Biar Lambat, Asal Selamat Duit.
Hujan renyai-renyai. Kalau hujan mesti perasaan macam baik (?)
The Husband ada presentation this morning. Walaupon sebenarnya dia bercuti minggu ini. Saya hantar husband pergi kerja sebab saya mahu keretanya. Ewwwaaaah. Rujuk semula pernyataan di atas. Kalau hujan mesti perasaan macam baik. Berbekalkan pernyataan tersebut, pagi ini bangun dengan perasaan sangat baik. Breakfast sama-sama. Roti canai cicah kari ikan yang saya masak semalam. Yummmmmm.
Driving back home. Ikutlah had laju yang ditetapkan atau bayar $200 pilih mana nak? Macam kes semalam yang boleh diibaratkan seperti ; Malang kadang-kadang berbau harum.
Husband drive di belakang sebuah BMW z3. Menggiurkan sekali BMW tersebut (Husband pon menggiurkan juga hep hep hep tak boleh cakap macam itu dalam blog) Kami pon bercakaplah sikit-sikit pasal BMW tersebut. Husband saya punya speed, sama macam BMW tersebut. Kira memang sedang mengingkari had laju.
Jalan di sini, berbukit-bukit. Kamu boleh terkejut monkey ada kadalanya apabila tengah sedap speed naik bukit, turun-turun sahaja terus kena stop ada traffic light. Memang jenis tak bagi salam punya jalanraya. Itulah dia Australia.
Semasa memandu mendaki bukit, masing-masing laju. Kebetulan BMW tersebut nak jugak duduk di depan kami. Biasalah. Kereta kalau cantik mesti nak kena duduk depan-depan sebab kalau duduk belakang-belakang rasa macam tercalar maruah. Demi maruah BMW tersebut, dia pon speed di depan kami. Kami pula speed di belakangnya. Sampai sahaja atas bukit, HI BRO APA KHABAR! Polis traffic di situ omaigod!
Jeng je jeng. BMW tersebut di tahan. Di suruh ke tepi jalan. Kena samanlah tu. Bagaimanakah nasib kami? Syukur alhamdulillah. Kamu tahu, kami juga memandu sama laju. Tapi memandangkan kami berada di belakang, polis tersebut tak dapat detect kelajuan kami. First come first serve menurut kata bidalan HAHAHAHA. Fuh, berdetak jantung I. Kalaulah BMW tersebut tidak di depan kami, kamilah yang kena. Sekali lagi nak pakai kata bidalan. Inilah nama dia ; Rezeki terpijak. Eh pandai saja aku guna kata-kata. HAHAHA.
Terima kasih BMW.
Tapi tak apa.
200 dollars sahaja.
Engkau mampu bukan?
Eh mana Chika ni tahu yang saman had laju 200 dollars? Kantoi di situ. Sebenarnya dah pernah kena dah. Seronok gila.
Belajar dari pengalaman sebab pengalaman mendewasakan. Eceh, koleksi kata nasihat 2010. Sejak peristiwa disaman $200 tahun lalu hanya disebabkan memandu terlajak 10 km/h (WTFun), saya jadi sangat serik. Lebih baik beli trench coat untuk baby dengan wang tersebut HAHAHA okay acah je. Sejak itu, saya cukup berhemah. Dahlah pakai Malaysian Driving Licence tak akanlah nak tunjuk belang. Orang Malaysia memang banyak belang di jalanraya. Kalau dibandingkan pemandu Malaysia dengan Australia, orang Malaysia memang jauh lagi hebat. Pemandu di sini semuanya terlalu terpuji sampaikan pemandu motosikal pon sangat sopan. Tak pandai ‘pancung-memancung’. Saya rasa kalau Autralian biker masuk Jalan Raya Laut ke apa, memang dah lama ke laut dah. KAH KAH KAH.
Nampak tidak? Aku sedang puji orang Malaysia ni. Sebab hebat.
Baiklah. Hujan makin lebat. Bukankah saya punya kenderaan dalam genggaman untuk hari ini? Apsal duduk diam dalam rumah? HAHA. Nak keluar. Mencari pencuci pakaian untuk bayi. Kesian baju anak saya. Bersepah sana sini dan belum dicuci. Semalam terdengar Marliza Radzi bertuit-tuit tentang mencuci baju baby bersama Ayien Imran. Tiba-tiba aku terasa pula. HAHA gedik gila nak main terasa hati pulak. Tak lah. Tapi rasa macam, kenapa saya belum buat? Mereka sudah pon siap.
Harap mampu bergerak secara solo hari ini.




March 29th, 2010 at 10:09 am
Overseas cops sangat prihatin akan kesalahan kita lah bukan? tak berhenti di garisan pon keluar bunyik woooooo..tanda meminta kita berhenti. dulu pernah kena, sebab ayah tak berhenti di garisan. kami di belakang cepat2 pakai seat belt buat2 comel HAHA
March 29th, 2010 at 10:16 am
woot…mahalnye saman kat sana. anyway, drive safely..anda itu sedang sarat. :)
agak2 kalo aussie dtg tgk gaya pemanduan org kiter, mau kene culture conflict shock..means prg kite selalunye mmg sopan, tp dijalanraya tetiber jd xsopan..huhuh
March 29th, 2010 at 10:25 am
moral of the story : duduk di belakang itu lebih selamat.. hehe
=)
March 29th, 2010 at 11:10 am
hehehe, lagi sebulan lebih ada la baju comel-comel di ampaian anda. sabar chika. :)
March 29th, 2010 at 11:29 am
kalo mat salleh tgk org jalan kaki melintas kat jln raja laut di waktu pagi hari berkerja, dia pasti kagum. memang berani mati. polis pun tak ckp apa2…sama2 kagum. jejantas adalah utk hiasan sahaja di jln itu
March 29th, 2010 at 11:55 am
tell me about it T____T malaysian driver cukop berbelang2.
March 29th, 2010 at 12:12 pm
aaaa…bukan 300 dolars kah?!?!?!
owh naseb baik sebab last week buat trip great ocean road ade la jugak speeding…hmmmmm mintak2 tkde ape ;p
March 29th, 2010 at 3:00 pm
Hahaha. Triggering point kakak untuk basuh baju baby & kemas beg hospital baby ialah apabila tempoh hari ditahan seketika di hospital. Lalu after that hospital episode, jadi tekad mahu membuatnya takut terberanak awal. Ngeh.
Selamat berusaha, adik!
March 29th, 2010 at 5:03 pm
baguih polis oversea ni kan…tp mata mereka kurenggg kan….tu yg tak nampak keta blkg bmw…
apa2 pun syukur tidak kena saman…byk benda boleh beli dgn 200 itu…
March 29th, 2010 at 11:08 pm
salam kak chika. semoga baby n ibu baby n ayah baby sihat2 semuanya.. tak sabar nk tunggu time baby lahir nnti, mesti comel. bleh lah hari2 melangut sini tngok baby. hehe
berhemah sungguh yer warga australia sampai malaysia pun kalah. Tapi kalah-kalah malaysia, kalah lagi negara arab kak. Jalan dua line boleh jadi lima. sipi sipi siput semua kacang punya lah kalau serah kat driver arab.Kalau Naik teksi tengah jammed memang kena makan b-blocker selalu. Sakit jantung.. ;p