Untung Hamil. Hamillah lagi.
Antara nikmat hamil adalah seperti berikut :

Jam 9.30 pagi tadi. Ketika sedang tergolek di atas katil sambil berjalan-jalan blog, telefon berbunyi-bunyi mohon perhatian. Ni tak ada lain ni. Kalau tak husband saya, mesti Mater Hospital atau Antenatal Class.
‘Assalamualaikum Nurul. Kak Ana ni,’
Hoh. Salah rupanya.
‘Kak Ana on the way nak pergi rumah Nurul ni. Tadi call Dr.Hizwani mintak address rumah. Nurul breakfast apa pagi ni?,’
Terkulat-kulat kejap nak menjawap. Sebab saya ni kalau pagi-pagi jam 8 sampai ke 12 macam tu, memang kekaburan. Sebabnya sleepy saja mata. Itulah padahnya apabila sepanjang malam tidak tidur. Pagi-pagi mulalah mamai.
‘Nurul breakfast roti je tadi,’
‘Ha. Ni Kak Ana nak hantar nasik lemak sambal sotong ni kat Nurul’
Wow. Nasik lemak apa? Sotong? Sosososososooooo sweet. Heh gedik pula.
Begitu mengujakan macam tiba-tiba naik cloud nine. HAHA. Saya terus bangun, capai pashmina dan siap sedia menunggu di ruang tamu. Eceh. Duduk saja tunggu interkom berbunyi.
Aik? Tiba-tiba Kak Ana sudah pon sampai betul-betul depan pintu rumah. Macam hairan. Macam manakah dia boleh access main gate? Rupa-rupanya pagi tadi, gate ternganga luas. Eh eh. Macam tahu-tahu saja ada rezeki dalam bentuk nasik lemak hendak sampai. Pandai betul gate tersebut terbuka luas langsung tidak mensusahkan saya mahupon Kak Ana.
Anak-anak Kak Ana mintak mamanya menyediakan nasik lemak untuk bekal pergi sekolah. Hayyoh, tiap-tiap hari berbekal. Mampukah saya kelak menyediakan bekalan anak-anak sebagaimana Kak Ana? Tapi tak apa. Nanti saya didik anak-anak makan cereal setiap pagi dan petang. Bukankah mudah malah sehat? HAHA.
Go back go back kepada cerita.
Memandangkan nasik lemak sambal sotong yang Kak Ana kata mahu buatkan untuk Aunty Nurul (siapa pulak nei?), belum dibuat lagi, jadi pagi ini Kak Ana pon membuatnya. Alhamdulillah. Rezeki ibu mengandung. Tak lama pon. Kak Ana cuma datang hantar nasik lemak tersebut (rujuk gambarajah ewwaaah) dan tergesa-gesa pulang. Sebab husband Kak Ana (Abang Megat) nak pergi campus.
Tak tunggu dah. Terus santap. Yummmm.
Terima kasihlah Kak Ana banyak-banyak. Sungguh baik hati dan perihatin terhadap wanita kurang upaya ini HAHAHA. Hilang kempunan nak makan nasik lemak. Nanti setelah baby lahir, akan bagitahu baby cerita ini ; Baby, masih ingatkah kenangan memakan nasik lemak sambal sotong semasa di dalam rahim mummy? Aunty Ana ini lah yang baik hati memasakkan untuk kita. Nanti dah besar, masak nasik lemak untuk Aunty Ana pulak ok. Mummy paksa.
HAHAHAHAHAHA.
Demikianlah cerita kegembiraan ibu hamil dan nasik lemaknya. Tamat.
Saya ada buku. Buku saya kuning. Kalau bukan kuning, bukan buku saya. WTFun. Macam annoying gila lagu ni. Selalu dengar kalau pergi camping ke apa. Semasa camping memang akan belajar banyak lagu-lagu pelik bukan? Sebab itulah saya benci camping. Heh tetiba. Padahal kalau tak ada lagu pelik pon, memang benci camping. Okay dah merepek dah.

Husband beli buku ini.
Saya nak pergi baca sekarang.
Anda pula, selepas ini buat apa?




