My Pregnancy Record #1

1. Why do you want to have a baby?

Sebab saya mahu memiliki zuriat suami saya. Err. Adakah jawapan tersebut berbaur saintifik, atau macam berbaur possessive? HAHA. Baby anugerah Allah SWT. Baby lambang cinta antara dua insan bercinta. Hanya baby yang boleh menjadikan saya seorang emak. Dalam istilah lebih romantisnya, baby adalah harta sepencarian. Eh tak tak. Itu bunyi dia macam cari-cari harta jumpa bayi pula. Hurm. Baby adalah harta bersama. Bayangkan ini, cukup ; Dalam perut I ada anak you. Jangan main-main heh. I am precious. Boleh cakap macam itu dekat suami. Sungguh berkuasa HAHAHA.

Setelah kamu bertemu The Right Man, having the baby is always right.

.

2. What lifestyle changes are you making to prepare for trying to get pregnant?

Perkara pertama, ialah mensemai benih (eiiii apa ni apa ni?) Sabarlah kejap saya buat ayat penuh. Perkara pertama, ialah mensemai benih kasih sayang dalam diri. Mula-mula, tahu macam mana nak sayang suami dan diri sendiri. Kalau tak pandai menyayangi diri, jangan susah-susah nak menyayangi orang lain.

Jaga pemakanan. Sebaik sahaja berkahwin, suami sering mengingatkan supaya jaga pemakanan. Sebab, semasa itu kami dalam usaha menghasilkan bayi. Dan mula mendisiplinkan diri dengan menelan folic acid secara tidak berbelah bagi.

Attitude. Banyak saya improve. Termasuklah, belajar bersabar. Belajar menghargai. Belajar memberi dan menerima. Malah paling penting, tingkatkan amalan pada Allah SWT. Sebab, macam malu kalau menjadi ibu sedang diri tidak mahu mendekati Allah. Nak minta rezeki dari Allah. Tapi sombong dengan Allah. Kau fikir, DIA akan bagi?

.

3. What financial changes and plans are you making?

Hidup bersederhana. Tidak macam dulu. Dulu hidup tak ada komitmen. Hujung minggu balik rumah, ibubapa bagi wang. Isnin sampai Jumaat, berjoli wang. Sabtu dengan Ahad, wang masuk lagi. Err. Lebih kurang macam itulah hidup saya dulu. Sekarang, nafsu masih sama. Masih sukakan wang. Tapi komitmen yang ada sekarang ini, selalu bagi warning ; Hep hep, biasa tu dia! Jujur. Sekarang ini, saya tidak boros macam dulu. Lebih-lebih lagi sejak duduk di tempat orang. Memang sangat bersederhana. Sekarang saya logik sikit. Saya tidak membeli yang bukan-bukan sangat (at least, tak sangat) Sebab financial rumahtangga adalah perkara sangat penting. Saya tak mahu anak saya hidup susah.

Sekarang saya dah pandai beli barang-barang on sales. Malah saya sanggup tunggu tarikh tertentu untuk mendapatkan sesuatu. Comel bukan?

Melahirkan baby di sini akan menelan cost yang sangat super kelak. Seriously SUPER I mean it okay! Banyak belanja diperlukan untuk menyambut bayi. Hurm. Tiba-tiba macam benarlah bagai dikata oleh penulis buku The Babymoon ; Bayi sangat demanding. Lebih demand dari … err … emaknya. HAHAHAHA.

Tapi saya berharap, kami mampu memberikan yang terbaik buatnya kelak. Saya tidak mahu kedekut dengan anak saya. Sama macam ibubapa tidak pernah kedekut dengan saya.  Tapi yang penting, kami akan bagi dia pendidikan. Pendidikan Seni ke Pendidikan Jasmani? Ish, jangan buat kelakar sekarang.

.

4. How do you think your life will change if you have a baby?

Saya tahu saya tahu! Saya akan ada ‘permanent handbag’. Ei eii, dia kata anak dia ‘handbag’? HAHAHA itu simpulan bahasa,tahu? Akan bawa baby ke mana sahaja malah semasa sesi berjumpa rakan-rakan. Selepas itu, ramai orang akan pelik kenapa saya ada baby sedangkan mereka belum. Pastu saya pon akan pelik balik ; Aik, apsal aku bawa baby berjumpa rakan? Bukankah dahulu aku bawa diri sendiri sahaja ke mana-mana? Baiklah. Bahagian tersebut memang aneh.

