Dari Ibu Hamil, Kepada Ibu Hamil.

Punya banyak entry dalam draft. Semua tak siap. Semua separuh jalan. Semua terbengkalai. Tapi, semua penting (penting bagi saya, tak penting bagi anda barangkali) Kerajinan memblog, nada. Sekarang tengah tak rajin untuk buat apa-apa sekalipon. Makan sahaja rajin. Sumpah rajin. Siap naik sumpah. Nampak tidak, betapa rajinnya di situ.

Perkembangan diri, adalah tidak begitu mengembang. Menjelang 37 minggu kehamilan ini, fikiran hanya memfikirkan tentang kelahiran bayi. There’s this fact saying ; Menjelang waktu-waktu sebegini, tidur kita akan dibuai mimpi-mimpi aneh berhubung kelahiran bayi. Di mana ianya sangat benar. Macam hari itu, termimpi ada orang bagi pacifier dekat baby saya. Selepas itu, saya tidak suka. Lantas, saya buangkan pacifier tersebut dan bagitahu ; My baby doesn’t need pacifier. I hate pacifier!

Huk oloh.

Tengok tu dia. Dalam mimpi pon masih hormonal and emotional. HAHAHA terus buka buku. Cari-cari tentang rahsia mimpi dan kehamilan eceh. Memang menjelang akhir kehamilan seperti ini, mimpi aneh about your pregnancy and baby have the  relevance to you. Jadi jangan bimbang, Takyah pergi berubat kampung.

Perkembangan lainnya ;

