Archive for March, 2010

Selamat Pagi.Ini Cerita Malam.

Posted by chika under Uncategorized

Selamat pagi. Bangun subuh, bangun subuh! Hep, biasa tu dia tarik selimut tinggi-tinggi tu.Dekat sini sudah jam 8.16 pagi. Suami sudah pergi kerja. Kelawar dekat pokok rumah jiran pon telah pergi kerja atau mengerjakan atau apatah dibuatnya, manalah tahu. Takda pernah menjadi kelawar. Panorama pagi dari Rise Street sangat indah. Macam desa permai. Tinggal lagi tak ada bunyi ayam berkokok sahaja. Namun bunyi burung berkicip-kicipan sungguh manis. Tapi kalau makin banyak dia berkicip, kadang-kadang rasa jengkel sekali macam nak gam mulut dia kejap.

Saya belum mengerjakan apa-apa. Eh tak tak. Tadi sempat mengerjakan roti bersama suami selepas itu suami terus mengerjakan kerja. Saya pula selepas mengerjakan roti, terus mengerjakan blog. Nampak tidak di situ? Bagaimana kedua-duanya bekerja? HAHAHA macam tak boleh blah.

Disebabkan hari berciri newborn (?), belum ada apa-apa cerita untuk diceritakan. Tapi terdorong untuk mengerjakan blog. Maka saya akan menceritakan kisah malam semalam yang sebenarnya tak ada apa-apa. HAHA.

Suami pulang cukup lambat dua hari ini. Sebab dia macam seronok sangat menyiapkan presentation untuk hari esok. Huh. Macam student universitas sahaja. Masuk kuliah dan membuat perbentangan. Tak tahu pula dekat hospital pon ada presentation seperti itu. Cuma bezanya, presentation mereka di-supervised oleh consultant dan didengari oleh doktor-doktor yang lain. Macam comel saja saya tengok suami menghadap Microsoft Power Point setiap malam. Lagi tak boleh blah, layout nak hitam saja biar kelihatan elegant dan segak. Tapi dia punya layout nampak macam teliti saja. HAHA comel sekali.

Kalau dulu dalam studio senibina, Power Point pon semua keluar product macam pakai Adobe Ilustrator. Semua nak bermain dengan kehebatan warna. Isi biar berkecai, yang penting penampilan layout biar bergaya. Atau dalam kata bidalannya, biar papa asal bergaya. Apa aku sedang cakap ini?

Saya sebenarnya dah tak larat nak menyediakan makanan homemade. Berdiri lama buat kaki kebas, perut kebas, kepala terbabas dan confirm tumpas. Tapi bila mengenangkan nanti suami pulang mahu dibagi makan apa, mesti rasa tak sampai hati. Memang dah kurang masak sekarang ini. Tapi boleh dikatakan, selang sehari mesti masak punya. Macam malam semalam. Punyalah tak terdorong hendak masak. Tapi orang ramai berpendapat, kalau ikutkan hati, mati. Jadi kita jangan ikutkan hati.

Sardin Roll.


Ya ya. Sardin roll pon jadilah, asalkan ada sesuatu terhidang di atas meja. Sebab dengan itu, akan menjana senyum dan suka hati kepada suami. Dan benarlah bagai dikata, menyaksikan sardin roll tersusun macam Lego membuatkan dia kelihatan begitu girang. Suami girang, isteri garang. Eh tak tak. Saya tak garang dengan suami. Atau at least, saya selalu belajar tak mahu garang dengan suami. Kalau saya emosi, saya bagi silent treatment sahaja. Sampailah dia pon mendapatkan signal supaya pergi pujuk ke apa. Dan biasanya, pujuk dua tiga kali mesti tak jalan. Mesti gedik nak kena dipujuk berkali-kali sampai suami lali. Padahal hakikatnya, hanya dengan sekali pujuk pon dah begitu pulih hati ini. Sengajalah mintak lebih. Over.

Ha, sekali 11 keping! Siapa nak makan?

