Royal Albert
Hujung minggu, pergi berjalan mengukur Brisbane tanpa arah. Husband teringin juga mencuba Clem 7 Tunnel. Dia nak tengok juga, adakah benar bagai digembar-gemburkan bahawa dengan terbinanya tunnel tersebut, dapat menjimatkan pemanduan (time-wise, bukan petrol-wise. Heh petrol dekat sini harga sangat suka hati naik turunnya bagaikan camar bebasfghjkl) Kami menjadikan Brisbane Airport sebagai destinasi ujikaji.
The tunnel can avoid up to 24 sets of traffic lights. Macam best. Tapi tapi! Hoh. Tahulah Autralian driver ni macam mana kan? Kalau speed limit is 80km/h, tak mustahil traffic speed akan menjadi 60km/h sahaja. Anda bayangkan. Semua kenderaan bergerak bukan sikit punya sentimental di dalam tunnel. Ini sangat berbeza dengan apa yang terjadi di Malaysia. Apakah tu nama dia tunnel menuju ke Damansara, Taman Tun etc tersebut? Kamu tengok, bukan sikit punya maksima Malaysian menggunakan kemudahan tunnel. Speed! Penjimatan waktu. HAHAHAHA walaupon tak berapa nak bermoral untuk dibanggakan, tapi macam itu barulah memaksimakan kemudahan tunnel, bukan? HAHA termalu pulak aku mentulis perkara seperti ini. Cara pemikiran yang tak berapa beretika tapi macam boleh pakai. HAHAHAHAH. Tapi sunggu tak boleh blah. Kalau macam itu punya perlahan dan berhemah di dalam tunnel, dekat mana pula berlakunya penjimatan masa? Okay, mungkin sebab sekarang tengah free. Nanti tol dah beroperasi, lenganglah tu. Boleh bagi drift Marabahaya :P
Okay dah nampak sangat dah. Aku memang TRULY MALAYSIAN DRIVER. Kah kah kah.
Daaa. Tidak memberangsangkanlah. Lagi baik guna motorway biasa. Lagi cepat. Kesimpulannya, tunnel tersebut tidak praktikal untuk ke Brisbane Airport. Kalau ke city, mungkin ok.
Ewah, membebel isu trafik engkau ye.
Disebabkan telah terlanjur ke area airport, kami pon terbawa diri ke DFO. Pastu ada reader ternampak saya tapi dia tak tegur pon T_T Dia kata dia malu. Hep, biasa tu dia malu-malu! HAHA. Padahal memang tak ada apa nak dibuat atau ditinjau atau dibeli di sana. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan orang cakap. (Walaupon tak tahu apa natijahnya menyeluk pekasam, never mind)
Aik? Apsal punya ramai orang neh? Baru tersedar yang hari tersebut adalah Easter Sales. Itu pon rezeki anak (eceh) kami mendapat parking. Kalau tidak, mungkin memarkir sahaja kenderaan sebelah pesawat MAS Kargo. Ceh, over.
Memang sales agak hebat juga. Tapi keinginan sedang tidak hebat. Berjalan-jalan berpimpin tangan membawa muka terbosan-bosan. Tapi mencukupkan syarat (sebab tadi bukankah telah dikata, alang-alang menyeluk pekasam blablablergh), kami pon masuk Giordano. Apa neh macam pasar? Dapatlah satu shopping bag untuk dibawa ke sana sini sebagai pencukup syarat. Macam tak adalah datang ke situ secara tak berfaedah kononnya.
Dan akhirnya macam terasa nak balik rumah, tidur.

Tiba-tiba terlintas di depan Royal Doulton. Sudah! Sales macam ini benar-benar mengujakan. Husband telah berbaik hati membelikan sebuah crystal vase from Royal Doulton for me. Sungguh best eh macam makcik bukan aku sekarang ini? Dah pandai nak main Royal Doulton pulak T___T Saya pula telah sebulat hati membuat keputusan akan mensimpan vase tersebut di dalam kotak sampailah satu masa kami pulang ke tanah air dan mempunyai kediaman yang hakiki. HAHAHAHA. Err. Setakat duduk di negara ini yang akan berpindah randah dengan kerap (mungkin) takyah la nak main Royal Doulton. Maka, vase tersebut akan sangat disayangi sampai tersimpanlah dia dalam kotak sampai 4 atau 5 tahun lagi okek? HAHAHAHA.