  • Saya rasa, my stomach had dropped. Saya rasalah. Atau dalam istilah nampak pandainya, dipanggil ‘lightning‘. Di mana perut macam dah turun ke bawah. Kurang menyesak pada ribcage. Saya rasalah (Eh dah dua kali cakap saya rasalah. Nampak sangat tak pasti)  SAYA RASALAH! Tapi taklah macam dah turun betul-betul. At least, macam dah mula drop. Saya rasalah (Begitu tidak pasti)
    .
  • Saya dah mula membuat senaman sempena HARI LABOR! Tak tak bukan hari pekerja maksud saya. Tapi persediaan berhadapan dengan kesakitan in labor. Biasanya saya lakukan senaman tersebut pada baby cot. HAHA tak tahu kenapa baby cot jugak yang kena. Senaman ini penting untuk kita ‘membantu’ our precious little one nanti keluar memulakan hidupnya atas dunia yang fana ini. Kita mesti bantu dia! Mesti bantu dia! Insyaallah kalau saya mendadak rajin esok lusa, saya kongsi senaman yang saya belajar tersebut. Macam biasa, tak janji. Janji Manisku.
    .
  • Solat sebenarnya satu senaman yang baik dan begitu ngam untuk mempersiapkan pelvic anda. Eceh. Sebaris ayat yang sungguh islamik dan sporty. Bila perut sudah menjadi bahagian terpaling maju pada tubuh badan anda, mengerjakan solat agak sukar. TAPI! Hep, biasa tu dia cakap solat itu susah. Melakukan pergerakan dalam solat memang ada sedikit kesukaran bila perut sudah secomel belon yang penuh udara. Namun yang seronoknya, solat membantu anda (yang malas macam saya) bersenam sebanyak 5 kali sehari (tak termasuk solat Dhuha atau solat Tahyatul Masjid lagi) Kalau ditengok dalam carta senaman ibu hamil, beberapa posisi yang disarankan memang menyerupai posisi semasa kita bersujud, duduk antara dua sujud dan ruku’. Ini semua gara-gara posisi kaki kita yang tidak lagi sopan semasa solat. Dah mula susah nak rapat. Hish, susah nak cerita. Datanglah rumah, biar  saya ajar. Jemput jemput. Jangan lupa kalau datang bawa jemput-jemput sekali.
    .
  • Braxton Hicks semakin kerap. Kadang-kadang, tengah becok bercakap pon boleh terkedu dibuatnya. Braxton Hicks tidak sakit. Tapi ia menyebabkan ketidakselesaan. Sangat kerap. Kerap secara sangat. Jeng je jeng. Fakta ada menyatakan, kekerapan ini sebagai petanda bahawa anda menghampiri labor. Eceh, buat-buat suspen. Dah 37 minggu kalau tak sedar-sedar jugak memanglah sengaja.
    .
  • Bagi golongan paranoid macam saya, inilah masanya fikiran menjadi sangat kreatif. Macam mana kalau tengah berjalan dalam Big W, tetiba berlaku membrane rupture? Macam mana kalau ter’water breaks’ sebanyak 2 liter semasa sedang makan malam di dalam restoran yang sesak. Pastu habis basah carpet restoren tersebut. Will everyone of them forgive me sebab kacau selera orang tengah makan? Lagi teruk, macam mana kalau membrane rupture berlaku semasa sedang tidur. Habislah tilam I. Dalam kata lain, biar basah carpet restoren jangan rosak tilam sendiri. KAH KAH KAH apa kau cerita ni hah? Minta maaf semua.
    .
  • Babies loved me. HAHA statement gelis tapi betul. Pergi mana-mana pon sekarang ini, mesti dimengorat oleh bayi-bayi orang lain. Last time semasa sedang makan di sebuah restoren nama dirahsiakan (Eiii annoyingnya dia ni tetiba rahsiakan nama restoren) ada one baby boy yang seated next to our table. Dia boleh tak jadi makan sebab tersembur-sembur saying hi dan lambai-lambai dekat saya. Sampai parents dia terpaksa mempaksa dia makan. And then dia macam baru kena happy pill ke apatah. Sangat gedik dia itu main mata dengan haku. Nasib baik comel. Pastu bila husband saya perasan, dia pon berkata ; Nak kena agaknya budak sebelah ni kacau bini orang. HAHAHA.
    .
  • Saya rajin sangat makan sekarang ini. Sudahkah saya memberitahu anda tentang ini?
    .
  • Saya masih mengambil vitamin ; Blackmore for Pregnancy & Breastfeeding. Tapi disebabkan macam dah rajin sangat makan (sudahkah saya memberitahu anda tentang ini? HAHAHAHA) sometimes saya skip sebanyak satu hari. Dan dari dua bijik, menjadi satu bijik. Tapi masih mengambilnya. Dan akan terus mengambilnya sungguhpon selepas bersalin kelak demi menyusui anak insyaAllah.

Cukuplah perkembangan-perkembangan tersebut dikongsikan. Sebab tak tahu apakah lagi perkembangan yang mengembang. Nak kata badan mengembang, tak ada. Sungguh saspen. Mana tahulah kalau-kalau selepas bersalin ini mengembang macam besi semasa terkena haba. Ewah, sains darjah 4.

Disebabkan saya ini nak dikatakan rajin macam memang bukan sedang rajin. Tapi sebenarnya macam tengah berbaik hati dan berbaik mood. Maka apakan kata, kalau saya berkongsikan sedikit sebanyak (sebenarnya memang sedikit, tak banyak) pengetahuan tentang pemakanan yang saya tahu semasa hamil.

