Archive for April, 2010
Posted by chika under
My Baby You,
My Fancy Pregnancy 
17 April 2010
Saturday
9 am – 6pm
With ;
STORK, BABY & YOU
Midwives :
Sue Butler
Amanda

At Carina League Club, Carina.
Nampak tidak, belon udara di depan tummy? Ketika itu, 36 minggu 4 hari hamil. Bersamaan genap 9 bulan 4 hari. Atau pon sebanyak beberapa ratus hari. Dalam kiraan jam, sila sila kira sendiri. Na’ah. Suka tau panjangkan cerita. Err. 9 bulan dan menghadiri antenatal class. Sungguh terlewat dan tergesa-gesa. Bukan senang tahu, untuk mendapatkan class yang available. Orang lambat selalu rugi. Tapi kalau lambat beli donut dekat Donut King tak apa. Lagi lambat lagi ada chance dapat donut murah especially waktu mall dah nak tutup. Satu dozen $5. Untung. Heh. Macam tak ada kaitan.
Ada lebih kurang 15-20 couples untuk one day session. Tak berapa ingat. Dalam banyak-banyak tersebut, ada 4 couple sahaja yang sebenarnya sarat. Iaitu melebihi 35 minggu. Yang lain masih steady dalam minggu 20′s. Dan siapa yang berciri sarat, mesti akan disoal; Dah siap hospital bag belum? Ha kau. Husband saya mengaku bahawa kami half way to go. Eceh. Dari bulan lepas pon half way. Tapi kami tidak corot sangat. Ada pasangan yang langsung belum menyiapkan hospital bag (siap mengaku blur tak tahu nak bawak apa) padahal dah lebih 37 minggu. HAHA. At least, kami mulia sikit.
Lama tahu kelas tersebut. Sehari suntuk. Dari duduk tersopan-sopan atas kerusi, sampai duduk terkial-kial (masih atas kerusi) dan membawa kepada antara terduduk dan terdiri-diri. Akhirnya, masing-masing dah tersantai-santai atas carpet. Ada yang terbaring (para suami tapi suami I steady duduk segak dari mula sampai habis) dan saya pula sampai dah lepak begitu best atas bean bag. Dahlah semua pregnant. Tahu-tahu je lah. Orang pregnant mana boleh tahan duduk lama-lama. Berdiri lama pon tak tahan. Dengan frekuensi untuk ber-urine yang begitu high. Por favor!
Patutlah dia pesan bawak pillow. Senang nak tidur dalam kelas. Eh tak. Senang nak comfort badan ke apa. Kelakar. Semua datang bawak pillow beraneka jenis. Macam nak pergi camping. Oh on that note, siapa-siapa bakal pergi antenatal class jangan lupa bawa pillow atau bean bag kalau ada atau apa sahaja yang boleh menjana keselesaan kepada kamu. Tapi jangan sampai bawak tilam. Over. Malu.
Topik yang dibincangkan;
- Labour & birthing positions to enhance progress
- Natural & medical forms of pain relief
- Support persons role during birthing
- Awareness of baby’s behaviour after the birth
- Supports & guidelines for the new parents
- Coping strategies of early parenthood.
Hurm. Banyak ilmu di dada selepas attend kelas. Debaran di dada pon menjadi banyak juga. Sebab pada akhir kelas, ditayangnya video kelahiran secara sungguh benar. Rasa nak pitam. Sue cakap, siapa nak tengok boleh tengok. Siapa tak nak tengok jangan tengok. Saya pula adalah golongan yang tak nak tengok tapi tengok. Ngilu sangat perasaan semasa menyaksikan kepala baby keluar dari vagina. And then the mother (dalam video tersebut) scream gila-gila. Harap nanti saya ingat Allah banyak-banyak dan tak menjerit. Istighfar Istighfar.
She was doing water birth OMG! Tapi saya rasa, position dia masa giving birth (macam bercangkung rather than berbaring) make it easier (looked easier) to push the baby’s head. Macam less possibility untuk tear (I think).
Class tersebut sangat interactive. Sue Butler sangat berpengalaman. She shared a lot of stories yang aneh-aneh juga. Termasuk kisah di mana dia pernah sambut baby, yang dalam labour room tu ada terlalu ramai orang. You know, like you’re having your whole families and friends (macam birthday party) and then bila baby keluar, semua bersorak macam pasukan sorak. Yeaayyyyy! Ya Allah. Tak boleh imagine aku nak bersalin ada pasukan sorak mengelilingi.
And and and. Saya baru tahu! Ada kemungkinan juga baby boleh lahir tanpa berlakunya membrane rupture! O-M-G! Bayangkan. Anda push push push to the max! Tiba-tiba keluar satu satu objek dalam sebuah membrane bulat macam belon. Dan apabila dipecahkan, di dalam itu terdapat anak anda yang sungguh molek halus mulus kecik comel lotey. HAHA macam astronout. Keluar dari dalam belon. Menakjubkan. Jarang kot berlaku. Tapi kawan saya cakap, ada kawan dia pon jadi macam tu. Sampai midwife terkejut. Agaknya midwife tu tak pernah jumpa kes macam tu.
Saya suka activity sepanjang class tersebut. Langsung tak boring. Langsung tak rasa nak balik. Langsung tak teringat nak pergi carik ice cream ke apa HAHA.
Antara activity dia ;

