Antenatal Class. Stork Baby & You

17 April 2010
Saturday
9 am – 6pm
With ;
STORK, BABY & YOU
Midwives :
Sue Butler
Amanda

At Carina League Club, Carina.
Nampak tidak, belon udara di depan tummy? Ketika itu, 36 minggu 4 hari hamil. Bersamaan genap 9 bulan 4 hari. Atau pon sebanyak beberapa ratus hari. Dalam kiraan jam, sila sila kira sendiri. Na’ah. Suka tau panjangkan cerita. Err. 9 bulan dan menghadiri antenatal class. Sungguh terlewat dan tergesa-gesa. Bukan senang tahu, untuk mendapatkan class yang available. Orang lambat selalu rugi. Tapi kalau lambat beli donut dekat Donut King tak apa. Lagi lambat lagi ada chance dapat donut murah especially waktu mall dah nak tutup. Satu dozen $5. Untung. Heh. Macam tak ada kaitan.
Ada lebih kurang 15-20 couples untuk one day session. Tak berapa ingat. Dalam banyak-banyak tersebut, ada 4 couple sahaja yang sebenarnya sarat. Iaitu melebihi 35 minggu. Yang lain masih steady dalam minggu 20′s. Dan siapa yang berciri sarat, mesti akan disoal; Dah siap hospital bag belum? Ha kau. Husband saya mengaku bahawa kami half way to go. Eceh. Dari bulan lepas pon half way. Tapi kami tidak corot sangat. Ada pasangan yang langsung belum menyiapkan hospital bag (siap mengaku blur tak tahu nak bawak apa) padahal dah lebih 37 minggu. HAHA. At least, kami mulia sikit.
Lama tahu kelas tersebut. Sehari suntuk. Dari duduk tersopan-sopan atas kerusi, sampai duduk terkial-kial (masih atas kerusi) dan membawa kepada antara terduduk dan terdiri-diri. Akhirnya, masing-masing dah tersantai-santai atas carpet. Ada yang terbaring (para suami tapi suami I steady duduk segak dari mula sampai habis) dan saya pula sampai dah lepak begitu best atas bean bag. Dahlah semua pregnant. Tahu-tahu je lah. Orang pregnant mana boleh tahan duduk lama-lama. Berdiri lama pon tak tahan. Dengan frekuensi untuk ber-urine yang begitu high. Por favor!
Patutlah dia pesan bawak pillow. Senang nak tidur dalam kelas. Eh tak. Senang nak comfort badan ke apa. Kelakar. Semua datang bawak pillow beraneka jenis. Macam nak pergi camping. Oh on that note, siapa-siapa bakal pergi antenatal class jangan lupa bawa pillow atau bean bag kalau ada atau apa sahaja yang boleh menjana keselesaan kepada kamu. Tapi jangan sampai bawak tilam. Over. Malu.
Topik yang dibincangkan;
- Labour & birthing positions to enhance progress
- Natural & medical forms of pain relief
- Support persons role during birthing
- Awareness of baby’s behaviour after the birth
- Supports & guidelines for the new parents
- Coping strategies of early parenthood.
Hurm. Banyak ilmu di dada selepas attend kelas. Debaran di dada pon menjadi banyak juga. Sebab pada akhir kelas, ditayangnya video kelahiran secara sungguh benar. Rasa nak pitam. Sue cakap, siapa nak tengok boleh tengok. Siapa tak nak tengok jangan tengok. Saya pula adalah golongan yang tak nak tengok tapi tengok. Ngilu sangat perasaan semasa menyaksikan kepala baby keluar dari vagina. And then the mother (dalam video tersebut) scream gila-gila. Harap nanti saya ingat Allah banyak-banyak dan tak menjerit. Istighfar Istighfar.
She was doing water birth OMG! Tapi saya rasa, position dia masa giving birth (macam bercangkung rather than berbaring) make it easier (looked easier) to push the baby’s head. Macam less possibility untuk tear (I think).
Class tersebut sangat interactive. Sue Butler sangat berpengalaman. She shared a lot of stories yang aneh-aneh juga. Termasuk kisah di mana dia pernah sambut baby, yang dalam labour room tu ada terlalu ramai orang. You know, like you’re having your whole families and friends (macam birthday party) and then bila baby keluar, semua bersorak macam pasukan sorak. Yeaayyyyy! Ya Allah. Tak boleh imagine aku nak bersalin ada pasukan sorak mengelilingi.
And and and. Saya baru tahu! Ada kemungkinan juga baby boleh lahir tanpa berlakunya membrane rupture! O-M-G! Bayangkan. Anda push push push to the max! Tiba-tiba keluar satu satu objek dalam sebuah membrane bulat macam belon. Dan apabila dipecahkan, di dalam itu terdapat anak anda yang sungguh molek halus mulus kecik comel lotey. HAHA macam astronout. Keluar dari dalam belon. Menakjubkan. Jarang kot berlaku. Tapi kawan saya cakap, ada kawan dia pon jadi macam tu. Sampai midwife terkejut. Agaknya midwife tu tak pernah jumpa kes macam tu.
Saya suka activity sepanjang class tersebut. Langsung tak boring. Langsung tak rasa nak balik. Langsung tak teringat nak pergi carik ice cream ke apa HAHA.
Antara activity dia ;