March 26th, 2010 at 5:20 pm
teruja nak mengandung membaca begini..^_^
March 26th, 2010 at 5:21 pm
sangat bahagia mendapat nasi lemak dipagi hari..hahahha
March 26th, 2010 at 5:26 pm
sedapnye kek chika nasi lemak n sambal sotong2..kat jordan nih susah nk dapat seafood..kalau ade pon mahal T____T
terliur pagi2 nih tgk nasi lemak tue..
pasni sy kene study la sbb exam da dekat..hehe..doakan ye
sy doakan agar sumenye selamat buat kak chika,baby n family..ameen:DD
March 26th, 2010 at 5:41 pm
selepas ni saya mengidam nasi lemak sotong T________________________T
tp saya tak mengandung. jadi,tak ada siapa kasihankan saya.
March 26th, 2010 at 5:46 pm
sedapnya kacang tersebut. sebenarnya dah lama nak tahu apakah nama kacang tersebut? kalau siapa tahu boleh lah kongsi dengan i
eh apa awak ni, nasi lemak sambal sotong lg menarik tapi SAYA TETAP RASA KACANG LG MNARIK tsk
March 26th, 2010 at 5:47 pm
blog ni memang boleh mengubat hati.nanti kalau dah bersalin,tengah tungku pon boleh tulis blog.baby tgh menyusu pon boleh.so,no reason to stop writing.hehe
March 26th, 2010 at 5:52 pm
Nanti saya didik anak-anak makan cereal setiap pagi dan petang. Bukankah mudah malah sehat? HAHA.
Bibik sangat suka ayat ni. nguehehehh..
March 26th, 2010 at 5:56 pm
teringinkan sambal sotong..huuu
March 26th, 2010 at 6:15 pm
bestnyaa..murah rezeki baby :) tp mmg sedap betol lah nampaknya nasik lemak tu. tsk tsk T__T
nak masak malas ;p
March 26th, 2010 at 6:19 pm
tulisan dalam warna biru itu adalah sangat seronok, haha…
aduh, mana la nak cari sotong besar-besar macam dalam gambarajah itu.
March 26th, 2010 at 6:43 pm
haiihh meleleh air liuq tengok nasik lemak ni.haha.chika..chika silalah mengandung lagi :)
March 26th, 2010 at 7:01 pm
hypersalivation! help!
terliur seh tgk sotong yg bergelimpangan itu..huhu.
take care!
March 26th, 2010 at 7:46 pm
alhamdulillah…at last dpt jugak u mkn nasi lemak….mest berselera mkn kn…hehehe…
org kat cn tgk nasi lemak k.ana tue pon mcm berselera…hehehe..
March 26th, 2010 at 7:58 pm
pergghhhh chika…i yg x mengandung nih pn bleh ter-ngidam nasik lemak yg begini punya cun..hehehe~
sape tahannn..terliur beb…:p
March 26th, 2010 at 8:16 pm
tu dia..timun duk beratur! comel ja. ahaha.
March 26th, 2010 at 8:34 pm
aiyoo kak chika…sy dh la suka smbal soton…terliur neh…huhuhuhu…
smuga ALLAH permudahkan segala urusan kak chika ^______^
March 26th, 2010 at 9:46 pm
baiknya hati kak ana, timun pun dia potong bercorak macam tu
memang bila mengandung, orang selalunya layan kita baik :-), keistimewaan jadi perempuan
March 26th, 2010 at 10:29 pm
wahh..sronoknye ibi mengandung yg cumell..hehe..always heppy bace blog u chika..=)..n happy 4 u too..=))
March 27th, 2010 at 12:33 am
klu buku tu best bgtau dira k!
March 27th, 2010 at 2:04 am
heh, benci lagu camping itu. lihat perutku, sudah ramping bukann? haha
March 27th, 2010 at 10:41 am
best nyer…. rezeki ibu mengandung~~~ seronok jer…. :)
March 27th, 2010 at 10:42 am
chika… mmg kamu sgt beruntung.. n sambal sotong itu nampak sangat syedapppp… nyummy nyummy…
March 28th, 2010 at 9:30 pm
kamu telah buat saya rasa sangat lapar……wuwuwu…
March 29th, 2010 at 9:21 am
salam dik…lama tak dgr cite, tau2 dah kawin & bakal jadi ibu…congrats…anyway, masih igt pada kakak x??? rinduuuuuuuuuu