Tulis anything yang boleh membantu labor berdasarkan setiap abjad. Ni group husband saya punya. Group dia menang. Sebab group dia saja yang dapat isi penuh dan siap cepat.
Activity lain yang saya suka ialah activity di mana dia edarkan barangan-barangan secara rambang di dalam sebuah bakul. And then dia pergi dekat one by one of us. Kita pick lah apa barang yang kita rasa kita nak. Ada macam-macam dalam bakul tu. Contoh ; Ada wine bottle, burger, diaper, shoes etc.
Sampai dekat saya, saya pilih shoes. Something like sport shoes warna pink siap blink blink lagi. Kasut kecik saja. Kasut baby. Cute. Bila semua dah pilih, dia suruh seorang demi seorang ceritakan kenapa pilih barang tersebut. Macam mana cerita kamu tu related to healthy pregnancy.
Saya pilih shoes. Sebab ; Before I get pregnant, saya penggemar high heels. Pergi mana pon high heels dan selalu degil. Pergi market pon nak pakai high heels sanggup sakit tumit sampai bengkak dan sebagainya. Langsung tak peduli. Honestly, saya rasa macam ‘cacat’ kalau pakai flat (before) Once I get pregnant, saya terus bertukar! Dari power rangers merah menjadi power rangers kuning. Brfftttt borrringggg! Okay okay serius. Saya terus tekad. Akan pakai flat sahaja no matter what. Demi kandunganku. Errrr.
Betul ke ni? Okay fine. The first 2 months memang saya masih pakai high heels. Selepas itu saya memang tekad dan sampai sekarang pon tak pernah sentuh high heels. Bla bla bla.Di atas itulah point yang saya ceritakan. Teka teka? Apa jadi selepas itu? They loved my points. Sebab mulanya dorang gelak okay dalam kelas tersebut bila saya ambik shoes yang blink blink tu. Dorang gelak sebab dorang bayangkan saya ni shopaholic. Sebabnya, masa perkenalkan diri, husband saya pergi announce; One of the most interesting part to be a pregnant lady, is for me to explore a new range of shopping – Baby stuff it is. Amanda cakap ; Oh lovely! HAHAHA
Saya dapat hadiah! Sebab bagi point yang macam boleh pakai. Padahal masa saya pick shoes tu saya main pick saja. Lepastu baru terhegeh-hegeh pikir apa aku nak gebang ni.
Tapi yang lagi best, adalah satu couple ni. Husband dia pick panties tahu! Seluar dalam wanita yang renda-renda dan begitu seksi. HAHAHAHA. Point dia sungguh lovely dan romantis sekali. Walaupon mulanya nampak macam … hishhhhh kau ni!
His points are ; Dia mewakili semua lelaki yang mempunyai pasangan hamil. Walaupon pasangan mereka sudah membesar perut, membesar badan dan segalanya membesar, tapi bagi meraka (lelaki) pasangan mereka tetap seksi. Dan mereka tetap cintakan pasangan mereka.
Bergemuruh sorakan dari kaum bakal bapa. Dan ketawa bergempita! HAHAHAHAHAHA.
Aktiviti lain adalah seperti membuat senaman for pelvic floor. Bukan isteri sahaja kena buat, suami-suami pon kena buat sama. And then Sue tunjuk cara nak wrap baby, how to settle your baby kalau dia get cranky ke apa. Hurm. Oh. Ada satu activity ni, Sue and Amanda tinggalkan dua orang bayi (dolls) yang bernama Jemima dan … (Darling Husband, help me. I forgot) kepada mana-mana pasangan secara random. Nanti anytime akan berkumandang suara baby menangis. Dan kita semua akan tengok, apa pasangan tu nak buat. Kami tak berkesempatan pula menjaga bayi tersebut. HAHA.
Ah. Too many things to tell! Banyak sangat cerita sepanjang class tersebut. Infromasi-informasi lain saya kongsikan kemudian. Kalau rajin =D
Sebelum pulang ;
Foto!