Yang seronoknya, suami saya ni jenis makan apa sahaja yang saya buat. Tak pernah komplen. Pasti makan bersungguh-sungguh. Kadang-kadang saya terkesima betul. Saya bukannya pandai masak. Kadang-kadang apa yang saya masak tu, macam tak jadi saja. Tapi dia tetap makan sampai habis T____________T

I love you.
Cuma nak tanya, kenapa anak you ni asyik excited di dalam?
(soalan tiba-tiba)

Yahoooooo minggu depan ni husband cuti.  Sebab the other week dah mula on call sepanjang malam sampai ke pagi. Ok yang itu, saya tak berapa suka. Tang cuti itu, saya suka. Walaupon takda planning nak berbuat apa-apa atau ke mana-mana, tapi kalau dia ada di rumah, akulah orang terpaling bahagia bagai angel dengan sayapnya. Selepas itu, mengekorlah aku dia ke hulu ke hilir. Dia naik, aku naik. Dia turun, aku turun.Tapi kalau dia membaca Naruto online, okay I terbosan-bosan sobsobsob.

Ha lagi satu. Pada malam semalam juga, pulang dari hospital suami telah membawa pulang sebuah DVD. Begitu menggembirakan. MY NAME IS KHAN. For me. A good movie, I must say. Sambil nom nom nom sardin roll, kami melayan kecacatan Shah Rukh Khan. Cerita lain kali. Sekarang tiba-tiba sahaja terdorong untuk berhenti mengerjakan blog.

Dengan itu, entry dihabiskan secara tiba-tiba.

Ahad Lalu

Posted by chika under Uncategorized

Ahad lepas pergi join Tafsir rumah Dr. Nik lagi. Selagi ada chance, selagi itulah pergi. Tak mahu skip skip. Nanti dah bersalin, dalam pantang mesti banyak skip. Kalau boleh, nak bawak baby pulak apabila baby sudah berada dalam genggaman Mommamia. HAHA.

Sampai lambat sikit. Masuk-masuk sahaja, kelas dah mula. Imam tengah tafsir ayat pertama. Dan sebagai ibu hamil, selalu dapat keistimewaan. Disediakan tempat duduk di atas sofa. Alhamdulillah. Pagi tersebut saya tak berapa sehat sebenarnya. Sepanjang kelas pon, tercungap-cungap tak tentu arah. Rasa serba tak kena. Sampaikan Anisah (my friend, seated next to me) tanya ; Are you okay? Saya bagitahu, saya breathless. Dia pon saya tengok duduk terpusing-pusing sikit. Sebab Anisah pon pregnant jugak. 5 months. Tapi baby bump dia dah nampak dah. Saya rasa, Anisah’s baby is bigger than mine. HEHE.

See. Di mana-mana sahaja akan jumpa rakan sama-sama hamil. HEHE. Makanya, I can’t stop talking about pregnancy, wherever I go. Ada saja orang yang boleh diajak bercakap tentang pregnancy. Malah, kakak-kakak yang tidak pregnant pon, kalau jumpa saya ada-ada saja cerita bersalin mereka nak bagitahu. Menseronokkan. Nanti baby saya boleh kawan dengan baby Anisah. Oyya. Anisah tu Australian. Her mother is an Australian. Her father yang Malay. Dan husband dia, Singaporean. Anisah tu very sweet. Hurm. Nanti kalau dia nak bersalin, senanglah bagi dia as an Australian. Tak macam saya. As a foreigner, nak bersalin dekat sini memang banyak sangat leceh-lecehnya. Tapi tak apa. Takyah cerita.

Tiba-tiba, nampak Kak Faizah! Excited sebentar. Dulu pernah pergi rumah Kak Faizah untuk majlis Baca Yaasin dan dinner. Yang tak boleh dilupakan, dia sanggup sediakan menu hanya disebabkan saya craving. Ya Allah. Baik bukan? Masak asam pedas dengan sambal sotong. Terharu I T_________T Bila sampai waktu makan, masing-masing sebut pasal lauk-pauk tu special request from me. Oh sungguh malu. HAHAHA. Itu satu. Ada satu hari tu, Kak Faizah buatkan nasik lemak sambal sotong untuk saya. Dia hantar kat rumah Kak Ana. Tapi memang tak ada rezeki saya, Kak Ana try carik saya tapi tak dapat pulak pada hari kejadian. See. Those kakaks are all very nice.