Oh saya sentiasa fancy Royal Doulton dan seangkatannya. Telah lama mentanam keinginan tapi memang benarlah. Asyik tertanam sahaja keinginan tersebut sehinggalah …
Pada hari yang sama juga, husband memberikan offer yang sangat mengujakan.
You nak Royal Albert set ni?
Wah kejap. Aku sedang bergetaran di situ kerna excited sampai jadi terfikir-fikir.
I memanglah nak. Tapi I tak nak sekarang. I nak beli nanti sebelum kita balik Malaysia. I nak pakai once kita dah settle down nanti. Bila ada rumah sendiri dekat Malaysia. Barulah boleh pakai benda-benda proper macam ni.
Sungguh. Memang itu pon harapan saya. Sekarang ini, macam tak begitu bernafsu untuk melabur wang selagi belum settle down.
Tak apalah. Kalau you betul nak, I belikan sekarang. Pastu you simpan je la.
Yahoooooo.
Ha kau. Sekali 4 set dibelinya. Tak tak. Bukan sebab apa. Tapi sebab tengah sales. Macam berbaloilah beli sekarang. Walaupon kena simpan tak boleh merasa sampailah suatu masa kelak. Heh padahal boleh je kalau gedik nak pakai. Tapi tak mahu tak mahu! Memang sekarang ini selesa macam ini saja. Nothing fancy in our home, I tell you. But I love everything we have here.
These are what I have (below)

Royal Albert Lavender Rose Dinner Set
24 pieces.
RRP : AUD 1599
RM 4760

Royal Albert Moonlight Rose Dinner Set
24 pieces.
RRP : AUD 1899
RM 5650
Tak tak jangan terkesima tengok harga dia. Itu recommend retail price. Harga sales dia yang kami beli jaaaaaaaaaaaauh lagi murah. Sumpah tak tipu. Kalau one set up to RM5000, tak akanlah saya pergi beli 4 set terus. Baik aku bayar down payment kereta idaman ke apa HAHAHA. Okay, acah je.
Maka di sini, saya berbesar hati untuk membuka order kepada siapa-siapa berminat. Untuk harga (yang sungguh rendah untuk range Royal Albert), another pattern, atau pertanyaan dan sebagainya, boleh email saya : nurulism (at) gmail dot com. I’ll only entertain you through email.
Siapa betul-betul berminat, cepat!
Stock tak banyak yang boleh saya dapatkan.
Siapa tak minat, duduk diam situ.
.
Nak slowly collecting them!




April 5th, 2010 at 12:45 pm
Wow…!!
Sebagai anak gadis belum berkahwin, saya tak tahu apa gunanya berpunya pinggan mangkuk bunga-bunga like that. Haha belum sampai feeling kot.
Ok terbengkalai assignment aku sekejap pegi mengintai entri Chika. hahaha
April 5th, 2010 at 1:40 pm
gila la chika…i x mampu nk pakai royal albert..
pot marrion (i dunno the spell)…my mom can afford and sangat suke collect royal albert stuff..but not me..tp u dah ade royal albert…uhh hebat!tp actually tak ramai tau brand ni…
April 5th, 2010 at 2:39 pm
teruja tgk dinner set ni..tapi poket wallet tiris sudah.. :(
April 5th, 2010 at 3:28 pm
jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhh lebih murah??!!bape ek?kalo dlm *1k-2k mampu la sy
*wink*
*RM
chika Reply:
April 5th, 2010 at 4:17 pm
email me for details :)
Around that range, dear :)
April 5th, 2010 at 3:36 pm
huhuhu, berpinar kejap tengok harga dia
April 5th, 2010 at 3:37 pm
wow! bestnye! T_____________T nak kawen! hahaha
April 5th, 2010 at 6:14 pm
alhamdulillah chika, mude2 dah beli set royal doultan..klu shopping klcc mak dira slalu nk belanja beli set2 tu (mak dira peminat set pinggan royal doulton) tp agaknya hati dira masih tak mature, tu yang asyik tolak…ade duit asyik fikir nak beli game aje, mcm ner…? klu ade duit lebih pun rase syg nak beli pinggan mcm tu lah chika! telan air liur je lah! chika jual set pinggan ek? bagus chika, tolong kawan2 kat malaysia..ade nampak set peter rabbit tak? dira ade noritake totoro..dira kan peminat brg jepun! pinggan pun nak muke haiwan!
