Good Day, When March Ends.
Mari mulakan dengan sesuatu yang merunsingkan pandangan.
Jangan menyesal selama ini baca blog dia ini.
Aksi hodoh sampai fikir 4, 5 kali tadi nak sertakan atau tidak di dalam blog. Masuk pemikiran kali ke 6, okay tak apa. Macam raksasa sedang makan telur raksasa. Tapi sebenarnya bukan telur raksasa. Itu white nectarine sebagai breakfast. Terlalu energetic pagi tadi kami berdua nak keluar berjalan sampai sanggup breakfast nectarine dengan limau mandarin di dalam kereta.
Pergi Chermside. Pergi sahaja. Bawa niat, membeli-belah. Sungguhpon tidak tahu apa nak dibeli. Tapi tak apa. Kalau dah pergi, pasti terbeli-beli. Pasti. Baby, ada habuan untuk you. Husband beli suit baru sempena acara bulan June. Untuk saya, sepasang lagi Triumph Maternity Bra sempena acara bulan May. Acara apa Chika? Acara apa? Acara memberi kelahiran. Dag dig dug.
Habis itu, terus ke Brisbane. Berusaha nak mencuba tunnel baru yang hangat diperkatakan ; Clem 7. Tapi sebab lalai, terlajak perahu. Oh rupanya Chika naik perahu ye? T____T Lain kali, Sayang. Lain kali kita cuba lagi. Mungkin pengalaman menyusuri Clem 7 taklah sehebat mana.
Sengaja ikat perut kasi lapar secara sangat. Supaya boleh lunch secara sangat. Tidak jauh dari Mater Hospital, ada sebuah restoran India bernama AMEER ALI. Heh bukan! Sengaja nak sebut AMEER ALI sebab rindu. Siapa duduk Bangi tak tahu siapa Ameer Ali, siap dia. Okay, Ameer Ali keluar sekarang! Nama restoran india tersebut adalah Surtaj Indian Restaurant.
Ha. Yang menariknya. Dalam promotion pamphlet, dia cakap ; Eat all you can eat, and pay as much as you want. Aneh bukan? Mari kita makan dulu. Lepas makan nanti baru tahu apakah dicakapnya tersebut.

Alhamdulillah. Finished. Baca doa lepas makan. Hep, biasa tu dia. Nak makan pandai baca doa. Lepas makan terus sendawa dan ketawa. Tak baik macam itu. HAHA pandai membebel sekarang. Memang macam seorang emak. Tidakkah begitu?
Sewaktu bayar.
‘Pay as much as you want’
Kata lelaki terbabit lantas menterkejutkan bapa bayi (Eh comel jugak panggil husband sebagai bapa bayi). Kamu tidak pelik? Kita pergi makan. Makan sedap-sedap. Selepas itu, kita bayar ikut suka kita. Kalau kamu, kamu suka tidak? Malangnya, kami tak sempat nak bersuka. Sebab dah kena attack dengan rasa terkejut macam ; Eh apa kes? Rupanya macam inilah cara mereka buat lunch promotion. Mungkin tidak lama. Habis tempoh promotion, tak dapatlah berbuat demikian lagi. Nasib baik bapa bayi jenis jujur. Membayar dengan perhitungan yang sewajarnya. Kamu jangan fikir kami bayar dua posen pulak.
Keistimewaan lain ;
Dapat teh ais. Mengimbau kenangan teh ais kedai mamak di tanah air. Menu berciri Pulau Pinang. Oh patutlah. Chef dia, memang Penang mari.
‘Assalamualaikum adek, dari mana?’
Huh. Terkejut lagi sekali. Tiba-tiba chef keluar menyapa kami. Sungguh seronok. Nanti boleh lepak situ lebih kerap carik teh tarik.
Habis cerita lunch. Perut tegang satu macam. Kami pon terus ke Mater Hospital sebab suami ada urusan sikit. Saya duduk goyang kaki (sebenarnya tak goyang pon) di luar bilik doctor. Isteri doctor tak dibenarkan masuk T___T Memang sedih. Dapat sandwich pula. Makan lagi padahal perut sedang tegang. Tapi disebabkan sedap, biar yang tegang menjadi makin tegang.
Solat Zohor sebentar. Sejurus itu, keluar melintas jalan untuk ke Arrivals. Ada antenatal check up hari ini. Appoinment lagi satu jam setengah. Apakah nak dibuat?
Kita minum-minum, ayuh.