Mereka semua sudah beranak-pinak. Saya dengan suami saja yang berciri merpati dua sejoli kalau ada gathering. Tapi nak kata saya kekok, tak sangat. Kalau dulu, ye. Memang kekok. Lagi-lagi bila dorang start talking about kids. Saya macam seorang yang kehilangan arah HAHAHA. Sekarang, tidak lagi. Dipendekkan cerita yang memang tidak panjang ini, semua kakak di sini sangat menseronokkan.

Huh. Saya sebenarnya sangat tidak energetic. Mentulis blog pon secara berat hati. Macam tak nak tulis, tapi tulis jugak. Padahal kalau tak tulis, tak akan lari blog dikejar jkhljgdts$#@bghfhj. Mintak diri dulu.

Nah, 8 bulan.

Kiwi Floral Disc Tote Diaper Bag

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy

Sudah beli.

Siap. Punya lama bertafakur tunggu dapat ilham. Sekarang takyah fikir lagi. Tunggu nak open stroller, gantung dia! Tak sabar. Tak sabar. Gambar di atas menunjukkan warna sebenar. Manakala gambar-gambar di bawah adalah warna tidak berapa nak benar. Hijau. Mesti pilih hijau. Ikutkan hati, semua barang baby pon mahu hijau. Itu pon nasib baik tak membeli stroller hijau. Err. Mana cantiklah bukan?

Details
  • 100% Cotton drill with waterproof finish
  • one main internal compartment with elasticised pockets
  • nylon lining and accessories
  • outer pockets for drinks and personal items
  • natural cotton weave double handle web straps, faux leather trim
  • large padded microfibre change mat
  • insulated bottle holder - insulation 2 hours
  • pvc zip top wet purse
  • pvc OiOi wipes case
  • antique nickel hardware
  • long adjustable nylon web shoulder strap with dog clip ends
  • NEW fixed stroller straps
  • protective metal feet on base

OiOi. Australia.

Ada lagi serpihan-serpihan yang belum dibeli.
Oh begitu malas.

After 21 years…

Posted by chika under Uncategorized

… tidak jumpa.

Malam itu bertemu juga dengan sahabatnya yang sudah 21 tahun tidak ketemu. Anehnya, dekat Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya tidak mahu pula ketemu. Dekat Gold Coast juga takdir mempertemukan mereka. Alahai Chika, melankolik sekali perasaannya kalau kau mentulis macam ini. Jangan begini. Tulislah macam biasa. HAHA.

DSC05917

Nurul dan Sha.

Tapi ini bukan mereka yang dimaksudkan. Kedua-dua ini selaku isteri kepada watak utama cerita. Kira kalau diikutkan, kisah mereka ini tiada kaitan langsung dengan kedua-dua isteri di atas. Tapi tanpa kedua-dua di atas ini, tidak berserilah hari para suami. Apa kau cakap ni Chika? Apsal kami tak faham? HAHA baiklah saya serius sekarang sampai anda pon tertekan kerana aku serius. Aku serius sekarang. Nampak, serius dan sedang pegang pedang.

DSC05920

Saudara Azwan bersama Saudara Hizwani
(Husband I! Takyah bagitahu, Chika. Kami tahu)

Azwan dengan husband saya ini, rakan sedarjah semasa sekolah rendah. He is a lawyer now, siapa nak saman jiran boleh carik beliau. Tak tak acah saja. Hoh. Terlalu klasik untuk dikenang kembali. Mereka tidak berjumpa selama 21 tahun dan mungkin berasa macam tak akan berjumpa-jumpa juga sampai ke sudah. Namun takdir punya kisah berbeza (lirik lagu Erra Fazura berkumandang) Entah bagaimana, mereka bertemu di Facebook. Huh. Balik-balik Facebook. Macam terror gila bukan? Selalu mempertemukan kita dengan rakan-rakan yang kita sudah lupai. Dengan adanya Facebook, sekarang anda tidak lupa lagi. Kenangan pahit ditinggalkan rakan semasa di kantin sekolah pon boleh terimbas kembali. Malah, rakan yang dengki dengan kecomelan anda ketika ini boleh juga mengenakan anda dengan memuatnaik (upload) foto anda semsa tidak comel di sekolah dahulu T___T

