Antenatal Check Up Week 36
Kurang dari 30 hari Insyaallah. Dengan izin-NYA, jadi ibulah saya. Dan jadi ayah lah suami saya. Pagi tadi, sebelum keluar pergi makan, husband cakap ; Ya Allah. Baby nak lahir dah. Semalam lepas baca booklet yang hospital hantar, I dah mula rasa …. Oh, ni tak kelakar ni. Ni benda serius ni.
HAHA.
Yes, honey. Tak kelakar.
Petang semalam, antenatal check up untuk minggu ke 36. Start from next week, kami kena pergi weekly check up.
Record minggu ke 36.
Mommy’s weight : 52 kg (whaaa still?)
Baby’s weight : 2.6 kg (whooa baby, you serious?)
Saya tak menjangkakan langsung baby dah sampai 2.6 kg (estimated weight). Bagi saya, ini cukup besar! Tapi bagi doctor tersebut ; Your baby is a little bit smaller. But still, don’t worry. Normal for Asian baby.
Tahulah, tahu. One of my friend dekat sini ada cerita dekat saya last week. Ada Malay yang lahirkan anak 3 point something punya berat dekat Brisbane. Normal lah bukan? TAPI! Jadi kes agak mempelikkan sedikit. Sampai mereka nak buat test itu ini. HAHAHAHA. Dah tahu dah, dah tahu dah. Nanti lepas deliver baby mesti akan dipenuhi kata-kata aluan sekapur sirih ; What a tiny baby! See the emak lah (Jangan see the ayah LOL)
Baby’s head belum engage. Jadi, jangan bimbang sangat. Dan doctor pon kelihatan sangat steady dengan perkembangan saya. Saya rasakan (Saya rasalah) dia tak anggap pon saya ini seorang yang sarat. Sebab bila saya tanya pasal labour, dia senyum saja. Dia cakap dia tak expect saya akan masuk labour nenoneno emergency! Maka dengan itu, saya dah buat decision dah. 1 May nanti, nak ikut husband pergi Coolangata ambik Mak Yang dengan Ijat. HAHAHA begitu daring? Alah, tak akanlah suddenly nak rush into labour kan? Melainkan saya macam dah dapat any signs of labour. Kalau macam itu, the day husband pergi jemput Mak Yang dekat airport, saya rela ditinggalkan dekat hospital. Haku gayat!
Oyya. Semalam hospital hantar booklet mengandungi information tentang labour, giving birth and breastfeeding. Saya baru baca sikit. Husband yang baca beriya-iya dengan penuh penghayatan.
Saya tertarik dengan water immersion in labour. Tak tak. Bukanlah nak buat water birth. Yang itu saya macam … err … anehlah. Tapi sementara bersakit-sakit, kalau dia nak offer, saya mahu! Berdasarkan hikayat yang tertulis, water immersion can speed up labour. Tapi, tengoklah. We can’t really tell.
Apalagi heh yang mengujakan. Hooooooyeah. Hospital juga menawarkan pilihan makanan halal (Terima kasih Ya Allah. At least saya tak perlu risau kena makan vegetarian food, I tak suka!) Dan makanan yang disediakan adalah dalam bentuk buffet. Erk? Betul-betul sengaja tau hospital neh. Nak mengaburi mata ibu hamil supaya memikirkan betapa indahnya kelak masuk hospital. Sumpah betul-betul punya khayalan manis dibaginya dalam pamphlet tersebut. Husband dapat bed untuk bermalam selama satu malam. Tapi kalau dia ada emergency case, saya pasrah. Pergilah menselamatkan nyawa pesakit okek. Tapi I wonder, aku peduli ke nanti dengan semua benda ni? Lagi-lagi tang makan tu. After delivery biasanya kita akan berselera hebat ke nak makan? Atau sebenarnya kita akan tertidur macam beruang musim sejuk?
Sejuknya cuaca! (tetiba)
Maka dengan itu, selamat berjumpa lagi.




April 16th, 2010 at 2:43 pm
What a tiny baby!
Kakakkkkkkkk, mama cakap nanti kalau rara dah kahwin and pregnant pun mesti macam kakak chika jugak sebab kecik HAHAHHAHHAHA.
Takpa, asalkan baby sihat tau kakak. Muah baby! :-*
April 16th, 2010 at 2:49 pm
hye chika,bila baca yg ni..i pun terasa debarannya sekali… :) srnk baca pengalaman u dari mula u pregnant sampai dh minggu ke 36 ni… (^_^) chaiyok! chika…hehe tetiba lak ek… :p
April 16th, 2010 at 2:56 pm
chika…ms pantang,ingat…jgn bedal sume mknn ok…jg pantang mkn tau..steady mummy la chika!
chika Reply:
April 16th, 2010 at 3:11 pm
Tu la. Masa pantang tu lagi la kena jaga makan. Nak nak bila breastfeed. Tak tau la kalau dibuatnya lepas bersalin ni seleras bukan main pulak kan.
