Dinner at Rise Street

9 April lepas (yang sangat lepas), kami invite rakan-rakan datang dinner. Juga dalam kata lain, housewarming HAHA. Tak, gurau saja. House warming kau cakap? Dari musim panas yang begitu warm, sampai dah ke musim luruh yang agak dingin ini, sudah terlalu lewat untuk menganggapnya housewarming.

Sebenarnya sengaja-sengaja mengajak orang datang ke rumah. Tapi yang lebih benarnya, sengaja membalas semula perbuatan mereka ewwwah. Ye lah kan. Orang dah rajin-rajin invite kita datang rumah mereka makan sedap-sedap, kita pon kenalah rajin juga. Seronok tahu! Seronok rupanya bila ada rumah dan boleh jemput orang sesuka hati kita macam rumah ini kita yang punya BUAHAHA. Err. Tapi memang kita yang punya!

Dulu duduk rumah ibubapa. Nak ajak rakan datang rumah, kena minta kebenaran. Nak buat party sosial dalam rumah, kau jangan harap. Nak ajak rakan bersidai di rumah dan berbual, bergurau dan berketawa riang macam kupu-kupu (fine, kupu-kupu ketawa riang ye) lagilah tak berani. Sebab ibubapa saya sangat strict. Di mana bapa sangat tidak suka kalau saya (atau adek-beradek yang lain) bawa kawan datang rumah dan membuat party gadisan. Tapi kalau ajak rakan-rakan yang baik, senyap, sopan dan berhemah tak apa. Bapa suka. Bawa pacar? Okay, keluar sekarang dari rumah ini!

Jauh sudah kita terpesong. Mari kita kembali ke pangkal jalan.

DSC06030

Kami masak berdua-duaan. Tapi suami helped me a lot. Eh, bukan. Saya yang bantu suami saya sebab sebenarnya dia yang buat kerja secara dominan dan saya assist saja. Suami sangat rajin. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.

DSC06029

Masak berdua.
Tak adalah macam pesta makanan.
Masak simple sahaja mengikut kemampuan tubuh badan.

DSC06031

Roasted chicken.DSC06032

Sardine Roll.
Mudah, senang dan easy-peasy.
Yang penting, kenyang.
DSC06033

Kubis masak lemak.
Sesuai dimasak oleh ibu hamil yang kurang upaya melawan cabaran graviti macam saya.
Cukup mudah.
Dan sangat berciri kekampungan.

DSC06034

Isi ayam rebusan.
Isi ayam yang telah dirobek-robek.DSC06035

Kuah kicapDSC06036

Bawang goreng.

Eh ni nak buat apa ni ada bawang goreng, kuah kicap bagai ni?

DSC06037 DSC06039

Bihun Sup!

Suami saya yang masak.
Terima kasih, Sayang.

Saya jemput;

Family Kak Ana dan Abang Megat (3 kids tapi Aslam tak dikira kid ye :P)
Family Kak Maryam dan Zarizi (2 kids. Handsome they are :P)
Kak Kaseh dengan Khadijah (Kak Kaseh’s daughter)
Nenna Zaina (mesti ada, mesti)
Aini dan Jamil. (satu orang bayi dalam kandungan tapi tak dikira sekali sebab tak makan sama-sama :P)

Jumlah = 14 orang.

Oh rupanya ini segmen mengira.

Naaaaah. Sengaja nak bagitahu, kami mampu jemput 14 orang datang makan. Okay macam nak bangga pula. Sebenarnya memang cukup bangga sebab boleh cerita dekat emak di hujung talian. Begitu terkesima emak. Emak cakap, tak percaya saya rajin memasak. Rajin memasak satu hal. Hal yang lebih kritikalnya, rajin mengajak rakan datang rumah pulak tu. Emak, saya dah besar sekarang. Tengok, I am not your little baby girl with ponytail and wearing ballerina pumps jalan-jalan bawak belon dan tegur everyone sebab mulut becok masa kecik. I am a big girl now. I am going to be a mom (just like you) And I am paranoid enough (pon just like you because that was the thing you do best ; being a paranoid as if all your children setiap masa dikejar oleh monster yang nak makan budak) HAHA Emak saya overprotective.