Azwan dan isterinya Sha datang holiday dekat Gold Coast. Sabtu malam lepas, kami pon pergi carik mereka. They stayed in Mantra-Legend Hotel, Surfers Paradise yang bukan sikit punya terpusing-pusing kami mencari. Sebab kami jarang turun Surfers Paradise. Lagi-lagi kebelakangan ni. Langsung takda ke sana.

DSC05922

We had dinner at Tandoori Place. Yeay, saya dapat creamy chicken soup yang diimpi-impikan. Macam biasalah. Sambil makan, berbual. Catch up cerita antara satu sama lain. Sementara saya dan Sha, seronok berbual pasal pregnancy. Sha pon pregnant juga! 26 weeks. Yeay. Banyak betul kawan anak saya nanti. Dorang berdua ni memang nice. Walaupon baru first time jumpa, tapi saya rasa macam seronok je borak-borak dengan Sha.DSC05923

Nanti balik KL, bolehla jumpa lagi. Boleh jumpa baby! Sha expecting on June. HEHE. Sha cakap, saya nampak macam tak naik badan. Dia kata, biasanya orang pregnant mesti nampak macam berisi-berisi sikit. Iyolah tu. Saya dah puas berisi-berisi BANYAK dah sebelum pregnant. Sekarang kasi chance la I berbadan langsing sikit. Wah, begitu langsing dengan perut sebegitu? HAHA. Agak-agak lepas bersalin ini, apakah contour badan saya? Sungguh thrill. Kita nantikan.DSC05924

Ada rezeki, jumpa lagi.

Third Trimester Sickness

Posted by chika under My Fancy Pregnancy

Benarlah bagai dikata. Early pregnancy sickness, boleh datang lagi menjelang akhir-akhir kehamilan. Alaaaa! Those yang tak ada morning sickness (atau afternoon, evening, senja nan merah what-so-ever) memang lucky. Ahhhh the tired feelings I had during early pregnancy, return. Siapa suruh datang lagi, siapa suruh?

Menjelang bulan ke 7 dan ke 8 ni, saya dah jadi tak tentu arah. Mood saya sungguh rambang macam mambang. Beberapa hari kebelakangan ni, saya rasa diri saya macam tak cukup sifat. Kurang upaya. I did almost nothing at home. Housework semua dah terbengkalai. Semua dah tak organized.

I can cry over … over …. over nothing. Nangis saja macam semua benda sedang tumbling down. Nangis berlagu-lagu. Bila ditanya kenapa, makin panjang aku berlagu. Tak tahu tak tahu! Tak tahu kenapa. Rasa cranky. Rasa serba tak kena. Most of the time saya rasa resah gelisah. Duduk tak kena, bangun tak kena, baring pon tak kena. Nak kena?

Boleh dikatakan, saya tidak tidur sepanjang malam. Resah gelisah ke kiri, ke kanan.Selepas itu berlagu-lagu lagi. Sampailah ke pagi tak tidur. Bila siang, mulalah rasa lembek satu macam. Longlai saja. Ramai orang yang tengok saya pon, akan cakap yang saya nampak begitu sarat dan tidak bertenaga. Nasib baik mereka boleh faham. Ni mesti sebab dah mula tak dapat tidur malam ni. They told me, this is normal.

  • Short of breath.
  • Cranky.
  • Trouble sleep.
  • Baby asyik bantai dekat ribcage the whole night long tahu! Dan dia cenderung menendang ke satu bahagian sahaja secara bertubi-tubi. Bila dia buat stretching tu, Ya Allah bantulah aku! Sungguh senak dibuatnya. Sebab itulah saya jadi macam terpusing-pusing sepanjang malam. Saya takut baby tak selesa. Aik?
  • Constipation and indigestion
  • Sikit-sikit hangin. Sikit-sikit cengeng.

