telah mencuba secara sendiri sebab isteri tergolong dalam golongan individu yang tidak dibenarkan bermain, ride tersebut taklah berapa nak thrill. Atau dalam kata lain, macam biasa saja. Huh. Beratur bukan sikitlah punya panjang. Namun demikian, saya akan cuba kelak bila layak.
Theme park tersebut tutup jam 5 petang. Ada lagi setengah jam kalau nak bermain air. Tapi akhirnya, saya kata tak mahu. Sebab cuaca dah cukup mensejukkan. Ni kalau masuk dalam air ni, ada chance seminggu saya terlantar.
Terus masuk Dreamworld untuk solat Asar dan Maghrib. Punyalah malu. Saya pakai burqini tahu. Pastu semua orang pandang-pandang kat perut saya. Mesti mereka pelik, ni perempuan gemok kah atau mengandung neh? Kalau mengandung, apsal pakai pakaian mandi? Mana mungkin ibu hamil bermain rides? Sumpah malu sampai akhirnya, masuk surau dan terus mensalin pakaian. Khuatir dituduh gemok. HAHAHAHA.
Husband sempat membuat kelakar. Dia cakap, macam nak pakai statement T-Shirt berbunyi ; I am not pregnant, I am fat. She is pregnant.
Eh, ada orang mengaku fat pula ye. HAHAHA Hep, jangan marah jangan marah! Dah lah pergi dinner ala-ala Kevin Rudd tak bawak wife sob sob sob T_______T
Jam 7 malam. Acara yang kami nanti-nantikan ….
ILLUMINATE SHOW.
Light & Laser Spectacular.
Of high-powered lasers, oversized water screens, special effects, pyrotechnics, architectural lighting, surround-sound and digital image projection. Memang mengujakan. Kalau bawa kanak-kanak, lagi meriah. Tapi membawa anak di dalam kandungan pon, meriah juga. HAHA.

Susah nak cerita. Tapi dia punya light and laser memang awesome. Cantik sangat. Featuring Spongebob and Squidward. Sangat happening show tersebut. 
Inilah kali pertama, ada show lewat malam dekat sini for families. Eceh. Lewat malam. 8 malam dikira lewat malam ye.
Benarlah bagai dikata. Memang kami pergi berhibur sampai ke malam. Balik dari Gold Coast, singgah makan. Okay okay, takyah disertakan laporan bergambar. Sebab dah janji dah tadi tak tunjuk gambar makanan dah. HAHA.
Sudah. Saya mengantuk. Cuaca sejuk. Letih. Betul-betul punya separuh hati nak buat entry ni.
Posted by chika under
Uncategorized Hai blog.
Hai blog bosan.
Hai blog, aku bosan.
Hai blog, bosanlah.
//
Blog dah lah bosan. Semasa bosan, blog pula. Membosanlah di sini membawa diri mentulis blog. Aku sedang mempaksa diri menulis blog (dengan muka bosan dan kepala membosan) Padahal aku sangat berkuasa. Kalau aku nak biar dia seribu tahun takda update pon, aku sangat berkuasa. Bukan?
Seribu tahun takda update.
Relaku ditunggumu….
Seribu tahun lama lagi ….
Namun benarkah hidup, engkaukan selama itu …..
Uuuuuuuu.
Crap-lah engkau.
Aku hamil 36 minggu. Lagi 4 minggu untuk pergi memmberikan kelahiran (dengan izin Allah SWT) Secara hormonnya, aku terganggu betul (Chika, jangan macam tu tak baik nanti kesian baby stress hish! Bolehkah sekali-sekala manusia jangan cakap benda cliche. Boleh?) Aku lagi gembira kalau aku tengah bertarung dengan kesaktian hormon, orang cakap ; Itulah dia. Mengandung memang macam tu. Memang semua tak kena. Memang emosi buruk. Tak apa Chika. Itu perkara biasa, jangan bimbang. Aku di sisimu. I wish.
Aku tahulah sampai level mana aku patut pergi. Kalau aku cakap aku stress pon, sebenarnya aku cakap kosong saja. Sebab stress yang aku gembar-gemburkan sebenarnya aku boleh atasi sendiri. Jadi bila aku cakap aku stress, dan orang bercakap macam aku ini pathetic sangat sampai kena bagi aku kaunseling, aku rasa macam blergh. Tengok, betapa hormon membuatkan aku jujur. Dan kejujuran memang menyakitkan hati orang lain. Tapi perkara baik dia, aku jujur.
