Anemic (Bukan Anime)

Wah, begitu sakit! Pinggang dengan punggung macam nak bercerai berai. Pangkal-pangkal peha semua sakit. Sendi semua dah longgar. Dalam perkembangan lain, saya disahkan anemic. Tapi tak sedih sangat. HAHA. Tak sangka pada akhir-akhir kehamilan ini, boleh terkena anemia pula. Iaitu kekurangan darah. Tidak begitu kritikal. Tapi disebabkan blood test menunjukkan keputusan yang sedemikian rupa, saya dinasihati supaya memakan besi. Oh patutlah asyik mengidam nak gigit bangunan Suria KLCC. Eh ingat Allah ingat Allah.Tak tak. Sekarang saya kena mengambil iron. Syok woh dapat iron. Rasa energetic. Patutlah sebelum ini saya selalu rasa pitam nak tumbang. Rupanya Iron Man belum sampai menselamatkan saya.

Semalam antenatal check up minggu ke 37. Masuk-masuk sahaja, obstetrician terus menyampaikan perkhabaran tersebut. Anemic. Tapi kalau terkena penyakit Anime, aku tahulah kenapa. HAHA.Virus boleh merabak melalui udara bukan? Dan kebiasannya, virus lagi mudah merebak pada pasangan. HAHAHARAPMAKLUM.

Doctor telah mentekan kepala bayi untuk memastikan position beliau (emak menghormati anak sampai panggil dia ; beliau) Menurut doctor, kepala dia almost engageWe almost there, honey. Alhamdulillah. Saya risau jugak kalau dibuatnya bayi tetiba membuat  pusingan roda impian ke apa. Hah, satu hal pulak. Harap bayi terus menurun dan menurun dan menurun. Insyaallah. Teruskan membaca ayat Lauanzalna. Mudah-mudahan.

Anytime soon.

Banyak pula aktiviti yang dibuat menjelang debaran terakhir ni. Sebenarnya entry dalam draft saya ada baaaaaaanyak lagi. Tapi tak apa. Mungkin satu hari yang magik, entry tersebut boleh menjadi tapai. Siapa tahu? Tuah ayam nampak di kaki. Tuah tapai?

Dengan itu, saya tamatkan entry ini sebelum saya merepek tapai dengan lebih jauh lagi.

Recent Entries

19 Responses to “Anemic (Bukan Anime)”

  1. shiken Says:

    hahaha…ko gile bayi buat pusingn roda impian??…haha…..gud luck….=D

    chika Reply:

    manalah tau kan tetiba kang kepala dia naik atas pulak. Tak ke kelam kabut aku ni ha. HAHAHA.
    Aku kalau dengar org cerita2 pasal proses doctor try turun kan kepala baby (as in pusingkan ke bawah), aku rasa ngeri :P

    Zaifadzmeen Zakiah Bt Zaini Reply:

    erm, saya antara (eceh, tanak ngaku kau sorang je ade penyakit tu zai) orang yang takut gila ngan jarum and darah, pastu bila dengar cerita bersalin2 dari mak saya sendiri saya rasa berterima kasih sangat sebab bersabung nyawa untuk lahirkan saya…

    agak2, ade tak sains ilusi yang mampu buat saya lupa tentang fobia saya ni? haih2.

    and for you, puan chika…

    you’re good yet strong women. you’ll be a great mother to the little autumn baby. :’)

    kami semua mendoakan yang terbaik!

  2. ireen Says:

    nurul…good luck!!! tarik nafas panjang2..tp jgn pnjg2 sgt..hehe.. saye ngn aisyah ngh dok struggle wat design..hehe..i pray for u ok..InsyaAllah..!! ok daaa..xoxo..

  3. hazaryu Says:

    kak chika,moga2 dipermudahkan segalanya.amin.

  4. dG Says:

    tuah tapai nmpk d mana kak? d mana? [sy ingin tahu. XD]

  5. ainmusa Says:

    alhamdulillah dah nak engange.insyaAllah x pusing2.ngeri jugak buat pusing2 tu.ecv kan?tgn pro saje boleh buat.wuu.ain tgn x pro lagi.baru je nak sit exam for 0&g isnin ni.kira bace blog akak ni dok buat revision lah ni. *haipp malas

    k~say cute n strong :))

  6. imahmomo Says:

    hoyeh tak lame lg da~
    jgn minum tapai weh~kekeke~

  7. ika Says:

    kak chika… gud luck!!! hope u dpt baby yg sihat dan cute….^_~

  8. syiqa Says:

    salam, kak chika…
    rileks kak…hopefully everything will be fine until baby akak lahir…insyaAllah..saye doakan..amin..
    ;-)

  9. wanie_gc Says:

    owh…u..!!nk dekat da….??
    xsabar…hehehe….alaaa…kat hosp xbley bwk lappy kah…???online la…pastue bley update blog every hours pasal baby’s movement(tdo)….owh…sgt gembira…!!

  10. haslina Says:

    samalah kita dik…doc suh akak mkn bayam berdaun merah byk2 ms tu lg a week nk bersalin…

    semoga selamat semuanyer…amin

  11. edda Says:

    tak sbar nak tgk baby chika.. heee~

  12. wanfeedahoney Says:

    semoga selamat semuanya Pn Chika

  13. shy_wani Says:

    wah..dh nk dekat tuh. semoga chika n baby sihat walafiat….
    insyaAllah..hrp dipermudahkan segalanye..

  14. mamamarissa Says:

    kakak doa yg baik2 utk chika…semoga semuanya selamat ok *hugs*

  15. aya_rasmin Says:

    chika,

    semoga selamat melahirkan bayi comel n sihat.

  16. Eryna wanie Says:

    chika,nt in case klw dh masuk labour room or dh bersalin,mesti update jugak taw! hee tak sabo nk tgk baby chika. Nt suruh la ur husband update eh. Sikit pun takpe,janji kami tau perkembangan little autumn itu.
    ;)

  17. adeqq Says:

    I doakan semoga u dapat deliver ur little autumn tanpa sebarang komplikasi.
    InsyaAllah. =)

Leave a Reply