Keperluan Bayi & Labour #2
Phew *perpeluhan*
I shopped alone, tahu. 30 minit pertama, pusing-pusing dalam ToysR’us. Membelek botol susu bayi yang bukan sikit punya comel. Macam-macam lenggok liuk pon ada nowadays. Kalau (perhatikan : KALAU) saya terbeli banyak botol susu beraneka rupa warna dan gaya kelak, kamu kena tahu yang itu adalah sebab GERAM. Tapi tidak tidak tidak. Dah ada one complete set of Lindam’s. Tak beli apa-apa dekat ToysR’us. Tak ada sales yang menggembirakan. 1 jam 30 minit untuk shopping dan selebihnya untuk duduk diam-diam dan bernafas bersungguh-sungguh. 1 jam duduk depan Golden Casket. Tumit sakit bukan main lagi. Tulang belakang macam kena tikam-tikam.
Yang meminta saya kongsi barangan bayi, nah ini dia kongsi sedikit sebanyak. Nak kongsi banyak-banyak, susah. Sebab belum digunakan lagi. Tak tahu nak mengayat cerita macam mana HAHA. Tapi untuk edisi kali ini, saya share pasal Steriliser. Boleh? Cakap boleh sekarang.

Lindam Rapid Steam Steriliser
Steriliser ini memang antara barang terawal yang dibeli. Dia juga bertindak sebagai power rangers eh tak tak. Dia juga bertindak sebagai bottle warmer. Saya tak tahu sama ada brand ini berleluasa di Malaysia atau tidak (Dulu kan saya mana peduli brand apakah baby punya barang) Tapi ia memang berleluasa di sini. Dan hakikatnya, saya tak tahu apakah dia barangan bayi yang begitu berleluasa selain Johnson&Johnson. HAHAHA. Maka kamu kena tahu, kebanyakkan barang bayi yang saya beli adalah atas faktor kepercayaan pada produk dan instict HAHAHA. Bukankah pernah dinyatakan dahulu, sebagai seorang yang tidak berapa nak fancy about babies, mana mungkinlah mengambil tahu dunia keperluan bayi. Jadi, apa yang dapat saya kongsikan di dalam blog ini adalah barangan bayi yang berleluasa di Australia sahaja khususnya. T____________T Tak tahu apsal kena sedih padahal tidak sedih pon.
Dengan terbelinya steriliser ini, takyah beli bottle warmer. Even takyah beli feeding bottles. Bottles holder pon takyah.

Lindam feeding bottle.
Tengok. Lenggok. Liuk.
Itu cerita dari dalam store. Ya ya. Barang-barang yang dibeli sejak berbulan-bulan lamanya semua masih dalam store. Tak tahu apa jadi dengan rumah ini kalau dikeluarkan barangan tersebut kelak. Mungkin takda macam rumah lagi. Tapi mungkin dah macam Pusat Asuhan Bayi. Tak percaya, tanyalah kepada mereka yang sudah pon mempunyai anak. Pergi tanya, pergi.
List barangan semakin panjang. Makin beli, makin banyak kena beli macam blerghttttt. Saya ingatkan dah nak settle. Sekali bila ditengok-tengok balik, banyak benda bermanfaat lain yang tak disediakan lagi. Lebih-lebih lagi yang kecil-kecil ini. Maka, tadi saya sempatlah memendekkan list walaupon dalam keadaaan kurang upaya.

Barangan-barangan kecik yang selalu lupa nak ingat.
Maternity Pads.
Sempena confinement kelak. Bakal bernifas setelah sekian lama takda mestruasi. Pads semua pon dah bungkus dalam kotak. Punyalah seronok tak didatangi mesntruasi sebegini lama. Tapi tak lama lagi, HI PENDARAHAN!
Poise bukan for maternity. Tapi saya suka Poise sebab dia sangat tebal dan berkualiti tinggi. Anda,cubalah :P

Lansinoh Lanolin Nipple Cream
For Breastfeeding and Nursing Mothers
Untuk memelihara dan memulihara nipple ibu-ibu yang breastfeed bayi.
Australia product.

Baby’s Nail Care Set.
From Playgro.

Milton Anti-Bacterial Solution.
Heh. Husband cakap saya paranoid, sebab itu beli benda ini. HAHAHAHABISLAH. Semua toys baby nanti saya cuci dia pakai benda alah ini. Jangan main kuman. HAHA. Tapi husband saya cakap, sometimes kena dedahkan baby dengan bacteria secara semulajadi. Untuk kuatkan sistem imunisasi dia. Tapi kalau ikut saya, jangan main kuman. Tak comel.
Australia product.

Ramai mencadangkan Drapolene. Tapi tak nampak jenama tersebut dekat sini. Balik-balik nampak Curash. Balik nampak Curash. Australia product juga.

Baby’s toiletries.
Akhirnya, J&J jugak saya beli. Padahal bukan sikit punya lama aim nak beli yang lebih organik. Sebenarnya memang tekad nak pakai Aromababy product since months ago. Cuma tak mahu beli awal-awal. Tapi last minute tadi, rasa macam nak beli J&J sajalah. Sebab bau J&J tiada tandingannya. Bau baby yang paling klasik dan legendary. HAHAHAHA. Kebanyakkan produk organik yang saya bau, macam bosan. Nanti tak semerbak harum pulak baby saya.

Cotton Buds
Huggies

NEW! Siap wetness indicator.
Tapi jangan dilupakan tujuan asal nak keluar tadi sebab nak beli laundry liquid untuk baju baby.