  1. Jangan sampai terlebih vitamin A sebab tak baik. Bukan maksud dia, anda jadi orang yang tak baik kalau terlebih vitamin A. Tapi, vitamin A yang berlebihan tidak baik untuk baby. Iaitu Vitamin A dalam bentuk preformed yang boleh didapati dari product tenusu macam susu atau telur. Terlebih Vitamin A jenis ini boleh menyebabkan birth defect dan juga liver toxicity. Tapi Vitamin A yang datangnya dari vegetables atau fruits, makanlah sesuka hatimu. Makan sampai akhirnya  vitamin A pula memakan kamu.Oh. Tapi saya ini kes pelik sikit. Punyalah paranoid masa awal kehamilan dulu, sampai takut nak makan carrot. Sampai sekarang pon tak makan. HAHAHANEH.
    .
  2. Parsley tidak disarankan makan semasa hamil. Saya memang mengelak sangat-sangat dari termakannya tapi sometimes termakan juga. Sebab dekat sini memang budaya orang mencampurkan parsley dalam hampir kesemua menu. Tak habis-habis dengan parsley di sana sini. Kenapa tak elok? Sebab dia boleh menyebabkan uterine contractions yang menyebabkan keguguran.  Macam tidak pernah dengar bukan? Adakah ini cerita dongeng? Sebenarnya ini pengetahuan common yang selalu dinyatakan dalam mana-mana panduan pemakanan semasa hamil yang saya pernah dapat.
    .
  3. Tuna juga tidak baik. Dia tidak baik bukan sebab dia jahat. Tapi sebab dia mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Selalu dengar dalam televisyen, semasa hamil jangan makan tuna. Semasa hamil jangan makan tuna. Heh. Kecoh betul ibu-ibu hamil. Padahal dulu saya suka makan. Selepas kerap disogok dengan halangan JANGAN JANGAN JANGAN, terus tak makan T____T High mercury boleh menyebabkan slow development pada bayi anda dan lagi dahsyat, menyebabkan brain damage. Chunk Tuna macam dalam tin yang kita suka makan dengan roti Gardenia semasa malas memasak itu sebenarnya boleh dimakan secara moderate. Tapi kalau boleh, elakkan. Tak apa. Takyah makan tuna. Makan salmon lagi sedap. Dah la sedap, mewah pulak tu HAHAHA I DON’T REALLY LIKE SALMON. Lagi satu lagi satu. Kebanyakkan jenis ikan yang digunakan dalam sushi pon tinggi merkurinya. Pastu husband asyik cakap YOU JANGAN MAKAN SUSHI EYHHH! Eleh, I tak suka sushi la! Never! Sushi buat I muntah. Raw and blerghhhh.
    .
  4. Alchohol. Bahaya. Malah berdosa, Allah larang. Tapi yang itu memang semua pon tahu. Memang kita semua tak mengambil alchohol bukan? Tapi jangan mengidam nak minum perfume Dior Addict. Tak baik. Alchoholic. Nanti baby tidak sempurna sifatnya. Kalau beli Dior Addict, sembur kat baju. Jangan makan.
    .
  5. Rokok. HAHAHA Janganlah kamu memakan rokok. Bukan sahaja semasa hamil, semasa tidak hamil pon tidak boleh memakan rokok.

Tapi jangan bimbang. Memanglah. Kadang-kadang bila terlajak makan, rasa menggelabah macam langit runtuh. Rasa macam tak bertanggungjawap. Macam seorang ibu yang tidak sihat. Maafkanlah diri sendiri. Biasalah tu, terlajak. Yang penting, cubalah berdisiplin sebanyak-banyak yang boleh. Sesetengah makanan, elok dielak atau dikurangkan. Bukanlah sampai tak boleh makan langsung. Berfikiran positif. Jangan lepas makan sushi sebanyak satu gigit, pastu rasa macam bersalah seumur hidup ke apa. Tapi kalau terlajak minum alchohol, memang ah tak nak kawan dengan dia dah. Pergi taubat sekarang.

Begitulah dia kisah yang dimulai dengan perkembangan peribadi tentang kehamilan saya. Seterusnya disertakan dengan pengetahuan yang tak berapa nak banyak tentang pemakanan ibu hamil. Dan diakhiri dengan satu ayat taubat tentang berdosanya meminum arak. HAHAHA.

Ingat, jangan minum arak. Arak itu syaitan yang punya. Tak baik ambik  orang lain punya.

Recent Entries

19 Responses to “Dari Ibu Hamil, Kepada Ibu Hamil.”

  1. Rara Says:

    bookmark entri ini sebagai rujukan pada masa akan datang :P kekekekke

    Beli Tungku Moden Ajaib Reply:

    Info yang sangat best!Keep it up !