Dalam perkembangan lain, lewat kebelakangan ini aku banyak nak komplen. Secara cliche-nya, boleh salahkan hormon. Macam tak kreatif bukan? Bila perempuan nak emotional saja, mesti nak petik pasal hormon. Boring ah.
Banyak benda aku nak komplen. Semua benda yang berlaku di persekitaran pon aku nak komplen. Sampaikan perangai beberapa kenalan pon aku dah mula rasa nak komplen dalam hati. Sebab dia kawan, jadi komplen dalam hati. Nanti bila hormon (hormon hormon hormon! Balik-balik hormon) dah betul, mesti menyesal sebab komplen rakan sendiri. Tapi itulah dia.
Erk. Aku tulis lagi satu entry berciri komplen, boleh kah? Hey hey. Sejak bilakah aku kena mintak izin sebelum mengerjakan blog aku sendiri? Aik? Takkan inipon kerana hormon juga? Hormon, keluar sekarang!
Aku tak mintak izin. Sekarang aku akan tulis perkara berciri komplen tanpa izin siapa-siapa.
Subtopic : Kebelakangan Ini, Aku Tidak Berkenan …
1. Nasihat yang tidak diminta.
Contoh (perhatikan) ; Kalau nak beli stroller, beli jenama BAYIKUCANGGIH (contoh, aku reka). Sebab jenama ini bagus. Bergaya bila digayakan oleh ibu-ibu yang asalnya memang tak berapa nak bergaya. Tahan lama, tahan lasak dan tahan cuaca. I beli yang ini. Tapi mahal sikit (mengambil kesempatan meningkatkan level diri) . Kalau nak murah (mengambil kesempatan menjatuhkan level orang lain), kamu beli jenama BAYIKUKURANGCANGGIH (contoh, aku reka) I tak beli yang ini. Mula-mula nak beli, tapi sebab BAYIKUCANGGIH lagi bagus. Walaupon mahal sikit (lagi sekali ambik kesempatan)
Nampak tidak? Nasihat pemilihan stroller adalah tidak begitu penting bagi aku. Adalah membosankan bila benda yang dahlah tak penting, tak diminta pulak tu, datang bertubi-tubi dalam pelbagai gaya. Aku tak berapa nak gemarlah ketika ini. Ini contoh. Ia boleh jadi bukan sahaja tentang stroller. Tapi tentang macam-macam yang lainnya yang berciri nasihat tak diminta dan tidak begitu prior. Kalau nasihat JANGAN MAKAN TELUR DINOSAUR SEMASA HAMIL MINGGU KE 36 NANTI ANAK BESAR, SUSAH KELUAR, yang itu macam boleh pakai. Contohlah, contoh. Boleh faham tidak? Beza antara nasihat tak diminta yang tidak berguna dengan nasihat tak diminta tetapi berguna.
.
.
2. Mereka Yang Sedang Meratapi Kehancuran Yang Entah Apa-Apa.
Chika, aku sedihlah dia buat aku macam ni. Kenapa nasib aku macam ini? Semua lelaki tak guna betul. Lebih tak berguna daripada Comot (nama hamster dia) Kenapa aku kerap dipertemukan dengan lelaki seperti ini? Oh sedih sekali. Apa kurangnya aku? Tapi Tuhan pasti bantu kalau aku merayu padaNYA.
Memandangkan tadi aku ada berkata, bahawa hormon membuat aku jujur sekarang ini, maka biar aku jujur kali ini. Kalau engkau mesej aku secara urgent macam dah kes emergency sangat sebab nak berbicara pasal hati patah dengan aku, aku minta maaf. Aku bukan ignorance sangat. Tapi aku tak berapa rajin nak mensusahkan diri aku dengan kesusahan gred B seperti ini. Aku tengah runsing dengan kehidupan yang lebih serius. Yang berlegar tentang memberi kehidupan baru dan mempertarung nyawa tidak lama lagi. Malah, aku juga sedang runsing dengan hal ehwal mengutuhkan rumahtangga dari macam-macam segi. Bila kau datang dekat aku nak cakap pasal kesusahan yang sebenarnya tak berapa nak susah ni, kau macam buat aku rasa tertekan.