Tulis anything yang boleh membantu labor berdasarkan setiap abjad. Ni group husband saya punya. Group dia menang. Sebab group dia saja yang dapat isi penuh dan siap cepat.
Activity lain yang saya suka ialah activity di mana dia edarkan barangan-barangan secara rambang di dalam sebuah bakul. And then dia pergi dekat one by one of us. Kita pick lah apa barang yang kita rasa kita nak. Ada macam-macam dalam bakul tu. Contoh ; Ada wine bottle, burger, diaper, shoes etc.
Sampai dekat saya, saya pilih shoes. Something like sport shoes warna pink siap blink blink lagi. Kasut kecik saja. Kasut baby. Cute. Bila semua dah pilih, dia suruh seorang demi seorang ceritakan kenapa pilih barang tersebut. Macam mana cerita kamu tu related to healthy pregnancy.
Saya pilih shoes. Sebab ; Before I get pregnant, saya penggemar high heels. Pergi mana pon high heels dan selalu degil. Pergi market pon nak pakai high heels sanggup sakit tumit sampai bengkak dan sebagainya. Langsung tak peduli. Honestly, saya rasa macam ‘cacat’ kalau pakai flat (before) Once I get pregnant, saya terus bertukar! Dari power rangers merah menjadi power rangers kuning. Brfftttt borrringggg! Okay okay serius. Saya terus tekad. Akan pakai flat sahaja no matter what. Demi kandunganku. Errrr.
Betul ke ni? Okay fine. The first 2 months memang saya masih pakai high heels. Selepas itu saya memang tekad dan sampai sekarang pon tak pernah sentuh high heels. Bla bla bla.Di atas itulah point yang saya ceritakan. Teka teka? Apa jadi selepas itu? They loved my points. Sebab mulanya dorang gelak okay dalam kelas tersebut bila saya ambik shoes yang blink blink tu. Dorang gelak sebab dorang bayangkan saya ni shopaholic. Sebabnya, masa perkenalkan diri, husband saya pergi announce; One of the most interesting part to be a pregnant lady, is for me to explore a new range of shopping – Baby stuff it is. Amanda cakap ; Oh lovely! HAHAHA
Saya dapat hadiah! Sebab bagi point yang macam boleh pakai. Padahal masa saya pick shoes tu saya main pick saja. Lepastu baru terhegeh-hegeh pikir apa aku nak gebang ni.
Tapi yang lagi best, adalah satu couple ni. Husband dia pick panties tahu! Seluar dalam wanita yang renda-renda dan begitu seksi. HAHAHAHA. Point dia sungguh lovely dan romantis sekali. Walaupon mulanya nampak macam … hishhhhh kau ni!
His points are ; Dia mewakili semua lelaki yang mempunyai pasangan hamil. Walaupon pasangan mereka sudah membesar perut, membesar badan dan segalanya membesar, tapi bagi meraka (lelaki) pasangan mereka tetap seksi. Dan mereka tetap cintakan pasangan mereka.
Bergemuruh sorakan dari kaum bakal bapa. Dan ketawa bergempita! HAHAHAHAHAHA.
Aktiviti lain adalah seperti membuat senaman for pelvic floor. Bukan isteri sahaja kena buat, suami-suami pon kena buat sama. And then Sue tunjuk cara nak wrap baby, how to settle your baby kalau dia get cranky ke apa. Hurm. Oh. Ada satu activity ni, Sue and Amanda tinggalkan dua orang bayi (dolls) yang bernama Jemima dan … (Darling Husband, help me. I forgot) kepada mana-mana pasangan secara random. Nanti anytime akan berkumandang suara baby menangis. Dan kita semua akan tengok, apa pasangan tu nak buat. Kami tak berkesempatan pula menjaga bayi tersebut. HAHA.
Ah. Too many things to tell! Banyak sangat cerita sepanjang class tersebut. Infromasi-informasi lain saya kongsikan kemudian. Kalau rajin =D
Sebelum pulang ;
Foto!