April 16th, 2010 at 2:58 pm
all da best chika.. target 10May bukan? InsyaAllah semua akan selamat.
rasa mcm sgt mengujakan bila hadapi masa pregnant.
wahh..dekat hospital pn ada buffet makanan utk ibu selepas bersalin. dasat2.. hehe.. jgn nnt ada org laen pulak tlng mkn utk chika.. ;D
April 16th, 2010 at 3:02 pm
besnya mak yang and ijat ke sana. HAHA iijat mesti sayang dekat ayong dia. e’eh. nak jaga chika waktu pantang juga boleh?LOL. macam reti saja haha
April 16th, 2010 at 3:24 pm
good luck, all the best & tahniah….
2.6kg tu kira kecik laaa… saya lahir 31 tahun dulu berat 3.33kg…. wife saya masa deliver 1st baby kami, berat baby 3.9kg (WOW)…. 2nd baby masa last check-up (a week before EDD), dr cakap kat wife berat baby dah 3.7kg & dr suh deliver esoknya sbb takut time due date nnt baby dah 4kg (WOW lagi).. tapi bila kuar berat 2nd baby saya 3.6kg…
chika Reply:
April 16th, 2010 at 3:41 pm
woww…. your baby memang semangat-semangat semuanya. Nak dekat 4kg memang hebat! HAHA. Saya mmg dah expect baby ni kecik. Sbb perut pon tak besar. Badan saya pon tak naik. Tapi takpela. Tak taula mampu ke tak saya nak deliver normal kalau baby besar. HAHA.
Ha biasalah.Kalau baby macam terlalu besar, doctor mesti paksa bersalin. Nanti kang complication plak.
Terima kasih banyak. Mudah-mudahan senagla saya bersalin. Amin :)
ephol Reply:
April 16th, 2010 at 9:47 pm
btw… lupa plak… 2-2 baby saya tu wife saya bersalin normal… :)
April 16th, 2010 at 3:30 pm
goodluck chika. semoga baby dan chika baik2 saja nanti. wlaupun jarang komen,tapi slalu gak baca blog chika ni. =)
April 16th, 2010 at 3:30 pm
hospital tu have a very good facility…best nya.
April 16th, 2010 at 4:07 pm
Whoahhh sis, xlame je lagi jadi mama.
Good luck, n doakan moga semuanya selamat.
Can’t wait nak tggu entry sis dgn baby pulak next time!
Takecare sis *Mwahh kt baby*
chika Reply:
April 16th, 2010 at 5:22 pm
Terima kasih banyak. Berdebar ni (walaupon dah tak sabar)
Nanti kang takut korang boring je la blog ni dah jadi blog bayi. HAHA
atiqah Reply:
April 16th, 2010 at 8:17 pm
tak tak. tak boring!!!haha…
April 16th, 2010 at 4:44 pm
wah.. berdebarnyew.. x sabar nak tengok baby kak chika.. nanti kalau berkesempatan tangkap gambar tgn baby pegang jari akak eh.. hehehe.. beshnyer.. hehe, terasa macam nak dapat anak buah sendirik jer.. penangan blog kak chika la neyh.. haha..
chika Reply:
April 16th, 2010 at 5:21 pm
Ewah. Request gambar baby pegang tangan akak eyh. Hehe. Insyaallah. Nanti blog ni jadi blog bayi la kot.
ephol Reply:
April 19th, 2010 at 11:15 am
kompom la chika… blog ni jadi blog bayi… ekekekek
April 16th, 2010 at 4:58 pm
dear chika,
ikut pengalaman, haha lepas bersalin selera tidakla bagai dipam2.. tapi mmg kena makan nasi dgn banyak sbb letih breasfeed.. badan takleh nak adjust (even tho dlm pantang ada je kata jangan minum air banyak.. hehe tapi sbb kite nih breastfeed mmg bedal minum air banyak2..jangan sejuk atau berice sudahla)
lepas bersalin, hehe tido bagai beruang kutub adalah emm menghampiri kepada tiada berpeluang langsung.. hehe (experience dulu 3 hari 3 malam tiada tido melebihi 2 jam sehari, mengundang depress jugakla..mengalir je air mata tanpa disuruh hahaha)
chika Reply:
April 16th, 2010 at 5:20 pm
Tak boleh minum air banyak-banyak? Oh. Kenapa ye? Saya ingatkan lepas bersalin nanti selera bukan main lagi. Hehe sebab hati dah senang. Eceh. Tapi tu la. Dalam pantang nanti kena jaga makan betul2. Sebab apa kita makan nanti efek kat baby kan?