Ya ya. Patah hati memang sakit. Tapi apsal kau carik penyakit? Look at you. Madah pujangga ada berkata ; Kalau mencari yang baik, pasti kebaikan yang engkau dapat. Kalau mencari yang tidak baik, tidak baiklah. Macam itu saja. Pasal Tuhan pasti bantu itu. Benarlah. Tuhan pasti bantu kalau engkau mencari bantuanNYA kepada yang baik-baik. Bapa selalu berpesan ; Jodoh kita adalah sebagaimana kita sendiri dan sebagaimana tempat kita bertemu dengan jodoh tersebut. Macam tak payah dihuraikan. Boleh faham tidak?
Pasal kenyataan bahawa semua lelaki tak guna itu pula. Orang yang pernah menyatakan itu, memang dia sendirilah yang tak berguna. Memang satu ayat yang meluatkan sekali bila orang kecewa mengucapkan kata-kata menyeluruh seperti itu. Disebabkan satu lelaki tak berguna mengalahkan Comot (nama hamster, ingat?) habis semua lelaki pon kena. Pendek akal. Dengan itu, perenggan ini menjadi point nombor 3 aku. Sekarang kita ke point nombor 4.
.
.
4. Hentaman Tak Bagi Salam.
Disebabkan aku pernah membuat entry seperti INI, ramai mula menyusahkan kepala sendiri dengan menjadi pelik. Chika, I ingatkan you pergi private hospital.
So?
Aku memang pergi private hospital. Aku takda pernah kata pon yang aku akan bersalin dekat public hospital. Entry tersebut adalah seruan supaya menjadi lebih sensitif dan tahu nak respect pilihan orang lain. Entry tersebut bukan sama sekali bermaksud, aku adalah penyokong Public Hospital dan Private Hospital adalah tak guna. Kalau nak tahu (kan aku begitu jujur kali ini) aku adalah penggemar hospital swasta. Dahulu, kini dan selamanya. Maka jangan ambik kesempatan buat-buat macam bengap.
Betul kan Chika, orang yang pergi private hospital ni memang sengaja je. Tah apa-apa nak buang duit. Pergi je la public. Kan? Hospital swasta bukan bagus mana pon. Setakat nak selesa. Dorang ni jenis nak melebih-lebih. Bayar mahal-mahal padahal beranak tetap beranak macam orang lain.
Aku tak tahulah niat dia bercakap samada ;
a. Dia memang pikir aku anti hospital swasta sebab tu aku buat entry tersebut dulu.
b. Dia tahu aku sebenarnya pergi private hospital, maka sengaja nak buat aku rasa macam tak guna.
c. Dia memang becok banyak cakap.
Bulatkan jawapan yang benar (15 markah)
Dah lama dah aku rasa nak betulkan cerita ini. Sejak aku mengeluarkan entry tersebut, ramai rupanya yang bersusah payah memikirkan hal ini. Sampai tak habis-habis nak pelik, adakah aku pergi hospital swasta ke atau kerajaan. Sekarang tidak perlu pelik lagi. Aku pergi private hospital. Sebab itu pilihan aku. Namun aku tidak memandang serong pada yang mempercayai public hospital. Bagai yang pernah dibincangkan oleh meraka yang tahu dan memahami, public hospital pon banyak kelebihan dia dan ada juga kekurangan dia. Cuma, hormatilah pilihan orang lain. Aku hormati pilihan orang yang ke government hospital. Sekarang, hormati pilihan aku juga. Boleh? Itu juga dinamakan SENSITIVITY ye.
Tak tak. Tak ada kena mengena dengan semua komen bernas yang dibincangkan. Aku suka dan hargai semua komen. Cuma aku tak hargai bila orang mengambik kesempatan ke atas entry tersebut untuk mengenakan aku pulak. Pantang ada chance, menyelit je nak kenakan orang. Budaya orang tak ada kecemerlangan.
.
.
5. Penyibuk Yang Memusykilkan.
Kebelakangan ini, aku rajin tweet. Bukan tweet macam tuitttttt masa tengah main kejar-kejar sebab nak pergi tandas tu. Maksud aku, TWITER. Aku gemar twitter sebab aku boleh membebel dan komplen secara rambang dan mambang secara bertubi-tubi secara syok sendiri. Iaitu, boleh tiba-tiba emo tak bertempat tanpa ditujukan dekat siapa-siapa. Kira macam cakap sendiri dan berpuas hati sendiri. Contoh (blog yang komprehensif dan praktikal mesti kena bagi banyak contoh) ; Kuatnya angin petang ni habis kain batik aku terbang pergi rumah jiran. Habis jiran tahu corak kain batik aku!