Saya dengan Sue Butler
(Amanda dah balik awal sebab ada hal)
Fuuuuuu nampak sangat tak ada bakat pegang bayi. Bukankah ada keganjilan di situ? Saya pegang bayi macam antara pegang tak pegang. HAHAHA. Yang saya pegang itu ialah Jemima (kot)

Saya, Sue dan my husband.
Eh eh. Tak pernah tengok ini! Tak pernah tengok ini!
First time tengok suami pegang bayi walaupon berciri doll.
Ada style wey!!
HAHAHAHAHA

Semua orang kena pakai name tag.

Free goodies.
Sue best!
Dia lembut saja. Class dia tak boring.
Oh tak dilupakan juga.
Food juga sedap!
Yummmmm.

Dapat sijil.
Boleh isi dalam resume kalau nak apply jawatan assistant architect kelak.
MUAHAHAHA.
Posted by chika under
An evening in Brisbane 9 April lepas (yang sangat lepas), kami invite rakan-rakan datang dinner. Juga dalam kata lain, housewarming HAHA. Tak, gurau saja. House warming kau cakap? Dari musim panas yang begitu warm, sampai dah ke musim luruh yang agak dingin ini, sudah terlalu lewat untuk menganggapnya housewarming.
Sebenarnya sengaja-sengaja mengajak orang datang ke rumah. Tapi yang lebih benarnya, sengaja membalas semula perbuatan mereka ewwwah. Ye lah kan. Orang dah rajin-rajin invite kita datang rumah mereka makan sedap-sedap, kita pon kenalah rajin juga. Seronok tahu! Seronok rupanya bila ada rumah dan boleh jemput orang sesuka hati kita macam rumah ini kita yang punya BUAHAHA. Err. Tapi memang kita yang punya!
Dulu duduk rumah ibubapa. Nak ajak rakan datang rumah, kena minta kebenaran. Nak buat party sosial dalam rumah, kau jangan harap. Nak ajak rakan bersidai di rumah dan berbual, bergurau dan berketawa riang macam kupu-kupu (fine, kupu-kupu ketawa riang ye) lagilah tak berani. Sebab ibubapa saya sangat strict. Di mana bapa sangat tidak suka kalau saya (atau adek-beradek yang lain) bawa kawan datang rumah dan membuat party gadisan. Tapi kalau ajak rakan-rakan yang baik, senyap, sopan dan berhemah tak apa. Bapa suka. Bawa pacar? Okay, keluar sekarang dari rumah ini!
Jauh sudah kita terpesong. Mari kita kembali ke pangkal jalan.

Kami masak berdua-duaan. Tapi suami helped me a lot. Eh, bukan. Saya yang bantu suami saya sebab sebenarnya dia yang buat kerja secara dominan dan saya assist saja. Suami sangat rajin. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.