Coffee Club ; Rooibos Vanilla Herbal Tea.
Hurm. Exquisite tastes.
Okay okay kali ini sumpah benar-benar tegang perut. Tapi gembira. Dengan harapan, nanti berat badan naik. At least ada pencapaian kali ini untuk dibuktikan kepada Dr. Spikey.
Jam 3 petang. Bertemu Dr.Spikey.
Minggu ke 34. Posisi bayi masih baik. Tiada tanda-tanda akan masuk labour room esok atau esok lusa menurut doctor. Blood pressure, baik. Bayi pon baik. Pendek kata, semua baik-baik sahaja. Berat badan? 52 kg. No comment. Eceh. Jawapan artis Malaysia. Gelis.
Pulang ke rumah untuk solat Asar dan Maghrib. Selepas itu, keluar lagi ke Loving Hut. Makan. Harap anak mak pon gembira juga. Demikianlah hari terakhir March 2010 kami. Esok April datang. 21 hari selepas itu, usia saya 42 tahun. Ei bergayanya mengaku umur 42 tahu. Hai, saya Chika. 42 tahun, mengandung 34 minggu. Bergaya sekali.
Selamat datang, April.




March 31st, 2010 at 10:31 pm
haha.
mmg hodoh sangat pun muka chika dalam gamba ni. jgn mara ha. gurau.
i mcm nampak blog lain tapi nama u. nurulism & co. wujud ke?
chika Reply:
March 31st, 2010 at 10:34 pm
Sekarang sudah menyesal baca kan? HAHA
Oh itu blog i bubuh link. Wujud. I punya.
March 31st, 2010 at 11:09 pm
wah,.tahniah kak chika dah 34 minggu, tak lama lagi dah tu. cant wait to see baby autumm.. banyak ura-ura kata girl nie. tapi i rasa lelaki. eceh, leh main teka-teki plak.
chika Reply:
April 5th, 2010 at 10:55 pm
Ura-ura jangan dengar, tak baik.
:P
March 31st, 2010 at 11:22 pm
nyesal bace blog akk? haha, never2 la. addicted adela. tiap2 ari bace mcm bace buku cerita. huhu
chika Reply:
April 5th, 2010 at 10:56 pm
kalau hari2 baca macam buku cerita tak apa. Kalau macam buku sekolah, jangan. Tak elok. Emak kecewa nanti
March 31st, 2010 at 11:59 pm
ai yg tak ngandung pn ag berat dr u chika. haha. tetbe rasa mcm ‘eh kau g ngandung skarng! alang-alang dah saing-saing berat dgn ibu mengandung’ haha
chika Reply:
April 5th, 2010 at 10:56 pm
Berat badan bukanlah penentu masa depan. (tetiba)
April 1st, 2010 at 12:49 am
anak chika bakal lahir bulan april gak ke?…
chika Reply:
April 5th, 2010 at 10:57 pm
Estimated date, awal May.
Tapi kalau dia macam dah nak keluar sangat, ada possibility :)
April 1st, 2010 at 1:37 am
comey~
smoge sehat ibu dan baby..(^^,)
chika Reply:
April 5th, 2010 at 10:57 pm
Terima kasih.
Doakan ye :)
April 1st, 2010 at 2:49 am
gambar cantik aje….mcm sangat lama menanti appointment sampai gambar cantik2 aje. apakah?
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:00 pm
Apakah?
HAHA memang banyak masa terbuang-buang ketika itu
April 1st, 2010 at 4:00 am
hehe.. kalo aku pegi kedai tue aku bayar jer 20 sen pun.. haha!
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:01 pm
Err. Boleh jugak. Dah dia yang bagi kita bayar ikut suka. Kan?
April 1st, 2010 at 7:38 am
saya stay di bangi…dengan kata lainnya di UKM KESAYANGAN SEMUA ORG..hoho..n amer ali mmg glemer spt selalu..plg rmi org seperti selalu… :)
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:01 pm
Rindu Ameer Ali.
Service best.
April 1st, 2010 at 8:09 am
huaa!! rindu ameer ali jugak…
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:02 pm
Nanti pulang, harus pergi melepas rindu.
April 1st, 2010 at 8:10 am
the pics cantik sgt laa chika!n the proud ibu bapa bayi juga :) care to share the camera model or perisian apakah chika guna utk edit gmbr tesebut?tq :)
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:03 pm
Ala, pakai digicam biasa je pon. Model Sony lama pulak tu. Husband saya punya. Tapi mmg gambar dia sharp. High quality.