Perhatikan. Sengaja emosi dan mengamuk sorang-sorang tanpa menujukannya secara spesifik kepada sesiapa. Dan tanpa peduli akan perhatian siapa-siapa. Seronok bukan?
Tapi, keseronokkan bertwit ada kalanya diselang-selikan dengan rasa jengkel apabila disampok oleh sampukan penyibuk. Contoh lagi ; Cakap pasal sapa ni? Pasal sapa ni? Nak tahuuuuuu.
Apa engkau ingat aku gila? Kalau aku nak bercakap dan memaksudkan seseorang, aku tak cakap secara terbuka di hadapan 528 followers aku. Kalau ingin tahu, aku TAK PERNAH memaksudkan siapa-siapa semasa bertwit. Aku suka-suka saja nak komplen random. Sebab kalau nak marah individu tertentu, aku tak buat melalui cara itu. Aku tak berani. Sebab dalam 528 itu, engkau gila! Pasti ada yang boleh menghidu itu ini. Jadi, aku nasihatkan kalau nak join aku dan rakan-rakan berdiskusi twitter pada topik yang macam hangat konon, jangan pikirkan siapa-siapa dalam kepala. Kalau kau nak pikir jugak, biarlah ia berlaku dalam kepala engkau saja. Sebab biasanya, aku suka emosi secara mendadak tak ada arah tuju. Engkau je susah susah menyibuk.
.
.
6. Peniru Dan Penjejak Yang Mengekori Di Mana-Mana.
Pelik tidak? Macam manakah ada orang yang secara personalnya tidak berapa ada kaitan dengan kita, tapi secara virtualnya, dia adalah connected dengan semua rakan-rakan rapat (dan tak berapa nak rapat) dengan kita. Contohnya dalam Facebook. Mutual friends beberapa orang dengan aku (yang aku tak kenal pon dia secara real) adalah mencecah ratusan orang. Macam …. Eh apsal? Bila ditengok-tengok, semua kawan-kawan aku di sana sini pon kawan dia juga. Tak aneh, kalau dia kenal semua rakan universiti aku. Mungkin dia pon satu universiti dengan aku. Tapi ini lebih dari itu. Bukan saja semua rakan universiti. Rakan matrikulasi, rakan sekolah rendah, menengah dan rakan semasa aku berhingus meleleh tak reti lap pon ada dalam network dia juga. What the case? Engkau mengekori aku ke?
Boring ah kau ni.
Tanya ah sapa? Aku tak cakap secara personal. Sebab bukan satu dua orang yang macam ini. Jadi, siapa yang macam ini, dia tahulah kenapa. Kalau sudi, tolong jawap. Apsal semua kawan baik aku pon kau nak kenal? Pantang aku pernah sebut, terus kau cari ye.
Hal ini boleh dilanjutkan menjadi kes TIRU. Tiru bukan sahaja macam meniru entry orang dan letak dalam blog sendiri siap dengan gambar bunga ros dan sebagainya. Tiru juga boleh berlaku secara sikit-sikit tak berapa nak tiru, tapi memang ada unsur peniruan.
Contoh ; Hari ini aku bukak topik Hamster (contoh saja, aku tak akan buka topik hamster sebab aku geli), esok lusa atau lagi kelakar, dua minit selepas itu ada orang bukak topik tikus. Memanglah hamster dengan tikus tidak sama. Tapi spesis dia sama.
Kadang-kadang dia tak perlu meniru keseluruhan perkara, tapi dia tiru bahagian terpotong. Misalnya, ayat penuh aku adalah ; Minum Pepsi Cola memang memuaskan nafsu serakah. Nanti dia pon tulis ; Pepsi Cola puaskan nafsu. HAHAHAHAHAHAHAHA macam loser.
