Birthday Party Khadijah

Punya banyak entry dalam draft. Semua tak siap. Semua separuh jalan. Semua terbengkalai. Tapi, semua penting (penting bagi saya, tak penting bagi anda barangkali) Kerajinan memblog, nada. Sekarang tengah tak rajin untuk buat apa-apa sekalipon. Makan sahaja rajin. Sumpah rajin. Siap naik sumpah. Nampak tidak, betapa rajinnya di situ.

Aik? Macam pernah  baca perenggan di atas. HAHAHA memplagiat entry sendiri.

Sebagaimana yang telah diplagiat di atas, seperti itulah hakikatnya hidup saya ketika ini. Orang kata, kalau menabung wang di dalam tabung, lama-lama menjadi bukit (Gila tak best. Simpan wang, jadi bukit T___T) Orang juga berkata, kalau mensimpan mangga dalam asam, lama-lama jadi jeruk. Sedap. Orang yang lainnya pula berkata, kalau menyimpan anak dara lama-lama dapat menantu HAHAHAHA. Dan berbagai-bagai lagi kata-kata orang. Atau dalam kata lainnya, aku sendiri yang berkata demikian. Orang lain tak kata pon.

Err.

Habis, kalau mensimpan entry dalam draft?
Lama-lama menjadi apa?

Memang tak menjadi apa-apa. Kalau peram entry lama-lama jadi tapai tak apa jugak. Sedap. Tapi tak akanlah pulak entry menjadi tapai. Faham tidak? Oleh kerana itu, setiap malam selepas suami pergi bertugas menyelamatkan orang sakit, saya tekad akan mengeluarkan satu per satu entry dalam draft tersebut. Ingat. Kalau simpan lama-lama pon tak akan menjadi apa. Baik aku bagi keluar semua sekali. Pastu draft kosong. Baru nampak macam organized. Selagi berderet entry dalam draft, berasa begitu semak pandangan.

Tapi hakikat tetap hakikat. Hakikat menyatakan, saya bukan main malas lagi hendak menghentak keyboard ini menggoreng ayat mahupon menggoreng anda. Orang pernah berkata (sebenarnya, sendiri yang kata) menonton gambar lagi baik dari membaca tulisan. Sebab ia akan stimulate minda kita dengan lebih pantas. Ewwaaah!

Di bawah, saya lampirkan beberapa keping foto sambutan hari lahir Khadijah. Khadijah ialah anak Kak Kaseh. Khadijah sudah berusia 20 tahun pada 2 April yang lalu. Dan Chika sudah berusia 42 tahun pada esok hari. Eh, tetiba pulak dia.

Ini semua ialah Khadijah.

HAHAHA acah.
Teka, mana satu Khadijah?
Ishk gila boring main teka-teki macam ini.
Baiklah. Khadijah ialah yang berbaju merah.
Gadis kacukan Melayu-Germany ye.
Sweet she is.

Chika mana? Chika mana?
Hep, biasa tu tanya soalan sensitif!

Meskipon berdasarkan usia, saya macam layak saja join gambar gadis-gadis di atas, tapi hakikat tetap hakikat. Dalam kes ini, usia tak di ambil kira. Yang penting ialah status anda T___T. Oleh itu, saya telah jatuh ke dalam kategori di bawah. Iaitu kategori IBU KAU RATU HATIKU, KAU  WANITA PENGGONCANG DUNIA. Kedengaran bagus, bukan?

IBU KAU RATU HATIKU, KAU  WANITA PENGGONCANG DUNIA.

Ha. Di sinilah kelayakan saya ketika ini. Bangga. Bangga. Walaupon usia hanya 42 tahun, tapi dah boleh sambut hari ibu tahun depan. Eh, hari ibu! Baru sedar. Tahun depan dah boleh buat party sambutan hari ibu untuk diri sendiri. Hoooray!

Okay, berkenalan kejap.

Paling kanan adalah Kak Rania. Sebenarnya dia cakap, dah nampak saya dekat kelas Tafsir tapi saya tak ingat pulak. Jadi, saya anggap malam tersebut kami baru berkenalan. Kemudiannya, Kak Kaseh. Sangat motherly. Yang tengah ialah Nenna Zaina, I love her! She’s like my own granny here. Sebelah itu, berpakaian merah (tapi bukan tengah celebrate birthday dia) ialah perempuan muda tapi tak boleh join gadis muda sebab takdir penentu segalanya KAH KAH KAH DAMBAAN PILU. Paling kiri ialah Arya. My Indonesian friend. A mother of 4 (harap saya tidak bagi info palsu) Semua ini ialah warga Brisbane yang baik hati. Tak tak. Saya bukan. Saya warga Malaysia. Masih.

Nice food malam tersebut. Nice food!

Sekian, entry yang belum menjadi tapai.

Recent Entries

12 Responses to “Birthday Party Khadijah”

  1. yonnaism Says:

    duhh! ibu muda di antara ibu veteran :p hahaha cool ah chika gambar u dgn ibu2 veteran :D gambar ni bila?

    eieieie perut dah besarrrr punyeeee! cpt lah baby keluar :p

    chika Reply:

    Cool tak cool la kan. Nak menyelit join golongan gambar pertama, dah rasa semacam pulak. Jiwa ibu-ibu kenalah duduk dengan ibu-ibu. Barulah dapat ilmu bermanfaat. HEHE.

    Ni gambar 2 April. Masa 34 minggu pregnant.

  2. yana Says:

    salam kak nurul,

    first time drop comment. cuma nak cakap muka kak nurul kelihatan begitu cengkung. ok. take care.

    i’m from UKM too. (tetiba)

  3. eja_zek Says:

    nama sama,,ingat buat entry pasal saya(ok..perasan giler)…hehehehe

    chika Reply:

    HAHAHAHA.
    Okayla, untuk awak sekali la ni :P

    eja_zek Reply:

    hehehe…tq

  4. lienda Says:

    happy birthday chika…still love ur blog very much..may Allah bless ur life there n moga selamatkan dunia akhirat.amin..xoxo~

  5. ciare Says:

    kan best kalo biarkan draft lama2 lepas tu jadi tapai kan. sbb tak reti le buat tapai. huhu ;p

    chika selamat menyambut besday yg ke 42 ye besok :D have fun!!

  6. joegrimjow Says:

    besday saya rini cik chika
    heeee
    ;)

    chika Reply:

    Happy birthday!!!

  7. pembaca senyap no. 55 Says:

    salam chika,
    moga sihat hendaknya disamping suami tercinta. (eceh,mcm tulis surat pulak)

    lama dah tak komen. tak ada apa nak komen sgt cuma nak ckp, perut chika dah nampak besar. gambar2 sebelum ni nampak kecik je….

    moga selamat semuanya :)

  8. poyaty Says:

    memang cari chika di kalangan gadis2. hehe. igt kan bc entry smlm, rupanya intro sama :)

Leave a Reply