Minggu ke 33. Kalau ikutkan estimated due date, lagi 7 minggu. Kalau ikutkan possibilities, lagi 4 minggu pon dah boleh masuk labour room.

Beberapa hari ini, paling mencabar. Saya betul-betul dah tak larat. Macam ini rupanya berbadan dua. Sebelum ini tak rasa sangat. Dah masuk 8 bulan ni, barulah terasa. Itupon nasib baik tak bengkak kaki. Tak bengkak muka. Kalau tak, lagi depress lah haku. Hurm. Yang aneh dia, skin saya senonoh saja during pregnancy ni. Kalau tak, every months keluarlah semua alien atas kulit. Seronoknya dah 8 bulan takyah menstruasi. HAHAHAHAHAHAHA. Tanpa menstruasi, betapa sehatnya kulit.

Ramai sedang bergembira tentang Hot Air Balloon Putrajaya. Ramai sedang menikmati filem-filem terbaru layar perak. Ramai sedang seronok membeli-belah dan sebagainya. Apsal semua itu kedengaran begitu membosankan? Aku tengah tunggu hari nak bersalin saja sekarang ini. Tak ada keghairahan lain lebih menggiurkan dari itu. Err mood saya pon tak ada terhadap apa-apa benda lain. Nak bersalin. Nak bersalin. Nak bersalin. Selepas itu jadi emak. Oh tak lama lagi berusia 24 tahun. Yeay. (Yeay lah. Tak kan setiap kali sambutan hari lahir nak mengamok sebab usia meningkat. Macam gedik saja. 24 tahun pon, 24 tahunlah)

Eh eh. Tak lama lagi menjadi emak kepada seorang anak. Hidup makin banyak komitmen. Barulah nama dia hidup. Ya ya. Pasti tercabar-cabar dibuatnya. Tapi tak apa. Bila sudah punya anak, bermakna institusi keluarga sedang dimajukan. Selepas itu, kehidupan sosial yang lainnya akan semakin menjauh. Bye bye. Tak berasa rugi. Terhentinya kehidupan bersosial pada usia hujung 22 tahun. Saya tak pernah rasa rugi atau keciciran. Sebab apa yang saya sedang kutip sekarang ini lagi berkualiti dan pastinya, tiada kesalan.Walaupon hari-hari duduk menghadap perut yang bergelombang, at least saya tahu mana saya sedang pergi. Jadi bila ada orang fikir macam kesian saja tengok saya sebab sudah tidak mengharungi rencah keremajaan (eceh), kamu salah.

//

Maaf. Banyak sangat mesej dan pertanyaan yang tak terjawap-jawap. Atau macam ada chance, akan tak terjawap langsung. Harap anda jangan kecil hati. Terlalu banyak sampai saya tak mampu menanganinya. I tak larat T____T  Siapa minta tutorial, maaf. Saya tidak membuat tutorial di dalam blog. Macam tutorial inactivate right click. Tutorial buat dua tiga empat puluh column. Tutorial memasukkan smiley mahupon tutorial menarik pembaca kasi traffic tinggi ke apa. Pffffff I don’t do that, maaf. Sebab anda boleh dapatkannya dari blog-blog lain. Maaf okek. Tapi persoalan-persoalan selain itu, dialu-alukan. Contoh ; Chika boleh tak kongsikan pengalaman memakan pisang kaki? Ha, yang macam itu tak apa. Contohlah. Kejap. Nanti bila perlu, saya bukak ruang mengajukan persoalan. Supaya persoalan anda yang begitu banyak itu tidak bersepah-sepah. Ada dekat FB, dekat YM, dekat Twitter, dekat email, dan dekat Friendster pon masih ada T_____T Nanti kita bukak satu kaunter pertanyaan okek. Nantik, bukan sekarang.

:P

Siapa Nak Kaya, Jual Manggis.

Posted by chika under Uncategorized

Singgah kedai buah dalam Westfield Carindale tadi petang. Beli buah, mesti. Kira kalau tak ada buah dalam rumah, umpama layang-layang terputus talinya.