Aku tak peduli copycats. Tapi kebelakangan ini, aku peduli sangat. Sebab aku mudah rasa jengkel sekarang ini. Benda kecil pon aku rasa jengkel juga. Walaupon pada keadaan tak pasal-pasal. Misalnya bila aku cakap aku tak suka kuih koci. Tetiba ada orang cakap ; Eh you samalah dengan I.I pon tak suka. Kita banyak persamaanlah. Sumpah aku rasa jengkel tak semena-mena. Padahal tak ada apa pon. HAHAHAHAHAHA.
Lagi satu.
One message inbox.
Nurul. Kita sama. Husband I pon suka bagi bunga kat I.
Grosssssssssssssssss. Ye lah ye lah. Kita semua ni memang sama kesemuanyaaaaahhahaha! Boring ah.
.
.
Sudah. Selepas aku komplen 6 perkara, aku berasa ada lagi 6 juta benda aku nak komplen. Padahal semua ini asalnya benda yang aku tak peduli pon selama ini. Tapi sejak aku diagnose diri sendiri dengan Maternal Behavior Disorder ni, aku jadi particular pasal benda macam ni semua. Tak tahulah tak tahulah! Semua pon aku rasa menjengkelkan.
Itulah dia. Cranky.
Patutlah dulu, bila pregnant saja emak menjadi emo. Ha mulalah tu. Aku aku dah bersedia dah nak dapat nasihat cliche ; Sabar Chika. Tak elok, nanti kesian baby. Baiklah baiklah. Aku dah sedia dah.
.
Banyak kejadian lain aku patut tulis. Tapi sekarang aku hanya cenderung nak komplen itu ini. Harapnya, dengan terkeluarnya entry ini, aku terpuaskan. Esok bolehlah aku update kehidupan aku yang plain tapi bersisi ini. Banyak pulak cerita pending. Aku kalau lama tak update tu, elok dibiarkan saja. Sebab biasanya aku memang tak update bila aku tahu emosi aku tak baik. Nanti jadi macam inilah. HAHAHAHAHAHABIS.
Posted by chika under
Uncategorized Aku nak komplen banyak-banyak.
Malam tadi aku tak dapat tidur lena. Semasa bangun Subuh, hidung aku berdarah macam biasa. Lepas aku hembus hembus sekuat hati, kepala aku pening. Aku kurang tidur. Bila kurang tidur, buas.
Bangun pagi, aku breakfast green tea dengan roti. Aku online, macam biasa. Dan macam biasa juga, macam-macam mesej di sana sini. Aku gembira mendapat mesej. Biasanya dari readers. Aku gembira. Dan berbesar hati bila setiap hari pon ada yang sanggup menaip panjang-panjang memberi sekapur sirih dan mutiara kata indah-indah untuk aku. Dan lebih lapang dada, apabila ada yang berterima kasih sebab aku menulis cerita untuk bacaan mereka. Ia macam perbuatan mudah yang besar impaknya. Padahal, aku pon tak tahu apa saja yang aku telah tulis. Terima kasih lebih banyak sebab membaca.
Tapi.
Pagi ini aku tidak cukup tidur. Aku rasa letih. Semalam aku muntah-muntah macam ibu hamil trimester pertama. Mood aku sangat buruk. Lebih memburukkan keadaan, bila inbox aku dipenuhi mesej-mesej tak bermanfaat.
Contoh ;
Klik klik dapat duit.
Log in dapat duit.
Jutawan segera.
Ikutkan hati aku yang sengsara tidak cukup tidur ini, aku bagi KLIK KLIK DAPAT PELMPANG kang. Aku cuba ignore sejak beratus tahun lamanya (exaggerate) Tapi makin lama, aku makin rasa semak kepala aku bila cuba digoda dengan ‘fenomena’ ini.
Okay ah nanti anak-anak kita semua takyah pergi sekolah. Kita beli high chair empuk-empuk kasi dia duduk. Sediakan laptop seorang satu (kalau anak ada 7, beli 7 laptop). Sementara aku memasak, anak-anak semua tolong mak klik klik jutawan ye. Nanti bapa pon takyah susah payah on call pagi petang siang malam. Kita kaya yahoooo! Macam nak kena pelempang kan?
Sudah lah tu. AKU TAK PERCAYA. Jadi siapa-siapa berkenaan yang rasa macam pernah cuba melbatkan aku, bawak-bawaklah berhenti. Kalau engkau dah kaya, alhamdulillah.
Siapa tak nak kaya?