Ramai berkata, kehadiran bayi akan memporak-perandakan biological clock emaknya. Tidur malam tidak selena biasa. Tapi saya percaya, ia indah dan berbaloi. Saya akan mempunyai masalah pengurusan waktu yang semakin kritikal. Sebab selama ini saya menguruskan diri. Nanti akan menguruskan diri dan bayi. Saya juga merasakan, sebaik sahaja mempunyai anak ini, saya akan develop banyak attitude baru. Oh yang pasal paranoid tu kamu takyah cakap. Memang confirm makin paranoid.Attitude apa yang akan di-develop, kita tengoklah nanti. Tak begitu pasti. tapi saya yakin, memang akan terjadi. Baik attitude yang lebih cemerlang, mahupon yang sedikit lebih buruk. Pasti ada.

Tapi satu yang saya sangat yakin. Kehadirannya kelak akan membahagiakan lagi hidup kami sekeluarga. Saya harap juga, selepas bergelar emak, saya menjadi insan lebih baik dan pandai buat kek (eh tetiba pulak)

Oh tak lupa juga. Hidup saya benar-benar akan berubah. Sebab nanti saya akan mula menjadi perempuan pathetic yang bercakap benda bukan-bukan di depan bayinya. Sebab konon nak agah bayi dan menggembirakan bayi. Macam selalu kita temui di tempat awam. Ibu-ibu menghiburkan bayinya secara pelik. HAHAHA. Saya juga akan sangat pathetic sebab kena baca buku bayi yang sangat pelik. Contoh ; Red monkey. Blue kitten. Purple tiger. Bukankah pelik?

.

.

.

Record ini saya buat bagi menyahut agenda buku yang sedang dibaca ; Up The Duff. Top selling pregnancy book in Australia. Sumpah impressive buku tersebut. Cara penyampaian sangat selambayaya dan sedikit dramatik. Saya sarankan, pembaca yang sedang pregnant pon membuat record sebegini. Bukan sahaja sebagai memori simpanan, tapi sangat interesting. No? Akan mengabadikan lebih banyak record kelak.

Jomlah buat record. Anda tulis dalam blog anda pula, bagitahu saya, nanti saya boleh baca :D

Recent Entries

31 Responses to “My Pregnancy Record #1”

  1. yonnaism Says:

    my blogging record ada tak? T______________T
    kalau ada,let me know.boleh i buat! hahaha.

    pergh perempuan pathetic? HAHAHAH perempuan pathetic yang comel ok! seriusly tak sabar nak tgk muka little autumn!! eieieie

    chika Reply:

    Blogging record? Contoh soalan ; Why do you want to have a blog. HAHA jawap jawap :P

  2. cik kiah Says:

    will acid folic help us to conceive too? i mean sebagai pemangkin ke ? kot la u tahu :D

    desperate nak conceive ni after my 2nd failed pregnancy…and definitely i will blog about it in future kalau ada rezeki insya Allah

    chika Reply:

    The answer is… NO. Folic Acid tak ada kaitan untuk conceive ke apa. Dia kena ambik about 3 months BEFORE conceive and continuously during pregnancy. Sebab sangat sangat sangat penting untuk baby. To prevent neural tube defect (masalah otak dan saraf tunjang) atau dipanggil Spina Bifida. JANGAN TAK MAKAN. High risk kat baby.

    Hurm. Trying to conceive eyh? Insyaallah ada rezeki nanti, mesti ada. Yang penting usaha. I’ll pray for you :)

    cik kiah Reply:

    oo takde kena mengena eh, i have read a myth about acid folic on FB ahahaha saying that it can help you to increase the chances to get pregnant, memandai je dia orang ni

    start makan acid folic lama dah, pregnant je tak lagi ni hehehe :-)

    chika Reply:

    Ramai pon fikir macam tu. Salah tu. Tak pernah ada dalam kes medicine kot guna folic acid untuk conceive. Takpe. Keep taking. Tak rugi. Terlebih makan pon tak ada apa2 efek.

    anggun Reply:

    sori mencelah, cube cik kiah amalkan makan madu asli setiap mlm. Makcik i kawen 8 thn tp susah dpt baby, after sorang ustaz advise her to mkn madu, alhamdulillah, lepas 2 bln dia pregnant.