DSC06040

Brother Zarizi, Abang Hizwani (HAHA funny eyh?), Abang Megat.

DSC06041

Aslam, Muqri, Haris, Hakimi, Zarizi, The Husband, Abang Megat.
Hakimi, hep! Jangan cucuk haiwan peliharaan Aunty!
HAHAHA.

DSC06044

Kak Kaseh, Saya pakai seluar tidur, Nenna, Kak Ana, Alia, Kak Maryam.
Eh eh my flat tummy!
Ilusi optik T___T
DSC06045

Betul-betul punya ilusi optik.
Perutku begitu kempis.
DSC06046 DSC06047

Kesian Alia kena block dengan Ultraman Biru dan Ultraman Hijau.DSC06048Ha. Dah nampak Alia dah.
Ultraman Merah Jambu.
Bersama 2 Ultraman lainnya.
Sebelum bertarung kita menari ye.

Aini dengan husband datang lambat sikit sebab mereka pergi kelas tafsir dekat university. Tapi tak apa. Better late than never. Lagi baik lambat daripada tak pernah. Eceh. Aini siap mesej-mesej ; Chika kitorang lambat sikit tau. Tapi kitorang memang nak datang.

Kami pon menunggu meskipon semua yang lain dah pulang. Sebab kami pon memang nak dia datang. Macam biasa. Perbualan wanita hamil kali pertama. Kecoh saja kami pasal ; Siapa nak urut kita lepas bersalin ni? Macam mana kalau emak saya dengan makcik awak tak sampai sebelum kita bersalin ni? Eiii takutnya bersalin. Et cetera.

Tapi persoalan siapa nak urut kita tu, memang perlu dimajukan ke hadapan. Bukan senang nak dapatkan tukang urut di sini.

DSC06051

Jamil, Aini, Eh-Perut-Nampak-Pula, dan suamiku.
Perut besar. Muka kembang.
Itu aku.

Alhamdulillah.
Nice people.
Nice places.

Love Brisbane.

.

ERRGHT!
Kamu tahu tidak? Entry ini hampir gone seketika tadi dan saya dah menangis-nangis sebab stress! Saya telah ter-update post yang belum siap dan sekelip mata, semuanya GONE BABY GONE! Terus menggelupur macam cacing kepanasan. Sampai terjaga suami yang tengah tidur. Dia nak tolong godek, saya kata jangan. Sebab memang tak akan dapat balik dan sebagainya. Saya dengan begitu kecewa, siap tolak-tolak tangan suami yang nak membantu. Tapi tu lah dia. Degil. Akhirnya, suamiku juga yang menyelamatkan kembali entry ini. Pastu dia terus tarik selimut dan cakap ; Tu la sombong I nak tolong tak bagi. Ingat I tak pandai wordpress eh? HAHAHAHA Ampun Sayang. Eii. Clumsy!

Recent Entries

45 Responses to “Dinner at Rise Street”

  1. feez Says:

    sedap gila tengok roasted chicken tuh..
    lepas ni chika buat laa pulak entry resepi..
    boleh kongsi2.. :D

    chika Reply:

    Oh sekarang ni tak larat.
    Rasanya macam nak cuti memasak dah ni

  2. gia Says:

    salam..how r u kak kembang?…sedap btol tgk kobis masak lemak.kalau ade sambal belacan + ikan kering..mau 2-3 pinggan mentekedarah..u makan sambal belacan?

    chika Reply:

    Makan! Saya suka sambal belacan dengan pucuk ubi. Dan ikan masin juga. Syok oh.

    gia Reply:

    bagus..i jawa..u?i selera jawa habes…hahaha..adoi..rindu plak nak balik johor..