Saya terjumpa Natural Instinct dari farmasi. One of the staff yang recommend kat saya. Sebabnya, saya dah pusing-pusing carik laundry liquid yang sesuai untuk baby. Yang ada, semuanya tak sesuai untuk flame resistant clothing. Yang mengandungi detergent, lagilah tidak elok untuk baby. Habis, nak pakai yang mana? How how? Saya sampai dah boring dah siang tadi. Nasib baik jumpa yang ini. Australian Made.

Tiada, segalanya tiada.
Bagus untuk orang paranoid.
Kebanyakannya memang Australia punya product. Kalau kamu nak tahu product bayi yang macam lain sikit, mungkin boleh rujuk apa yang saya bagi ini. Dekat sini memang macam itu. Product tempatan mendapat sambutan dan menjadi product kegunaan ramai. Sebab itulah saya pon terikut-ikut sekali.
Siap?
Belum. Ada lagi serpihan-serpihan keperluan yang belum ada *yawnnnnnnnnnn
Esok buat laundry baju baby yeay! Selepas itu bolehlah siap-siapkan hospital bag.




March 29th, 2010 at 11:37 pm
sangat comel baby ada pengilat kuku jugak eh? ke akak salah pandang macam kerusi jadi perut ibu mengandung? hohoho…maafkan mataku yang semakin kecik sekarang…
esok boleh tgk baju baby gantung2 tak lepas siap cuci?
March 30th, 2010 at 12:12 am
hehe.. salam kak haizum.. kak haizum neyh memang suker shopping eh.. tp, mesti x sabar kan. first baby.. semoga dipermudahkan nanti.. x sabar nak tengok baby, comel mcm mummy ker, handsome mcm daddy.. hehehe… take care tau…ahakz..bye..bye..(,”)
March 30th, 2010 at 1:09 am
wah… terase seronok la pulak aku botol susu lengkok2..
ps: nnti bile baby dah keluar jgn bagi isap puting tau.. nanti gigi ke depan
March 30th, 2010 at 8:23 am
meriah barang2 baby chika..complete nampaknye…sukelah botol tu.klu belum ade baby lagi nak jgk botol susu tu…rase ok kan?haha utk kegunaan sebelum tidur :D
March 30th, 2010 at 8:26 am
rupanye byk jugak yg perlu dibeli utk keperluan baby.selama ni hanya tau kena standby pampers, baju baby, botol susu dan susu.xpernah terpikir pd bnd2 yg lain.nsb baik ada entry ni.sekurang2nya dgn entry ni sy leh prepare utk my baby (in future)..thanx chika sbb sudi kongsi ilmu.
March 30th, 2010 at 9:37 am
salam…
hai chika…ank i pn gune lindam bottle..hehehee…tp xsume la..ank i cmpor2…tommee tippee..avent..lindam..nuby..maam..(heheheh…kesan dr mak dier y ske kn bottle y kiut miut..make terpakselah ank i terime ibu seperti i…kihhh3!!)tp kn tok lindam niekan cm kene rajin ckit la..cz u kene press dier nyer button kt bwh tue….tp kkdg i xpress pn…tp ble bb da beso ckit nie alhamdulillah la…die da pndi press senri…kihhh3!!…
lg 1, i ader nmpk bb lotion tue…tue very important chika..cz bb ms br nie dier kulit dier mengelupas..so better sapu ngn lotion..n lg bgs teruskan shj ngn lotion smpi dier beso…no talkum powder cz dier berdebu….& xelok tok bb…wtevr pn…mdh2an sumenyer akn dpermudahkan tok u n your bb…amin…
March 30th, 2010 at 9:48 am
salam nurul/chika,
honestly sangat tidak tahu nak panggil apa. haha. ok buat lawak pulak.
anyway, first time jot down here. dah teraddict plak dgn blog nih. by the way, enjoy your pregnancy aka shopping darling. kejap lagi dah jumpa si kecik. believe me, bile dah ada si kecik, shopping sudah menjadi agak sukar tapi masih fun sebab asyik membeli utk si kecik :)
March 30th, 2010 at 10:07 am
wah…terasa mcm mau produce anak skarang juge..hihihi
March 30th, 2010 at 10:29 am
ahh baby shopping. how i miss doing baby shopping! splurging and surveying and buying! :D anything for babyku. :D
ish, bestnya Huggies pampers yang u beli tu! siap ada indicator lagi! i wonder dkt malaysia ade ke tak. hmmm. harus carik & try ni! :D
oh, and for the baby’s detergent, why dont u try going to organic shop, and find organic punye liquid laundry? confirm takde all those thing u taknak juge. just an option lah. psl i pon mcm u, agak paranoid. so, i go organic. :)
oh, dont forget nursing bras! grab about 4 (or more if u want) of them bcoz u’ll need them! ;)
March 30th, 2010 at 11:39 am
salam,
hihihi… sy kah itu salah seorang yang minta share pict barang baby? hihihi… baiklah2…. reserve saja utk si comel itu… biar dia rasmikan dulu…
hope bila dah deliver baby, update us … pesan kt Dr. husband ya…. hihihi….
take care… moga selamat ya semuanya….
March 30th, 2010 at 2:18 pm
salam
chika, u memang give me a big influenced. after saw Lola Marc Jacob in ur blog, trus cari n i hve 1.now, cute bby stuff rse nak gk even not 4 me yet..argh~tensennye
March 30th, 2010 at 4:47 pm
xtau nk type ape…..tp nk type jugak…..xkira…
ape lagi brg2 yg xletak kat blog lagi…??mcm comel je…ske bace..hehe…~~
March 30th, 2010 at 5:35 pm
banyaknya barang baby, ahahah rumah mesti dah macam mini market :p
b
chika Reply:
March 30th, 2010 at 6:51 pm
Mini market?
hahahaha.
March 30th, 2010 at 9:45 pm
eih, tanak kawen rr camnie.. byk tue duit habis.. chet! igtkan best kawin.. zzzz