Tapi memetik kembali kata-kata Foxy Farah yang aku terbaca semalam, ada betulnya. Mereka punya ayat dan cara berkempen tu buat orang yang bekerja keras carik duit tu macam loser saja. Cuba kau baca ayat macam ini ;
Kamu kerja susah payah? Keluar pagi balik malam, anak tak ada siapa jaga. Anak tak mendpat kasih sayang ibubapa. Hujung bulan pendapatan kamu hanya cukup-cukup makan untuk membayar hutang-piutang. Berbaloikah? Saya cuma duduk saja di rumah bersama anak-anak. Hujung bulan, income saya sepuluh kali ganda dari anda. Anak-anak pon selesa membesar depan mata saya. Hidup kami berubah. Tak dibebani hutang malah boleh bermewah. Anda pula, sampai bila? Masa untuk berubah.
Macam jkljhfsrdghjk.
Cakap siang pandang-pandang. Apa tak ada ayat lagi mulia ke program yang kau join tu didik kau? Diam kau sekarang. Masuk lagi Inbox aku kata-kata tahyul macam ni, siap kau orang semua.
Tak tak. Dia tak ada kena-mengena dengan kepercayaan engkau. Tapi engkau kena hormati kepercayaan orang lain. Dah kalau orang tak boleh percaya dan berkata tidak, apa kata engkau diam saja dan akur. Teruskanlah berklik-klik dan log in sana sini sampai pengsan. Nanti insyaallah, kau bangun dari pengsan, engkau sudah pon bergelar jutawan. Sebab aku percaya, itu kepercayaan engkau. Tapi jangan berkeras dan cuba nak tarbiyah orang yang tak percaya (Macam aku) Nanti aku tarbiyah engkau balik, tak sempat jadi jutawan kang. Ayyok.
Okay pagi ini memang aku swing. Friend list aku banyak. Networking aku macam besar juga (walaupon tak sebesar mereka yang sampai bukak fanpage ke apa, tapi cukuplah juga untuk dikatakan sebagai besar) Kalau setengah dari itu setiap waktu forward benda-benda macam ini, kau rasa apa natijahnya ke atas emosi aku? Punyalah seronok bila aku log in saja, tengok banyak gila mesej inbox (bukan banyak wang ye, BANYAK MESEJ) Sekali bukak-bukak je, mesej JUTAWAN SEGERA. Aye aye captain!
Tak cukup itu.
Nama aku di-tag pada gambar tudung lycra (terbaik dari Indonesia! Cepat beli cepat beli!) Kain ela dua pasang lima puluh ringgit! Dan sebagainya. Yang itu pon, maaflah. Aku tidak berkenaan. Jangan buat. Kalau nak buat, buat dekat orang lain. Sebab bila mood aku tak baik, nanti aku mengamok seperti sekarang ini. Nanti engkau pon tersentap, bukan?
Lagi cerita nak kaya.
Chika, Chika. Macam mana heh nak kaya tulis blog?
Jawapan dia, tanya orang lain yang telah kaya menulis blog. Aku tak kaya-kaya walaupon sejak tahun 2002 aku tulis blog. Sebab itu aku tak pernah balas mesej engkau walaupon engkau mesej aku dah masuk kali ke dua puluh empat (exaggerate). Sebab aku ingat, bila aku dah kaya dengan menulis blog nanti baru aku nak jawap soalan kau. Sekarang aku tak dapat bantu.
Nak kaya cepat? Bersedialah untuk jatuh cepat. Tak. Bukan mendoakan. Tapi aku suruh BERSEDIA SAJA.
Kencang betul jantung aku bila tengah marah. Nanti aku dah tak marah, aku buat entry minta maaf. Tak. Bukan minta maaf dekat JUTAWAN SEGERA. Tapi dekat pembaca kesayangan semua sebab tak semena-mena kena baca entry degupan jantung ini.
Malam ini ada makan malam dekat my place. Hari ini aku nak memasak. Masak-masak dapat duit. WTFun.
Eh husband dah balik yeay yeay. Dia pergi beli daging tadi. Kejap saja dia keluar, aku rindu. HAHAHAHAHAGELIS (yeay aku gelak. Aku tak marah kan?) Dia beli Wii Game baru. Cantek ah. Mood aku dah baik dah sejak tengok muka husband aku dua minit lepas. Bye.