  3. AbbyHakka Says:

    Ohh Mr Hubby selamatkan post ya? Patutlah tadi post tanpa wordings. Ingatkan halfway blogging. Tp sudah konfiden post di Twitter.
    Hehehe ;) Comel sahaja dialog korang berdua. Stay that cuteness..

    chika Reply:

    I dah stress level tinggi dah tadi. Hormon semua dah merangsang satu badan. Sampai nak menggigil punyalah geram. HAHA. Nasib baik dapat diselamatkan. Tu pon mula-mula dah frust sangat sampai cakap kat husband, takyah tolong. Sebab memang takkan dapat balik dah entry ni. Tapi takdir penentu segala :P

  4. Kak wok Says:

    Salam Nurul…
    Wuihhh..dah boleh organise party naa…bagus..banyak kemajuan, and kalo balik msia, buat la lagi…nak la jugak merase air-tangan-seorg-ibu-yg-berjaya esp yg bihun tu…mcm sedap eh..lapar nih, boleh la amik idea utk potlick kat sini nanti……

    chika Reply:

    Salam.
    Ala kecik-kecik je. Masak pon simple je. Masak benda setakat yang saya tahu. Hehe.
    Tapi tu la dia masalahnya. Bila balik Malaysia, rasa macam tak sanggup nak masak. Sebab nak makan masakan orang lain. HEHE. Insyaallah. Manalah tau nanti dah balik Malaysia, bolehla kot masak-masak bagi kamu semua makan. Eceh. Berangan besar :D

    nhhas Reply:

    we are waiting for that….
    hihihi…

  5. ciare Says:

    menggiurkan okey bihun sup tu T_T haa, lepas ni wat majlis aqiqah lak..hehehe ;p

    chika Reply:

    Majlis Aqiqah insyaAllah abah I buatkan kat KL.
    :D

  6. aini Says:

    eh,makcik awak dah nak datang kan?best2,takdelah berdebar sangat kalau tiba2 rasa nak terbersalin ke,hehe..saya pun takut jugak kalau bersalin awal sebab saya tak tau sakitnya macam mana..husband saya dahla memang kerja malam tiap-tiap hari,huhuhu ngeri..ok chika,doakan Allah bagi kita kekuatan untuk bersalin dan selepas timang baby nanti,insya Allah,:)

    chika Reply:

    Lagi 3 hari! TIGA HARI! Harap dapat bertahan sampai 3 hari pon jadilah. Tapi kalau boleh, biarlah sampai ke estimated due date. Tak adalah terkejut secara tiba-tiba sangat. Saya pon sekarang husband keje malam.Tapi 4 hari keje, 4 hari off. Awak bebaik tau. Sorang2 malam2 waktu dah nak dekat ni mmg seriau kan?

    Insyaallah. Lets pray for each other. Allah pasti bantu :)

  7. haslina Says:

    wah manyaknyer makanan…sodapnyer…puas hati chika dpt rasa itu ini ms pregnant ni kan….

    tgh sarat still buat housewarming….

    take care ye dik…

    p/s tumpang risau sb chika jauh diperantauan dlm keadaan tgh sarat itu..

    chika Reply:

    Kak Haslina,
    Ni 9 April aritu.Belum berapa nak sarat. 3 hari lepas pon, saya masih buat makan-makan kat rumah. HAHAHA. Jemput lagi ramai orang. Best!

    Insyaallah semuanya ok. Cuma takut je nanti kalau tengah nak bersalin husband tengah on call ke apa. Tapi tak pe la. Tawakal :)

  8. Nurfatehah Says:

    bila dah jauh dengan family, orang-orang baik macam ni la kan yang jadi family kita. hehe. semoga makin murah rezeki. take care kak chika! :D

    chika Reply:

    Betul Fatehah.
    Semua orang dekat sini baik-baik.
    Best

  9. nhhas Says:

    Salam,
    chika, ne entri dari rumah ke dari spital? hihihi… chika…chika…
    apa pun roasted chiken tu… ish… kejam..kejam….

    chika Reply:

    Dari rumah. Saya bermalam selama satu malam sahaja. hehe.
    Sekarang saya nak makan rendang daging dengan nasik lemak T_T

    nhhas Reply:

    makan dik makan… kang time pantang tak dapat makan semua tu…. ngeee…
    maka tiada lagi kekejaman picture(s) makanan di sini… kira macam chika “take a break” la kot dari bg readers jeles ngan makanan yang sodap2 tu… hihihi…

    chika Reply:

    Itulah.
    Dah terbayang dah sengsara berpantang. Tapi harap taklah sengsara bagai yang dibayangkan:D

  10. milo Says:

    wish both of you happy ever after =)

    chika Reply:

    Amin.
    Terima kasih banyak :)

  11. kiera Says:

    salam…
    kamu sgt cantik…
    >_<
    dan juga..blog yg best..
    semoga chika dan family bahagia selamanya..

    chika Reply:

    Salam Kiera :)
    Terima kasih. Biasa biasa je :D

    Amin.

  12. ayna Says:

    eh chika..tgh tgk blog u (gmbr) tiba2 mcm kenal je….muka seseorg…zarizi!haha…tu senior sy masa di ukm dulu…opto kan..?hehe..kem slm kat dia,tp dia mungkin x kenal aina kot,maklum la dulu x glamer..hihi…k lah excited pulak!

    chika Reply:

    Ye betul! Zarizi la tu. Ha ah dia UKM, opto. InsyaAllah nanti kalau jumpa dia, i sampaikan salam :)

  13. chah Says:

    malam ni tak tido spital lagi ke??bile due kak??

    chika Reply:

    Tak. Aritu rasa macam tak sehat. Sekarang rasa sehat, dok umah je la Dok hospital bukan selesa pon :P

    InsyaAllah 10 may ni. Nak dekaattt sangat dah

  14. joegrimjow Says:

    dah mengandung????????????????????????????????????????????????????????????????????

    joegrimjow Reply:

    ok, dah baca komen kat atas
    huhu
    kagum
    ;)

    chika Reply:

    HAHA apala kamu ni.
    I dah nak bersalin dah pon :P

  15. ~~cinderella~~ Says:

    waaa…cm bet je mjlis mkn2 ni..tgkpn da best..=)..sronok tgk chika tau..hehe..hope chika sntiase sihat n mudah delever nnt yer..amin..xsbr nk tgk baby..^____^

    chika Reply:

    Ajak orang datang makan kat rumah memang best. Walaupon mulanya penat. Tapi lepastu rasa best :)

    Amin. Terima kasih banyak :)

  16. yonnaism Says:

    mmg ilusi optik betul2 gambar2 di atas. hampir pitam tgk perut kempis u T___T hahaha.

    chika, bertahan lg 3 hari jeeeeeeeeeee. lepas tu, beranak la bila2 masa hahaa.

    chika Reply:

    Kempis kaannnnn. HAHAHA berangan kempis. Tidak tidak! I bangga bawak perut besar macam ni. Lagi bangga dari perasaan perut kempis.

    Esok pagi makyang sampai yahooo.

  17. wani Says:

    salam nurul, i’ve been your silent reader, tp since i have an award nk bg so tak jd silent sekejapan. huhuhuhu..*segan* so jemput singgah blog amik award ya. *larikk*

    chika Reply:

    Salam Wani.
    Alahai. Terima kasih banyak.
    Eh apa ni tukang bagi award segan pastu lari :P

  18. adeqq Says:

    erk. sangat menyelerakan la roasted chicken tu!!~

    chika Reply:

    Memang menselerakan.
    Eceh. I sekarang ni, bagi apa pon I selera :P

  19. nurindah Says:

    salam nurul,
    akak hop dr gugel. cari cite anniversary. jumpa blog nurul. dok brisbane ya?
    sedapnya mihun sup. selamat berkenalan,ya. anyway, cite 1st anniversary nurul..soo sweet. :)

    chika Reply:

    Salam :)
    Ha ah Kak. Dok Brisbane yang tak menentu cuacanya ini. hehe.

    Selamat kenal. Thanks baca-baca blog saya :)

  20. tunbegia Says:

    sungguh meriah uoolss,

    salamm,

    chika Reply:

    Salam.
    Tak adalah meriah mana. Tapi cukup best la jugak:D

Leave a Reply