  2. Aida Says:

    sangat berbaloi bace blog ibu mengandung, in future leh pratikkn.hehe~

  3. Yati Says:

    walaupun saya tak mengandung, saya tetap nak baca.. untuk masa depan.. tak tahu berapa punya depan.. tapi depanlah…

    Quote yang paling berkesan:
    Ingat, jangan minum arak. Arak itu syaitan yang punya. Tak baik ambik orang lain punya.

  4. lalalita Says:

    aik kak chika, org ckp.. kalo baby boy yg suka, maksudnye baby u baby girl. hoho. teka2 je =P
    petua org tua la konon2 nye kan…

  5. haslina Says:

    aduhai..itu dia tanda-tanda masa memang sudh hampir..semoga chika dipermudahkan semuanya nanti..amin

    p/s terimbau kembali saat2 pregnant baru2 ini…

  6. nadz Says:

    air ketuban saya pecah masa bangun tidur. terus melompat dari katil takut katil basah. hahaha. lepas tu terus menggelabah sebab baru 36 minggu. dan hari itu juga si comel keluar menjenguk dunia. tak sabar-sabar.

  7. aisyah Says:

    salam nurul..akak berminat nk tau ttg vitamin A dr susu..mcm dlm penerangan nurul, “…Iaitu Vitamin A dalam bentuk preformed yang boleh didapati dari product tenusu macam susu atau telur. Terlebih Vitamin A jenis ini boleh menyebabkan birth defect dan juga liver toxicity…”

    biasanya, utk ibu mengandung digalakkan minum susu..tp klu berlebihan jd x elok..jd, bper byk kkerapan susu yg patut diminum dlm sehari terutama pd peringkat 1st trimester?

  8. Erni aka Ainulhayat Says:

    Haizum,
    SAngat berguna info-info yang dikongsikan sejak mengandung sampai saat2 menanti hari ni..Berguna utk panduan akan datang. Weee….pasni tulis tips2 semasa dlm pantang eh?
    X sabo mau tgu itu baby tgk donia…ngeeeeeeeee

  9. farah Says:

    xpernah terpikir selama ni yg parsli dan tuna xleh makan.tima kasih sbb sudi kongsi info.klu x..xsihat my baby nnt.(insyallah)thanks nurul..

  10. riena Says:

    perenggan yg terakhir buat akak ketawa sampai org meja sebelah jeling2.

    take care chika, semoga selamat semuanya.amin

  11. eja_zek Says:

    good info chika…kena bagi tau kakak ni,sebab dia pun tgh mengandung skrg ni…thanks chika!!

  12. Masy Says:

    ade dua tiga benda akak skip memandang akak x pregnant lg. akan dibaca semula apabila perut memuncung ke depan seperti chika sekarang hihihiihihiih

    sushi sedap woooooooooooooooooooooooo (meleleh2 airliur mengenangkanmu wahai sushi)

  13. dG Says:

    “Arak itu syaitan yang punya.” lirik lagu Senario ke kak? HEHE

  14. ciare Says:

    Thanks chika for the info beserta nasihat bertaubat last skali :P

    erm tp ada soklan. chika minum teh x? org kata teh tu berangin…oh my…i mmg suka teh O sgt2 T__T

  15. ✿ nurulism.com ✿ » Blog Archive » Birthday Party Khadijah Says:

    [...] Aik? Macam pernah  baca perenggan di atas. HAHAHA memplagiat entry sendiri. [...]

  16. syika Says:

    entri yang sangat bergune…untok masa depanku..wakaka…thanx kak chika~~~

  17. izan@sweetomoide Says:

    Salam.wah suker baca entry nih.. Tergelak sorang2 bace hehe. Anyway thanx for sharing ;)

  18. hasanah Says:

    http://www.hasanahzulcefli.com

    jemput visit blog saya, ada tawaran hebat yang akan berakhir tengah malam ni. slim down n shape up product!!!!

Leave a Reply