HAHAHA ada hati tu saya nak tidur macam beruang kutub :P Sekarang kena tidur banyak-banyak!
nurul aina Reply:
April 16th, 2010 at 5:35 pm
ala orang tua-tua kata nanti berair badan apa ntah.. tapi nasib baik MIL adalah uptodate.. even lauk pantang mesti ada sup dan hari2 mesti minum milo campur susu tepung fernleaf hahaha.. tapi still jaga dari makanan yang berangin (elak anak and ibu kembung perut) and gatal2 (klu luka tak sembuh lagi).. jangan risau makyang chika ada kan..die mesti lagi tau..
Ye sekarang kena tidur banyak banyak banyak banyak banyak 100x.. dan main game banyak banyak banyak 100x jugak.. hehehe ada anak, tido dan perkara lagha lain dah buang ke tepi hehehe
April 16th, 2010 at 6:20 pm
water immersion tu yang nak kurangkan pain masa labour yeh chika? my fren dulu mase die deliver kat uk ada cakap dia pon kena buat camtu..
April 16th, 2010 at 6:20 pm
gewd luck chika! semoga semuanya dipermudahkan buat kamu :)
April 17th, 2010 at 4:23 am
babe, kalau i dah kahwin nanti, lepas tu pregnant, blog u ni akan i jadikan sebagai panduan ok ! hehe :)) all the best chika :D
April 17th, 2010 at 6:39 pm
oh dah dekat betul tu mesti dah suspen heheh,may Allah bless you with a safe an easy labour insya Allah
April 18th, 2010 at 5:05 am
kak chika, saya cuma nk ucapkan terima kasih banyak2 kat akak.saya tau akak xkenal saya, tp bila hati saya xtenang fikirkan pasal baby saya yg baru 29minggu ni, saya baca blog akak.saya doakn akak selamat bersalin nanti, dapat baby comel, hidup lagi bertambah keberkatan.thanks saya ucapkn kat akak.secara xsengaja, akak bagi kekuatan untuk saya, despite of problem yg sy x terfikir pn datang.
blog akak byk guide sy, dr awal sy mengandung sampai skrg.
April 18th, 2010 at 6:53 am
kakak chika,adik badik fara ade 7 n seme 4 point smthng. mak siap bersalin normal n dgn cemerlangnyer lg. tp bila besa,seme kurus2 belake cam xmakan ke hape ntah. hahah. jgn risau. lau omos 3 tu normal n juz nice la tu. smoge slmt bersalin n slmt menjadi emak.. hhihi.;)
pasni xbole pggl kak chika la kan sbb dh jd emak so kene pgl emak chika. kih3.;p
April 18th, 2010 at 9:53 pm
hi nurul..alhamdulillah,sy br lepas habis bpantang dan nk mula keje…w/pon slama ni,kita mkn mcm2 jenis mknan,tp bile berpantang,huish,bende yg org tak kasi mkn itu la yang kite nak…
bykkan berjalan,insyaallah senang bsalin…i pon,wpon 1st time jd ibu,sgt bsyukur kerana dipermudahkan melaluinya…sukar,tp tak sukar spt yg digambarkan la….cuma ms jahit tu,agak mengerikan la…hehehe…
pape pon,sila menjaga diri,ok…slamat mjadi ibu!
April 19th, 2010 at 1:11 pm
semoga semuanya selamat dan dipermudahkan ye bakal ibu comel ;)
masa akak pantang dulu, my mom cakap, 1st week pantang tu nafsu makan agak ‘ ganas’ so, kawal nafsu makan seminggu tu. insyaallah, utk minggu2 yg lain u’ll get use to whatever the ‘pantang’ menu :)
on top of it, yang penting both mommy and baby will stay healthy. sometimes akak skip juga pantang yg extreme kalau effect kat baby (cth akak extreme makan jamu – perut anak x serasi,so i reduce it. things like that)
all the best and take care ;)
April 19th, 2010 at 1:32 pm
salam….chika.
rase mcm da 6 bulan x jengah blog ko nie….
pe2 pon comgrates coz x lame lg nak jd ibu…aku doakan ko n baby chat n selamat yek..
emm….just nak share sumthing wif u……aku pon pergnnt…baru 5 mgu for 1st baby too…hehe..
k..take care …
April 19th, 2010 at 3:36 pm
sungguh excited nak dapat baby kanns, ;-)
salamm,