  3. mirazin Says:

    awwwwww….. ;)

    chika Reply:

    auwwww a awwwww (ni lagu)

  4. poyaty Says:

    saya suka record ini. something new to learn from ibu muda :)

    chika Reply:

    mana ada muda. Dah nak 42 tahun. HAHAHAHAH

  5. Zaifadzmeen Zakiah Bt Zaini Says:

    http://zyeayd.blogspot.com/2010/03/surat-2-untuk-puan-chika.html

    chika Reply:

    eiiiiii rajin betul tulis surat kat I. Ni dah surat kedua ni.
    masuk surat ketiga, memang I nangis kat sini. HAHAHAHA.
    Thanks banyak banyak.
    Insyaallah nanti dah berjodoh, kawenlah tu. And then boleg pregnant yeay! Doa banyak-banyak kat Allah.Doa sungguh-sungguh ye :)

  6. saya Says:

    sweetnya record akak ni!!!

    tiba2 diri sendiri lak rasa bahagia..padahal xde pe2 pon dlm perut nih..HAHAHAHA…

    moga akak selalu bahagia :)
    camat nak ada baby!

    chika Reply:

    Orang yang rasa gembira tengok org lain gembira ialah org yg pandai ambik kesempatan untuk bergembira. Atau dalam kata lain, terror. Tahniah.

  7. hanafijaafar Says:

    di saat ketika aku mula membaca nurulism.com, aku suka dengan penulisan-penulisan ini. tapi siapa sangka ini akan menjadi blog wanita mengandung mengisahkan keadaan beliau mengandung. dari masa itu, aku sangka blog ini akan jadi bosan dan memualkan kerana akan berulang kali menayangkan kisah membawa bayi di dalam perut.

    namun aku salah, tidak jadi bosan langsung. malah lebih menarik kerana mengandung bayi adalah perkara mulia dan bukan benda yang datang setiap hari.

    terima kasih untuk puan penulis blog, ini seronok!

    chika Reply:

    Terharu dan berbesar hati :)

  8. husna Says:

    salam..menarik n t’tarik btul blog akk neh..tahniah2..suke la bc slalu,xjemu,byk informasi… (^_^)

    chika Reply:

    Salam.
    Bila sudah sampai waktu, jangan lupa buat record macam ni okek. Seronok.

  9. mamamarissa Says:

    agak sukar di permulaan, tapi percayalah ianya sgt berbaloi2 dik :)

    chika Reply:

    Ye, pasti! :)

  10. nurul aina Says:

    tetiba rasa nak wat pregnancy record nih tapi baca berulang kali rasa macam lebih sesuai utk yang sedang mengandung… hahahaha

    i sudah lepas fasa mengandung hahahaha lagi mahu perasan..

    chika Reply:

    Boleh buat post-pregnancy record :P

  11. wdh Says:

    haha.lagi gelak guling2 bace penulisan chika.selamat menjadi chef kek n pastri nanti.selepas kelahiran si anakanda tersayang..terdekat, masak sendiri sup ikan haruan untuk berpantang.ok tak?hii

    chika Reply:

    ikan haruan tu yang macam mana eh muka dia? HAHA macam mana nak beli ikan kalau muka tak tahu, nama pon tak tahu.

  12. xeea Says:

    pregnanccy record?
    mcm buku merah tu ke ape? :p
    heee

    ekceli mcm tak berapa faham la, chika. means that kite reka soalan sendiri pastu jawab sendiri camtu ke. ke mmg dah ada template questions?

    chika Reply:

    Hehe. Ha ah, dia dah ada template questions. Dia sediakan soalan week by week. Soalan dia pon best best nak jawap. Jom buat!

  13. cik bee Says:

    so comel!!! yeah, moga u akan jd ibu mithali kepada anak-anak u nt.. btw, maybe u’re also alwiz b ur husband’s baby kan.. gud luck aunty chika! ;)

    chika Reply:

    Insyaallah. Amin.
    Husband saya pon will always be my baby.

  14. cuya Says:

    semoga nnt kamu selamat melahirkan chika junior dengan selamat dan mudah….happy for u ;)

  15. aazie Says:

    chika…luv ur writing..ehe..
    azie nk tanya lar, pemakanan yg cmne chika jage utk pregnant?
    azie da dekat sethn kawen tp blum de rezeki lg…
    acid folic mmg kwn suggest utk mkn…
    leh kongsi dgn azie yer…
    sedang berusaha utk pregnant..huhu..
    yg azie bt try pantang fast food jer, dgn mknn tajam like air bergas n nanas

Leave a Reply