Masak berdua.
Tak adalah macam pesta makanan.
Masak simple sahaja mengikut kemampuan tubuh badan.

Roasted chicken.
Sardine Roll.
Mudah, senang dan easy-peasy.
Yang penting, kenyang.

Kubis masak lemak.
Sesuai dimasak oleh ibu hamil yang kurang upaya melawan cabaran graviti macam saya.
Cukup mudah.
Dan sangat berciri kekampungan.

Isi ayam rebusan.
Isi ayam yang telah dirobek-robek.
Kuah kicap
Bawang goreng.
Eh ni nak buat apa ni ada bawang goreng, kuah kicap bagai ni?

Bihun Sup!
Suami saya yang masak.
Terima kasih, Sayang.
Saya jemput;
Family Kak Ana dan Abang Megat (3 kids tapi Aslam tak dikira kid ye :P)
Family Kak Maryam dan Zarizi (2 kids. Handsome they are :P)
Kak Kaseh dengan Khadijah (Kak Kaseh’s daughter)
Nenna Zaina (mesti ada, mesti)
Aini dan Jamil. (satu orang bayi dalam kandungan tapi tak dikira sekali sebab tak makan sama-sama :P)
Jumlah = 14 orang.
Oh rupanya ini segmen mengira.
Naaaaah. Sengaja nak bagitahu, kami mampu jemput 14 orang datang makan. Okay macam nak bangga pula. Sebenarnya memang cukup bangga sebab boleh cerita dekat emak di hujung talian. Begitu terkesima emak. Emak cakap, tak percaya saya rajin memasak. Rajin memasak satu hal. Hal yang lebih kritikalnya, rajin mengajak rakan datang rumah pulak tu. Emak, saya dah besar sekarang. Tengok, I am not your little baby girl with ponytail and wearing ballerina pumps jalan-jalan bawak belon dan tegur everyone sebab mulut becok masa kecik. I am a big girl now. I am going to be a mom (just like you) And I am paranoid enough (pon just like you because that was the thing you do best ; being a paranoid as if all your children setiap masa dikejar oleh monster yang nak makan budak) HAHA Emak saya overprotective.

Brother Zarizi, Abang Hizwani (HAHA funny eyh?), Abang Megat.

Aslam, Muqri, Haris, Hakimi, Zarizi, The Husband, Abang Megat.
Hakimi, hep! Jangan cucuk haiwan peliharaan Aunty!
HAHAHA.

Kak Kaseh, Saya pakai seluar tidur, Nenna, Kak Ana, Alia, Kak Maryam.
Eh eh my flat tummy!
Ilusi optik T___T

Betul-betul punya ilusi optik.
Perutku begitu kempis.

Kesian Alia kena block dengan Ultraman Biru dan Ultraman Hijau.
Ha. Dah nampak Alia dah.
Ultraman Merah Jambu.
Bersama 2 Ultraman lainnya.
Sebelum bertarung kita menari ye.
Aini dengan husband datang lambat sikit sebab mereka pergi kelas tafsir dekat university. Tapi tak apa. Better late than never. Lagi baik lambat daripada tak pernah. Eceh. Aini siap mesej-mesej ; Chika kitorang lambat sikit tau. Tapi kitorang memang nak datang.
Kami pon menunggu meskipon semua yang lain dah pulang. Sebab kami pon memang nak dia datang. Macam biasa. Perbualan wanita hamil kali pertama. Kecoh saja kami pasal ; Siapa nak urut kita lepas bersalin ni? Macam mana kalau emak saya dengan makcik awak tak sampai sebelum kita bersalin ni? Eiii takutnya bersalin. Et cetera.
Tapi persoalan siapa nak urut kita tu, memang perlu dimajukan ke hadapan. Bukan senang nak dapatkan tukang urut di sini.