Edit pakai photoscape je. Senang. Cepat. Kalau nak lagi lawa, gunalah Photoshop. Tapi nak bukak Photoshop bukan sket punya lama.
April 1st, 2010 at 10:04 am
salam….
psttt…i’m your silent reader je……tudung u pakai cantik laa…mana beli ek…if u dont mind sharing mering hhehehhehe…..anyway u look so comel then u preggy….i think nowadays women pregnant look so cantik than other women laa (apa rahsia :P)
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:06 pm
Salam.
Thanks. Actually tu tudung biasa je. Anak tudung tu yang jenis Syria (or whatever it is). Beli dekat sini. Tudung hitam tu pulak, long scarf biasa tapi kain dia tebal. Beli dekat Madinah dah laaaaaama dulu. Dia tak berapa long. Agak pendek So senang nak kemaskan :)
April 1st, 2010 at 10:13 am
terkagum dan bermonolog dalaman mana tak abes baca lagi..
“wah Ameer Ali ada branch di Australia rupenye”
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:07 pm
Haaaa tu la jangan pandang rendah kat ameer ali :P
April 1st, 2010 at 10:18 am
sbg x-ukm, k riena pun rindu ameer ali juga. :)
yeay, bulan April adalah bulan yg comel. akak suka. :D
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:08 pm
Siapa student UKM tak kenal ameer ali, memang pelik. HEHE. Memang skema jenis makan kat cafe je la kot. haha
April memang bulan paling comel. Eceh
April 1st, 2010 at 10:18 am
chika, saye orang bangi tapi xtau pon ameer ali tu.
kat mane?
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:08 pm
Erk. tak tahu ke? Ala, dekat area Petronas.
April 1st, 2010 at 10:56 am
nice pict la chika.makin comel.
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:09 pm
Tengok lepas bersalin, comel tak comel. Haha entah2 terus mengembang. Habis.
April 1st, 2010 at 11:10 am
salam, cantik inner tudung chika pakai tuh..beli kat tanah melayu ke tanah kanggaru?huhu
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:09 pm
Tanah kangaroo. Tapi kat kedai Arab.
April 1st, 2010 at 12:05 pm
tudung tu lawa lah…hehehehe…
mesti puas hati sungguh dapat makan sedap…kan
minta maaf tak pasan kat mana ameer ali..padahal da 10 tahun kerja area bangi…
hehehe
ciketon fazya Reply:
April 1st, 2010 at 4:20 pm
seksyen 15 kot nama tempatnya..
dekat belakang ilkap tu..
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:10 pm
Tudung biasa je Kak :)
Seksyen 15 ye? Sorry saya tak tau nama seksyen seksyen kat Bangi tu. Tapi dia kat area Petronas. Ha ah. Belakang ILKAP.
April 1st, 2010 at 9:14 pm
u sangat seswai dgn gaya ini.cantik ilike! (bkn untuk gambar pertama)
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:11 pm
tengok. Semua takut dgn gambar pertama. haha
April 2nd, 2010 at 12:56 pm
chika…
chika mmg comei n berseri2 sejak bawak perut ni ;D semoga semuanya selamat yaaa…
insyaAllah..segalanya dipermudahkan..amin
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:11 pm
Terima kasih.
Rezeki anak. Harap lepas bersalin tak mengembang nanti terus tak comel :(
Amin. Doakan ye.
April 3rd, 2010 at 11:40 am
kalo xsilap kat midvalley pon ada restoran india macam yg chika pegi tu, Eat all you can eat, and pay as much as you want ..kawan la yang citer..pastu try la g usha²,ke sudah xjumpe pon ceruk mane duduknye.at last givap T_T ..wuwu.. dorg cakap wat macam tu lagi byk untung sebenarnye dari letak harga fix..erm,kat mid boley la kot,cube mapley tepi jalan wat camtu tgk…kiki..
chika Reply:
April 5th, 2010 at 11:12 pm
Oh ye ke? tak pernah tau pulak.
Cuba mapley buat. Semua bayar seposen macam ala-ala tabung kebajikan :P
April 5th, 2010 at 6:17 pm
5 gambar yg last tu lawa lah chika..chika guna cam ape? sukkkeeee color die!
chika Reply:
April 5th, 2010 at 6:57 pm
camera sony biasa je Dira. Digicam (version lama pulak tu) HAHA