Saya dengan Sue Butler
(Amanda dah balik awal sebab ada hal)
Fuuuuuu nampak sangat tak ada bakat pegang bayi. Bukankah ada keganjilan di situ? Saya pegang bayi macam antara pegang tak pegang. HAHAHA. Yang saya pegang itu ialah Jemima (kot)

Saya, Sue dan my husband.
Eh eh. Tak pernah tengok ini! Tak pernah tengok ini!
First time tengok suami pegang bayi walaupon berciri doll.
Ada style wey!!
HAHAHAHAHA

Semua orang kena pakai name tag.

Free goodies.
Sue best!
Dia lembut saja. Class dia tak boring.
Oh tak dilupakan juga.
Food juga sedap!
Yummmmm.

Dapat sijil.
Boleh isi dalam resume kalau nak apply jawatan assistant architect kelak.
MUAHAHAHA.




April 29th, 2010 at 10:33 pm
akak rasa, once dapat baby nanti terus terer pegang tu…comelnya Jemima tu…besar dari maknya? heheheh….
April 29th, 2010 at 10:41 pm
entry nih buat saye sengih2..part yg pink shoe tuh dah sengih2, tmbh pulak part panty sexy tuh bertambah2 sengihhhh…hehehe..~
smoga semuanya berjalan nanti yer chika..InsyaAllah..:)
April 29th, 2010 at 10:44 pm
semoga smuanya slamat ;D
sarat dah kak chika ni
April 29th, 2010 at 11:24 pm
tak tau kenapa akak senyum+menangis bila baca entry ni..
harap chika dan suami sentiasa sihat menanti kehadiran khalifah baru..
take care dear.. :)
April 29th, 2010 at 11:45 pm
i’m so jealous over ur loving husband…he is so understanding n caring!! i wish my bf is the same as ur husband…sigh…ur blog really interesting btw..oh ya! do the water birth thing..its proven to b less painful n helps in adapting the baby’s surrounding..like the baby is still in its womb when actual fact ‘dah keluar dari perut ibu’/….haha
chika Reply:
April 29th, 2010 at 11:58 pm
I was once thinking about doing water birth. But then, I think tak nak la (without actually knowing why) HAHA. Ya. Some said, it can reduce the pain. And its true – Its the baby’s nature to be in water etc. Not sure.
Thanks for reading mine. Your turn, will come. You’ll know exactly how does it feels to get married, pregnant and being a mom. Someday, sweety :)
pei ping Reply:
May 4th, 2010 at 1:14 pm
not so soon i guess..dun wanna settle down till i find d rite guy n own my car, hse n stable income :P
April 30th, 2010 at 12:38 am
salam chika,
dunt worry..semuanya akan baik-baik saja insyaALLAH :)
April 30th, 2010 at 3:56 pm
Nurul.. saya nak habaq kutlah nurul tak ternotice..
9 bulan 10 hari = 40 weeks = 280 hari
eh ke nurul sajer jerr tulis memain 9 bulan 4 hari ittew.. aiseh..
chika Reply:
April 30th, 2010 at 6:54 pm
Oh saya kira ikut 4 minggu = 1 bulan. Tu yg jadik 9 bulan 4 hari tu.
Tak kira ikut hari bebetul pon. Hurm ye la. Tak notice pon. Tak penah kira pon selama ni 9 bulan 10 hari tu equal to berapa hari exactly. Sekarang baru notice kenapa org cakap mengandung 9 bulan 10 hari. Interesting :D
April 30th, 2010 at 5:06 pm
diabetes ni. suami you ada ubat tak? HAHAHA malas nak cakap dah sweet mcm mana niiiii!
May 1st, 2010 at 2:30 am
adakah baby doll itu sama serupa mcm yg dlm cerita ‘licence to wed’ tu? baby doll yg berciri sebijik mcm bayi hidup. nangis, mkn, minum, main, tidur semua2 tu la…
err.. ko dh tgk ke cerita tu?
May 4th, 2010 at 7:24 am
lama nyerrr puan chika xupdate. dah bersalin ker? semoga semua selamat yer.
June 25th, 2010 at 8:30 am
[...] lepas, Sue Butler (midwife yang organize antenatal class saya dulu) e-mail saya pasal baby expo ni. Dia pesan, kalau [...]
August 18th, 2010 at 10:47 am
alamak…this class bukan kat malaysia ke..
chika Reply:
August 18th, 2010 at 8:37 pm
Ha ah. Sorry, dear :)