Jamil, Aini, Eh-Perut-Nampak-Pula, dan suamiku.
Perut besar. Muka kembang.
Itu aku.
Alhamdulillah.
Nice people.
Nice places.
Love Brisbane.
.
ERRGHT!
Kamu tahu tidak? Entry ini hampir gone seketika tadi dan saya dah menangis-nangis sebab stress! Saya telah ter-update post yang belum siap dan sekelip mata, semuanya GONE BABY GONE! Terus menggelupur macam cacing kepanasan. Sampai terjaga suami yang tengah tidur. Dia nak tolong godek, saya kata jangan. Sebab memang tak akan dapat balik dan sebagainya. Saya dengan begitu kecewa, siap tolak-tolak tangan suami yang nak membantu. Tapi tu lah dia. Degil. Akhirnya, suamiku juga yang menyelamatkan kembali entry ini. Pastu dia terus tarik selimut dan cakap ; Tu la sombong I nak tolong tak bagi. Ingat I tak pandai wordpress eh? HAHAHAHA Ampun Sayang. Eii. Clumsy!
Posted by chika under
Blackberry Malam ini saya berada di hospital. Bag dan keperluan pon ada dibawa bersama supaya dapat menjalani pengalaman ini dengan indah dan mudah. Tunggu masa saja ni. Tunggu masaaaaaa saja ni.
.
.
.
Tunggu masa untuk tidur. HAHAHA.
.
.
.
Tak tak. Not yet experiencing the first stage of labor ke apa. Sengaja menginap di hospital malam ini. Sebab orang kata, tak kenal maka tak cinta. Dah cinta, kawen mengandung beranak dan garang. Heh apa neh apa neh?
Sebenarnya. Saya dah tak sehat sangat sangat. Ramai pula berpendapat, tak lama dah ni saya akan bersalin. Tidur dah tak lena. Makan dah tak kenyang kenyang (tak sama ye dengan ‘makan tak kenyang’) Tapi mandi basah. Bila suami kerja, saya dah mula gelisah. Takut satu macam. Jadi malam ini, setelah lama suami off and he had to start working back, saya jadi macam sedih tak rela. Jadi malam ini saya decide nak bermalam di hospital ikut dia. In case saya ditakdirkan bersalin malam ini, apa yang saya perlu lakukan hanyalah berjalan beberapa tapak menyerah diri di bangunan sebelah. HAHA best.
Sumpah dah tercuak-cuak. Anytime soon, honey. Saya pon dah rasa lain macam secara biologi nya. Sistem badan dah tak seperti biasa these days. Tummy pon lain macam rasa. Sukar untuk dinyatakan kepada anda tapi tak apa. Tak perlu faham sangat.
Ini hospital bag saya malam ini HAHAHA oh main-main kau ye Chika. Boleh dia buat pre-labor pulak malam ini. HAHA sengajalah sesekali buat kerja di luar tabii.
Saya baik-baik saja. Ini sekadar gurauan. Maaf semua I love you.
Harap dapat tidur malam ini di err … hospital ini.