Sampai dekat cashier. Tiba-tiba ternampak ada manggis. Eh, manggis. Hai, manggis! Seronok macam terjumpa orang kampung ibaratnya. Terus sambar tiga bijik. Tiga bijik cukuplah. Dibuat melepas gian. Kalau nak makan penuh passion dan ghairah, tunggu musim manggis di Pontian Kecil ye. Di kebun datuk, boleh makan manggis sampai akhirnya manggis memakan kita. Perhatikan ayat ini; Betapa BOLEHNYA makan puas-puas di kampung maksud saya.

Okay kembali ke Brisbane. Tinggalkan Pontian Kecil itu tadi.

Cashier key in harga kesemua buah-buahan dan sayur-sayuran yang kami beli (Oh fakta : husband saya vegetarian kebelakangan ini). Tiba-tiba, dia kata dia tersilap key in harga manggis tiga bijik tersebut. Dia ingatkan, $2.99 per kg. Padahal ;

$2.99 SATU BIJIK!

Kejap. Mari kita convert secara suka-suka. $2.99 = RM9.00. Kamu bayangkan, kalau sebijik manggis berharga RM9 dekat Malaysia. Kamu fikir, ada orang pergi berzikir tidak depan kedai buah? HAHAHAHAHA JANGAN GELAK INI BUKAN KELAKAR INI MELAMPAU.

Wow. 2.99 dollars. Very expensive. Kata cashier tersebut.

You see. Dia sendiri pon terkejut dengan harga manggis berkenaan. Apatah lagi saya, yang biasa makan manggis percuma satu bakul selambayaya dari Pontian Kecil T_____T

Rasanya manis? Tanya cashier tersebut pada suami saya. Nampak sangat dia tidak ada idea. Buah apakah pasangan ini beli apsal nampak macam tidak sedap malah aneh dan mahal pulak tu? Kata cashier tersebut di dalam hati, mungkin.

Kami kasi tahu dia, buah tersebut sedap. Kami bilang, kalau di Malaysia kami makan satu bakul. Sebab buah tersebut adalah buah murah saja.

Wow. Really??

Ya, benar itu. Kalau kamu ingin tahu, manggis adalah antara buah kegemaran saya selain buah tangan. HAHAHAHA buah tangan, apa jenis buah pon saya suka. Disebabkan macam sangat suka manggis, dan terlalu lama tak merasa, pembelian tersebut macam tidak begitu menghampakan.  Walaupon kalau difikir balik, alahai manggis! Tinggi taraf kau ye dekat negara ini.

Inilah dia Si Tiga Biji tersebut.
$2.99 x 3 = $9
$9 = RM27

HAHAHAHA SERONOK BUKAN?

Maka malam ini, saya menikmatinya seperti sebijik manggis yang paling precious dalam hidup.

Tapi tak kesahlah tu. Asalkan keinginan di atasi. Jadilah dapat tiga bijik. Nasib baik takda sambar 30 bijik tadi. Kalau tak, satu hari satu bijik aku makan. Genap satu bulan, boleh tulis buku ; KENIKMATAN MANGGIS. Ceh, exaggeration.

Apa tunggu lagi. Kamu ada pokok manggis di hadapan mahupun di belakang rumah? Datang sini, jual. Kalau kamu ada seratus bijik pon cukuplah. Dah dapat income almost RM1000. HAHAHA. Macam tak logik. Tapi cuba kamu buat kira-kira.

Sudahlah tu.

Sengaja kongsi kejadian di sini dengan anda.

Persimmon.
Pisang kaki.

Saya tak pernah cuba. Husband saya yang suka. Dia kata, saya kena cuba. Okay, esok saya cuba. Hari ini cukuplah menikmati manggis satu bijik. Kalau digandingkan dengan rasa persimmon tersebut, dikhuatiri hilang nikmat bermanggis. Jangan main-main. Bukan calang-calang manggis tu.

Olive fruits.

Tak tahu apa nak dibuat dengan buah ini.
Comel.
Tapi macam tidak sedap saja.

Sebelum berpisah, mari berpantun kejap.

Hitam-hitam si tampuk manggis.
Entry dah habis, apa tunggu lagis?