chika Reply:
April 5th, 2010 at 6:58 pm
Peter Rabbit sgt baaaaanyakkk. Selalu sales jugak. Maigod Dira, Chika suka kids set Peter Rabbit. Tunggu baby besar dah pandai makan, boleh la carik satu. HEHE. Noritake chika takde la. Tak pernah gi Jepun :P
April 5th, 2010 at 6:27 pm
malu nk tegur akak yg tgh jalan berpimpin-pimpin tangan.comel sgt..hehe
xbes la DFO aritu.pning tgk org2 ja..^_^
April 5th, 2010 at 6:37 pm
cantik nyeeeeeeeeeeeee!!!!!mau!!!!!!!
April 5th, 2010 at 10:40 pm
sedang duduk diam d cni. HEHEHE~ (^_^”)
April 5th, 2010 at 10:44 pm
lame tak update, ingatkan dah bersalin. terkejut tgk new entry, ingat nk bg tau dh deliver and post gmbr baby ;( teruje dah. hehe
chika Reply:
April 5th, 2010 at 10:49 pm
Haha. Tu la dia. Kalau dah dekat-dekat nak deliver ni, bila senyap senyap je mesti orang ingat dah bersalin ke apa. HAHA. Belum lagi. Belum ada petanda kecik mahupon besar. Tak apa. Biar dia duduk dalam situ lagi 5 minggu. Nanti dah keluar tak ada chance nak masuk balik dah. HAHA
ain Reply:
April 5th, 2010 at 11:03 pm
nnt dh deliver jgn kejam dan zalim taknak tunjuk pic baby, ish, mmg zalim kalau buat begitu, sebab setiap hari membaca blog ni dah rasa macam x sabar nk tgk baby bertuah tu.. cepat keluar baby..
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:15 pm
HAHA insyaallah tak sezalim itu.
Saya pon tak sabar nak keluarkan baby. Tapi takpe. Jangan keluar dululah. Belum bersedia banyak lagi ni.
April 6th, 2010 at 10:48 am
chika, i’m more interested dgn corelle. nak beli royal albert, blom mampu lg kot. hee
so, pn chika yg baik hati, kalau set corelle AU u ada ushar tak? range price kat sana camana eh? ai interested modern n simple design. kat mesia ni design lama2 byk la.
April 7th, 2010 at 4:26 pm
ahkak tak sanggup…..uwaaaaaaa mahalnyerrrrrr….tapi cantik…..tu boleh buat bayar down payment keter dah tu sayang….
*sambil belek2 katalog ROMANTIKA (barangan ala2 inggeris tapi made in china…..)
April 9th, 2010 at 9:28 am
Lawanyaaaaaaaaaaaaaa Lavender Rose tue…
Tengok jelah yang mampu dulu.. hehe
April 9th, 2010 at 10:36 am
chika, tawaran tu abes ble?
igt nk belikn kt mak..huhu de minat sgt ngn royal albert
chika Reply:
April 9th, 2010 at 10:40 am
Nanti saya email :)
April 20th, 2010 at 11:53 pm
salam chika….saya mmg peminat royal doulton…kalo yang lavender set tu brapa rm sebenar yang chika bleh bg……plz reply k…
chika Reply:
April 20th, 2010 at 11:57 pm
Salam :)
Saya dah email kat awak :)
November 12th, 2010 at 12:45 am
salam, brp aga bole bg utk royal albert/doulton, naritake
chika Reply:
November 12th, 2010 at 12:55 am
email me at nurulism (at) gmail (dot) com :)