Posted by chika under
My Baby You,
My Fancy Pregnancy Wah, begitu sakit! Pinggang dengan punggung macam nak bercerai berai. Pangkal-pangkal peha semua sakit. Sendi semua dah longgar. Dalam perkembangan lain, saya disahkan anemic. Tapi tak sedih sangat. HAHA. Tak sangka pada akhir-akhir kehamilan ini, boleh terkena anemia pula. Iaitu kekurangan darah. Tidak begitu kritikal. Tapi disebabkan blood test menunjukkan keputusan yang sedemikian rupa, saya dinasihati supaya memakan besi. Oh patutlah asyik mengidam nak gigit bangunan Suria KLCC. Eh ingat Allah ingat Allah.Tak tak. Sekarang saya kena mengambil iron. Syok woh dapat iron. Rasa energetic. Patutlah sebelum ini saya selalu rasa pitam nak tumbang. Rupanya Iron Man belum sampai menselamatkan saya.
Semalam antenatal check up minggu ke 37. Masuk-masuk sahaja, obstetrician terus menyampaikan perkhabaran tersebut. Anemic. Tapi kalau terkena penyakit Anime, aku tahulah kenapa. HAHA.Virus boleh merabak melalui udara bukan? Dan kebiasannya, virus lagi mudah merebak pada pasangan. HAHAHARAPMAKLUM.
Doctor telah mentekan kepala bayi untuk memastikan position beliau (emak menghormati anak sampai panggil dia ; beliau) Menurut doctor, kepala dia almost engage. We almost there, honey. Alhamdulillah. Saya risau jugak kalau dibuatnya bayi tetiba membuat pusingan roda impian ke apa. Hah, satu hal pulak. Harap bayi terus menurun dan menurun dan menurun. Insyaallah. Teruskan membaca ayat Lauanzalna. Mudah-mudahan.
Anytime soon.
Banyak pula aktiviti yang dibuat menjelang debaran terakhir ni. Sebenarnya entry dalam draft saya ada baaaaaaanyak lagi. Tapi tak apa. Mungkin satu hari yang magik, entry tersebut boleh menjadi tapai. Siapa tahu? Tuah ayam nampak di kaki. Tuah tapai?
Dengan itu, saya tamatkan entry ini sebelum saya merepek tapai dengan lebih jauh lagi.
Posted by chika under
One Sweet Day Sharp midnight, telefon berbunyi manja. Begitu manja. Sebab dah tahu dah, mesti lelaki kesayangan yang call. Tak lain tak bukan. Lelaki kesayangan bekerja malam ini. Tak sabar untuk bertemu lagi esok pagi. Isteri penyayang pula di rumah bermain facebook sempena menyambut hari kelahirannya. Kedengaran macam kesian? Jangan kesian sangat. Sebenarnya begitu gembira menyambut malam ulangtahun kelahiran bersama teman-teman. Sungguhpun secara facebook.

Assalamualaikum Sayang.
Waalaikumussalam
( Hati mekar)
Sayang, I ada tertinggal benda! Tolong tengokkan kejap.
(Begitu serius dan begitu cemas. Hoh. Tersentak lamunanku T___T )
Kat mana?
(Dah tak berapa nak mekar)
Cuba you tengok bawah bantal I.
(Terus pergi tengok bawah bantal dengan hati yang tadinya mekar. Sekarang tercakar)

Eh apa ni apa ni?
Ouuuuhhhh.
SURPRISINGLY!
Lovely.
Ouuh, Sayang. Sweetnya! Thanks Sayang.
Happy 24th birthday, Sayang. I love you.
I love you too.
Okay. See you tomorrow.
Talian diputuskan. Hep, tengah kerja! Jangan bercinta.
Hati yang tercakar kembali mekar. Senyum sampai menangis.

Baiklah. Tahun ini kita pakai maskot Koala Bear ye. HAHA. Begitu comel.

Eh bukan.
Tahun ini, kita pakai theme Tulips ye.

I love you two.
One for you ….

…. and one for your baby.
I am a happy tulip yeay!
SELAMAT HARI LAHIR KE 24, NURUL!
I WISH TO HAVE MY PRECIOUS LITTLE AUTUMN SOON
AND TO HAVE THE DADDY OF THE LITTLE AUTUMN AS MINE, DUNIA AKHIRAT
BERKENANKAN, YA ALLAH.
Posted by chika under
An evening in Brisbane Punya banyak entry dalam draft. Semua tak siap. Semua separuh jalan. Semua terbengkalai. Tapi, semua penting (penting bagi saya, tak penting bagi anda barangkali) Kerajinan memblog, nada. Sekarang tengah tak rajin untuk buat apa-apa sekalipon. Makan sahaja rajin. Sumpah rajin. Siap naik sumpah. Nampak tidak, betapa rajinnya di situ.
Aik? Macam pernah baca perenggan di atas. HAHAHA memplagiat entry sendiri.
Sebagaimana yang telah diplagiat di atas, seperti itulah hakikatnya hidup saya ketika ini. Orang kata, kalau menabung wang di dalam tabung, lama-lama menjadi bukit (Gila tak best. Simpan wang, jadi bukit T___T) Orang juga berkata, kalau mensimpan mangga dalam asam, lama-lama jadi jeruk. Sedap. Orang yang lainnya pula berkata, kalau menyimpan anak dara lama-lama dapat menantu HAHAHAHA. Dan berbagai-bagai lagi kata-kata orang. Atau dalam kata lainnya, aku sendiri yang berkata demikian. Orang lain tak kata pon.
Err.
Habis, kalau mensimpan entry dalam draft?
Lama-lama menjadi apa?
Memang tak menjadi apa-apa. Kalau peram entry lama-lama jadi tapai tak apa jugak. Sedap. Tapi tak akanlah pulak entry menjadi tapai. Faham tidak? Oleh kerana itu, setiap malam selepas suami pergi bertugas menyelamatkan orang sakit, saya tekad akan mengeluarkan satu per satu entry dalam draft tersebut. Ingat. Kalau simpan lama-lama pon tak akan menjadi apa. Baik aku bagi keluar semua sekali. Pastu draft kosong. Baru nampak macam organized. Selagi berderet entry dalam draft, berasa begitu semak pandangan.
Tapi hakikat tetap hakikat. Hakikat menyatakan, saya bukan main malas lagi hendak menghentak keyboard ini menggoreng ayat mahupon menggoreng anda. Orang pernah berkata (sebenarnya, sendiri yang kata) menonton gambar lagi baik dari membaca tulisan. Sebab ia akan stimulate minda kita dengan lebih pantas. Ewwaaah!
Di bawah, saya lampirkan beberapa keping foto sambutan hari lahir Khadijah. Khadijah ialah anak Kak Kaseh. Khadijah sudah berusia 20 tahun pada 2 April yang lalu. Dan Chika sudah berusia 42 tahun pada esok hari. Eh, tetiba pulak dia.

Ini semua ialah Khadijah.
HAHAHA acah.
Teka, mana satu Khadijah?
Ishk gila boring main teka-teki macam ini.
Baiklah. Khadijah ialah yang berbaju merah.
Gadis kacukan Melayu-Germany ye.
Sweet she is.
Chika mana? Chika mana?
Hep, biasa tu tanya soalan sensitif!
Meskipon berdasarkan usia, saya macam layak saja join gambar gadis-gadis di atas, tapi hakikat tetap hakikat. Dalam kes ini, usia tak di ambil kira. Yang penting ialah status anda T___T. Oleh itu, saya telah jatuh ke dalam kategori di bawah. Iaitu kategori IBU KAU RATU HATIKU, KAU WANITA PENGGONCANG DUNIA. Kedengaran bagus, bukan?

IBU KAU RATU HATIKU, KAU WANITA PENGGONCANG DUNIA.
Ha. Di sinilah kelayakan saya ketika ini. Bangga. Bangga. Walaupon usia hanya 42 tahun, tapi dah boleh sambut hari ibu tahun depan. Eh, hari ibu! Baru sedar. Tahun depan dah boleh buat party sambutan hari ibu untuk diri sendiri. Hoooray!
Okay, berkenalan kejap.
Paling kanan adalah Kak Rania. Sebenarnya dia cakap, dah nampak saya dekat kelas Tafsir tapi saya tak ingat pulak. Jadi, saya anggap malam tersebut kami baru berkenalan. Kemudiannya, Kak Kaseh. Sangat motherly. Yang tengah ialah Nenna Zaina, I love her! She’s like my own granny here. Sebelah itu, berpakaian merah (tapi bukan tengah celebrate birthday dia) ialah perempuan muda tapi tak boleh join gadis muda sebab takdir penentu segalanya KAH KAH KAH DAMBAAN PILU. Paling kiri ialah Arya. My Indonesian friend. A mother of 4 (harap saya tidak bagi info palsu) Semua ini ialah warga Brisbane yang baik hati. Tak tak. Saya bukan. Saya warga Malaysia. Masih.
Nice food malam tersebut. Nice food!
Sekian, entry yang belum menjadi tapai.